Wednesday, April 25, 2012

Ramlah Ram

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Nampaknya belog ni macam dah kelihatan lain. Jadi, sekaranglah masanya juga untuk teman membuat pembaharuan pada belog teman. Rasanya dah beberapa kali teman cakap nak buat pembaharuan, tapi tetap sama belog teman ni. Buruk dan hodoh.

Rasanya sedar tidak sedar sudah masuk minggu kesembilan sesi akademik semester 2 2011/2012. Ramai yang merasakan termasuk teman sendiri seakan-akan baru minggu awal-awal. Mungkin kerana agak lapang Sem ini. Tamatnya sem ini bermakna teman akan menjalani latihan peraktikal selama 10 minggu. Rasa bagai sekejap benar 10 minggu itu. Mungkin teman bercadang nak buat kerja part time. kot...

Dan kini semakin ramai sahabat-sahabat teman yang mula berhijrah ke alam baru. Mulanya si kecik, diikuti oleh beberapa individu lain yang mencari peluang pekerjaan baru. Adalah bagus untuk berhijrah mencari alam baru. Seperti mana yang pernah dibuat teman dalam berhijrah mencari sekolah. Nabi juga menggalakkan kita berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.

Lupakan segala yang membuat kita sengsara, tinggalkan kepahitan itu bersama peninggalan kita.

Pada asalnya berat jugak teman nak meninggalkan sekolah teman dan pergi ke sekolah baru yang sememangnya lebih dekat(boleh ngempeng) dengan rumah, ramai sahabat baru dan suasana baru. Namun teman sukar untuk meninggalkan kenangan teman di sekolah lama teman. Sekolah yang mengajar teman cara hidup, sebagai seorang junior dari tingkatan 1.

Semoga selamatlah semua di alam baru yang menjanjikan 1001 cabaran baru dalam merojak kehidupan anda semua. Persediaan dari segi mental dan fizikal haruslah cukup memandangkan ini kali pertama anda menceburi bidang baru.

Dan banyak respon berkenaan bb cream yang teman terima dari pembaca belog yang hampeh ni. Dan harapnya cik yang perasan 'kurus dan comel' dapat mendapat lebih penjelasan apa itu bb cream. 

ko punya cover photo bila aku boley tukar..

Teman dulu sebenarnya pernah bermain rugbi, dan kadang2 teman ingin kembali bermain rugbi macam dulu, tapi apakan daya jari teman yang dislocate masih belum pulih dan rasanya seakan-akan cacat kekal jari teman ini. Terima kasihla kepada seorang rakan yang membuatkan jari teman ni 'cacat'. 

inilah namanya rugbi

keadaan jari teman dulu setelah menerima rawatan


hanya bandage dan benda bodoh tu je hilang, sakit tetap rasa.


Friday, April 20, 2012

DSA 2012

Assalamualaikum dan salam membuka pintu pun aduhai pun... mula2 teman malam ni nak update pasal DSA 2012, tapi permintaan khas seorang teman yg mahupun teman mengupdate pasal bb cream.

mungkin kerana beliau telah dikritik hebat kerana seakan terlopong pabila ditanya mengenai bb cream.oleh itu beliau telah meminta teman menjelaskan apa itu bb cream. untuk mendapat penjelasan apa itu bb cream sila klik sini dan sini.

teman sendiri pernah mencuba bb cream ni *ayat yang teman sendiri x suka baca. mesti anda semua membayangkan teman menyapu bb cream di seluruh muka teman sambil menyanyi lagu kpop dan kaki berdancing macam yoona sdnd. 
jenis bb cream dgn kulit anda

sebenarnya teman hanya menyapu skadar di tangan sahaja. itu pun bagi memenuhi tuntutan dan keperluan nak gedik time tu. asal sejak dua menjak ni teman asyik gedik je. maaflah sahabat semua ek. dan bb cream juga dapat menutup roma2 yang terbuka pada wajah anda. itupun jika anda rasa wajah anda kelihatan agak kusam.

di surat khabar hari ini juga Garnier telah mengeluarkan iklan berkenaan bb cream. krim yang dijual pada rm 19.90 menurut harga pasaran. namun untuk membeli bb cream. kena test dulu samada ianya sesuai dengan kulit anda atau tidak. ada bb cream untuk kulit cerah dan ada yang untuk kulit gelap macam teman. *teman sedar kulit teman hitam.
ni la creamnya.. mcm murah rm 19.90

dan teman nak update pasal bb cream pun teman bukan mahir sangat pun. dah nama pun x guna, x d la nak taw camna kefektifan benda alah tu kan. kena tanya pada yang menggunakannya.

kembali pada DSA 2012, pameran keselamatan dan pertahanan asia. Menarik. pergi x sia2. ramai dan meriah. rasa macam perhimpuan a***r2 seluruh malaysia. yang teman x ley tahan teman telah melalui sebuah laluan untuk VVIP sahaja. tetiba terserempak dengan PAT (panglima angkatan tentera). gabra x gabra teman dibuatnya. pengalaman jumpa PAT. bukan selalu kan.

gambar sekitar DSA 2012. tk boleh nak upload banyak pasal melibatkan ketenteraan kan.. ada juga gambar teman pakai baju sekar...






*garnier kena bayar kat teman pasal tolong promote barang dia ni. x mintak lebih. dapat bergandingan dengan Pahrin Juoi @ fahrin ahmad dalam iklan garnier pun ok.

Wednesday, April 18, 2012

sikap prejudis perlu dikikis

meletakkan gambar buku penaik semangat!!!
assalamualaikum dan salam awal membuka bicara.

tulisan ini dibuat pada malam ini meskipun esoknya teman mengetahui bahawa teman ada test pada subjek yang teman memang malas sikit baca bukunya pasal melibatkan macam sejarah. atau dalam erti katanya manufacturing process. process pembuatan. subjek yang memerlukan pembacaan yang tinggi serta penghayatan dan kefahaman  dalam menuntut penuntut mengerti dengan terperinci apa itu pembuatan bahan.

manakala teman pun sememangnya agak piruk sedikit apabila ditanya tentang soalan2 yang lebih sesuai ditanya kepada pelajar2 yang ambil pengurusan/ pentadbiran yang lebih kepada teori berbanding pengiraan. SUMPAH soalan teori memang fail!!!. sama macam test semalam. mula2 dah tanya teori.

tapi jangan risau untuk test kali ini teman akan lebih bersedia samada dari segi fizikal dan taktik. hahaha =D

ProbLem??..haha
teman juga ingin mendoakan sahabat baik teman yang kini mungkin dilanda depresi agar segera sembuh dari dan kembali normal seperti dulu. Kuatkan semangat dan gagahkan diri menghadapi segala musibah yang menimpa. sesungguhnya kerap kali teman berpesa. musibah dan ujian adalah penghapusan kepada dosa kecil. kamu adalah penguat semangat kepada adik2 kamu. kamu juga adalah harapan kepada ibu dan ayah. 

ya, peranan anak sulong macam teman ni sangat besar dalam keluarga. andai pincang anak sulong itu maka keluarga akan kelihatan sedikit goyah. ibu dan bapa sememangnya akan memberikan layanan berbeza kepada adik2 kita kerana merasakan apabila adik kita lahir keadaan telah mungkin sedikit selesa berbanding kelahiran kita dulu.

pilihan raya bakal menjelang tiba, sekarang semua orang termasuk bekas menteri UMNO sendiri telah turun padang bagi menyatakan sokongan mereka kepada parti yang mereka sokong. dahulu dalam kabinet dikatakan takut bersuara kerana bimbangkan takhta. kini bila takhta tiada, mereka selesa bersuara bagi memberi gambaran kepada rakyat.


lagi banyak teman nulis lagi merapu rasanya. rasanya baik teman undur diri seeloknya.

Sunday, April 15, 2012

nak pilihanraya kah??

gambar ini diambil di tempat saya, shah alam seksyen 24. nampaknya ada parti yg sudah mula melancarkan 'ala2' kempen pilihan raya. adakah pilihan raya makin hampir??...





mungkin ni baru senario gambaran yang sedikit. apa pun selamat bertanding kepada semua parti yang terlibat.

Saturday, April 14, 2012

al kisahnya cutiii~~~

Assalamualaikum warahmatullah..


teman ucapkan buat semua pembaca setia blog teman yang seberapa ni..maaflah pasal jarang dah berupdate, teman mempunyai misi besar iaitu mendapatkan tempat latihan industri dalam masa cuti ni. kalau teman x dapat tempat praktikal yang sesuai dengan diri teman.maka teman akan dicampak kemana2 tempat praktikal yang dirasakan sesuai oleh fakulti, seperti unit-unit tentera. risau jugak teman mana tau kena anta ke ipoh ke, x pun pahang ke.bukan praktikal teman kat sana nanti. jadi benda lain plak.


Alhamdulillah teman dah berjaya cuti dengan jayanya kat sini. dalam kesibukan dan kesamaran di tengah bandar berjaya jugak teman akhirnya. namun cuti yang agak berat kerana dalam cuti ni tak pernah sekalipun teman jogging, sekadar bermain basikal putih teman je. Petang tadi tengah dok bawak basikal tetiba ada budak puji. 

"lawa basikal abg, beli mana ek" (tangan korek idung mata ke atas)
reaksi spontan budak tersebut

teman pun pandang je la budak tu dengan nada yang hairan....

tapi apa pun basikal teman memang naisss pun cuma pasal lama x bercuci kan.agak kotor la skit jadinya.


minggu ni teman juga ke putrajaya menemani sahabat karib teman me'riki' jalan nak ke PICC, atau nama lainnya putrajaya internatinal convenction centre.x susah pun nak ke sana, dah kesana pulak susah nak ke sini.sampai mana2 ntah masuknya.. sabo je la.teman duk mikir la celah mana nak masuk presint2 ni..last2 ketemu jua akhirnya. alhamdulillah bersolatlah dalam masjid putrajaya yang serba indah itu.

dari PICC


pintu gerbang masjid putajaya
budak ni terpaksa dihilangkan mukanya atas dasar rahsia negara +(x brapa nak ensem macam abg aaron)

rupanya sekian lama belog ini x berupdate kan, hurm rasanya ym pun dah jarang berbuka.. kdang2 buka tapi sunyi je.. mungkin ada sambutan cultural day kot. bz skit... ngeh3,,x pe2.. exam commed jawab elok2...
gambar sepupu teman yang masih kecil dari kiri ; abi,anas,wafa