Thursday, March 31, 2011

yeah...

assalamualaikum w.b.t, ucapan salam didahulukan...peringatan sesama manusia diutamakan...
esok malam, kamis( 31 mac 2011) 
akan berlakulah satu benda yang x hingin aku hadapi..
test thermodynamic..
adoi kawan2..malasnya nak menjawab benda ni..
stadi x lagi..(x banyak la)..
harapnya esok...
keajaiban akan terjadi...

ni la kitab yang aku guna..





dan aku telah membuat satu perubahan baru..
letak background baru sebagai percubaan..
nampak mcm jambu..tapi smart dan lawa..
nampak maskulin sikit...haha.
apa pun semoga korang enjoy dgn page aku yg baru ni ek..
sori kalo sapa2 x suka dengan page baru ni...
dan aku mendoakan semoga semua..
berada dalam kesejahteraan dan keselamatan...
insyaAllah...

Wednesday, March 30, 2011

Apabila Malam menjelang...

assalamualaikum...
malam ni, 3orang dari 6 orang ahli umah aku da 'syahid' lebih awal..
keletihan akibat semalam kot..
tu la da sedar diri x fit(aku) nak amek junior..haha
kan rini seharian ko ltey...
ngantuk beb..nak tulis pun rasa mcm da x semangat..
assignment enterpreneur...
seb bek bahagian aku da siap..
malangnya..ade yang x siap lg..

khabaran baik...
atau khabaran yang tidak baik...
yang mungkin aku nak cerita,,
malu r..segan pun ade...haha.
x pe la.aku simpan untuk cerita anak aku no2..
anak aku yang sulong???..

dia time ni nak UPSR...
x ley kaco emosi dia..

time penggambaran ni, mama dorang tengah kerja...sori ek..


Tuesday, March 29, 2011

junior Oh junior

assalamualaikum...
di kala ini, aku baru menyiapkan as8ment aku, 
asas keusahawanan @ entrepreneurship...
dan di kala ini..aku sedang menunggu tiba...
kehadiran junior-junior @ 'adik-adik'..
kerana perangai mereka yang sangat mulia..
tap abu rokok kat luar rumah...
dorang lupa kot kat bawah umah dorang tu ade senior...

yang beza dengan dorang..jauh gak r...
apa pun sebelum apa2 berlaku..
niat dalam hati dulu.. 
kita ni nak didik ..bukan panggil dorang pasal marah..
cume cara mendidik tu lain-lain..
mengikut keadaan dan situasi..
insyaAllah..
jangan dibiarkan tarbiah mati atas dunia...
doakan semua selamat...

salam..
~~~~akmal harith~~~

Monday, March 28, 2011

tempur dengan katil

assalmualaikum, begitulah budaya kita sebagai orang islam yang diajar memberi salam tak kira di mana dan kepada siapa pun. inilah indahnya islam yang mengajar umatnya memulakan bicara dengan salam, dan meninggalkan bicara juga dengan salam. bahkan lebih indah lagi jika mulut mengucap salam sambil tangan menghulur salam... dengan cara inilah masyarakat melayu kita lebih bersifat sopan santun.

kelmarin.jumaat tatkala aku pulang dari padang..aku pun bukak la hp aku. tngok hp aku mana tau ade msg2 masuk..yela sekarang hp aku da x berapa meriah. haha. mcm nak masukkan dalam muzium negara je.buat khazanah untuk tatapan anak cucu aku pada masa akan datang nanti..sambil aku tinggalkan note...

 'hp ni adalah untuk tatapan cucu dan cicit atok-yg benar..allahyarham atukmu...."
mesti aku kena kondem dengan cucu aku kan. mka da smart tapi hp guna taraf nokia3310 .pergh memg derahaka punya cucu.

citer pasal hp ni bukan tu..tapi aku bukak hp je tetibe ade miskol dari umah..pelik bebenar ade miskol dari umah...lantas malam tu lepas solat maghrib aku pun koling la mama aku..tanya knpa mama koling td..

rupanya mama aku kata dia x kol pun.ni mesti keja adik2 aku yang dua orang...x pe, aku pun cakap dengan dorang...sambil borak2 dulu...tnya ade game baru x..haha..pasal adik aku ni kaki game PS..sorang lagi komputer. ok la tu. berjinak2 dengan dunia komputer sejak kecil..nt da besar ley mintak dia lak customize 1 desktop gaming tu anak aku.haha..

kembali kepada cerita aku, dua-dua adik aku x nak ngaku...selfish tol. x pe la kan. nk wat cmana..ntah2 panggilan misteri...aku pun cakap balik dengan mak aku...sembang2 tetiba mak aku cakap...

adik aku tanya mak aku malam td..bila aku nak balik...aduhai...sdeynya dgr mak aku citer pasal adik aku tanya mak aku bila nak balik..haha.aku pun cakap kat adik aku balik..yang aku pun x tau r nak balik bila.mungkin bulan 4 kot...pasal adik yang sorang ade masalah dengan game yang dia main...nak tau cheat kot..

tapi begitula kesimpulan.bila da jauh ni..kadang2 memang kita x ingat kat orang umah..tapi orang umah mungkin tetiap hari ingat kat kita..

orang umah bermaksud mak, ayah ,adik, abang dan kakak disini..bukan isteri mahupun suami ek.tu lambat lg..hehe...

doakan aku dapat siapkan projek final aku.dalam masa 3 hari..akibat bertangguh..inilah padahnya..

Sunday, March 27, 2011

sabtu tanpa PT.

tatkala saya menaip entry kali ini, hati dicelarukan oleh sesuatu yang bermula akibat kitaran sesuatu. manakan tidak, lain yang diharap lain yang berlaku. harapkan beras menjadi nasi, rupanya ke bubur ia terus pergi. Mengharapkan mentari ke petang, rupanya sang hujan telah menanti di tengahari. tapi meskipun sang hujan menemani, jangan biarkan diri terus dibasahi. sebaliknya harungi dengan kental sambil berlari menyelamatkan diri atau mengambil payung. inilah sigma yang dialami masyarakat hari ini khususnya masyarakat melayu. kebanyakan masyarakat melayu pada hari ini termasuklah saya sendiri.

Senario yang melanda masyarakat kita pada hari ini adalah terlalu mengharap subsidi, ya..malam  ni saya akan bercerita tentang perihal masyarakat kita yang terlalu mengharap subsidi khususnya pihak kerajaan. terdapat beberapa pandangan pasal subsidi ni. pandangan dari ahli ekonomi dan pandangan dari ahli politik. kebanyakkan ahli ekonomi menganggap subsidi pada hari ini perlu dikurangkan dari kadar yang sepatutnya kerana apabila subsidi terlampau bnyak diberi negara mampu bankrup muflis korup dan sebagainya dalam tempoh beberapa tahun.

mungkin yang mengeluarkan kenyataan ini tidak sedar bahawa kebanyakkan jutawan yang lahir dari malaysia adalah hasil dari bantuan kerajaan. Tapi berapa ramai yang menyedari perkara ini dan berapa ramai yang berusaha membalas apa yang kerajaan berikan kepada mereka sehingga mereka menjadi jutawan.

saya bukan ingin berkempen buat kerajaan khususnya Barisan Nasional sempena Pilihan raya negeri Sarawak yang bakal menjelang bulan April ini. apatah lagi menyatakan sokongan. cuma terkilan dengan segelintir pihak yang mempertikaikan tentang pemberian subsidi ini. 

pabila sebut tentang tan Sri Robert Kok. jutawan gula di Malaysia seperti yang kita tahu, kejayaan tan sri robert dalam empayar gula bermula pada tahun hujung 60an apabila kerajaan pada masa itu mula mengusahakan pertanian sebagai sumber ekonomi baru. tetapi kini di mana robert kok yang di uar2 kan. ramai beranggapan beliau telah lupa kepada jasa kerajaan. saya? no komen...

harapan saya adalah semoga pemberian subsidi dapat meningkatkan ekonomi dalam negara kita dengan meningkatkan peratusan membeli.

pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini, Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 billion (54% daripada Keluaran dalam negara kasar(KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

-----------------------------------tamat---------------------------------------------

pergh lega gak akhirnya dapat siapkan cerita pasal subsidi, x larat aku nak memikir pasal subsidi. haha..tapi ari ni pagi tadi ade ujian kawad. ujian kawad pedang yang latihannya last adalah 4bulan yang lepas, tetiba nak ujian. memang kantoi r...tapi seb bek, aku bijak...

Ujian kawad ni telah menyebabkan aku menjadi bertmbah hitam dan semakin hitam..x guna tol. doa dimakbulkan tatkala aku telah menjadi semakin hitam. dari pukul 8 smpai pkul 1 tengahari berkawad.. Allah sayang tol kat ko. haha...dimakbulkan serta merta. makin hitam aku...isk3...

tapi kehitaman aku yang dipertikaikan...meskipun aku hitam, tetapi tetap gaya...haha... dan kepada mereka yang menyambut bufday mereka semalam.. selamat hari lahir diucapkan dan syabas anda telah mencapai 1 tangga umur anda...ingatlah.

ni baru la dikelasifikasikan sebagai a**** yang itam....haha
apapun...ingatlah ye...
yang tanah itu kubur, yang bata itu rumah....
yang jasad tetap lebur, semoga ruh mendapat rahmah....


Friday, March 25, 2011

malam ke subuh..

tatkala malam masih muda bak kata pepatah, mataku kini sudah mula berair ibarat menonton crita Kabhi kushi kabhi GAm...lakonan shah rukh Khan, kajol, hitrik roshan, dgn kareena kapoor...x dilupa juga kepada Amitabh bachan, yang begitu bnyak menyumbangkan jasa dalam industri perfileman Bollywood, namun masih belum menerima pengiktirafan dari kerajaan malaysia yang membolehkan beliau menerima gelaran Dato'..kalo x bley si amitabh bachan guna nama Dato' Amitabh bachan.. 

ala uncle chan(panggilan sy kpada amitabh Bachan)..wat la 1 or 2 filem kat malaysia.nmpak gempak skit..nt dapat r gelaran dato'..sultan selangor lg yg bg..tapi rasanya dengan sultan selangor ni susah skit nak dapat dato'..pasal ade beberapa syarat yang korang kena penuhi sebelum dapat gelaran dato.. 
famili kabhi kushi kabhi game..sarukh khan,kajol, legenda amitabh bachan..dan yang lain2..

tapi mcm dato' aziz satar cakap r..mula2 dia x nak gelaran dato' ni. pasal katanya bila berbicara soal dato' mestila orang tu berduit dan berharta bnyak..ni antara pandangan perjudis masyarakat pada merka yang bergelar dato'..lepas ni jangan la plak korang serbu umah dato' pasal ingat dia kaya ek..

dan sekarang isu kes liwat dato anwar ibrahim makin menjadi2 terbaru apabila timbulnya video yang dikatakan mirip seorang pemimpin politik tanah air. dalam hal ini, saya betul2 tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan dalam usaha untuk membongkar gejala ini. ini sudah melebihi norma2 kemanusiaan. islam tidak mengajar kita dan umatnya agar mendedahkan aib orang lain. perkara ini sudah saya tulis sebelum ini.
sedangkan Nabi SAW bersabda "sesiapa yang menutup(keburukan@aib) seorang muslim, Allah tutup( keburukannnya) di dunia dan akhirat. 
 dan negara kita sekarang sudah mula mengamalkan politik kotor yang tidak sihat. sibuk untuk mendedahkan aib orang. bukan berusaha untuk menutup keburukan tersebut dari diketahui masyarakat. generasi muda seharusnya menyingkirkan unsur politik sebegini rupa agar imej negara lebih harmoni. kita memerlukan satu pemikiran baru yang bernas yang perlu disajikan kepada masyarakat. bukan cerita bodoh sebegini...

p/s-esok aku ade kawad...sapa nak tolong kilatkan kasut aku!!!..malasnya...

telefon buruk

hari ini,
24.3.2011...
the day after the bufday of zainuddin(bapak aku)..
....

....

....

.....

x tau nak tulis pe..
keja statistik x siap lagi.
nk wat idea x de...
besa bley plak.
besa r..da malas.sejak duk umah 1 kos ni..
asyik ngantuk hamba rasa...

harapan kini esok x mcm pg td.
seb bek ujan pg td...

Wednesday, March 23, 2011

selamat hari lahir papa....

Assalamualaikum w.b.t, hari ni 23 mac 2011 merupakan hari lahir bapak aku yang ke 51..series r bapak aku da 50???..pergh memang x sangka lak bapak aku semakin tua dimamah usia. Tapi bapak tetap maintain macho mcm zaman muda2 dulu. Steady la bapak,haha.. teringat zaman muda2 dlu dengan bapak aku, waktu tu korang kecik lagi. Ada yang x lahir lagi kot. Masa zaman muda2 dlu bapak aku bukan dilahirkan senang dan kaya. Dulu selalu r kitorang agak bersusah. Kehulu hilir naik motor. Memang kalau dikenang air mata mampu bergenang. x sangka , cmana bapak aku ley survive nak besarkan aku dengan adik2 aku yang lain dalam memberikan kitorang hidup yang selesa..selesa la..sampai  berat aku terlebih dgn masuk team BMI( body mass index)@ budak montel2 international…haha.tapi aku berat otot bai..payah tol jd orang tegap ni kan?..gambar bapak aku ade dalam phone r...phone kena letrik x ley cucuk USB..

Tapi dengan usaha bapak aku ditambah dngan mak aku yang x pernah putus asa.. Alhamdulillah segalanya kini selamat. Anak2 dah masuk universiti dengan sekolah elok. Yang adik aku 2 orang tu je la. X  Nampak lagi nasib mereka cmana, aku harapkan dorang bley jadi mcm kakak dorang. Bukan abang long yang arahnya jauh menyimpang dari hasrat keluarga. Haha..series dow,mak dgn bapak aku x pernah borak pasal kerjaya yang aku masuk sekarang ni. Dorang pun terkejut bila dapat tau aku pergi interbiu nak join a****. Tapi bak kata dorang especially mak aku la..dia kata x keysa la aku nak masuk a**** ke,bomba ke, pbsm ke..janji aku boleh rancang hidup aku. Mak x haling…nanti mak x bg aku cakap salah mak…

Selain dari itu, ari ni merupakan nasib penetuan bagi pelajar2 yang mengambil spm taun lepas. Aku x tau la cmana keputusan adik korang kan. Aku x dapat info apa2 cume kalo korang nak gtau result dorang,  letak kat komen ek. Mana tau ley masuk uni aku yang  penuh ‘azab’ ni.haha.tapi u aku ok je. Pentadbiran semua ok..Cuma nya,harap2 aku boleh tolong adik korang. Yela mana tau dia tetiba nak masuk pengajian sains sukan(physiology), nak tukar taste kan dari belaja sekolah aliran agama nak bertukar ke sportman…jadilah uskan(ustaz sukan). X pun dari aliran sains ke sains sukan..asal aku asyik cakap pasal sains sukan ni??...mesti teringat encik mansor bin yahya kan?(cikgu pj aku dari form 1 smpai form3)..ingat lagi,kalo dia masuk kelas ngajar teori… mesti dia cerita pasal kardiovaskular..dari aku kecik sampai besar. Agaknya kalo dia jadi lecturer kat u aku ni pun mesti dia cerita pasal kardiovaskular gak kan?..Pecahan2 kardiovaskular, tapi cikgu mansor sempoi. Rilek je dia jadi warden asrama. Nak outing, g umah dia. Bagi salam,wat muka suci…dapat outing!!..haha.

Kenangan aku zaman sekolah dulu. Yang indah x kan berulang, yang pedih tetap berlalu, tetapi tetap menjadi ingatan sepanjang zaman…insyaAllah..

*baru aku sedar, aku x pernah citer pasal lagu kan? ..balik2 kartun…nt la aku citer pasal lagu sepanjang zaman yang aku minat. bs, congratz untuk adik ko ek...

menyusuri sungai...

malam ni no idea la bro, x tau nak tulis apa. ari ni pun berlalu mcm biasa cuma special rini pasal aku x de baris pagi disebabkan hujan, maka aku dapat tido dengan lena selepas solat subuh. Dapat la jugak merasa mcm universiti luar even sehari. haha. tapi malangnya masuk kelas lak lambat. 1 umah lambat pasal menunggu si ahmad rabbani yang ntah knapa beliau mengambil masa yang lama untuk bersiap... mekap x pakai. apatah lagi memakai harum-haruman..tu la ahmad rabbani..malam tdi anda mengambil masa yang lma nak YM dgn skandal2 ko..kan pg ni da terlajak...masuk2 kelas kena skot jump...ceh...rabbani,ko utang faham?

dan esok rabu merupakan hari penuh debaran buat mereka2 yang mengambil spm tahun lepas..ni sebagai seorang senior yang gagal dalam SPMnya...ni nk gtau yaw...tenang je ek..pasal korang memang akan cuak time nak amek slip exam..jd wat pe nk cuak2 pasal korang tetap akan cuak nt..justeru itu..sekarang ni..g amek cd citer Kabi kusi kabi gem...layan 2 jam..esok pagi komfirm korang akan mamai.jadi bila amek slip exam nt, korang x terfikir sangat pasal perasaan cuak korang, korang akan lebih berkata...
"pokemon r, asal aku ngantuk r....da r,cikgu bg sy slip exam sy cepat,,,,sy nak berambus nak balik tidur"--  korang akan merasa mcm ni..
jadi cikgu korang yang bernama cikgu Latifah(cikgu BM aku time form 3 dlu)..mesti kata, "yela2,cikgu pun da nyampah tengok muka ko kat sini...seb bek dlu ko bawah cikgu mustadar(kelab gamelan)..."

akhirnya misi korang selesai untuk mengambil exam tanpa rasa cuak..bahkan digeruni oleh cikgu2 sekolah akibat keterlebihan ajar cikgu2 korang pada korang...

dan tidak lupa kepada adik kawan aku yang turut sama mengambil keputusan esok.kalo ko nak guna tips yang abg bg untuk ilangkan rasa ngantuk..x pun ko wat la marathon movie citer2 P.ramlee....dari citer anak bapak sampai ke cerita laksamana doremi...pergh......geli la syial...abg!!!..wekkk...haha
Parker Vacumatic Oversize Double Jewel Vintage Fountain Pen..haaa,sapa2 yang dapat result cemerlang..
meh tuntut hadiah ek..pen parker ni...haha..

p/s- aku harap adik ko ikut jejak langkah ko.insyaAllah...x sempat nak tau cmana result adik ko...x pe la. x de rezki....haha =)

Tuesday, March 22, 2011

jelik yang pelik.

assalamualaikum w.b.t kepada hadirin sidang dewan yang saya rahmati sekalian, hari ini telah berlalu 21.3.2011. aku masih begini. sihat walafiat di samping roomate baru yang tersayang sambil ditemani dengan line internet yang boley la...nak kata laju x jugak..kadang2 slow gak..tapi better la dari bilik aku yg dulu pasal kat blok ni stabil skit.. 

apa pun andai korang bukak topik bawah post ni korang akan terperasan akan post mengenai Saiful Bukhari yang dikatakan menjadi mangsa liwat Dato' seri Anwar Ibrahim(DSAI). Dalam sibuk lecturer aku menenrangkan pasal subjek fluid mechanics yang aku x berapa faham tentang apa yang dia terangkan sebenarnya..haha. aku tetibe terlintas, asal Syeikh yusuf Qardawi dikatakan menyokong Anwar. lalu kesempatan yang ada pada petang tadi aku pun search la kejap pasal benda ni..

ooooo....rupanya Qardhawi bukanlah menyokong Anwar, tetapi beliau tidak menyokong cara kerajaan mengendalikan kes liwat ni. sememangnya x dinafikan yang kes liwat Anwar ibrahim dilakukan dalam konteks yang cukup terbuka, sehingga masyarakat ramai yang naik muak dengan kes ini. percayalah semua, Syeikh Qardawi tidak akan sesekali bersetongkol kepada mereka yang melakukan kemungkaran di Atas muka bumi ini, tetapi beliau tetap berpegang pada PRINSIP HUKUM ISLAM. segala yang aib berkaitan manusia wajib dirahsiakan. tetapi apa yang berlaku pada hari ini, masyarakat terlampau didedahkan dengan maklumat2 yang tidak sepatutnya diketahui seperti saiz zakar, bagaimana kes liwat itu dilakukan secara detail..ya Allah mengapa hukum syarak diketepikan tatkala ia perlu penyelesaian...

jelas sekali cara perbicaraan ini tidak menjaga hukum dan adab orang islam, bahkan kini isu ini telah mula dijadikan 'point' kepada musuh islam untuk mengtakan sesuatu yang buruk mengenai islam..yang jelas sekarang adalah sememangnya si Saiful itu diliwat, tetapi adakah peliwat beliau Anwar Ibrahim?..

islam mewajiban umatnya merahsiakan aib orang lain, jika dalam kes ini, saiful seharusnya mengemukakan 4 orang saksi sebagai bukti. namun kes ini seolah2 menjadi dadu dalam mangkuk apabila dipusing2...

Beliau menceritakan Saidina Umar (R) semasa pemerintahan baginda pergi mengintip sekumpulan pemuda yang sedang asyik berpesta sambil menyanyi d satu kawasan tertutup. Beliau memanjat pagar dan menangkap mereka. Sebelum mereka di bawa ke pejabatnya utk dihukum, mereka berkata: Ya Amiral Mukmimin, kami melakukan SATU kesalahan, tatapi tuan melakukan TIGA kesalahan. Amirul mukminin berkata: apakah kesalahan aku?  Mereka berkata:  Allah berfirman, hendaklah kamu masuk ke rumah melalui pintu, tuan masuk melalui pagar!! Keduanya, Allah berfirman: kalau kamu masuk rumah, hendaklah engkau beri salam. tuan masuk ke rumah kami tidak memberi salam!! Ketiganya, Allah berfirman: jangan engkau mengintip dan tuan mengintip kami!!  Saidina Umar ketawa dan mengaku bersalah, lalu berkata muga Allah mengempunkan kesalahan aku dan kesalahan kamu, lalu mereka dilepaskannya (dlm kes mahkamah l kurangnya silap teknikallah tangkapan itu). Dan lebih dari itu, Saidina Umar selaku Amirul Mukminin akur akan kesilapannya. Moralnya: mahukah pemimpin kita menerima kesilapan yang telah dilakukannya?

Pak cik anwar

abang saiful yang 'jambu'...haha

kesimpulannya, kembalilah kepada hukum islam. . . .x pun, ambillah jalan terbaik... si saiful tu pun meskipun dah ditebuk dengan burung belatuk rumah tanggang , rasanya dia ada maruah lagi. apa pun selamat malam ....adios amigostan....

Monday, March 21, 2011

kebetulan yang melampau..

assalamualaikum salam bukak belog....
rupanya kan...aku berjalan2 belog pg td.
dalam x sangka,aku terjumpa 1 blog yang mengguna pakai 
background sebijik mcm background aku...
sebijik la yob..
sumpah aku x tiru sapa2 time nak tukar..
tetiba da tukar..
maka aku pun jalan2 beloh..jumpa page mamat ni..
yang lebih dikenali sebagai 
encik mohd saiful bukhari azlan..
kini sedang dibicarakan sebagai 'mangsa'..
bicara kes liwat DSAI..

blog saiful...yang mirip blog aku..seram beb@_@
apa pun kita berdoa la banyak2 yang kesi dorang ni akan selesai cepat.
dah jelik aku tengok kes ni...

Sunday, March 20, 2011

selamat ahad yaw....

assalamualaikum dan selamat pagi ahad yang best akibat kelemasan ketika berada di kolam renang,haha...terkucil lak td di saat tinggal lbey kurang 15m je nak abis. adoi hambar nya kemal...haha. di saat ini masih memikirkan adakah mahu keluar kerana aku x dibenarkan outing lagi akibat masalah berat badan yang dikatakan x ideal...bukan x ideal,tapi aku berat lain r. sdey r mcm ni..kalo aku nak kurang gak 3kg, memg kurus badan aku..kelesuan akibat tidak cukup tenaga..

pagi ni saat aku berjalan2 belog..(blogwalking la)...terjumpa satu artikel yang ditulis oleh bukan calang2 orang. sedih aku apabila masih ade lagi orang islam melayu yang menyokong husni mubarak dan mempertikaikan tindakan ikhwanul muslimin yang mendesak pengunduran mubarak sebagai exremist dan violence (extreme dan kejam).
syeikh Yusuf Al-qardawi

masalahnya yang mengeluarkan statement ni bukan sebarang orang beb...orang besar tu..ade nama..dia kata dia riso dengan kenyataan Syeikh yusuf qardawi dengan sokongan Qardawi terhadap sokongan kepada rakyat mesir khususnya ikhwan dan rakyat Libya. isunya disini adakah beliau telah lupa akan kekejaman yang dilakukan si Hosni mubarak terhadap pemerintahan diktator beliau kepada rakyat mesir selama 30tahun. tidak kurangnya juga dengan Gadaffi yang memerintah libya selama 42 tahun (x silap saya).

semasa hosni menjadi pemerintah Mesir selama ini, mengapa tiada kenyataan yang keluar dari mulut beliau di saat hosni 'gah ' di persada pilihan raya dengan kemenangan hampir 99.99%. siapa sangka kemenangan sebanyak ini setelah berpuluh tahun memerintah. Kerajaan Barisan Nasional di malaysia pun x dapat mengekalkan kemenangan konsisten. Jadi, adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini disifatkan sebagai kejam. Beliau harus sedar yang melakukan protes mendesak hosni berundur bukan sahaja ikhwanul muslimin dan Qardawi, tetapi segenap lapisan rakyat mesir yang terdiri daripada mereka yang beragama kristian, bahkan aktivis google sendiri turun padang berdemo mendesak pengunduran Hosni Mubarak.
HOSni Murtabak...

jadi nasihat saya kepada orang seperti ini agar meletakkan neraca pada imbangan yang betul, jangan beratkan pada pihak yang x selayaknya mendapat berat timbangan itu. sekian wassalam..

---akmal harith-----

salam pindah2...

salam pindah2?...hehe.bunyi mcm nak tiru dato' najib dengan salam 1 Malaysia beliau. tapi serius r..aku baru je lepas pindah kat blok baru ni..7x trip bro jalan kaki..jauh lbey kurang 800m kot.jd 7x 800m= 5600m @ 5.6km, ditambah dengan menaiki tangga tingkat 5..jadi post ni merupakan post pertama aku kat blog baru.nampaknya suasana aku pun membantu aku dalam penghijrahan kali ni. penghijrahan baru.. mcm tau2 je..

hurm..aku nak gtau ni...post sebelum ni yang bertajuk 18.2.2010 bukanla tarikh aku wat fesbuk..adoi mesti korang ingat fesbuk aku dilahirkan pada 18.2.2008 kan?..bukan r..fesbuuk aku dibuat dalam bulan 5 2008.. yang bulan 2 tu peristiwa lain..tapi amat menjadi sejarah jugak dalam hidup ni. bermakna tarikh tu.apa pun ia berakhir untuk sementara, andai ada masa hanya Allah menetukan.insyaAllah.

tentang fesbuk pada ari pertama ni setelah aku masukkan fesbuk dalam wad..Alhamdulillah ok lg..kita tengok bila lak fesbuk aku nak kuar wad ni..haha.

sekarang aku da duduk dengan budak2 kos aku..da x duduk dengan member aku yang bagi support kat aku untuk berblogging iaitu saudara noazhatori @haizat abd rahman yang memberi inspirasi untuk aku berblogging..x sangka dalam dunia blog ni aku lagi senior dari dia pasal blog aku lagi lama dari dia.. cume x x de mood nak update menybabkan blog aku bagai tersingkir di tepi pantai..

insyaAllah hari pertama member aku x de ni.aku ok lg..maklumlah bz pindah barang..x tau la esok atau lusa cmana kan..harap2 maintain r..hehe.harap2 ko da selamat sampai dengan selamat .alhamdulillah/ innalillah....

apa pun semoga bertemu..maas salamah...
keletihan pindah mak cik...nak rehat jap..

Saturday, March 19, 2011

18.2.2008-18.3.2011 (Al-fatihah)

assalamualaikum w.b.t, masih ramai yang bertanya tentang apa sebenarnya yang terjadi pada 13hb mac 2011, sebenarnya peristiwa pada hari itu tak jadi pun..namun kesan dan akibatnya masih ke hari ini. =), x pe.aku x keysa pun yang penting ko selamat sampai dan berjaya dalam kehidupan. doakan aku semoga aku dapat menempuh hari2 yang mendatang dalam mendukung aspirasi dan wawasan negara. 

aku berharap apa yang aku buat malam ni adalah benda yang dapat membantu aku khususnya, x pe la.lepas ni korang bley la bukak blog aku kalo nak mengetahui perkembangan terbaru pasal aku. apa2 yang berlaku insyaAllah aku crita dalam blog ni..meskipun blog ni ntah apa2 ntah dan hambar, namun dengan benda ni je la mungkin dapat menjadi medium perantaraan antara aku dengan korang..

ye.......... aku nak buat keputusan nak deaktivate facebook aku..mulai malam ni.tapi x lama,mungkin dalam tempoh yang sementara sehingga masa membenarkan. banyak sebab kenapa aku nak deaktivate tetapi, bukan kerana aku kecewa, marah mahupun merajuk,tetapi disebabkan atas dasar nilai kemanusiaan..aku pun nak tolong gak hati aku ni..hati aku jarang berpuasa dari Facebook. kesian hati aku, asyik dapat benda yang bukan2 je melalui internet khususnya facebook..jadi untuk memberi hati aku bermujahadah dari benda2 mcm ni..aku mengambil keputusan untuk DEAKTIVATE. bagi tempoh yang sementara...asal aku eja DEAKTIVATE...bukan DEACTIVATE ke?...ko jangan riso..aku x kan block korang...hehe.

my fesbuck...


mulai malam ni mungkin..sehingga diberitahu bila facebook aku bakal beroperasi semula..apa pun esok aku akan menjalani satu pertandingan pidah randah inter batalion..pergh...giler la bro..nak pindah blok..1 umah compress 6org. yang sepatotnya dihuni 4 org je..x tau la cmana nt..apa pun Alhamdulillah r..aku duk dengan budak kos aku...

sama2 bermujahadah ek...kebaikan memang sukar dilaksanakan..tetapi apabila terlaksana sangat indah rasanya...memetik dari blog seseorang...

apa2 kontek je kat blog ni k?...alhamdulillah...selamat...sementara

Thursday, March 17, 2011

pekabo?

assalamualaikum...w.b.t,salam satu ummah..urm, setelah si tanggang belayar selama 3 angin monsun, maka tibalah beliau di pelabuhan tempat ibunya melahirkan beliau suatu ketika dulu(kira kampung dia la), tatkala itu kasmonah(ibu tanggang), sedang menguli tepung gandum bagi dijadikan santapan burung belatuk yang serik menjadikan rumah kasmonah sebagai tempat berpatok.. kerana tidak tahan dengan burung belatuk, kasmonah merancang untuk menguli tepung lalu diletakkan di tempat2 yang mana burung belatuk selalu berpatuk dengan harapan burung belatuk terpatuk tepung itu lalu melekat di mulutnya. kira macam perangkap r..

ketika sedang menguli tepung cap dacing, pak leman datang sambil membawa sardin cap pertima yang dibeli di kedai runcit Ah seng dalam keadaan tergesa-gesa.. Pak Jikorjo berkata kepada kasmonah

"assalamualaikum kasmonah, kasmonah bau tanah, cepat la turun ni,,,aku bawakan kabar yang sangat suka untuk kau dengar"-pak Jikorjo...
"waalaikumsalam,,,lor kamu rupanya Jikorjo yang x do kojo..,wat gapo mu maghi umah aku?" balas kasmonah sambil tangannya tetap menguli tepung yang kini semakin empuk akibat gun powder.
rupanya Pak Jikorjo ingin bgtau kasmonah bahawa ada kapal besar di pelabuhan yang membawa muatan buah-buahan dagangan serta ayam tumbuhan dari serata dunia, TETAPI..itu bukanlah point Pak Jikorjo...point utama dia nak gtau yang drebar @ kapten kapal..zaman dulu panggil nakhoda adalah anak lelaki beliau yang dulunya lari dari umah akibat tidak tahan dengan bunyi burung belatuk yang berkokok selalu di rumah beliau... Beliau mengambil keputusan untuk keluar rumah setelah melihat potensi rumah pusaka peninggalan arwah bapanya bakal menjadi ladang penternakan burung belatuk...akibat kehyper tension yang amat sangat..beliau telah pergi tanpa kesan dan tanpa memberitahu ibunya,kasmonah yang ketika itu sedang leka bermain dam Haji bersama Jirannya, Nur Jiranah.

dan berlarilah kasmonah tanpa memakai selipar akibat ingin membuat amal kebajikan kepada cacing2 supaya masuk ke dalam kaki beliau....

maka sampailah kasmonah ke kapal tanggang, tanpa membuang masa..setelah memberi salam, maka kasmonah mula menjual pantun beliau kepada anak2 kapal..

orang india masak kari,
kari dimasak di tasik chini,
mana tanggang panggil kemari,
ibunya kasmonah sudah disini. 

maka bersoraklah orang ramai tatkala melihat kasmonah berpantun dengan berkain batik tanpa memakai selipar, 
'cis kasmonah,kalo excited pun nak jumpa anak, biarlah pakai selipar...aku pun pakai crocs'- kata humaidi abdul hamid. JKKK kampung tersebut.
maka dengan tidak semena2 keluarlah si tanggang dengan baju pyjamasnya dan bantal busuk di tangan kiri sambil tangan kanan memegang Teddy bear pemberian seorang Maharaja kepada tanggang kerana sudi berdagang di negara beliau..

tanggang bertanya kepada kasmonah, siapakah gerangan beliau?...

maka kasmonah dengan hampa menjawab "nasib baik aku x pakai selipar,kalo x mau je aku baling ko dengan selipar jepun aku, aku kasmonah tanggang ibumu"..

"apa dia?.. ibuku?...cis kamu orang tua..ibuku sangat hebat tangannya...tangan ibuku mampu bermain dam haji dengan henti untuk solat selama 3 hari,ibuku juga seorang yang sangat hebat menguli tepung..lihat tanganmu?..kotor..jijik aku melihatnya"..sambil menunjuk ke tangan ibu beliau mengunakan bantal busuk tanggang...

sebenarnya,,kasmonah terlupa membasuh tangan semasa hendak berjumpa tanggang tadi, dan tepung yang diuli tadi sudah mula menjadi keras akibat dehydrate dan bercampur dengan asap2 enjin kapal membuatkan tangan beliau seperti terkena taik lembu..

"sungguh kecewa aku tanggang menanggap aku seperti itu, nyah kamu dari kampung ini tanggang..kamu ibarat kacang terlupa kulit...kecewa aku' kata kasmonah dengan nada sedih..

" pirah maboo....orang tua x sedar diri..my mama already dead la mak cik...mati tergelincir kat kapal ni...,blahla wei.ade hati ngaku mak aku,da ler tangan kotor,bernajis...."tanggang membalas dalam nada yang agak kasar..

"x pe tanggang sampai hati ko kutuk tangan mama ko tanggang...dengan tangan ni la aku besarkan ko..basuh berak ko,,,cebok taik ko...skunk ko kutuk, x pe tanggang.." sambil mnyinsing kain batik beliau seakan2 mahu ber'wrestling' dengan tanggang...

'ko nak apa lagi orang tua..berambus la cepat...aku nak mandi laut ni" kata tanggang dengan sinis

kasmonah berulang kali bertanya pada tanggang soalan yang sama..namun da solan sama..jawapan pun sama la..apa daaa....

akhirnya kasmonah menyirap..mulutnya mula terkumat kamit sambil membaca mantera yang tidak diketahui maksudnya...tetapi Pak jikorjo terdengar dan dapat memahami sedikit bahasa yang digunakan kasmonah...laaa...ramai beranggapan kasmonah menggunakan bahasa alam syaitan yang tidak diketahui maksudnya...

namun menurut Pak Jikorjo..itu bukanlah bahasa syaitan, tetapi sewaktu kasmonah hendak melakukan upacara sumpah kepada tanggang yang dianggap derhaka...beliau telah mencabut gigi palsu beliau kerana gam pada gigi palsu tersebut telah abes...

yang dapat difahami oleh pak Jikorjo bait2 perkataan yang dilafazkan kasmonah hanyalah..

'duhai tanggang anak lelaki, engkau sudah dewasa kini, jasa ibumu kau lupai, adakah ko punya otak kat kaki?,"

cerita panjang pun x guna...akhirnya tanggang telah disumpah oleh mama beliau...tapi mama tanggang x sumpah tanggang jadi batu..sebaliknya berdoa agar tangan tanggang dicacatkan seumur hidup...

semasa wawancara ini dilakukan. wartawan yang bertanya kepada kasmonah mengapa hanya sumpah pada tangan ,x sumpah semua...

balas kasmonah "larr, sapa suro dia kutuk tangan aku..dia lupa kot tangan ni tangan world rekod main dam haji paling lama"....

kami berjaya menemui tanggang, tetapi beliau tidak mahu gambarnya dirakam..tetapi membenarkan tangannya diambil gambar sebagai pengajaran buat anak2 di luar agar tidak lupa akan ibu anda meskipun anda yang cari pasal dengan lari dari umah...

memetik gambar tangan tanggang,,,,,,




tangan yang disumpah akibat derhaka...huhu...moral..ingat2 jasa ibu bapa korang....

p/s- gambar atas tu sebenarnya gambar tangan aku,
yang  dibalut oleh nurse akibat dislocate...

Tuesday, March 15, 2011

kehadapan sailormoon

tajuk kat atas mampu mengundang kontroversi andai watak sailormoon benar2 wujud dalam dunia nyata. Namun aku bukan nak menulis warkah kepada sailormoon, tetapi teringat kepada watak sailormoon yang selalu ditonton di kaca tv2 dlu sebelum rancangan dragon ball bermula, namun realiti semua orang menyukai kartun sailormoon..x kira la lelaki mahupun berlainan gender..watak sailormoon dengan tag line..

"dengan kuasa bulan, akan menghukummu"-sailormoon...
adik sailormoon....hehe


yee...kawan2 itulah tagline yang menjadi sebutan dan ikutan semasa aku di zaman kanak2 sekolah dulu..sambil bergaduh dengan rakan2 yang menggunakan pelbagai tagline...mcm..

"kuih pau hei kong@ kame ha meha"- kerabat dragon ball..
goku, trunks, bezita , go han dan pikor @remaja syaitan...mati2 aku ingat dragon ni citer betol...

 dan kini aku pun x tau apa superhero yang menjadi idaman anak-anak kecik skunk, yang mana kebanyakan dari mereka sudah jarang menonton tv yg mengandungi unsur2 keperwiraan. banyak animasi skrg yang lebih kepada konsep humor. da x banyak mcam zaman2 aku kecik dlu,ade batman,otomen, kamen rider, cyber cops, jetman, power rangers, ninja rangers, kalo nak list memang bnyak la..

tapi zaman dah berubah, x kan dorang nak tngok kartun zaman dlu yg CGI mahupun graphic segala mcm jadah sangat lemah.zaman dlu kan?.kalo citer mcm power rangers pun mcm da mantap...hehe.

aku lupa la nama2 dorang...sori ek..

apa pun ucapan selamat tinggal @ sayonara kepada sahabat2 teman2 adik aku izzah yang bakal pulang ke mesir mengikut penerbangan masing2 bagi menyambung pengajian setelah kejatuhan empayar husni mubarak pada baru-baru ni.

dan ade yang aku x sempat nak ucapkan selamat tinggal...tau2 je da senyap, x sempat nak menyampaikan amanat2 terakhir. x pe la.mungkin tengah rushing kan ..kalo x nt x sempat lak nak check in lagi kan...besa r tu..

apa pun bg mereka yang da smpai kat sana...teruskan belajar dan kuatkan semangat dan jati diri sebagai anak bangsa melayu beragama islam yang mendukung identiti kita...jangan lupakan pesan ibu..pesan ayah...lupakan apa yang berlaku di malaysia..yang manis disimpan yang pahit usah dikenang..
 

Sunday, March 13, 2011

-----no topik--------

malam ni, ade org mintak aku update belog...
malangnya x mau r update malam ni..takot isi dipenuhi dengan emosi dan ayat sadis...
tapi apa pun, nak ucap panjang2 x guna gak...
pasal kalo aku cakap mesti benda sama yang korang da bosan kan...oleh itu..
biarlah kali ini sampai sini je apa yang aku tulis..
selamat malam...

sapa2 yang mengikuti perkembangan belog ni.
korang x perasan ke sekarang da 13 mac 2011....
......
...
..
.


shin chan pun sedih macam ni...
apatah lagi sailoormoon yang berjiwa wanita...
keluang man kering je...
batman wat2 macho...

manakah anda?
abg batman yang berlagak macho...
adik cincan yang x macho tapi selamber...

Friday, March 11, 2011

tangisan di pagi hari

salam buat semua.macam biasa permohonan maaf dipinta kerana blog ni x berupdate,apa pun terima kasih kepada korang yang sudi gak menjenguk blog ni meskipun blog ni lebih sekadar diari atau omongan kosong aku yang disimpulkan dalam hari itu, dan aku nak korang faham tajuk kat atas tiada kaitan dengan isi kali ini atau dalam kata lain tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

minggu ni banyak benda berlaku yang mengakibatkan aku sangat berada dalam kekusutan, minggu ni telah diadakan pameran sempena hari terbuka Tentera Darat Malaysia, sebagai seorang rakyat malaysia dan lebih lagi seseorang yang terlibat secara tidak langsung. aku datang untuk memeriahkan suasana. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. bermula dengan ketibaan dif kehormat sehingga acara kemuncak, Unit lawan keganasan(ULK) yang didemonstrasikan oleh gerup gerak khas(GGK) @ komando.acara lain pun ade jugak macam demo penerjunan bebas,dengan red warrior@ pasukan akrobatik wira merah oleh KPTD(kor polis tentera darat)

dan ketika ini aku baru menjalani test yang sangat jika ditakrifkan solannya...boley la.tapi x tau r npew.mungkin berkait2 kot.bila x dapat yg atas. kat bawah otomatik x dapat. tapi jangan dibiarkan yang berlalu terus dilupai. ambik iktibar dan pengajaran. 

minggu ni minggu terakhir bagi teman yang pulang dari mesir berada kat malaysia, ramai akan pulang minggu ni termasuk lah adik aku. dan sapa2 lagi..sdey tu memang diakui sedih gak la. nak wat cmana hidup harus diteruskan .survival hidup perlu. kalo x cmana manusia nak maju. cume apa yang aku harapkan semoga kali ni x berlaku mcm tahun lepas.aku kena tabah//come on mal...kuat dan kuat..haha..apa la aku ni.kat atas da hebat  da citer pasal askar..tapi bley plak nak tacing...isk4..

dan kali ni, tanggal 11 mac 2011..adalah hari lahir member aku jom celebrate!!!...persiapkan telur dan air longkang...hahahaha..

stages kuiz 1 hati cinta negara..team aku kalah.=(
PT-91 buatan poland.kebanggan kita!
pasukan akrobatik wira merah@red warrior
dan 1 lagi,aku dalam proses menurunkan berat badan..sapa nak join aku nak jd kurus..jom3..berjimat. x yah nak pergii slim care..

megah

Saturday, March 5, 2011

selamat sukan..

sedar x sedar..hari ini sewatu aku menaip post ni da 5hb mac 2011...maknanya hanya tinggal 7hari je 13hb akan menjelang tiba,,,kenapa 13hb ??...mngkin ramai yang memikir..apa sebenarnya tarikh amukan 13hb ni. x pe la, biarlah sejarah yang akan menceritakannya, tapi buat mereka yang berkenaan 13 ni..x kirala korang lahir 13 ke, tinggal no 13 ke, atau adik beradik 13 orang. aku ucapkan semoga selamat maju jaya.

1 Mac merupakan sambutan hari tentera darat Malaysia yang ke 78 dalam tahun ini. dan sepanjang minggu ini,tentera darat ade membuat pameran dan persembahan skit2 untuk korang2(orang awam la)...yang x berkesempatan nak tngok latihan tentera darat dalam kem. apa pun tentera darat kita sebenarnya banyak berjasa kepada kita,mungkin sekarang korang x nampak jasa tentera kita pasal kita hidup dalam suasana aman dan tiada konflik yang berlaku..tapi kata pepatah pernah berbunyi

"sesiapa yang berkehendakkan keamanan hendaklah sentiasa bersedia untuk berperang"
Tentera Darat Malaysia
                                                   
begitulah jga halnya,tentera darat kita memang dilatih untuk pertahanan bukan menyerang,jadi jangan korang mempertikaikan kredibiliti tentera kita ek...tentera kita tentera terbaik..hidup askar melayu..

10 briged para
                            


seperti yang sedia maklum,dalam post lepas aku ade menyatakan tentang rezeki yang semakin melimpah ruah...tapi kadang2 memg orang kata rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari.tetapi kadang2 kita terpaksa gak tolak bagi memberi komitmen pada benda yang lebih utama dari utama...semoga berjaya pada rakan2 aku... 

Friday, March 4, 2011

rencana

salam buat semua, aku baru je selesai pulang dari menjalani Rakaman kuiz 1hati cinta negara bertempat di UiTM shah alam. Kalah menang tu belakang cerita la..meskipun kalah result,biarlah menang gaya,,,haha.(ayat pasrah orang da kalah)...biarlah,nt korang tngok ek episod 2 kuiz 1 hati cinta negara. rupanya baru aku tau, nak rakam benda macam ni, sampai 2 jam rakaman, padahal benda ni setengah jam je..ceh.. sapa yang salah ek,producer ke pengacara..kesian pengacara tu..Luq Hakim,@abg bakn rakyat..dia berlakon iklan bank rakyat yang tukar2 baju..korang ingat lak balik ek..

tapi apa pun,ari ni aku rasakan group kitorang paling sporting dalam menjayakan rakaman ni berbanding dengan group malam tadi yang kelihatan agak hambar dan slow, kami berjaya membuktikan bahawa tentera bukan sahja hebat di medan tempur, malah hebat di pentas rakaman...

menunjukkan komitmen pada benda yang kita celaru, tetapi lebih berbaloi andai dipilih benda itu.. contohnya la kan,korang dapat tawaran g sarawak dengan tawaran nak g perak.aku yakin korang akan pilih ke sarawak meskipun komitmen korang lebih diperlukan di Perak..jangan biarkan korang hanyut dalam keputusan yang kabur dan kelabu.


sebenarnya aku agak kecewa gak la team aku kalah kuiz tadi..yela kalah mesti kecewa kan,menang lak suka..salah kami gak kurang knowledge pasal malaysia ni..tapi apa pun aku da ngantuk ni,petang tadi da tidur 2 jam..tapi masih mengantuk bagai x cukup tidur.mengapa ek...

mungkin terlebih tidur kot...hurm...