Thursday, December 30, 2010

penantian

akhirnya setelah setahun menanti...taun 2011 kini muncul gak dalam beberapa jam dari sekrg..aku yang kini saat ini masih lagi buntu nk tulis ape ek dalam ni..idea tu ade..tapi mood nak menulis pasal benda ni x de...malas kot..tngok la malam nt cmana kalo tetibe idea tu datang dan mood itu ada..idea kalo ade tapi mood x datang x jadi gak kan...

akhirnya aku gantungkan post untuk malam ni..kepada mereka2 yang baca benda ni..sorila..aku btol2 x d mood r malam ni..mungkin pasal member aku waqt hal kot malam ni..x tau la ap yg terjd pg td kan..ap yg terjd kat dia sebenarnya sampai member2 semua bengang dengan dia..bukan bengang pun actually tp saje nak pekena orang..esok da balik cti kan..elokla malam ni enjoy2 sikit..

aku nak ym nak borak2 dgn member aku pasal kelahiran orang baru dalam keluarga dia pun terbantut..sori ek...esok kalo aku balik...aku try rajinkan diri aku nak on9...adoi,..x sempat nak wish selamat jd mak cik...ko da nmpak makin tua..haha..x pela.semoga ko rajin2 stadi ek...x mau ilang fookus..exam lbey kurang 3mggu je dari sekarang...

ok la mungkin setakat ni je la kot ap yg aku nak coret..tulis banyak2 pun x guna..bukan korang nak baca pun..setakat tinggal jejak kat shout box aku bek x yah..haha..ok la selamat malam kalian...

celaka punya rimau...kau gelakkan aku....

Tuesday, December 28, 2010

pilihanraya kecil TENANG....


Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diumukan oleh SPR iaitu pada 30 jan 2010,manakala penamaan calon pula pada 22 jan 2010. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan. 

namun sehingga kini,bayangan samada Barisan nasional mahupun pakatan Rakyat yang bakal memenangi kerusi DUN tersebut masih belum nampak bayangnya. Masing-masing tidak menduga bahawa SPR menetapkan tarikh yang begitu panjang,sedangkan PAS dalam kenyataannya mengatakan telahpun bersedia menggempur DUN Tenang yang boleh saya anggapkan sebagai kubu kuat UMNO. Bahkan PAS juga telah 'memperlahankan' jentera mereka apabila mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan sebulan dari sekarang.

PAS kini dilihat tidak ada masalah dalam meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini,kerana pemilihan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan ahlinya juga akur dengan sapa yang ditentukan oleh pucuk pimpinan. Sikap ahli PAS yang mengamalkan sikap taat setia kepada parti sangat sukar untuk dilihat dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Begitu juga dengan wakil rakyat yang dilantik,sangat jarang kita dengar ada wakil rakyat dari PAS yang bersikap lompat parti. Kualiti ahli PAS sememangnya berada dalam tahap terbaik meskipun kuantitinya sedikit.

PAS seharusnya perlu lebih berhati-hati dalam pilihan raya kali ini memandangkan mereka(PAS) sudah hilang kerusi di DUN Galas yang sebelum ini boleh dianggap sebagai kubu kuat mereka. Jika benar PAS mahu bersungguh-sungguh memenangi kerusi di Tenang, Isu yang dimainkan seharusnya tidak jauh lari dari penduduk tempatan. Pada pilihan raya kecil Dun Galas,saya melihat kejayaan yang dicapai oleh Barisan Nasional adalah disebabkan oleh mereka lebih banyak bermain dengan isu penduduk tempatan berbanding Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak memainkan isu-isu luar.

Barisan Nasional pula perlu mengukuhkan kedudukan mereka dalam mendapatkan majority yang lebih besar,kerana mereka perlu membuktikan bahwa Barisan Nasional semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kerana di Tenang, kaum cina hamper mencecah 40%,dan tidak mustahil undi mereka mempengaruhi dalam pilihan raya kali ini. MCA dalam barisan nasional dan DAP dalam pakatan rakyat perlu memainkan peranan mereka sebaiknya memandangkan kedua-dua parti ini mempunyai keahlian kaum cina yang ramai. Namun harus diingat, kerajaan dan pembangkang seharusnya lebih TENANG dalam menghadapi pilihan raya DUN Tenang, kerana waktu yang diberikan SPR saya rasa sangat mencukupi bagi kedua-dua pihak mencari modal dalam pilihan raya kali ini.

Akhir kata,semoga pilihan raya kali ini membawa kesan yang lebih positif dalam pembentukan politik bersih di Malaysia.

*artikel adalah pandangan peribadi penulis..


jom kawen!!!!


high table...

silat budaya melayu





sabtu yang lepas aku telah berkunjung ke kampung halaman bagi menyaksikan perkahwinan sepupu aku..alhamdulillah majlis belah perempuan dijalankan pada 25.12.2010..sehari sebelum kat umah laki..dibuat lepas sehari bukan pe,,pasal sedara2  si belah wanita ni ramai kat belah negara Singapura...jd dorang susah nak dapat cti..dorang dapat cti pun waktu krismas ni jela..apa pun aku nak share gambar dgn korang...

aku terpaksa cau awal pasal aku kena balik sebelum pkul 2...time ni tetibe bapak aku kol..suro balik cepat..aku pun x sempat nak jumpa sedara2 aku nak salam...

*sori gambar x berapa lawa..aku bukan photgrapher..
kamera aku pun bukan kamera DSLR

riuh

ari ni...27 disember 2010..satu malaysia sibuk memperkatakan tentang kemenangan bola sepak skuad negara semalam yang membenam skuad GARUDA dengan 3-0...kalo korang bukak surat khabar pun berita pasal bola ni sampai 3pages pun ade..begitulah penangan bola sepak dalam kehidupan masyarakat rini...yang bertelagah pun boleh bersatu atas nama bola sepak dan nama negara. sengketa 2 negara yang kian berlarutan bagai kini makin memuncak apabila secara kebetulan Malaysia bertemu Indonesia...pertelagahan dapat korang lihat kalo korang search kat abg google yg goblok pasal forum bola sepak malaysia-indonesia...mcm2 ragam korang ley jumpa..mcm2 point si ahli forum yg bertelagah ni guna...dari penggunaan lagu negaraku yang dikata diciplak dari lagu 'terang bulan' sampai ke misi bantuan ke Acheh dan yog jakarta pun nak dijadikan point...adoi..korang ni...yang sberang kata 'malingsial' yang sini lak kata 'indonesial'..mcm2 korang guna...haha.

apa pun sempena dalam pertandingan ni diharap mampu meredakan suasana tegang kedua-dua negara kini..pemimpin kedua negara sudah dapat mengadakan pertemuan dua mata..nasihat aku la kan..tok sah la nak gaduh2...

kalo ayat biasa orang akan cakap..kalah menang adat pertandingan..tapi bagi aku,sememangnya kalo da kalah tu kalo ko panggil encik bomoh terhandal mahupun tuan pawang terhebat pun keputusan tetap sama gak...sedangkan dalam world cup pun England yang da gol masa game tetap dibatalkan dan gol tu x dikira...even gol tu jelas2 da masuk dalam gol...tapi si referee yang tuli tetap x sahkan gol tu..smpai rini...

AYuhla INDONESIA dan MALAYSIA hentikan sengketa,tamatkan kesah duka...aku x mau la..2juta warga indonesia kat sini(malaysia) nak idup dgn aman...dalam suasana harmoni tenang mencari rezki di kedai cermin...haha.menjadi peneman tatkala bos x de kat tmpat keja...

pg td pun..masa naik bukit bg cross country...projek perumahan atas bukit pun mcm slow je...yang ade cme pekerja bangla dengan nepal..mana pg pekerja indonesia????MOGOK??....haha...abes la..mana dato' seri najib nak carik orang nak buat menara 100tingkat beliau..

kalo gigi kena bola yang disepak amri....memg abes....hahaha..gigi sapo ni wei!!!!
aku da mula merapu....perlu mengundur dengan segera..ayuh semua berundur!!!!

Sunday, December 26, 2010

syabas...

Malaysia tanah tumpah darahku

barisan pemain harimau malaya.

sememangnya aku menunggu malam ni setelah tamatnya keputusan perlwanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia berakhir. Ucapan syabas dan tahniah tidak putus2 pada setiap pemain Malaysia dapat dilihat pada fanpage facebook. terutama khairul fahmi che mat yang boleh dianggap sebagai calon pemain terbaik pada malam ni. komunikasi antara pemain pertahanan dan penjaga gol dilihat antara cukup serasi. Apa pun pujian melambung wajar diberikan pada setiap pemain Malaysia yang bersungguh pada malam ni. Tidak terlupa juga kepada semua penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil yang seramai 80,000 orang. Lautan kuning memberi semangat kepada pemain untuk terus memberikan persembahan yang terbaik.

sebenarnya malam ni aku nak cakap pasal benda lain,tapi perasaan gembira akibat kemenangan Malaysia terlalu menggunung. Takut apa yang nak dicakap jadi lain lak. oleh itu aku nak cerita je la perjalanan menonton bola sepak walau hanya di kaca TV,perasaan menonton beramai-ramai sememangnya satu perasaan yang sangat sukar diperoleh. menonton seramai lebih kurang 20orang dalam satu bilik kecil sambil bersesak2 bagi mendapat view terbaik...merupakan the best moment sebelum berakhirnya 2010...suasana menjadi semakin hangat tatkala safee sali menjaringkan gol pertama..ni aku tngah x de suara ni...haha.terpekik sorakan punya pasal..

akhirnya setelah tamat perlawanan yang berakhir dengan skuad negara menang 3-0 keatas Indonesia, kami beramai-ramai menyanyikan lagu negaraku sebagai tanda hormat kepada negara tercinta..dan atas perjuangan pemain-pemain negara... yang bermain dengan sepenuh kudrat..fuh,lama tidak merasa perasaan macam ni..last aku rasa macam ni time selangor menang Liga super tahun 2009...tapi rasanya selangor menang lagi meriah kot.pasal aku meraikan di stadium kan...apa pun syabas buat skuad negara...bekalan yang agak selesa untuk ke Jakarta...keep fokus,29.12.10....bersama kita semua rakyat malaysia....ayuh!!!

Saturday, December 25, 2010

akhirnya

salam kepada semua..akhirnya setelah 2hari x update blog akibat masalah internet yang kian parah...kini aku berjaya update juga setelah pulang ke rumah dengan menggunakan internet rumah..x tau r lepas ni cmana nasib internet dan blog aku khususnya..kesian mereka2 di facebook.esok seluruh pengaut agama kristian akan meraikan hari krismas..ucapan selamat menyambut hari krismas kepada mereka yang berkenaan..dan kepada yang lain2...semoga enjoy tatkala cti korang ni..

tadi aku baru pulang stelah membeli-belah di klcc..actually aku temankan kawan aku je..dia nak beli kasut dgn jam..last2 sampai rm 460 abes..x pe la duit dia kan?..bukan duit aku..aku cuma beli jam je..jam adidas yang aku pun x sempat nak blaja cmana nak setting jam ni..disebabkan member aku lagi sorang perlu tergesa2 mengejar bus dalam masa yang sama beliau juga nak beli jam tngan swatch..setelah kian memilih akhirnya dapat la jugak sebuah jam yang aku lansung x sempat nak amek gambar jam kami bertiga..nanti la dalam post seterusnya dalam minggu depan aku try dapatkan jam kami bertiga.

kami sebenarnya bukan nak berbangga dengan membeli jam berjenama..tapi sebagai keperluan juga. Jika kita mampu untuk berbelanja beribu untuk sebuah telefon bimbit..rasanya x salah kalo berbelanja beratus untuk sebuah jam..jam yang menentukan gaya,masa dan etika kita. Apa pun semoga korang jiga dapat memiliki sebuah jam di tangan korang... kerana masa menetukan segalanya...
berharap mampu pakai jam tag heuer satu masa nanti..
dengan harga yang aku tengok tadi yang paling murah rm 11,232.00 .entah bila aku nak pakai jam macam ni la sey...haha. boley demam kalo pakai jam ni...bukan bersejuk je boley demam kan?..

Thursday, December 23, 2010

sendiri

salam kepada semua...
malam ni x tau knapa aku diserang syntom penyakit ngantuk..
bukan aku je,bahkan 1 umah turut mengalami benda yang sama..
oleh itu post malam ni mungkin merapu skit...
xkena dgn topik kat atas..
sendiri..knapa itu dipilih malam ni...
hakikatnya,jangan biarkan kita hidup sendiri...
atau bersendirian, pasal apa..
kalau bersendirian ni,syaitan yang direjam mudah membisik 
perkara2 yang bukan2 dalam diri kita...
yang mungkin boleh membuatkan kita sedih,marah haru biru,kelabu...
serabut,kalut....
kalau boleh carilah sahabat yang mampu berkongsi masalah dengan anda..
yang mampu anda berkongsi bukan sekadar benda biasa,
tetapi kata dan juga rasa..
kata disini bermaksud beliau(sahabat anda) mampu menjadi seorang pendengar
ketika anda dilanda masalah..kadang2 memg dia bukan seorang yang mampu 
memberi jawapan terbaik,tetapi kadang2 dialah pendengar terbaik...
yang bila kita cerita...hati gelora jadi ceria..
yang gundah bertukar indah....

manakala takrifan rasa pula adalah berkaitan perasaan...
kadang-kala kita suka ade yang berduka,
kita pulak gembira ada yang derita,
hakikat dunia memang begitu...setiap yang dijadikan Allah itu adalah berpasang-pasangan..
saling lengkap melengkapi...
jika kita tidak mampu menggembirakan diri kita,
pastikan orang lain gembira melihat kita...
meskipun ade barah dalam hati perlu dirawat..
wallahua'alam...



Wednesday, December 22, 2010

Title:

assalamualaikum dan selamat malam kepada semua,malam ni aku bercadang nak sambung post pasal malam tadi berkenaan bagaimana nak memastikan duit yang bekerja untuk korang bukan korang bekerja untuk duit...tapi mata aku da ngantuk sangat2 beb,da nak tido da ni..da ler esok x de apa2 aktiviti yang berat..tapu aku tetap ngantuk...mungkin x sempat nak berblog walking...ni tulis pun men redah je apa yang ade dalam kepala...

bila aku usha2 balik gambar aku kan yang ade dalam blog ni..asyik nak pangkah orang je..kesian dr rozmey dan rambut tempurung huduh beliau...haha..tapi Dr rozmey ni bagus r. gaya dia berfikir nak majukan filem malaysia.cume nasihat aku jangan la amek pamela anderson berlakon..dia tu da tua sangat tu..amek la yang sopan sikit..(kalo bintang hollywood sapa yang sopan ek??)..haha..konfius gak tu..emma watson kot...
mata aku yang da ngantuk...tahan gak nak tulis post ni...
apa pun ucapan selamat malam harus diberi kepada semua yang sedar bahawa mereka merasai malam...selamat malam semua...ingat nak letak lagu selamat malam faizal tahir...tapi x nak r...kang org kata tiru lak...cis...

Tuesday, December 21, 2010

berambus Dr Rozmey....

yes...setelah sekian lama aku mintak dengan Dr Rozmey supaya menurunkan harga Jus Mate5 beliau dengan harga yang berpatutan gagal...aku pasrah.tambahan lagi aku baru mendapat berita seorang sahabat telah berjaya menurunkan berat badan hanya dengan baring di atas katil dan menyelimuti badan beliau dengan segala macam jenis comforter,selimut dan sebagainya sehingga beliau berasa panas dan berpeluh. X sangka kaedah macam ni pun bley berjaya menurunkan berat badan. Ceh,nyesal kutuk ko dlu gemuk...

akhirnya petang tadi aku nekad untuk melakukan perubahan,mencuba senaman yang dah dekat setahun lebih au tinggalkan..(rasanya x sampai setaun lbey kot.)..dan hasilnya aku telah berjaya menurunkan berat badan aku sebanyak 800gram..haha.untuk ari pertama ni ok kot 800gram..esok try lagi..lusa dan seterusnya aku akan cuba kaedah yang sama sampai berat aku turun 2kg dari berat sekarang...

ni nak bg tips cmana nak kontrol berat badan, kalau bley jangan amalkan diet sangat..nak buat macam sahabat aku kat atas tu pun bley.tapi kalo bg kat aku,memg assalamualaikum kepada dunia r...gelap je dunia lepas ni,,haha...aku zzzz., tapi kalo cara aku nak kuruskan badan..aku lebih kepada senaman dan pengawalan makanan...bukan diet ek..tapi makan biar beringat..besanya kalo diet ni kita bley dapat kuruskan badan je..tapi dengan senaman..insyaAllah berat berkurang dan fitness pun dapat...


apa pun aku nak ucapkan terima kaseh kepada Dr rozmey kerana sikap beliau yang kedekut telah berjaya memaksa aku memikirkan method yang sesuai nak turunkan berat badan menurut cara aku...cis...apa pun ucaplah Alhamdulillah...

teruskan dan teruskan....

salam kepada semua..post ni ditulis malam ni sajew je nak berkongsi apa yang aku rasa sepanjang ari ni...kiranya post ni adalah kesimpulan untuk ari ni...hmmmm,best gak kan,,,kalo tetiap malam wat 1 post pasal  kesimpulan untuk ari ni..x de la kestandusan idea nak update blog ni pasal apa..apa pun pada korang yang inginkan sesuatu yang baru...aku nasihatkan awal2 x payah teruskan membaca post ni walaupun tajuk kat atas kata teruskan dan teruskan..bengong kan?..haha.

hari ini 20 disember 2010, hari yang sangat menggembirakan buat seluruh kakitangan kerajaan kerana gaji mereka telah masuk pada hari ini dengan jayanya..kepada yang telah berkahwin beringat untuk menyimpan bagi persekolahan sesi 2011 yang akan bermula 3hb januari 2011..kepada yang maseh bujang nasihat aku simpanlah duit tu dalam tempat yang sepatutnya....bagaimana nak menyimpan wang dengan selamat?..

zaman sekarang hanya orang yang kurang bijak akan menyimpan wang simpanan dalam bank, mereka2 yang bijak tidak akan sekali-kali menyimpan wang dalam bank. cuma yang disimpan hanyalah sedikit sahaja bagi digunakan sewaktu kecemasan..mereka yang bijak akan memastikan bukan mereka yang bekerja untuk mendapatkan duit.tapi biar duit yang bekerja untuk mereka...maknanya disini mereka membiarkan duit tanpa perlu berusaha banyak..bagaimana mahu menyimpan dengan bijak..

sekadar gambar hiasan...

jawapannya adalah dengan anda melakukan pelaburan, sekarang ni da bermacam2 pelaburan wujud dalam malaysia ni...melalui permodalan nasional berhad(PNB)... kita da bley wat mcm2 pelaburan..bagi yang melayu dan bumiputra..mereka bley buat pelaburan dalam ASB(amanah saham bumiputra)..ASB ni kalo ikutkan not bad gak dia punya pulangan.lagi pun ASB ni pun da disahkan oleh majlis fatwa kebangsaan klik sini untuk dapatkan lebih kepastian...pulangan dalam asb ni bley korang guna dan sekarang pun ade bank yang menawarkan pinjaman untuk korang melabur dalam ASB ni..kalo ikutkan memang untung tau melabur dalam ASB ni pasal keuntungan/dividen dijamin oleh kerajaan...dan dividen x pernah kurang 7% setiap tahun...Alhamdulillah untuk manfaat bersama...

pelaburan dalam ASB..
 lepas ni aku nak sambung lagi tentang apa yang korang ley wat dengan duet korang....hehe

Monday, December 20, 2010

antara 2...



semalam semasa outing di times square,pelbagai cosplay aku jumpa membabitkan individu yang terlibat..tapi aku x nak pun cakap pasal benda tu,x best pun aku x minat dengan cosplay. Yang aku minat adalah semua berkenaan isu semasa(yeke)..x tau la.mungkin yekkot. kalo korang nak tanya pendapat aku pasal isu2 semasa yang berlaku ni insyaAllah boley kot aku jawab. ni semua hasil berguru selama 1sem dengan sifu aku dalam bidang politik ni. Dr Mohd Ridhuan Tee banyak mengajar kitorang bagaimana berfikir secara kritis dalam menangani isu-isu yang semasa ni..jika srtuju katakan setuju dan kalau tidak..katakan tidak,disertai dengan hujah mengapa korang berkata demikian.

Dr Mohd Ridhuan Tee

 tamat..kang cerita banyak2 pasal dr ridhuan tee,x sampai apa yang aku nak cerita...actually semalam apabila sampai je kat sungei wang,aku dan juga kawan karib aku saudara zamir zainal telah singgah di parkson untuk membeli sepasang kasut bagi menggantikan kasut beliau yang telah nazak,(memg kritikal kasut dia tu)...dan setelah hampir 45min membeli,akhirnya kami telah berjumpa dengan 4pasang kasut yang sangat gaya,berketrampilan, anggun dan selesa..yang berjenama POLO, BONIA, dan 2 CROCODILE..setelah saringan dibuat dan penelitian secara mendalam dibuat akhirnya 2 pasang kasut telah dipilih..dan 2 pasang kasut tersebuat adalah...

kedua-dua jenama crocodile... 
 
mula2 pening gak nak memikirkan mana nak amek.yang kiri ke kanan pasal kedu-dua ni sedap bai,selesa dipakai..nak buat berlari PT pg pun boleh..setelah beberapa minit akhirnya kami telah memutuskan untuk amek yang belah kiri,setelah akak store tu amek kasut untuk ditry...memg kena saiz 9.tapi kasut tu dah ramai sangat yang try,bley nampak kesan kemek kat kasut tu..perbalahan mula berlaku sekali lagi samada nak ke tak nak amek kasut ni pasal kasut yang si zamir try ni la last stock...last2,kami menukar idea..baik amek yang baru..akhirnya kasut belah kiri telah dipilih...selamat la RM210.00 si zamir..aku?hanya membeli tshirt berjenama jeep..tu pun setelah dapat baucer rm 10..kalo x memang harapan la aku nak beli baju baru..haha..selamat membaca
 
 

Sunday, December 19, 2010

Dr Rozmey tolong aku!!!....

wah kali ini memang aku benar-benar memerlukan pertolongan dr rozmey..mana taknya semalam aku timbang berat aku dah naik 5kg..hari ni dapat outing apa yang berlaku sangatlah dahsyat...masa outing je aku da tibai snack plate(bajet nak diet r)...patu balik lak,aku tibai apam balik..dan sampai kat bilik member2 kat bilik aku bawak lak makanan..yela dorang sangat jarang outing berbanding aku...bila dapat peluang outing ni time ni la dorang tibai segala macam makanan yang ade dalam dunia ni..x lupa nak bawak balik...tapi sebelum tu aku nak seru dr rozmey bersama produk beliau yang sangat mahal.x mampu nak beli benda alah ni...dr rozmey bila ko nak turunkan harga jus mate5 ko ni...demi kebaikan rakyat malaysia gak..

Dr rozmey dan produk beliau....

dan kali ni da macam function umah lak.lama x buat function dalam rumah ni..last rasanya bila ek..yang tahap grand..kalo setakat makan maple tu da banyak kali...aku memang series!!!...aku x dapat nak sumbangkan makanan yang banyak akibat krisis berat badan...haha..apa pun meh kita tinjau apa yang budak-budak umah aku dan aku beli untuk function kali ni....
ini adalah keseluruhan makanan...

tu belum yang ada kat atas meja...kalo nak kira yang atas meja...ade air...ade kerepek apis...seterusnya...bagimana nak jadikan badan anda besar melalui pemakanan...
kita mulakan dengan pencuci mulut dengan makan kek secret recipe..sumbangan hafiz.....

apam balik terbaik dalam malaysia..apam balik sg besi...haha..
hidangan terbaik sumbangan tobi
 
first time aku makan subway...subway ni pun tobi yang bawak...
 aku terlupa dalam function kitorang ni ade rojak sg besi gak..gambar first tu ade gambar rojak yang aku lupa nak amek secara personal..sori macha..rojak ko belum mendapat tempat kat hati aku...dan kepada kawan2 bilik aku korang kena jaga berat badan korang..nt da jd macam aku,da masuk skuad BMI...baru ko tau cmana rsanya duk dalam golongan yang 'sihat'..tobi,rasyid dan hafiz...jagalah berat badan!!!

 haha...ini jelah yang kitorang makan yang mengakibatkan lemak dan kolestroldalam badan aku semakin bertambah dan bertambah...dah ler badan makin berat....kulit pun makin itam...kesian kalo kat ym asyik kena kutuk tam je ak ni...x pe la..asalkan aku x payah nak berselubung dgn selimut 24jam..haha.selamat bersejuk!!!


menulis....

sebelum menulis post kali ini..izinkan aku nak mintak maaf ntah knapa gambar aku maseh gagal untuk diupload..haha.x pe la,x de rezki..mungkin bosan skit tatkala hanya perkataan menjadi seri. Apa pun,aku seorang yang baru dalam dunia blog ni.meskipun akaun aku sejak mac 2009,akibat malas yang amat sgt nak  update.akhirnya tergendala mcm tu je..smpai la tahun ni apabila dapat bilik dengan blogger tegar...NOORHAIZAT dgn HAFIZNAVY..

apa pun dunia blog ni memang mencabar minda setiap blogger.bukan sebarang isu dapat diketengahkan...ade sesetngah blogger lebih suka menulis mengenai perihal peribadi mereka sendiri...blog lebih kepada diari,tempat meluah perasaan dan pandangan peribadi...ade sesetengah pulak lebih suka menulis tentang fakta dan isu semasa...pelbagai ragam yang aku temui sepanjang mula menjengah dalam dunia blog ni...ade juga yang lebih suka menggunakan blog sabagai medium mencari wang dan duit...itu hak korang la..x mau aku amek tau..yang penting korang bahagia dengan blog korang..hias cantik2 nt dapat award...haha

cuma wat masa ni aku pun sedang mencari apa sebenarnya konsep yang aku nak cube ketengahkan dalam blog ni.adakah mengenai pandangan peribadi yang lebih bersifat kepada kontroversi...atau sekadar berkongsi diari...apapun harapan aku blog ini mampu natijah yang berguna kepada semua pembaca dan pendengar blog ni...

sapa ade idea cmana nak kuruskan berat badan dalam keadaan ko memerlukan tenaga yang banyak..intuk pengetahuan semua..berat badan aku da naik mencecah 4kg...sekarang ni..aku nak macam dulu balik...adohai..abes la BMI(body mass index) ak...huhu....  DR ROZMEY help me...sponsor r just mate5 ko....

Saturday, December 18, 2010

musykil....



orang melayu memang macam ni..bnyak menimbulkan persoalan dari mencari jalan penyelesaian...semua benda nak dipersoalkan...apa yang kerajaan buat dipersoalkan...x buat dipersoalkan...kerajaan buat gini salah...gitu salah...tapi post kali ni x de kena mengena pun pasal kempen nak menyokong kerajaan...seperti yang diaur2kan oleh ramai pihak yang mana pilihan raya Umum ke13 akan berlangsung pada tahun depan akibat Dato' Seri Najib menangguhkan pemilihan agung UMNO...sekarang ni biarlah kita fokus pada pilihan raya negeri sarawak yang katanya bakal berlangsung lebih hampir dari pru13..

berbalik kepada persoalan diatas...orang melayu lebih banyak menimbulkan persoalan dari mencari penyelesaian...benda ni aku dapat ilham semasa berkumpul pada pagi semalam.aku mendengar seorang dari budak aku...asyik nak mengomel je..

menggomel-istilah yang digunakan kepada orang yang asyik bercakap itu salah ini salah...sampai aku pun nek mental dengar dia cakap macam tu..jangan mcm tu my friend..kalo ko syik menggomel sampai bila nak settle..tolong la..

apa pun nasihat ku kepada semua yang baca...ayuh..fikir solution bukan persoalkan...memang baik untuk mempersoalkan sesuatu bagi meningkatkan mutu sesuatu produktiviti...tapi biarlah persoalan itu disertai dengan jawapan...

aku nak upload gambar..tapi lama lak dia nak loading,,,geram aku..seb bek..ish3....bnyak gmbar smlm time function x masuk lg ni...(da berjaya)

kemenangan milik bersama...

salam kepada semua...first sekali maaf andai x update blog ni buat yang baca...yang x baca pun x pe..aku x keysa..aku bukan bro ben yang followers begitu ramai. aku bukan tun Mahathir yang mana blognya iklan sampai rm1000 sehari..aku tetap diri aku, Akmal Harith....ini nama aku yang cukup indah diberi oleh ibu dan bapak aku...sebelum aku meneruskan post ni...apa2 hal pun aku nak mengucapkan tahniah buat skuad bola sepak malaysia atas kejayaan membenam juara bertahan vietnam 2-0 pada perlawanan pertama semi final di Stadium Bukit Jalil..esok mereka akan menentang vietnam kat tempat lawan lak...good luck to all my bro...sangkaan aku meleset sama sekali terhadap safee sali.mula2 aku ingat dia x ley nak perform..x sgka lak dia perform malam tu..2 gol dia yg sumbat walaupun bola 2 bola muntah...syabas buat safee..bangga menjadi rakyat selangor...x lupa kepada semua pemain selangor..yang bermain untuk Piala AFF Suzuki ni...amri yahya,amirlhadi,safiq....tahun depan kita tebus Piala Malaysia yang terlepas tahun ni..


dan aku baru balik function@makan2 td..Alhamdulillah makanan sangat mengenyangkan dan syabas wat my senior yang berjaya wat function ni dalam keadaan mengejut...suprise sungguh...well done sir!!!..makanan yang disediakan pun okei...x de masalah x cukup...aku siap makan 3ketul ayam..haha.mana berat aku x naik..berat aku sekarang da naik 2kg r..aku kena turunkan balik ni...ish3...cmana ni.. Dr Rozmey...meh sini jusmate5 ko...bg aku...haha...


kemenangan buat pasukan bola tampar Bn aku..yang menang...alhamdulillah again..u guys did it...even nak menang tu sgt sukar...u guys made it...tu je kot untuk malam ni..esok doakan aku x de ap2..

Wednesday, December 15, 2010

ragu?

akibat ragu...hati jadi buntu..
sememangnya hidup memerlukan 1 keputusan..
samada itu tepat atau tidak ...
serahkan pada Allah Tuhan yang Maha Mentadbir alam ini..
asalkan keputusan yang dibuat kita tidak bercanggah  dengan syara'..
jangan pula kita menggantung harapan padanya tanpa ada usaha...
kehidupan hanya sementara...
manfaatkan sepenuhnya...
jangan berpatah balik setelah menemui 2 jalan...
sememangnya akan ade 'the road not taken'...
tetapi berwaspadalah....

sebenarnya aku dalam mood kecewa ni setelah pasukan aku tumpas..apa pun ade peningkatan..
cuma nasib x menyebelahi kami....

Monday, December 13, 2010

dunia kartun..

salam kepada semua..
sememangnya ramai telah post pasal benda ni..
dunia kartun mereka yang mereka minat semasa kecil ...
macam2 jenis kartun yang keluar..antaranya kamen rider,ultraman..
berbagai2 lagi...tapi aku,series aku x minat dgn kamen rider...
ultraman bley r skit2...x amek dan x arif sgt pasal ultraman...
cuma tau beberapa jenis ultraman je,antaranya..
taro,seven,dyna, dan banyak lagi r..x tau aku..
cume aku tertarik dengan beberapa kartun dibawah..yang mana mmg aku layan sewaktu kecil2 dlu..
haha..
antara kartun yang berjaya menambat hati sewaktu aku kecik dlu..
antaranya, the simpson dengan cybercops..

kesah hikayat cybercops bermula apabila kejadian jenayah di jepun tetiba meningkat dengan mendadak...lantas pasukan polis tokyo telah mencipta 1 taskforce atau pasukan khas untuk melawan situasi tegang yang berlaku...pasukan yang dinamakan ZAC(Zero-Section Armed Constable) telah dicipta untuk menghadapi misi2 yang sukar melawan pengganas..atas usaha ini jabatan saintis di pihak polis mencipta 1 sut armor khas yang dikenali sebagai 'bit suits'..cybercops telah dianggotai oleh 4 anak muda...apa pun korang kena layan cerita ni ek....
cybercops

dan kartun next yang x tau r kenapa aku minat giler waktu kecik2 dlu time tu umur aku 4-5tahun..iaitu the simpson...haha..mengisahkan pasal sebuah keluarga simpson yang terdiri dari Homer, Marge, Bart, Lisa dan maggie..latar tempat bagi cerita ni adalah kat springfiled yang ada unsur2 penyidiran tentang pelbagai ciri-ciri tabiat termasuk budaya hidup masyarakat kat Amerika...siri kartun ni penah mendapat anugerah guinness world record bagi siri kartun yang paling panjang penah diterbitkan Fox broadcasting company..apa pun kartun ni memg best dlu waktu aku kecik2...balik tadika dengan mak aku je..terus bukak tv carik cter ni..sampai bapak aku belikan aku hadiah model bard simpson men skateboard..tapi ntah mana da benda tu...yela 4 generasi nak men benda tu kan..sampai kat adik2 aku je...JAHANAM....ke aku yang menjahanamkan benda tu...x tau la plak..hahaha...

keluarga bahagia encik simpson....bersama pets mereka..

apapun semoga korang bahagia dengan kartun korang ek...kalo korang ade kartun yang best dan lagi best dari kartun aku ni...jom kita kongsi...share...

Sunday, December 12, 2010

pengajaran...

actually,hari ni ahad kan..aku x de aktiviti sgt..nak update blog pasal benda bru pun mcm x d idea..kalo ade idea pun kena kaji dlu...takot isinya merbahaya..cume ak tertarik pasal 1 buku yang ditulis oleh Kua Kia Soong pengarah Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mengisahkan tentang perbelanjaan kewangan oleh kementerian pertahanan. Semua ini dipersoalkan setelah kerajaan menarik balik subsidi minyak bagi mendapatkan balik Rm 700 juta yang 'hilang' demi pembangunan negara namun kementerian pertahanan telah mengumumkan bahawa kontrak bernilai rm10.4 billion telah dimetrai. kontrak yang dimetrai adalah bagi pemodenan dalam angkatan tentera dan pertahanan negara.

aku serahkan kat korang untuk menilai kerana aku  kalau boleh tidak mahu memberi sebarang komen mahupun pendapat kerana kes ini berkenaan dengan majikan aku..aku bekerja bawah majikan aku. apa pun semoga korang tidak memberi komen berdasarkan nafsu membabi buta..tetapi sebaliknya atas dasar hujah yang dibuat kajian.

minggu ni aku ada latihan rugbi,setelah 3tahun aku tinggal sukan rugbi.nak main balik ni memang keras badan.haha...badan dah ler belum berapa fit lg.maseh mencari fitness yang dulu. apa pun ucapan terima kaseh buat staf seniman(jurulatih jasmani ak)..yang bertungkus lumus memikirkan kaedah yang sesuai dalam meningkatkan stamina kami...harapan aku,nak main rugbi ni dielakkan dari sebarang musibah dan malapetaka(nauzubillahi min zalik)...

wilkinson(kanan)

habana(yang tengah 'fly')
dan aku nak mengucapkan selamat menjawab peperiksaan yang bakal berlangsung bulan depan kepada sahabat karib aku yang selalu aku buli..hahaha..jangan marah ek..ko da nak exam kan..moral kena jaga,makan minum segalanya..jgn la asyik makan ikan bilis masak kicap je...kalo nak diet pun.pastikan pemakanan betul ek...aku doakan ko mendapat petunjuk dan kejayaan dalam exam ni...insyaAllah...buat elok2...lama da x sembang dgn ko...

madu lebah...

salam...
wat 2hari ini aku maseh x de idea nak update pasal pe..
idea tu ade tapi nak untuk ak post kat blog ni..rasanya bukanlah benda yang sesuai..
cuma ak nak share pasal madu lebah dan kesan terhadap air mani lelaki..
pasal ade pembaca yang mengadu 
air mani dia didatangi semut selepas minum madu lebah.
pelik tol dia ni...last doktor tu pun menjelaskan..
kat sini aku sertakan jawapan dari doktor tu...
diharap lepas ni korang jaga la pemakanan korang ek..
hehe



Anda mungkin tidak tahu yang air mani mengandungi pelbagai khasiat selain benih lelaki. Salah satu khasiat yang didapati dalam air mani ialah fructosa dan sedikit glukosa yang sudah tentunya akan menarik minat semut. Madu lebah yang anda minum itu hadam oleh usus anda dan tiada kemungkinan ia sampai ke air mani anda! Berbalik kepada kandungan pelbagai khasiat dalam air mani manusia, senarai bahan yang berkhasiat itu ialah seperti berikut:


  • Protin yang mana kandungan asid amino dalam air mani lebih banyak dari kandungan dalam darah manusia.




  • Glukosa dan Fructosa yang mana bahan yang memberi tenaga ini terdapat dalam air mani dengan banyak. Bahan ini untuk kegunaan sperma yang aktif. Air mani yang keluar tanpa Fructosa dan benih menandakan salur sperma terkandas di kawasan pundi seminal. Jadi kandungan Fructosa dapat membantu menentukan paras salur sperma yang terkandas.




  • Kandungan Citrate dalam air mani dalam bentuk kalsium, zink dan magnesium. Selain itu, terdapat lipids yang biasa dalam bentuk ‘lipid bodies’ iaitu choline, asid sialic, inositol, spermine, pyruvate, creatine dan asid ascorbic.                                                          





  • sumber asal boleh la korang bukak link ni.....semut dan madu .haha.lepas ni berjaga2 wahai kaum adam...

    Friday, December 10, 2010

    perkahwinan awal usia?.....

    salam kepada semua. Baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan perkahwinan seorang remaja wanita melayu berusia 14tahun dengan pasangannya seorang guru yang berusia 23 tahun. Ramai yang telah melahirkan pendapat mereka mengenai isu ini yang dianggap telah melanggar akta dalam perlembagaan negara. antara mereka adalah dato seri shahrizat,beliau mengatakan ,

    Shahrizat Abdul Jalil, the minister for women, family and community development, said in July that underage marriage was "morally and socially unacceptable".

    Shahrizat mungkin melihat isu ini seperti kes-kes lain yang dilihat seolah-olah menindas hak asasi wanita,saya melihat beliau seakan-akan 'berpakat' dengan puak-puak yang bersifat 'ultra kiasu'(mengambil istilah yang digunakan dr ridhuan tee).,.yang seolah-olah cuba menghentam siti maryam tanpa mengambil sebab beliau berbuat demikian. Jika anda membaca komen2 yang dikemukakan oleh puak-puak ultra kiasu ni, anda akan melihat mereka seolah-olah lebih melayu dari melayu. Dan seperti yang kita maklum untuk membandingkan perkahwinan nabi dan siti aisyah kita sememangnya tidak layak kerana siapalah kita sebenarnya . Siti AisyahTetapi Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda

    Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

    tetapi shahrizat sepatutnya melihat benda ini dari sudut yang positif,siti maryam bukan calang-calang orang. beliau adalah pelajar aliran tahfiz dan seorang yang bakal menjadi hafizah. bukankah lebih baik shahrizat yang seorang melayu islam membela adik siti maryam. Sememangnya perkahwinan ini salah disisi undang2 negara kita tetapi ianya tidak salah disisi agama islam. siti maryam telah cukup syarat untuk berkahwin. Sepatutnya beliau turut menasihati golongan muda diluar sana supaya mencontohi siti maryam dan pasangan beliau dalam usaha mengurangkan gejala sosial yang kian menular pada hari ini. kes wanita mengandung luar nikah, anak lari mengikut kekasih dan bantuan2 tidak sampai kepada golonnagn sepatutnya seharusnya mendapat perhatian lebih dari sharizat yang mana jumlah peratus lebih besar dari kes ini.
    Datuk Seri Jamil Khir

    dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk seri  Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab ke atas kes ini kerana siti maryam telah berkahwin di bawah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). bersama dengan 250 pasangan lain dalam satu majlis. sepatutnya Datuk Jamil yang memberi pendapat kerana beliau adalah menteri yang bertangunggjawab sebagai menteri di jabatan perdana menteri. Datuk Jamil bukan calang-calang orang. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pengarah KAGAT(kor agama angkatan tentera) dan berpangkat Mejar Jeneral. 

    dan syabas juga diucapkan kepada mahkamah syariah kerana meluluskan permohonan beliau, ini menunjukkan bahawa mahkamah syariah telah mula menunjukkan taringnya apabila berani menyuarakan apa yang dibenarkan oleh islam tetapi di limitasi oleh perlembagaan. Ini adalah kesan positif bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kuasa mahkamah syariah setanding dengan kuasa mahkamah persekutuan. InsyaAllah islam akan bangkit.


    Wednesday, December 8, 2010

    rabu ini

    assalamualaikum dan
    selamat petang kepada semua petang ni..x de apa just nak cerita tentang kemajuan ahli bilik aku,yang kini telah maju setapak kehadapan dengan menggunakan broadband...
    yeee..tahniah diucapkan kepada saudara hafiz @aku statik gold
    dengan menggunakan broadband celcom,kini beliau mampu
    untuk mengakses dengan lebih jauh....

    dan aku juga dengan rasminya semalam telah mendapat broadband baru..
    tq abg maxis..kerana membantu aku menyelesaikan masalah akaun aku..
    akaun aku telah bertukar dengan cik nurulhuda bt mohd razeef.
    yang mana individu ni ak pun x kenal sapa..
    apa pun selamat  melayari jalur lebar kepada
    hafiz navy..
    yang kawan aku sorang lagi bila nak bertukar kepada 
    broadband?..hp ko nak guna sampai bila je...haha
    kiri: milik hafiz kanan: aku nyer..
    pemandangan du suria KLCC
    hentian LRT masjid jamek dalam renovation...
    sekadar berkongsi pemandangan..




    salam maal hijrah 1432..

    selamat menyambut maal hijrah buat semua..hari ini 1muharram bersamaan 7disember 2010...hari ini aku telah keluar ke bandaraya kuala lumpur menjelajah segenap bandaraya menyaksikan warga kota kuala lumpur berpeleseran di sekitarnya. 2lokasi yang menjadi tumpuan adalah di pertama kompleks dan juga kuala lumpur city centre(KLCC)..lokasi yang cukup menarik.Semasa berjalan di lorang TAR. aku sebenarnya nak cari jersi Malaysia yang baru.malangnya yang ada cuma baju biru je(yang dipakai ketika malaysia menentang laos malam ni)..apapun tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menundukkan laos 5-1 seterusnya mara ke pusingan kedua menentang juara kumpB..syabas buat kalian...


    pasukan Malaysia...dengan jersi baru yang nampak lebih garang dan ganas


    baju biru ni je yang ade td...

    sebenarnya tadi, aku berjalan bukan apa. sebenarnya dalam hati ak cube merasakan apakah takrifan tahun baru pada masyarakat islam malaysia pada hari ini. kerana aku lihat kehadiran masyarakat ke pusat membeli belah lebih pesat dari hari biasa. cube merungkai di mana salahnya ,adakah kesedaran dalam diri masyarakat masih belum kuat. kerana pada tahun ini aku gagal merasai apa yang dinamakan ruh sambutan tahun baru Hijrah. macam tahun baru islam ni x de apa makna. x tau la kan korang.pasal ak meraikan tahun baru semalam kat tengah Kl...harap2 nya masyarakat dapat mengambil iktibar tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tahun baru islam. bukan sekadar memenuhi dan memeriahkan pusat membeli belah...

    iktibar sempena penghijrahan nabi muhammad s.a.w ke kota madinah pada 622masihi...

    Sunday, December 5, 2010

    kentalkan diri..tenangkan jiwa..

    assalamualaikum buat semua,
    di sini sk nak berongsi sedikit tips tentang bagaimana nak dapat ketenangan jiwa yg kukuh,dalam erti kata lain sekiranya hati serabut bagaimana nak mengelakkan dari terus menjadi kalut. mungkin post ni ditujukan buat yang mengetahui post ni mcm untuk dia..haha..apa pun selamat mempraktikkan ap yg ak share ni..di diambil dari tips seorang motivator terkenal... dato dr hj fadzilah...antara tips untuk mendapatkan jiwa yang tenang adalah..


    1-banyakkan solat2 sunat dan berdoa, selain solat fardu yang wajib. semasa berdoa.mintak kat Allah supaya menenangkan hati kita,bersihkan hati dari perkara2 yang lagho(lalai)..

    2-banyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w..paling kurang pun 100x sebelum masuk ke kamar tidur. Mintak mudah2 mudahan kita mendapat syafaat di akhirat kelak. InsyaAllah dgn berselawat hati jadi tenang,minda jadi lapang.

    3-membaca al-Quran.kalo boleh kan,korang baca la tafsir sekali..selain mendapat ketenangan,mana tau korang jumpa ayat2 hikmah dalam quran tu.

    4-ingat sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bermonolog dalam diri "walaupun susah,aku mampu lakukan"...ayat memotivasi dalam diri kita supaya mental kita di'tune' menjadikan benda tu mudah. jangan sekali-kali kita mengutuk dan merendah2kan diri kita.

    5-sentiasa memaafkan dan meminta maaf kepada orang lain sebelum tidur,dan kalo boley jangan berdendam dengan orang meskipun orang berdendam dengan kita. semasa meminta maaf sebutkan apa kesalahan kita pada orang tu...

    6-sentiasa berpakaian dengan pakaian ulama'. dengan cara ini,orang akan tenang melihat kita dan apabila orang tenang melihat kita insyaAllah akan beri ketenangan pada kita.

    7-berkawan dengan ulama' dan orang2 alim.

    8-bersedekah. banyak2 la bersedekah kalo kat tabung masjid tu. insyaAllah.kalo korang sesak x de duit pun..Allah akan bagi rezki lain kat korang..ni apa yang ak rasa tau. meskipun mesin ATM rosak..tapi duit tu x rasa sangat. member2 pun ramai..wat loan r..haha

    Saturday, December 4, 2010

    lirik bujang senang- wings

    Ketenangan air halus manja
    Tersebut satu kisah puaka
    Asal manusia
    Menjadi buaya
    Beraja di lubuk ngeri

    Rangkak tenang mencari mangsanya
    Segala berlaku senyap sunyi
    Siapa mencabar bersedialah
    Akan menjadi mangsanya
    Akibat sumpah puaka

    Suara ngeri
    Datang dari lembah sunyi
    Maut menanti
    Dari sudut tanpa kesan
    Kelaku misteri sukar di cari
    Tubuh menyambar timbul tenggelam
    Gelar diberi buaya ini
    Buaya lagenda
    Bujang Senang

    budak2 ak tengah layan lagu ni beb....macam dasyat je...haha

    konsert double trouble wings dengan search nak buat kat sunway lagoon lak..kehadiran dijangka 30000org..

    ulasan isu semasa....

    salam buat semua yang telah singgah ke blog ni. setelah hampir seminggu ak x update blog ni gara-gara pelbagai masalah yang melanda bukan saje disebabkan musim periksa,tetapi masalah internet juga telah membuat aku x keruan memikirkan bagaimana agaknya mahu mengakses internet. tapi x pe..atas bantuan rakan aku akhirnya ak berjaya jugak on9 dan terima kasih kepada saudara bilik mohd rasyid ..haha.

    post kali ni x berapa terautur sangat pasal aku da mula menjalani latihan untuk cuti sem ni..org lain bercuti,ak ber'pt'..x pe la rezki ak kan kat sini..nak wat cmana,bnyak isu yang timbul baru2 ni..bukan banyak je.teramat2 bnyak,dari isu air dan malam ni sewaktu aku nak post benda ni.khabarnya harga minyak,gula dan gas dah naik. x mau cakap pasal isu ni pasal ak bekerja bawah kerajaan yang memimpin skrg.


    ap pun ak tertarik nak mengulas pasal isu dato zahid hamidi yang mengatakan bahawa orang bukan melayu tidak patriotik kerana tidak ramai sertai tentera. saya bukanlah seorang yang layak sebenarnya untuk bercakap bg pihak zahid hamidi. tetapi dalam pengamatan ak,dato zahid merupakan seorang pemimpin pada hari ini yang sangat berpotensi untuk melangkah jauh ke hadapan berbanding dengan rakan seangkatan beliau. ak mula mengenali beliau ketika beliau menjadi timb menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada tahun 2004. waktu tu beliau telah mengunjungi sekolah ak dan ak amat tertarik pada perwatakan beliau.


    meskipun beliau sekarang ini memegang portfolio menteri pertahanan,namun beliau bukanlah seorang bekas tentera mahupun individu yang menerima latihan ketenteraan secara khusus,beliau hanyalah seorang menteri.dan pada sy seorang individu khususnya ahli dewan rakyat yang bukan dalam kalangan tentera tetapi mahu bercakap tentang hal2 berkaitan ketenteraan seharusnya berfikir dan membuat kajian sedalamnya. kita lihat dgn apa yang berlaku pada Yb Saifudin nasution yang mengusulkan supaya latihan pasukan khas dikaji semula kerana pada pengamatan beliau latihan yang diterima pada hari ini bersifat kejam.

    cakap beliau sememangnya sy sendiri tidak boleh terima. isu ini melibatkan keselamatan pertahanan negara kita, latihan yang sebegitu adalah wajar kerana yang menerima latihan tersebut adalah mereka yang bakal diserapkan ke dalam pasukan khas. Oleh kerana rentetan peristiwa itu,seorang demi seorang ahli dewan rakyat membuat kenyataan tentang angkatan tentera malaysia. isu tentang orang bukan melayu mengangkat tangan juga dipersoalkan,akhirnya individu yang mempersoalkan perkara ini meminta maaf.

    dato' zahid telah dikecam hebat oleh orang bukan melayu kerana menuduh mereka tidak patriotik terutama parti politik bukan melayu akibat sedikit golongan yang menyertai tentera, sedarkah mereka apakah yang dimaksudkan dengan patriotik. dato' zahid telah dikecam hanya kerana beliau adalah seorang menteri andaian sy jika beliau adalah seorang bekas tentera pasti beliau tidak dikecam sehebat ini. nasihat sy kepada mereka yang menganggap kenyataan dato zahid tidak betul supaya renungkan kembali..kira berapa bnayk peratus rakyat malaysia dan pecahan antara melayu dan bukan melayu berapa ramai. Seterusnya dari pecahan itu berapa ramai yang terlibat dalam angkatan tentera kita...

    fikirkan masa hadapan....


    Friday, November 26, 2010

    ~~~~wah~~~~~

    kali ni...malam ni..
    noax@tobi tnya ak ade idea x nak tulis pasal pe..
    bengong nyer tobi..dia x tau ke isnin ak ade paper yg sgt killer dan kritikal
    iaitu paper dynamic....dynamic ni adalah subjek yg ak blaja untuk sem ni
    selepas lulus subjek statik..ak post ni bukan pe...
    ak nak korang doakan ak supaya ak dapat lulus paper dynamic ni..
    carry mark yg ak dapat pun x cukup memuaskan mcm carry mark subjek lain..
    subjek lain pun agak hambar sebenarnya...
    tetapi dynamic adalah 'the hambarest'..
    adoi....
    Allahumma najjihna fil imtihan....
    buku dynamic yg ade atas meja ak skrg,,,
    mencari peluang dan ruang untuk mencari markah...
    semoga lulus dgn cemerlang akmal hartih bin zainuddin..
    amin.......

    Thursday, November 25, 2010

    dunia permotoran....

    salam kepada semua...
    kali ini sya nak bercerita mengenai dunia permotoran.
    berkisah kepada penceritaan ini..pada mulanya aku melihat sahabat bilik ak
    noorhaizat mempost sesuatu yg menjadi kegemaran beliau..iaitu er-6f..
    dahler motor x lawa..ntah ap yg dia gila sgt pasal motor tu..
    kawasaki lak tu...haizat2...semoga cita2 ko terlaksana...ahaha
    di bawah adalah superbike yang menjadi idaman ak..
    honda cbr 600..
    .meskipun ade yang bertanya asal x wat mcm haizat amek yang mantap2..
    haizat amek model ap ntah bmw s1000rr..
    tu impian dia dalam dunia permotoran ni...haha...tapi bg ak..
    biarlah memilih tapi yang mampu..apa guna mengidam benda yang ak x suka..
    even mantap motor tu.mcm motor si haizat
    ...apa pun bawah ni satu lagi motor yang menjadi idaman ak..
    yamaha YZFR6....
    kalo dapat ni sebijik...setakat bmw haizat@toby tu ak x heran la..
    kalo motor power pemanduan x kemana...x guna gak bro...haha..
    ap pun di bawah ak sertakan link untuk korang bukak haizat@toby nyer post..
    bukak la dia nya....

    Monday, November 22, 2010

    assalamualaikum......

    haaa.....semalam ak terbukak blog ak ni..rupanya kan da setaun lbey ak x update blog ak ni..haha..just sebagai sjew2..last update blan april 2009..lama tu yob!...haha..apa pun setelah ak melihat rakan2 sebilik mula berblog...terasa perasaan untuk kembali ke dunia blog ni berkobar2...

    sebelum ni ak bukan sjew x nak post..tapi ak sedang mencari bagaimana post yg sesuai untuk dipublishkan bg tatapan pembaca2 yang mana kalo bley x nak la blog ak sma mcm blog2 lain...tapi apa pun ak cuba untuk mempublish sesuatu menurut pandangan dan kajian serta pembacaan ak..

    kalo salah kan...gtau la...kalo x setuju jgn bantah....just nyatakan je pandangan korang...ak x suka berbantah-bantah ni...kerana ak x betah dalam bicara...ap pun selamat bertemu....


    ~~~~akmal~~~~