Monday, February 28, 2011

salam..

pergh,,sekali lagi..aku ingatkan blog ni da diupdate time aku berada di utm skudai..rupanya aku terlupa nak klik publish post..akhirnya terbiar mcm ni je..ptot r.kesian tol...malang wat aku la kot..hehe.apa pun selamat isnin buat semua..hari ni isnin 28mac 10 aku kena duty..smpai esok selasa 1 mac 2011. doakan aku selamat x extend dan dapat buat segala kerja dengan sempurna.

aku baru pulang dri UTM skudai menghadiri 1 ritual..haha.x d r,aku pg untuk menyaksikan pertandingan Tae Kwon do masum..rezeki kali ni x berapa memihak kepada kami.tapi x pe, bnyak penglaman yang kami peroleh dari sirkit ni..yang mana memungkin kan kami meningkatkan prestasi si peringkat akan datang. semoga rezeki yang dilimpahkan terus dilimpah dalam masa yang sama membuat kami tidak lupa kepada-Nya.

minggu ni sekali lagi.kalo korang baca post aku yang kat bawah. aku dapat tawaran masuk kuiz 1Malaysia.ntah apa ntah nama penuh kuiz tu.. tapi khamis ni nak wat rekording kat UiTM, nt korang raaajin2 la ek bukak RTM.mana tau terbukak cerita ni.bley r tngok aku beraksi depan kaca televisyen..permulaan menjadi aktor macam Donnie yen..hehe.

martial art-donnie yen...Ip Man


dan apabila aku pulang je dari skudai.malang apa yang berlaku,assignment aku x siap lg!!!..ok la,ak set mind ingat nak siapkan as8ment..rupanya, ade lak kuiz.pergh masa semakin  suntuk.as8ment kena anta sebelum pukul 12,kuiz pukul 11..namun,kecerdikan akal mengatasi segalnya...hahaha.aku da citer kat cik lemu takrifan kecerdikan akal bagaimana yang dimaksudkan..

apa pun aku nak gerak g duty dul.nt bila2 masa aku update balik ek..tata..assalamualaikum..

Thursday, February 24, 2011

nikmat yang tidak terhingga...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah subhanawata'la..atas nikmat kurniaanNya dapatlah aku menghirup udara segar dan mencari keredhaan di atas bumiNya..rasanya x penah lagi aku mengucapkan syukur dalam blog ni. benda yang baru hari ini au tersedar setelah aku me'reverse' hidup aku semenjak aku kecil hingga hari,saat dan detik ni.

minggu ini telah berlakunya pilihan raya kampus di setiap universiti tempata di seluruh malaysia...rasanya kot, x tau la plak kalo universiti luar pun wat PRK gak... pilihan dibuat nak pilih Majlis perwakilan Pelajar..alhamdulillah meskipun universiti aku agak hambar dari segi pilihanraya yang berlaku.namun proses yang berlaku tetap tenang dan berlaku seperti biasa...

kuasa pelajar beb!!!kalo ade kat u***, pergh memang best



jika dicorot kisah hidup aku dari mula kan..aku percaya korang malas baca aku pun malas nak tulis.kalo tulis dari mula sampai bila nak menemui titik noktah. namun apa yang aku dapat simpulkan apa yang berlaku, aku teramat2 bersyukur...x tau la nape.tapi hidup aku mcm banyak sangat benda yang aku mintak sikit je..tapi sifat Allah Maha Pemurah tu melimpah2 kat aku...yela umpama macam ni la...orang bagi korang nasi lemak kerang dengan kuantiti kerang yang banyak, tapi korang bagi nasi lemak biasa...x de kerang..kalo orang yang x kesah memang la x kesah..tapi kita yang bagi nasi lemak kosong ni...mesti la ade rasa segan dan malu...

macam tu la apa yang kita patut rasa sekarang..tuhan tu bagi lebih dari apa yang kita mahu..tapi adakah kita bagi apa yang Dia mahu...ini lah sikap yang perlu ditanam dalam diri kita dalam mewarnai diri kita dengan iman dan takwa..memang sukar nak balas semua apa yang diberi.. tetapi adakah 'sukar' menjadi kayu pengukur..hurm nampaknya kebanyakkan manusia begitulah...

pandang ape??...x puas hati?

apa pun x ley tulis banyak2...nt x de modal..hehe.esok aku nak ke utm skudai da..diharap cik lemu jaga diri ek..jaga anak murid anda elok2...hehe.

Monday, February 21, 2011

owh kawan?

wah nampaknya blog aku da makin ade pembaca..meskipun jarang diupdate pada hari ini.namun pembaca-pembaca tegar tetap bersemangat membuka blog ni..haha. hambarnya blog ko ek akmal...update pun malas..tapi x pe mulai skunk aku akan cube sentiasa update..bukan x nak update. tapi dah x de cerita nak diceritakan,semua aku cerita direct kan..kepada sesetengah orang la..kepada yang x berkenaan tu harap maaf..

sebenarnya minggu ni aku dapat tawaran nak ke Skudai johor,namun sehingga saat ini,aku masih teragak-agak samada mahu pergi ataupun tidak.mahu melangkah kaki pergi meninggalkan aku punya universiti atau tinggal kat sini...wah amat berat ni..aku sebelum ni x penah tinggal kelas,tetibe jd mcm ni..memg banyak la nak kena catch up nt..apa pun semoga berjaya ek..


tapi apa pun,aku akan update gak benda natang ni..wokey semua..banyak keja..chow dulu!!!


sentiasa bizi meskipun berbaju melayu..

Thursday, February 17, 2011

kehidupan terlaksana

salam...akhirnya aku berjaya juga mengagahkan diri aku setelah 6hari aku x update blog aku.. kalo ikutkan dlu perancangan awal,aku nak update blog ni tiap2 malam.maknanya blog ni menceritakan tentang kesah hidup aku seharian sebagai seorang anggota keselamatan negara. tapi sejak 2 menjak ni..keja aku semakin banyak lak.x putus2.besa r kehidupan sebagai seorang pelajar+ _,_,_,_,_(aku punya kerja selama 13tahun yang akan datang)..haha. 5 tempat kosong tu bukan cikgu ek...mahupun ustaz..wah3 mentang2 aku sekola agama.. senang2 korang label aku sebagai ustaz...bek jangan r..nt tercemar lak nama2 ustaz kat dalam tanah melayu ni..

yela.,berapa ramai ustaz yang minat lagu2 rock kenangan sepanjang zaman,,,lagu2 kumpulan fotograf, Data ,Dinamik ,Kris dan sebagainya yang memuatkan lagu tangkap lentok zaman2 abah korang dulu..

nak dijadikan ceritanya,dulu memang aku x nafikan,aku pun minat gak kumpulan2 macam ni...selain kumpulan2 nasyid..haha.kumpulan2 rock ni tetap no2 dalam hati setelah kumpulan nasyid klasik mcm al-jawaher,Mizan, Hidayah dan sebagainya..cume sekarang aku da maju beb..kalo dulu aku asyik dengar lagu 80an je..sekarang aku da mula beralih pada lagu2 90an..dan antara penyanyi yang tetiba aku minat nak dengar lagu dia adalah..auntie ziana zain..yeah ziana zain..

siapa sangka,aku pernah bertemu ziana zain face to face bai...muka mengadap muka...masalahnya time tu dia yang tegur aku...

ayat yang dia tegur aku "ai dik,x g sekolah ke?"..mula2 aku ingat sapa la yang tegur aku secara tiba2,yela da ler pompuan badan kecik je..aku lak blur2 pasal memang aku ponteng sekolah pun time tu..siot nyer kak ziana mengantoikan aku...haha.last2 bila aku toleh belakang tetiba ade orang tegur dia,,,aku pun kata sapa la minah ni..pasal ziana zain yang aku kenal dulu dalam kaca televisyen aku ingat orangnya tinggi, yela suara dia pun kalo setakat high note ni..jangan cakap r..superb beb...kalah penyanyi2 zaman sekarang.haha..

akhirnya ntah camana bru aku tersedar ...aku berkata....
"ooooo,rupanya ziana zain yang tegur aku ritu,npew aku x sedar ek..."..haha.
tapi x pe la,da x de rezki aku nak borak dengan dia time tu..kalo aku tau dia adalah ziana zain..memg aku jawab balik..

'budak zaman sekarang memang macam ni kak,,suka ponteng sekolah..."..
tapi sekarang lagu2 ziana zain mula berkumandang dalam bilik member aku..bilik aku x de pasang lagu2 ni...,sebab memang aku just menumpang mendengar  je... tapi apa pun,,suara kak ziana zain,,memang superb.!!!..

gambar ziana zain(yang perempuan) bersama anak2 beliau.dan juga suami...hehe

aku ari ni berjaya menyelesaikan 3 ujian berturut..dari pagi sampai ke malam...ujian mental dan fizikal..malangnya 1 ujian adalah tidak diduga..hampeh tol..ingatkan tunda..jadi gak rupanya...

Friday, February 11, 2011

selamat..

akhirnya sekarang ramai uga teman2 yang dulunya membakar aku untuk berblogging kini hampir tenggelam dalam arus kesibukan semasa. Mungkin bukan salah mereka yang berkehendak begini. Teman harap,sahabat2 teman kini tabah. Teman pun lama x update blog ni...
cume teman harapkan kita x saling putus dalam memperingati antara satu sama lain..
dan juga terus mempertahankan prinsip yang kita rasakan benar.
teman kini mula sibuk dan serabut dengan perkara yang melanda diri..
harapnya pabila teman bukak blog ni..teman boleh tumpang gembira melihat sahabat2 teman ketawa..

apa pun ramai sahabat2 teman yang telah selamat kembali ke tanah air.termasuk adik teman juga..
ade yang da cabut awal2..mungkin kerana nasib dia..yela sapa sangka kebetulan rusuhan diwaktu die memerlukan bantuan...semoga sembuh semua...

dan selama teman ucapkan pada yang nak masuk hutan ni..x sgka tengah2 sem masuk hutan..
pelik bebenar la..

ketembaman ibarat dad wi....

Tuesday, February 1, 2011

pertama dan selamanya.

1st sekali aku nak ucapkan semoga kawan2 kat mesir tabah dalam musibah menimpa diri. aku pun risau gak pasal korang kat sana. adik aku ade kat sana gak...semoga adik aku dapat menghadapi benda ni dgn sebaiknya..doa bersama untuk semua. ikhtiar hidup korang kini bermula. cmana nak survivie dalam kerancakan rakyat mesir menuntut kerajaan baru. kerajaan pimpinan husni mubarak yang dalam retak menanti belah kini mula goyah. nampaknya husni mungkin tidak dapat meneruskan tampuk pemerintahan kuku besi dia kepada anak beliau..aku kini da mula bercuti mid sem.

hosni mubarak

dalam kegirangan aku nak bercuti ni. aku sebnarnya x sangka gak,ko pun bercti..tup2 msg ko sampai ko da kat sini. aku sebenarnya(waktu menaip ni). dalam blur2 lg..mcm x caya apa yang ko buat..adoi suprise sungguh..haha.jangan wat gini lain kali...terkejut aku.

seterusnya untuk mendapatkan apa2 berita terbaru. aku lebih senang untuk amek tau dari adik aku terus,memang tenet dengan line tepon kena block,tapi korang bley kol dorang kat sana..bapak aku kol adik aku elok je td. tapi apa pun doakan la dorang kat sana.

menyentuh mengenai kemenangan barisan nasional di dun tenang,tahniah diucapkan buat barisan nasional kerana berjaya mengekalkan kerusi dewan undangan negeri n09 tenang,bukan mudah nak mengekalkan kerusi dalam masa yang sama menambah bilangan majoriti. tambahan lagi waktu sekarang yang mana waktu politik malaysia dalam keadaan yang sangat kucar kacir.

adun tenang yang baru

tahniah juga buat pimpinan PAS yang mana walaupun kalah tetapi berani melakukan anjakan paradigma dengan meletakkan calon muslimat di dun ini. meskipun terdapat juga calon muslimat sebelum ini, tetapi meletakkan calon muslimat dalam pilihan raya kecil seperti ini dilihat satu risiko  berani mati yang diambil oleh PAS dalam melakukan percubaan.

cikgu mala(calon PAS)

saya melihat percubaan PAS sebagai cara melihat respon rakyat malaysia kepada calon muslimat PAS,kerana umum telah mengetahui pecahan kaum di dun tenang umpama pecahan rakyat Malaysia. semoga dalam PRU 13 PAS dapat merencana 1 strategi yang lebih baik. begitu juga dengn barisan nasional.