Friday, December 10, 2010

perkahwinan awal usia?.....

salam kepada semua. Baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan perkahwinan seorang remaja wanita melayu berusia 14tahun dengan pasangannya seorang guru yang berusia 23 tahun. Ramai yang telah melahirkan pendapat mereka mengenai isu ini yang dianggap telah melanggar akta dalam perlembagaan negara. antara mereka adalah dato seri shahrizat,beliau mengatakan ,

Shahrizat Abdul Jalil, the minister for women, family and community development, said in July that underage marriage was "morally and socially unacceptable".

Shahrizat mungkin melihat isu ini seperti kes-kes lain yang dilihat seolah-olah menindas hak asasi wanita,saya melihat beliau seakan-akan 'berpakat' dengan puak-puak yang bersifat 'ultra kiasu'(mengambil istilah yang digunakan dr ridhuan tee).,.yang seolah-olah cuba menghentam siti maryam tanpa mengambil sebab beliau berbuat demikian. Jika anda membaca komen2 yang dikemukakan oleh puak-puak ultra kiasu ni, anda akan melihat mereka seolah-olah lebih melayu dari melayu. Dan seperti yang kita maklum untuk membandingkan perkahwinan nabi dan siti aisyah kita sememangnya tidak layak kerana siapalah kita sebenarnya . Siti AisyahTetapi Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

tetapi shahrizat sepatutnya melihat benda ini dari sudut yang positif,siti maryam bukan calang-calang orang. beliau adalah pelajar aliran tahfiz dan seorang yang bakal menjadi hafizah. bukankah lebih baik shahrizat yang seorang melayu islam membela adik siti maryam. Sememangnya perkahwinan ini salah disisi undang2 negara kita tetapi ianya tidak salah disisi agama islam. siti maryam telah cukup syarat untuk berkahwin. Sepatutnya beliau turut menasihati golongan muda diluar sana supaya mencontohi siti maryam dan pasangan beliau dalam usaha mengurangkan gejala sosial yang kian menular pada hari ini. kes wanita mengandung luar nikah, anak lari mengikut kekasih dan bantuan2 tidak sampai kepada golonnagn sepatutnya seharusnya mendapat perhatian lebih dari sharizat yang mana jumlah peratus lebih besar dari kes ini.
Datuk Seri Jamil Khir

dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk seri  Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab ke atas kes ini kerana siti maryam telah berkahwin di bawah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). bersama dengan 250 pasangan lain dalam satu majlis. sepatutnya Datuk Jamil yang memberi pendapat kerana beliau adalah menteri yang bertangunggjawab sebagai menteri di jabatan perdana menteri. Datuk Jamil bukan calang-calang orang. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pengarah KAGAT(kor agama angkatan tentera) dan berpangkat Mejar Jeneral. 

dan syabas juga diucapkan kepada mahkamah syariah kerana meluluskan permohonan beliau, ini menunjukkan bahawa mahkamah syariah telah mula menunjukkan taringnya apabila berani menyuarakan apa yang dibenarkan oleh islam tetapi di limitasi oleh perlembagaan. Ini adalah kesan positif bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kuasa mahkamah syariah setanding dengan kuasa mahkamah persekutuan. InsyaAllah islam akan bangkit.


5 comments:

  1. Shahrizat ni mcm sekular sgt..
    Kdg2 aku tgk dia ni mcm sekufu dgn Sisters In Islam..

    ReplyDelete
  2. hurmm....mungkin dia maseh belum mendapat kefahaman yang betul kot....

    ReplyDelete
  3. mungkin shahrizat tu bg pendapat b'dasarkn aliran semasa.tgk bdk2 skang,len mcm dulu.dulu bdk 14 tahun mmg tiptop dr segale segi,skrg..haha.pikir2 kan.

    mungkinlah..tu pendpt je.
    adik maryam nih,sudah rs beliau mampu u jd is3.its oklah nk kawen pon kan??

    ReplyDelete
  4. anomymos yg mcm kenal- mungkin r..shahrizat time bg komen ni terngiang2 kes dalam kepala dia yang sgt bnyak...

    AQ-hurm...btol3...

    ReplyDelete