Friday, September 30, 2011

Mencari dan Menjadi

assalamualaikum dan salam 1Malaysia untuk semua pembaca belog ini. Maaf sekiranya anda mendapati belog ini semakin hari semakin hambar dengan pengisian yang tidak teratur. Namun dalam kita melibatkan diri dalam dunia belog, kadang2 kita bukan berbelog untuk menulis.tetapi sekadar untuk mendapatkan side income dengan menjual iklan2 digital seperti nuffNang dan AdFly. Namun hati Admin bukanlah untuk mendapatkan side income kerana admin merasakan apa yang admin ada sekarang sudah mencukupi dan admin bersyukur.

1) Setelah beberapa ketika Admin meletakkan gambar Admin dan adik2 yang 'ganas'. Tujuan gambar itu diletakkan di belog ini kerana gambar itu mendapat 'LIKE' tertinggi dalam album raya di facebook admin. oleh kerana ada pihak yang tidak dapat melihat gambar itu akibat tidak friend dengan admin. Maka admin letakkan gambar itu untuk tatapan beliau.

2) Minggu ini akan diadakan festival Konvo di universiti admin belajar. Dijemput kepada semua rakan-rakan belog admin untuk datang ke festival konvo ini. banyak acara disediakan untuk mereka yang hadir. Berikut adalah butir-butir festival.

  • tarikh   30 sept 2011 - 03 okt 2011.
  • masa    0800h - 2300h
  • tempat -universiti admin belajar.
3) Malaysia Minggu ini popular dengan kes hudud dan perlaksanaannya di Malaysia. Berbagai parti telah mula melontarkan pendapat masing-masing. bagi sesetengah pihak, isu hudud ini sengaja dimainkan oleh sesetengah pihak dengan tujuan bagi mendapatkan simpati politik. Dan ada pihak lain menyebut, isu hudud menrupakan rentetan daripada pemansuhan ISA( International security act) oleh Yang Berhormat Dato sri Najib Razak.

veloster merah...idaman kalbu

Thursday, September 22, 2011

akhirnya dibuka juga

assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua pembaca2 belog ini, di sini admin ibnzainuddin ingin membuat beberapa pengumuman.

1) Jam di belog ini adalah berdasarkan Jam di laptop anda. Jika tidak sama maka anda seharusnya check masa kawasan zon laptop anda.

2) Peperiksaan PMR telah bermula, meskipun adik admin tidak ada yg terlibat dalam mana2 peperiksaan. tetapi admin terlupa hendak mengucapkan selamat Maju jaya dan berjaya terus dalam peperiksaan PMR. Admin mendoakan agar semua calon PMR di seluruh Malaysia dapat menjawab dengan tenang. Harapnya tidak terjadi seperti calon di Sarawak yang tidak dapat menjawab soalan UPSR akibat dikurung oleh guru mereka kerana bimbang akan mencemarkan keputusan sekolah terbabit kerana murid itu dikatakan terlampau BODOH. 

3) Admin ingin mengucapakan terima kasih kepada teman di YM admin malam tadi kerana bertanya soalan yang sudah lama terbuku dalam hati beliau, soalan yang sering difikirkan Admin tetapi Admin tidak mahu melayannya jauh-jauh kerana tidak mahu leka dalam mainan SYAITOOON. Andai ada rezki itu, adalah ia. =)

4) Sem baru telah bermula, dan sem ini amat penting bg admin kerana di sem inilah ramai senior-senior jurusan admin telah sangkut subjek lantas menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk sem depan. Dan ada juga antara mereka yang terpaksa extend tahun pengajian kerana sem ini. Harap semua pembaca ibnzainuddin dapat mendoakan admin dapat mendapat keputusan yang cemerlang dan lulus dengan jayanya di semester ini.

5) ada lagi lebih kurang 2minggu sebelum berangkatnya sailormomo ke bulan untuk mencapai cita-cita beliau bergelar sailormoon. ada lagi 3 jurus yang perlu dihabiskan sebelum habis berguru dan ditauliahkan. Admin mengucapakn maan taufiq wan najah dalam menghabiskan jurus2 terakhir ni di bulan sana. Bersama sailor2 yang lain.

buat kali pertamanya dalam sejarah....gambar admin dan adik2 lelaki yang sangat 'ganas'
*pernah ke aku letak gambar aku sebelum ni??

Monday, September 19, 2011

Lawatan kerja ke Banting.

assalamualaikum dan salam 1malawi. lamanya x jenguk belog ni kan..jendela2 dan mula menguak sambil si anai2 dah mula mengasah taringnya di belog ini. Bukan tidak mau mengupdate. tetapi seandainya saya mengupdate siapalah yang nak baca,,,,SDEY!!! T__T

da aku kat sini nak menceritakan tentang apa yang telah berlaku sepanjang cuti 1malaysia yang lalu. ntah cmana my chief instructor..his new post will be the director of ALK...baik lak tetiba bagi cuti. dan peluang tu aku sia2kan dan manfaatkan sepenuhnya untuk ke melaka menghadiri walimah@kenduri kendara senior aku kat sekolah dulu. yang dulunya kami agak rapat walaupun jawatan beliau adalah yg 2nd tertinggi di sekolah aku. sedangkan aku hanyalah ketua aras yang berlagak perform walhal aras sentiasa kotor...

dan sabtu telah menjadi hari yang aku x taw nak wat apa. mulanya ingat nak temankan member g putrajaya wat medikal check up, then x jd tukar plan nak g open house @ aqiqah umah member aku yg lain...pun x jadi jugak pasal lambat bangun..entah cmana petang tu aku akhirnya sangat kebosanan lantas mengambil kunci motor papa aku dan terus memecut ke kelang...

plan awal nak g jusco  bukit tinggi, entah cmana....time atas jalan tu rasa,mcm x best je jusco bukit tinggi ni...akhirnya aku nmpak sign board g BANTING....wah banting la.lama x g banting...bisik aku dalam helmet...lantas terus aku memecut dengan tidak semena2 ke banting...

SERIES...kalau pergi banting ikut klang sangat jauh...nyesal lak aku time tu...x pe, semangat berkobar nak g banting ni....(walhal risau gak,takot sesat)...

bnyak jalan yang aku jumpa...kampung sri cheding..sungai manggis....sebelum tu ade telok panglima garang....dan terus je.akhirnya sampai la ke pekan banting..tu pun sempat gak tnya kat apek kedai motor..

"Mana pekan banting r pek....,apek jawab 'lu mau pg mana'....jawab balik...'errr.......bas stop banting'..
apek - 'haiya manyak senang ma...lu terus nmpak trafik light masuk kiri terus masuk kanan..."

aku..'errr,.yeke pek?...tq ek'


dan mengikut firasat apek tu..ak pun jalan je la..smpai betol2 jumpa terafik light...haha.masuk kiri terus ke..tetiba nmpak lak econ save...pasaraya MEGAH...akhirnya jumpa jugak stesen bas yang bersebelahan dengan uptoen banting...aku lepas kejap je.then cari port baru..tetibe ad nmpak the store..

macam best je shoping kat the store kan...g la the store..sekali da smpai the store..alamk duit dalam wallet ade rm 25 je..smlm g melaka bnyak da abes...aku lupa nak g ATM...aduhai aduhnya malangnya nasib...dgn duit yg seciput aku g la makan KFC kat the store tu...da makan2...balik...

sama la rupanya...

pengajaran waktu balik...- rupanya nak g banting ikut highway kesas kejap je.... T_____T x677...


nyesal lak x wat proper plan....


akan datang kita akan menerjah depan skit dari pekan banting.....hahaha

Saturday, September 10, 2011

inilah rahsianya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,
dikesempatan ini,saya ingin  mengucapkan tahniah dan syabas buat kerajaan Malaysia 
kerana berjaya membuat rakyat lebih sejahtera,
dengan menaikkan kadar cukai bagi penggunaan prabayar sebanyak 6%,
inilah yang dikatakan
1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
tok jib tengok pew tu...kih3

kesejahteraan rakyat yang selama ini dicari telahpun ditemui,
dan saya mula berpesan kepada rakyat agar bersedia dengan kenaikan cukai 
seterusnya.cukai kereta lama...

dan dikesempatan ini, saya masih lagi gagal untuk mengupload
aktiviti sepanjang ramadhan saya yang menggunakan kamera 
Panasonic Lumix FH-2

setelah sebulan menggunakan kamera ni,
saya agak berpuas hati dengan mutu gambarnya,
meskipun kualiti gambar kamera fujifilm lebih menarik.
Namun harga bagi kamera fujifilm agak mahal berbanding kamera saya ini.
ni ler kamera yang baru aku dapat hasil titik peluh bersawah dan bertani

dan raya bagi tahun ini alhamdulillah..
masih meriah lebih dari tahun lepas,
meskipun x dapat ucapan raya pun lagi dari cik momo.
ko hutang dengan aku faham x!!!hak3..
belog aku skrg da ada benda baru...
KPOP vs KLPOP

lepas ni akademik da bermula,
sem baru azam baru biasanya...
harap begitulah kan...
insyaAllah..
amin..

salam
~~~akmal harith~~~