Saturday, December 4, 2010

ulasan isu semasa....

salam buat semua yang telah singgah ke blog ni. setelah hampir seminggu ak x update blog ni gara-gara pelbagai masalah yang melanda bukan saje disebabkan musim periksa,tetapi masalah internet juga telah membuat aku x keruan memikirkan bagaimana agaknya mahu mengakses internet. tapi x pe..atas bantuan rakan aku akhirnya ak berjaya jugak on9 dan terima kasih kepada saudara bilik mohd rasyid ..haha.

post kali ni x berapa terautur sangat pasal aku da mula menjalani latihan untuk cuti sem ni..org lain bercuti,ak ber'pt'..x pe la rezki ak kan kat sini..nak wat cmana,bnyak isu yang timbul baru2 ni..bukan banyak je.teramat2 bnyak,dari isu air dan malam ni sewaktu aku nak post benda ni.khabarnya harga minyak,gula dan gas dah naik. x mau cakap pasal isu ni pasal ak bekerja bawah kerajaan yang memimpin skrg.


ap pun ak tertarik nak mengulas pasal isu dato zahid hamidi yang mengatakan bahawa orang bukan melayu tidak patriotik kerana tidak ramai sertai tentera. saya bukanlah seorang yang layak sebenarnya untuk bercakap bg pihak zahid hamidi. tetapi dalam pengamatan ak,dato zahid merupakan seorang pemimpin pada hari ini yang sangat berpotensi untuk melangkah jauh ke hadapan berbanding dengan rakan seangkatan beliau. ak mula mengenali beliau ketika beliau menjadi timb menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada tahun 2004. waktu tu beliau telah mengunjungi sekolah ak dan ak amat tertarik pada perwatakan beliau.


meskipun beliau sekarang ini memegang portfolio menteri pertahanan,namun beliau bukanlah seorang bekas tentera mahupun individu yang menerima latihan ketenteraan secara khusus,beliau hanyalah seorang menteri.dan pada sy seorang individu khususnya ahli dewan rakyat yang bukan dalam kalangan tentera tetapi mahu bercakap tentang hal2 berkaitan ketenteraan seharusnya berfikir dan membuat kajian sedalamnya. kita lihat dgn apa yang berlaku pada Yb Saifudin nasution yang mengusulkan supaya latihan pasukan khas dikaji semula kerana pada pengamatan beliau latihan yang diterima pada hari ini bersifat kejam.

cakap beliau sememangnya sy sendiri tidak boleh terima. isu ini melibatkan keselamatan pertahanan negara kita, latihan yang sebegitu adalah wajar kerana yang menerima latihan tersebut adalah mereka yang bakal diserapkan ke dalam pasukan khas. Oleh kerana rentetan peristiwa itu,seorang demi seorang ahli dewan rakyat membuat kenyataan tentang angkatan tentera malaysia. isu tentang orang bukan melayu mengangkat tangan juga dipersoalkan,akhirnya individu yang mempersoalkan perkara ini meminta maaf.

dato' zahid telah dikecam hebat oleh orang bukan melayu kerana menuduh mereka tidak patriotik terutama parti politik bukan melayu akibat sedikit golongan yang menyertai tentera, sedarkah mereka apakah yang dimaksudkan dengan patriotik. dato' zahid telah dikecam hanya kerana beliau adalah seorang menteri andaian sy jika beliau adalah seorang bekas tentera pasti beliau tidak dikecam sehebat ini. nasihat sy kepada mereka yang menganggap kenyataan dato zahid tidak betul supaya renungkan kembali..kira berapa bnayk peratus rakyat malaysia dan pecahan antara melayu dan bukan melayu berapa ramai. Seterusnya dari pecahan itu berapa ramai yang terlibat dalam angkatan tentera kita...

fikirkan masa hadapan....


No comments:

Post a Comment