Tuesday, December 28, 2010

pilihanraya kecil TENANG....


Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diumukan oleh SPR iaitu pada 30 jan 2010,manakala penamaan calon pula pada 22 jan 2010. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan. 

namun sehingga kini,bayangan samada Barisan nasional mahupun pakatan Rakyat yang bakal memenangi kerusi DUN tersebut masih belum nampak bayangnya. Masing-masing tidak menduga bahawa SPR menetapkan tarikh yang begitu panjang,sedangkan PAS dalam kenyataannya mengatakan telahpun bersedia menggempur DUN Tenang yang boleh saya anggapkan sebagai kubu kuat UMNO. Bahkan PAS juga telah 'memperlahankan' jentera mereka apabila mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan sebulan dari sekarang.

PAS kini dilihat tidak ada masalah dalam meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini,kerana pemilihan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan ahlinya juga akur dengan sapa yang ditentukan oleh pucuk pimpinan. Sikap ahli PAS yang mengamalkan sikap taat setia kepada parti sangat sukar untuk dilihat dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Begitu juga dengan wakil rakyat yang dilantik,sangat jarang kita dengar ada wakil rakyat dari PAS yang bersikap lompat parti. Kualiti ahli PAS sememangnya berada dalam tahap terbaik meskipun kuantitinya sedikit.

PAS seharusnya perlu lebih berhati-hati dalam pilihan raya kali ini memandangkan mereka(PAS) sudah hilang kerusi di DUN Galas yang sebelum ini boleh dianggap sebagai kubu kuat mereka. Jika benar PAS mahu bersungguh-sungguh memenangi kerusi di Tenang, Isu yang dimainkan seharusnya tidak jauh lari dari penduduk tempatan. Pada pilihan raya kecil Dun Galas,saya melihat kejayaan yang dicapai oleh Barisan Nasional adalah disebabkan oleh mereka lebih banyak bermain dengan isu penduduk tempatan berbanding Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak memainkan isu-isu luar.

Barisan Nasional pula perlu mengukuhkan kedudukan mereka dalam mendapatkan majority yang lebih besar,kerana mereka perlu membuktikan bahwa Barisan Nasional semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kerana di Tenang, kaum cina hamper mencecah 40%,dan tidak mustahil undi mereka mempengaruhi dalam pilihan raya kali ini. MCA dalam barisan nasional dan DAP dalam pakatan rakyat perlu memainkan peranan mereka sebaiknya memandangkan kedua-dua parti ini mempunyai keahlian kaum cina yang ramai. Namun harus diingat, kerajaan dan pembangkang seharusnya lebih TENANG dalam menghadapi pilihan raya DUN Tenang, kerana waktu yang diberikan SPR saya rasa sangat mencukupi bagi kedua-dua pihak mencari modal dalam pilihan raya kali ini.

Akhir kata,semoga pilihan raya kali ini membawa kesan yang lebih positif dalam pembentukan politik bersih di Malaysia.

*artikel adalah pandangan peribadi penulis..


No comments:

Post a Comment