Tuesday, May 31, 2011

terusan suez

assalamualaikum malam ni meskipun agak keletihan namun aku cuba menggagahkan diri untuk menaip jugak meskipun mata da mula suam2 mengantuk, rakyat malaysia bermula esok(1jun 2011) akan mula menikmati kadar takrifan eletrik baru, tetapi kadar ini tidak akan dilaksanakan pada mereka yang menggunakan kadar eletrik sebanyak 300kW ke bawah....

aish benci lak aku cakap pasal letrik...hahaha.

rilek2..kadar letrik telah diselaraskan subsidinya mulai esok kerana alasan yang diberi TNB dah x mampu nak membeli kos arang batu yang semakin meningkat harganya, kerajaan juga da mengarahkan petronas menaikkan harga batu arang.. hurm nampaknya lepas ni ley la kita beramai2 menggunakan tnaga solar, x pun x pun wind channel..dari satu bentuk energy ke energy yang lain..
TNB- Tarif Naik Berganda.

semoga rakyat malaysia belaja sesuatu dari hikmah kenaikan harga eletrik ni..adakah nak tukar kerajaan?...

or meminumkan perbelanjaan dan memulakan penjimatan yang berganda dalam penggunaan tenaga eletrik, nampaknya kerajaan setelah menaikkan hharga gula..dinaikkan pula harga eletrik. pendapat aku la kan, x mustahil kerajaan akan menaikkan harga rokok dengan arak dalam bajet 2012, tetapi x mustahil jugak bahawa peatus peningkatan harga rokok lagi tinggi dari harga arak.

esok bermulanya Jun 2011, bermakna bermula semeter kedua dalam tahun ni. separuh tahun da berlalu pergi meninggalkan dalam penuh misteri..
asal tetibe lak aku letak amir ni?...i'm sorry.

salam
~~~akmal harith~~~

Monday, May 30, 2011

permulaan yang penuh misteri

ingatlah kematian bakal menjelang tiba
assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua,sedang aku menaip entry kali ini, banyak lak dugaan datang. dari facebook hingga tetibe laptop mati, namun apakan daya..semua harus ditempuh demi menyiapkan entry yg sudah lama tertangguh.

Hari ni kan, hari ahad yang permai dan indah tau. aku dapat outing rini, nak dijadikan ceritanya.. ni la first time aku outing aku g mid valley. rasanya da dekat setahun lebih aku x g ke Mid Valley.setahun ke 2tahun, x tau la plak aku.. 

tapi yg penting da lama r, cerita dia gini aku mula2 g member aku yg bernama napi ke sogo, dia nak beli wallet menggantikan wallet dia yang da agak terlampau usang. haha..kalo korang tengok wallet dia, mesti korang ingat ni wallet ke tempat lenyek cili giling,,

aku pun nak beli gak, tetapi malangnya wallet alain delion yang aku nak beli tetibe kehabisan lak, yang tggal hanya stok untuk display, sori la bro gua nak amek display yang org da belek2...haha. lantas aku pun membatalkan hasrat aku nak beli wallet tu yang berharga...RM***.**, setelah diskaun jadilah RM **.**...
aku sebenarnya nak beli wallet cap ni...hahaha

selepas tu bergeraklah kitorang ke Mid Valley, niat aku alang2 g mid valley bley g "toy r us"... kedai mainan.. senanya aku nak beli kereta Tamiya.haha,,  tetapi hasrat aku dikecewakan oleh berader kat kedai tu, dia kata skunk dalam malaysia kereta tamiya ni hanya dijual kat One utama je. cis, x dapat la aku nak main Tamiya @ kereta dash yonkuro traing ni, aduhai kesiannya kemal x dapat main dash yonkuro...

tapi x pe, mggu depan aku try g mana2 tempat yang ade jual dash yonkuro.hurm....asal tetibe semangat nak main tamiya ni..ni mesti pengaruh kat bengkel dari awt kereta ni.

tapi tadi kan kat mid valley punya rancak, x sia2 r aku g mid.ade exhibition renovation... pasal interior designer umah, bnyak gak idea dapat td cmana..haha, perghh umah pun x tau dapat ke x, x sabar2 nak decorate umah mcm eric leong,

alhamdulillah setinngi kesyukuran aku rafa'kan ke hadrat Allah pasal x tau npew dia jejakkan kaki aku g mid, makan dapat, tengok pameran dapat cume wallet je x jumpa2 lagi..cis!!!!

cuti sekolah da bermula, untuk adik2 yang berada di rumah. abg akmal ucapkan selamat bercuti, dan untuk adik2 aku...ahmad ridzuan bin zainuddin dan ahmad adib bin zainuddin...korang nak peksa, jangan ngadapa desktop kat umah je...

pabila menjelangnya cuti sekolah  walimatul urus pun berderet tiba, rakan2 x kurangnya ade yang dah bertunang, kadang2 status kat fb tu menkonpiuskan aku, ade yang da 'in relationship', ade yang da 'engaged'....harapnya masa aku akan tiba dengan keberkatan dariNya dalam membina rumah tangga bahagia, amin..... fi barakatillah...

what so special about this date...hurm....

Tuesday, May 24, 2011

merajuk dan tercari2...

assalamualaikum
dan salam 1 malaysia,
buat semua penduduk bumi yang seangkatan dengannya,
hari ini selasa 24 mei 2011
bermulanya apa yang dipanggil
LATIHAN KEPENATAN PERTAMA,
ATAU nama famousnya
LATIHAN KETENTERAAN PERKHIDMATAN(LKP),
semoga latihan kali ini dapat memberi pengajaran baru buat diriku 
yang sememangnya masih banyak2 lopongnya dalam
dunia ketenteraan,

aduhai,
lama sudah tidak menulis begini,
dari manfaat kepada diri yang ingin dikongsi,
hinggalah kepada semangat jati diri,
yang perlu dinisab pada diri setiap insan,
jangan melabel diri ini sentiasa sempurna,
kerana ada yang lagi sempurna dari kita,
manusia pasti ada kekurangan yang jelas,
hingga kekuatan yang nyata...


khairy dengan uniform beliau..


salam~~~



Sunday, May 22, 2011

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 malaysia. Sori kepada semua akibat 4hari aku x update belog pasal aku sibuk dengan International Invention and Technology Exhibition ( ITEX '11) kat KLCC, ni bukan projek aku pun tapi projek senior aku, aku cuma join je. ingat nak update gak malam tu, tapi tetibe lak YM aku 'plup'... ade org bg salam la plak..haha. x jd nk update belog.

Alhamdulillah team aku dapat silver awards, ok la tu, nt wat inovation lg. ubah skit skuter yang senior aku wat. ley kot dapat gold awards. banyak gak dow ciptaan yang pelik2 yang dibuat. paling best inovasi dari budak2 sekolah kita dari malaysia dari cara nak tapis air guna zeolite ion, aku pun x amek tau sangat pasal benda ni pasal benda ni lebih kepada chemical, aku bukan major chemist. aku major dalam mechanical engineering.

yang paling best aku tengok budak2 kita dari sibu sarawak yang mencipta alat perangkap lalat, FYI, kat sekolah budak2 ni kesian sangat aku dengar, dengan x de kemudahan internet, telefon pun susah nak sampai. tapi membanggakan bila budak2 ni dapat silver awards gak. tapi untuk katergori Young Inventor, kategori dak sekolah. 
budak2 yg cipta perangkap lalat

simple je kan.

penyertaan terbanyak dari Taiwan, negara Taiwan menang 48 gold awards, lupa nak gtau yang universiti aku dapat 3gold awards. ok la tu untuk sebuah universiti yang kecil macam ni.

tapi kan kebanyakan inventor dari negara Taiwan ni dorang lebih kepada penciptaan produk, tanpa ade analisis yang kukuh. kebanyakan produk dorang pun kreatif gak sebenarnya, dan produk dorang dah ade no siri masing2.

benda yang aku nak share first pasal "Energy Store Device", nak guna senang, ko tumbuk ke. ketuk benda ni sampai benda ni kaler hijau. benda ni menggunakan perinsip potential energy, seperti dalam hukum pertama Thermodynamics
"energy can't be destroyed, it can be transfer from one to another'
menggunakan prinsip ni, budak2 taiwan ni create device yang boleh store energy, jadi eletrik.. then korang ley guna energy ni nak charge enset ke, charge i pod ke. dan eletric device yg x guna banyak eletrik,

di bawah aku sertakan sekali beberapa pic yang sempat aku snap kat pameran ni, sori la skuter aku aku x update, kalo nak lg info klik kat sini..

http://www.nst.com.my/nst/articles//20fatrap/Article/....

rasanya banyak info yang korang ley dapat...
penimbang berat,,yang portable

kettle yg save fuel.

time dinner bersama sir suresh
*aku bila tengok2 balik..laa..asal ade gambar amoi2 taiwan je...haha.yang kettle tu amoi cina malaysia  tau...

Wednesday, May 18, 2011

Polis di Tengah Jalan

kepada : makhluk tuhan yang merasakan bahawa dirinya adalah makhluk yang paling comel .

assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, dan salam 1malaysia, malam ni merupakan malam terakhir aku berada di rumah bg menikmati internet yang sangat laju gamaknya..

petang tadi aku telah melawat salah seorang adik aku yang berada di tingkatan 5. di sbpi jempol..sedang berjalan di jempol maka berhentilah pak cik zainuddin(bapak aku la) di sebuah hentian rehat dan rawat (R n R) dengkil. sedang aku makan seraya bapak aku berkata
"(nama timang aku), pergi cari apa nak bawak untuk adib." kata bapak,
maka aku pun pergi la cari, sedang aku buntu nak carik apa untuk adik aku, tetibe aku jumpa benda best...

taraaaa....aku jumpa benda ni..
asam yang macam2 jenisnya

aku jumpa asam yang pelbagai dan bnyak lak tu, tapi aku x sempat nak amek gambar banyak2 segan lak dengan bro kat citu. dia da pandang pelik tengok aku adjust kamera "dslr" aku yang x berapa canggih ni...

tapi aku x peduli dengan semua asam2 ni.. pasalnya, aku hanya mencari sejenis asam ni, yang biasanya dijual kat R&R ni, tapi asal x jumpa ntah..sampai ke k.pilah aku x jumpa benda ni..aku nak cari asam mor far kor.. pergh aku kalo jalan jauh mmg kena layan asam ni smpai aku rasa arghh....terapung di awanagan...
ni la asam yang aku cari seharian kat n9.

kalo org isap ganja dia akan kata sampai stim,dia punya nikmat smpai lu sendiri x ingat beb. 

tapi aku amek asam mo far kor ni bukan pasal nak layan ke apa..mmg perlu, kalo aku jalan jauh je aku akan beli asam ni..pasal takut nanti mabuk lak..mabuk jalan darat?...hurm biasanya mcm tu la..haha

Tuesday, May 17, 2011

pahlawan saudagar

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
dan salam 1 malaysia
pada malam ini setelah puas aku pulang dari makan bersama keluarga
alhamdulillah, tetiba teringat time lepak smalam dgn member2
terborak pasal kartun dash yonkuro,
dash yonkuro!!!
 kartun legend tu, 
member aku kata dia try cari kereta tamiya ni ,
tapi x sgka dlu mcm besar..
rupanya alahai comelnya..kecik je kereta tu..

tapi mmg dash yonkuro menjadi kegilaan budak2 dlu
aku sendiri akui aku ade 4biji rasanya kereta tamiya,
kereta pertama yang aku pakai adalah shooting star,
shooting star

patu aku pakai proto emperor, kereta yang orang jahat guna..
then lagi 2 kereta cikai.
proto emperor
 tapi series beb aku cukup sayang dengan shooting star aku..

jaga bai, balik sekolah kebangsaan change parade(tukar baju dalam masa yang sepantas mungkin)
then amek shooting star aku, g main kat umah jiran aku.
time tu dia ade track kat umah dia,,,
kalo dapat litar panjang ni.memg prepare abes

kadang2 try racing gak kat tmpat2 yang menwarkan trek.
haha,mmg best..
smpai sanggup modify enjin,
tapi aku x de la nak modify enjin..bajet x de.
kalo rasanya dlu aku da amek mekanikal
rasanya segala aerodynamic aku apply kat kereta tu..enjin lak,
amek yang superb nyer..
haha..kenangan bersama dash yonkuro,..
aikut hati aku nak je cari balik kereta ni.nk kumpul wat koleksi bg cucu aku main
time tu mungkin rc da tahap guna jari je kot..
apa pun aku ade video pasal dash yonkuro kalo korang nak tngok..

enjoy!!!


salam
~~~akmal harith~~~

*better citer pasal 1 kartun je kan?...lama ko x on ym?...haha

Monday, May 16, 2011

perjalanan merumitkan

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, salam bukak entry dan salam 1 malaysia, hari ini telah masuk isnin bersamaan 16 mei 2011. sebelum tirai kata dilbuhkan eloklah kiranya saya mengucapkan selamat hari guru buar seluruh guru di seantoro malaysia yang melibatkan tenaga pengajar dari tadika sehingga ke peringkat universiti. selamat menyambut hari guru buat selamanya.

sesungguhnya pengorbanan guru tidak dapat disangkal dalam mentarbiah dan melahirkan intisusi umat yang berjaya, kerjaya seorang guru bukan sahaja melipti sebagai pengajar di sekolah bahkan guru merupakan mata bagi ibu bapa anak2 di sekolah. jika di rumah peranan mentarbiah anak2 dilaksanakan sepenuhnya oleh ibu bapa, namun tanggungjawab itu beralih apabila murid berada di sekolah kerana guru secara automatik mengambil alih peranan itu dalam memastikan sahsiah murid dalam keadaan terbaik.

lagu kat atas adalah dari senior2 sekolah aku dlu, kadang2 aku lupa, that i'm the hamidian, proud with the title, kenangan bersama mirwana...

jika di rumah, ibu bapa dapat memerhatikan  anak2 dengan lebih teliti. di sekolah. guru2 terpaksa memerah kudrat menjaga lebih kurang 28 orang murid dalam 1 kelas. berbanding dengan ibu bapa yang menjaga anak2 mereka sahaja. pelbagai ragam yang terpaksa mereka tempuhi dalam mendidik anak2 orang. kasihan mereka. salah cubit teruk mereka dipersalahkan.. salah rotan mahkamah tempat jemputan,

cukuplah sekadar itu. kalo panjang2 pun bukan korang baca nanti.haha,, yeah ni nak gtau ni. aku da mula bercuti mulai jumaat jam 1400H sampai rabu ni. mungkin malam kot aku baru balik.
cuti semalam dimulai dengan pembelian sub woofer baru yang mungkin akan menggegaran rumah aku..haha. dan mak cik aku pulak akhirnya xperia x-10 gak yg dia pilih..ceh, sia2 je survey pasal blackberry.

malam ni tadi baru lepak dengan kawan2 aku. x sgka kejap je da lain da dorang. .manusia ade pasang surut kan.haha...moga suksess kawan2..

apa pun doakan aku rajin update belog cuti ni, esok ingat nak wat skit2 clearance.tapi mcm x jd je. pasal budak2 ni ajak kuar lg..adoi...cmana ni??...

salam
~~~akmal harith~~~

Friday, May 13, 2011

bagai ketam mengajar anak berjalan lurus

assalamualaikum w.b.t menemui yang berbahagia tuan, semoga tuan berada dalam naungan Allah SWT hendaknya bersama keluarga. InsyaAllah andai tiada aral melintang esok doa2 la ku dapat bercuti menemui my mum yang sudah lama tidak ketemuan, banyak berita sdey dapat malam ni, antara yang paling sdey adala perpindahan my 'lovely' oc..ke batalion lain. tidak perlulah ak menyatakan nama beliau kerana risau lak tetiba beliau search nama beliau keluar kat belog ni.kantoi aku..haha

sebbenarnya malam ni aku nak mintak pendapat korang tentang HP, begini kisahnya.mak cik aku nak beli telefon bimbit baru. dari ari selasa ritu sampai sekarang. x abes2 tanya aku HP mana yang sesuai untuk dia beli dan dia buat koleksi baru. haha. bajet dia dalam rm1500

jadi aku nak mintak la jasa baik korang, pilihkan untuk dia. pilihan dia dua je.. BB bold dgn torch, tapi kalo korang nak rekemenkan Hp yg lg bagus pun ok gak..hp murah pun ok gak. at least x de la smpai nak guna telefon bimbit...

tapi kalo tanya aku, aku sebenarnya da tawar hati nak angkat BB, better samsung or HTC,  tapi disebabkan da hampir 2 tahun aku guna samsung dan masalah yang sama pada setiap hp samsung adalah time nak carik line, kalo line memang aku bg 1star la untuk HP jenama samsung, x tau la sekarang da makin maju kan.

apa pun kemajuan dalam dunia telefon bimbit semakin maju, mcm semalam aku baru mendengar perkataan polyfonik. tapi sekarang. polifonik dah macam sampah.. haha even telefon aku yg 1 lagi masih menggunakan ringtone.

doakan aku dapat weekend esok..aku nak cuti..wah3..lama x cuti dan berhoiday..
BB torch
bb bold








Tuesday, May 10, 2011

keberangkatan pulang

assalamualaikum dan selamat 1 malaysia. hari ini 10 mei 2011, harga gula di seluruh malaysia naik rm 0.20, kata kerajaan harga gula dinaikkan bagi menjimatkan subsidi sebanyak rm 116.6 juta, ini melibatkan segenap pelusuk aspek. jika dikaji keseluruhannya, harga gula naik memberi impak yang positif dan negatif. tetapi semestinya kerajaan akan meggunakan alasan yang psoitif dalam menjawab soalan2 kepada wartawan. alasan yang diberikan..

1-rakyat malaysia ramai yang kena diabetes, akibat pengambilan gula yang melampau..
2- pelarasan subsidi dan pengrasionalan subsidi di peringkat kebangsaan.
3- harga gula di malaysia jauh lebih rendah dari harga gula di negara2 asean yang lain.

menyedari hakikat ini,saya sebagai seorang yang mendukung gagasan aspirasi negara (ceh..),dengan tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula ini. jika sebelum ini harga gula termasuk dalam pakej kenaikan 5 dalam 1. termasuklah harga petrol RON97. kini harga gula mula menyendiri..haha.. rakyat belum sempat menikmati kenaikan harga minyak.kini rakyat dihadiahkan pula dengan kenaikan harga gula.

pelarasan subsidi boleh dibuat dengan lebih teliti andai kerajaan menstruktur elaun ahli parlimen yang sedia ada sekarang..haha kenapa ahli parlimen yang kena lak ni.kesian dorang, keja teruk...tapi elaun dorang banyak dow..korang tanya la mana2 ahli parlimen.

kalo baca komen pasal kenaikan harga gula ni..macam2 yang keluar..ade yang kata kerajaan sekarang memang nak jatuh dah, cuma tunggu masa je. jadi sebelum dorang jatuh dorang nak pindahkan subsidi rakyat dan diberikan kepada kroni2 supaya nanti dorang da x jd kepimpinan negara, duit elaun dengan duit kroni2 masuk..ni komen orang tau.bukan aku punya komen!!!>.
sumber malaysiakini.com


apa pun, semoga kita lepas ni dapat berjimat dalam bergula...adios amigos..

aku lupa nak gtau..aku da  abes exam!!!!...yehaaaaa....masa untuk berehat selama 4hari,

salam
~~~akmal harith~~~

Saturday, May 7, 2011

dugaan demi bertimpa

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian Alam, yang merahmati hambanya dengan nikmat yang tidak terhingga sehingga embun pun hanya menitis diwaku pagi, 

hari ini sewaktu sedang mengupdate belog..dugaan datang bertimpa2 melanda diri, smpai aku sendiri rasa x kuat. sumpah x kuat..baru selesai menjalani peperiksaan eletrik, sebenarnya bukan paper eletrik, tapi paper....eeeeeeeeee.....lick trick,aku pun x tau apa maksud benda ni. tapi tu jela aku nak cakap aku nak simpulkan paper letrik hari ini yang bagi aku ntah apa2 la..serba x menjadi dan x kena paper ni.

kalo patho ley jd masalah..mungkin letrik kot bg aku yg sma bermaslah. bukan paper letrik yg menjadi tekanan, letrik tu pun ye jugak. serabut aku menjawab dengan ley plak brader technian tu nak carik pasal dngan aku. tau la masa da abes, tapi bg la aku ikat jawapan aku dlu. gelojoh la ko,,,x reti nak jaga moral orang nak exam...bengong!!!

malam tadi lak ley plak si 'mamat besar' dalam batalion aku wat hal.. aku rasakan hampir 1 batalion aku x suka dia kot. aku pun sebenarnya dalam hidup aku x pernah lagi aku benci seorang yang lagi 'tinggi' dari aku macam ni. susah sangat , tapi aku tetap bersangka baik dengan dia. kalo dia nak tangkap orang x g masjid tanpa usul periksa, aku harap dia solatlah dulu..tunjuklah contoh yang baik.

kalo boleh malam ni aku nak update panjang tau.,tapi mood aku totally DOWN under vacuum pressure, kalo korang belaja pasal fluid ni akan ade pressure atmospheric, absolute dengan vacuum..haha, nak takrif pressure under vacuum tu cmana la.

akhirnya dan akhir kata, marilah makan..aku lapar siot..ni suma gara 'mamat besar' dalam batalion aku yang wat malam dan mungkin esok aku mnjadi spoil...bangang...
marah ke bang??

akhirnya..
salam
~~~akmal harith~~~

da bangang wat la cara ko x tau, ni nak cakap macal pandai..


Sunday, May 1, 2011

pengurusan menguruskan

assalamualaikum w.b.t, setelah 3 hari rasanya belog ni x dicoret dengan post yang ori dari aku, jadi rasanya eloklah malam ni aku menyoret sesuatu untuk bacaan cucu di masa depan..risau pulak nt cucu aku tanya..

"asal atok x post selama 3hari,atok sakit ke time tu.."-cucu hasil perkahwinan anak sulong bersama pasangan beliau.
Berpeluangkah aku berwebcam dengan cucu aku...sambil cucu aku menyampaikan tazkirah.

sebenarnya cu,atok bukanlah sakit..cuma atok berasa amat berat hendak menaip.x pela malam ni ade cerita best(sebenarnya x la best sangat),tapi bestla jugak sengal!!!...da aku kata best.

hari ni ahad 30.4.2011,telah berlaku pengumuman di bawah blok yang mengisahkan akan halnya outing, aku tanpa berlengah selepas letih berlari selama 7km pun lantas melakukan apa dinamakan mandi segera tetapi penuh dengan adab sopan.

setelah mandi bersiap dan bersolek, dan dapat keluar...makan diringkaskan cerita aku pun tiba di sogo KL,selesai bershopping(biasa la awal bulan kan),,shopping la sikit. aku pun berjalan kesaorngan setelah sahabat ku zamir zainal ade urusan yang amat penting di LRT stesen bandaraya. mulanya aku buntu..kat jejantas sogo tu aku pun xtau knapa smpai 10minit aku lepak situ usha keta sorang2...dah ler pakai baju macam *********,haha.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>> forward>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kita forward la ek, cerita sambungan ade unsur 18 SG + PL + SX,x sesuai untuk bacaan cucu aku yang masih x cukup umur,

ari ni x tau kenapa aku dapat 2 orang 'kawan' baru..first nama dia Fres, orang german yang sesat nak cari masjid india. kebetulan aku pun nak gerak g jalan yang sama..

"well sir, let rock and roll"..haha,katanya dia suka KL pasal KL ni besar. aku pun xfaham gak sebenarnya part mana dan apa yang dimaksudkan besar, mungkin ibu negara german kecik je kot. datang sini saja bercuti, sorang. aku pun x sempat nak cakap yang aku pernah ade cita2 nak sambung belaja kat german dalam automotif.. german kan mantap dari segi automobil dengan mercedes. mana tau ley wat kabel ke..~_-,

Orang kedua yang aku jumpa ni x ley nak cerita sangat, dia pun kenal ramai sangat dengan budak2 u aku, jadi die memang ramah.. senior2 aku pun ramai dia kenal. senior yang rapat dengan aku lak tu. huish, insyaAllah kerja dia pun keja baik. jaga masjid. nanti aku amek gambar dengan dia aku upload, nama dia??...   nanti la, aku gtau. kalau gtau sekarang ade yang kata aku reka cerita lak.

sekian sahaja cerita kawan2 baru akmal harith, berkawan biarlah beribu,,,,berkawen biarlah satu.....berlawan??..biarlah berlalu..

salam
~~~akmal harith~~~