Friday, June 7, 2013

lamanyaaaa

assalamualaikum,

setelah lamanya belog ni tidak terusik lgsg akibat leka dan alpa melayan liga super 2013 musim ni. Tahniah kepada Lions 12 yang kini gah menduduki takhta liga dengan perlawanan berbaki 4/3.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Kelantan dan JDT kerana berjaya mara ke final Piala FA 2013 yang akan dilangsungkan pada 29 june 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada bulan 10 stadium ini akan ditutup bagi memberi peluang kerja-kerja pembaikan padang oleh Kerajaan. Sememangnya stadium bukit jalil adalah sebuah stadium yang pada saya hanya gah pada nama. Bukan pada fasiliti dan fungsi. Lihat event apa yg kali terakhir diadakan di Stadium Bukit Jalil. tidak salah piala AFF suzuki 2012. Malaysia vs Thailand semi final. selepas itu banyak tumpuan ke arah stadium shah alam.

pengurusan stadium bukit jalil wajar belajar dengan pengurusan stadium lain tentang cara nak maintenance padang supaya kekal pada tahap sepatutnya, jangan bila nak game baru terhegeh2 nak repair padang tu. Malu kat orang Luar. nama stadium nasional tapi padang mcm main konda kondi. padang stadium pahang, johor dan shah alam lebih baik. Kalaulah messi main kat Malaysia apa ntah dia cakap pasal padang bukit jalil

nasib baik ada menteri belia yg baru yg bukan kaki ampu dan kaki kipas FAM. kalau nak tggu FAM, mmg duit denda entah kemana, player pun entah kemana. pengurusan stadium pun apatah lagi. berharap agar Presiden FAM lebih peka kepada kehendak peminat bola sepak tempatan yang dahagakan satu evolusi, diulang EVOLUSI dalam pembangunan bola sepak kita. bukan sekadar makan angin cuti2 dekat australia pastu lawan dengan kelab divisyen 2 kat sana.. Kalah pulak tu.. *palmface

memang nak cerita pasal FAM tidak akan sudah dari dulu smpai sekarang, pengurusan di takuk lama dengan kalau ditegur melenting, denda, amaran dan sebagainya membuatkan FAM bagaikan sebuah badan suci dalam negara ni. semoga dengan kehadiran Menteri Belia yang baru dapat merubah lanskap bola sepak negara. 



Sunday, February 17, 2013

Liga Super

assalamualaikum

sebelum masuk sem baru, marilah mari pergi mengundi...kih3.. bukan2 nk cakap..marilah2 mari kita hupdate belog yg dah bersawang..

alhamdulillah liga super dah pun abes perlawanan ke 6 smlm.dan hasilnya...x sia2 aku kutuk2 dan mengkritik aksi pasukan Selangor. Selangor mengepalai tangga liga super dengan 13 mata.(4 menang,1 seri 1 kalah.) tapi sebenarnya semalam ak nak carik baju PKNS. x jumpe2 plak baju PKNS yg home punya season lepas... 

kepada cik mu yang sukar nak faham akan baju home, away sama 3rd.. meh sini aku tunjukkan cmana baju home.. away.... 3 rd.. 

baju home digunakan untuk dan sekiranya game bola sepak diadakan di tempat tuan rumah.. macam selangor, akan pakai baju merah (majo) sekiranya bermain di shah alam..

away pulak sebalikya..main kat tempat lawan..

baju 3rd plak.. sekiranya baju home dan away didapati hampir sama dengan pasukan lawan dan mungkin pengadil perlawanan.. baju ke3 juga sebagai alternatif persiapan...

berikut ditunjukkan baju2 semasa PKNS season lepas...

Baju Home PKNS

Baju away PKNS

Baju 3rd PKNS

Friday, January 4, 2013

Saingan Liga M kini bermula.

Assalamualaikum...

kini tinggal seminggu je sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula. Untuk saingan Liga Super 14 pasukan telah terpilih dan pasukan tersebut adalah. 



dan pasukan pilihan untuk kali ni bagi diri daku adalah 
1.Selangor
2.ATM FA
3. PKNS FC

kriteria dibuat setelah ATM sebenarnya menjadi team pilihan untuk saingan Liga Perdana musim lepas. tapi memandangkan ATM dah layak ke liga super maka ATM termasuk dalam team feveret meninggalkan pasukan Selangor PKNS (PKNS FC). musim lepas selangor gagal meraih sebarang piala. bermakna sudah 2 tahun Selangor Trophyless.. hampa nak buat camana.. Namun pada tahun ini, Selangor dilihat kurang berbelanja besar mendapatkan pemain seperti dibuat oleh pasukan lain seperti Darul Takzim. Namun kualiti yang ada pada pemain Selangor dilihat mampu memberi saingan buat pasukan lain dalam kancah Liga M tahun ni. 

Antara pemain yang dikatakan pembelian berbaloi adalah Mahali Jasuli dan S. kunalan. Irfan Bakti (jurulatih Selangor) pastinya mampu tersenyum lebar apabila melihat prestasi kedua pemain kebangsaan ini dalam saingan piala AFF suzuki yang lepas. Dengan Mahali melakukan 1 gol 2 assist. Kunalan? larian deras..namun hantaran silang masih membanggakan. berikut adalah senarai penuh pemain pasukan Selangor.

Penjaga Gol
Norazlan bin Razali
Umur: 26 | Tempat Lahir: Johor
Pasukan 2012: Selangor
Md Sharbinee Allawee bin Ramli
Umur: 26 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Mohd Fairul Azwan bin Shahrullai
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Selangor
Pertahanan

Mohd Nasriq bin Baharom
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Asraruddin Putra bin Omar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Ramez Dayoub
Umur: 28 | Tempat Lahir: Beirut, Lebanon
Pasukan 2012: Selangor
Adib Aizuddin bin Ab Latif
Umur: 26 | Tempat Lahir: Perak
Pasukan 2012: Selangor
Mahalli bin Jasuli
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Mohd Fairuz bin Abdul Aziz
Umur: 27 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Sime Darby
Tengah
Mohd Bunyamin bin Umar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Fitri Shazwan bin Raduwan
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Kunanlan a/l Subramaniam
Umur: 26 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Negeri Sembilan
Abdul Shukur bin Jusoh
Umur: 23 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Kavi Chelvan a/l Vivenkanathan
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Veenod a/l Subramaniam
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: USM FC, Selangor (pinjaman)
Mohd Raimi bin Md Nor
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: Felda United
Solihin bin Kanasian Abdullah
Umur: 29 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Penyerang
Mohd Amri bin Yahyah
Umur: 30 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Francis Forkey Doe
Umur: 26 | Tempat Lahir: Liberia
Pasukan 2012: Terengganu
Muhammad Afiq bin Azmi
Umur: 24 | Tempat Lahir: Perlis
Pasukan 2012: Kuala Lumpur, Kelantan (pinjaman)
Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kelantan
Pasukan 2012: Kelantan
Wan Mohd Hoesne bin Wan Hussain
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Dan aku merasakan korang boleh mencongak sendiri siapa yang akan menjadi first 11 dalam pasukan selangor ni. aku merasakan posisi first eleven adalah

Norazlan

Mahali ---- Ramez ---- Asra ---- Bunyamin

Amri ---- Guru ---- S veenod ----S.Kunalan

Shukor ---- Forkey

dan esok 4hb januari 2013 jersi terbaru pasukan Selangor akan dilancarkan, khabarnya masih mendapat tajaan Kappa. Target Irfan Bakti untuk tahun ni adalah 1 Piala. tapi saingan Piala FA peringkat pertama Selangor dah jumpa ATM.. guane tu Irfan?