Wednesday, December 26, 2012

hurmmmm

assalamualaikum,

post jalan2 banting part 3 bukan lah post terakhir untuk anda baca. harap maklum..kesekian kalinya sy telah bebas skit dari belenggu Projek sarjana muda. alhamdulillah..

terasa kerinduan pula mahu berblog, mahu berkomen di blog seperti dulu kala. namun sy seakan tidak mempnyai masa untuk menjenguk belog ini..kesian..

dalam kesibukan kota, saya juga mengalami tekanan sedikit hasil daripada mungkin hati yang bercampur baur.

harap kamu yang membaca belog ini. yang masih sudi membuka meskipun sy jarang mengupdate belog ini terus memberikan kata2 smangat kepada saya seperti waktu dlu. kamu pun dah masuk tahun akhir kan. tahun 5 ek?

sambil rakan melayan cerita rock, sy melayan perasaan mengupdate belog ni. harapnya semua ok ek kat sana. nak tanya kat FB,,, saya lupa saya x balas poke kamu atau apa.

jangan geli dengan entry kali ni...hehe.. =)



Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan banting part 3

maka saya pun ingin menyambung al kisah jalan2 banting part 3..memandangkan malam sudah semakin tua. maka saya mungkin agak kelam kabut sedikit menaip entry ini...

seusai saya bersolat dalam masjid ar raudhah kmpg sg kelambu, makanya saya pun melihat akan kanak2 yang bermain di hadapan masjid itu.. melihat telatah kanak2 riang mengingatkan saya kepada zaman silam semasa saya sedang kanak2. bermain ronders, ting2, main basikal.. main bola hjung mggu lawan antara kawasan. (biasanya kwsn sy jarang menghantar perwakilan akibat masalah apa ntah)..

setelah melihat mereka saya pun segera start enjin motor BLT 4*** saya yg ketika itu baru je dibasuh pada sebelah paginya semata2 mahu dibawa ke pekan banting pada sebelahnya..hehe.

saya pun mengambil langkah menyusur ke kampung2 halaman di sungai kelambu.. MALANGnya.. kampung sungai kelambu tersangatlah kecik nak habaq... jalan2 skit tetiba dah termasuk sg lang mana entah. maka saya pun dengan konfidennya jalan jela.(nak gtaw bahawa aku x taw pun kampng tu kecik tu)... 

jalan2... tetiba... eh sampai kubur sg lang... #hampass

saya dah tersasar jauh. bukak papago pun merapu je makanya saya pun terus memecut laju kerana persekitaran kubur yang sangat sunyi dan sepi. tiada motokar mahupun motosikal..yang ada hanyalah sebijik motor. tu pun rasanya tukang gali kubur punya...

saya pun terussssss.. tetiba eh...

saya termasuk balik simpang yang mula2 saya masuk.. tertulis jika diterjemah dalam BI..
|"welcome to sungai kelambu"

hati berkata.... "dem,camana boleh jauh ni".. amek simpang ke kanan..masuk simpang pertama... sampai jumpe apa yang dinamakan pasar JAEZ,

lepak la kat situ kejap sambil tgn msg2 dengan harapan adalah bantuan akan tiba..hahaha

sekali...x sampai gak bantuan,, bantuan kena membantu benda lain..ada misi belum selesai..walhal rasanya kat jaez tu ada kot santan tu... fresh lagi.. nak saya tolong perah pun bolehhhh...

oleh kjerana jam mula menunjukkan 1830H @ 6.30ptg.. maka saya perlu beredar segera memandangkan masa yang diambil untuk ke banting adalah sejam lebih kurang...saya pun beredar dengan harapan terserempak la tengah jalan..tapi x de jugak..ngeh3,, 

sekian sahajalah perjalanan ke banting kali ni. bagi yang memberi support terima kasih jasa kalian semua. nanti nak citer pengalaman ke bukit merah/zoo Taiping... benda tanpa dirancang...






Pasaray JAEZ





Monday, October 29, 2012

Jalan2 Banting Part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera.

malam ni malas nak panjang citer dengan introduction yang merapu2, baik aku memikirkan introduction untuk proposal malam ni.

pertama kali aku nak ucapkan salam aidiladha buat semua yang membaca blog ni.. aku teramat penat dan penat nak menangkap lembu yang macam apa entah..sampai terbang2 dibuatnya nak lari dari lembu kat masjid kawasan aku.






apa pun tu hari lain. pada sabtunya telah berlangsung event yang tidak diduga dek akal, haha..jalan2 banting part 2. tapi kali ni lebih detail menyusup ke kampung dan pendalaman kampung.

mula2 aku dikhabarkan lepas jumpa pekan banting jalan terus jumpa la kampung yang dimaksudkan namun segalanya hampa apabila melihat yang kat depan aku hanya semak samun dan jalan skit dah jumpa institut kemahiran apa jadah entah..

menyedari aku seakan2 dah tersasar jauh, maka aku pun lekas2 mengambil telefon burukku yang mengandungi papago dalamnya... lantas menunjukkan aku telah jauh dari parameter sebenar. lantas motor dipecut laju untuk masuk ke dalam parameter lingkungan kawasan.(pekan banting)

klik untuk pembesaran
seusai di pekan banting, saya seharusnya mengambil laluan bawah jambatan untuk buat U-turn, malangnya aku ni seakan2 sengal2 ubi berisi. dah lepas boleh tengok je jalan u-turn bawah jambatan. lantas bila turun je jambtan wat sailang jalan.. u-turn lawan arus.

memang nampak x molek, tapi apa kisah gua naik motor beb.haha..

sampai ke sebelum pekan aku pun masuk la kiri. terus je seperti yang dikatakan papago, namun sedikit hairan bila terus jmpe pasar. dalam hati cakap..x kan ada kampung lepas pasar ni.mustahil... last2 aku pun masuk kawasan kilang nama jalan tu pun aku ingat.. JALAN GANGSA.

balik keluar jalan gangsa aku baca papago lagi..ni mcm makin lagi jauh ni.last2 aku pun patah balik masuk pasar tu.. lantas mengucap..

lahau la wala quwwata illah billahil 'aliyyi'azim...

ada jalan ngupenya dalam tu.masuk kunci air. pergh macam dalam cter the village lak.. dalam tempat terpencil ada kampung.

dan papago aku, aku search adalah masjid sungai kelambu... last2 mana yang dia bawak aku adalah masjid sungai lang tengah... hampeh nyer gps.. nasib baik ketemu sama wak jawa yang di simpang.. lalu ak pun bertanya pada dia.

wak nak g masjid sg kelambu mana ye? wak jawab..ooo sg kelambu rumah sapa??

x kan nak cakap rumah tauke cermin lak.. kantoi2 je la nt.aku pun cakap.saya nak g masjid sungai kelambu wak..
taraaaa

wak balas..ooo sungai kelambu dalam lagi..terus je masuk kiri pokok kapas besar masuk kanan.. ikut arahan..alhamdulillah jumpe... yeah..

maka bersolatlah saya dalam masjid ini.. tggu sambungan jalan2 banting part 3 nanti..nak sambung buat kerja...

Thursday, October 11, 2012

lawatan ke port klang

asslamualaikum atas permintaan dan atas permintaan special makanya saya telah mendedikasikan khas entry ini untuk seorang budak yang hidupnya dikelilingi oleh dunia Dragon Ball.. seakan telah nasib saya ke pelabuhan Klang bukanlah untuk renew pasport di imigrsen sana. tetapi lawatan ke USS George Washington. USS George Washington adalah salah sebuah aircraft carrier milik US yang kini berlabuh di port Klang. Kapal yang menggunakan sepenuhnya teknologi nuklear ini telah ditauliahkan pada 1992. untuk info yang lebih lanjut berkenaan kapal ini. Klik sini

malas nak cakap banyak ko baca je link yang aku bg tadi. pastu layan gambar..


















Tuesday, September 18, 2012

kehidupan rakupan

assalamualaikum dan 

salam sejahtera dan salam salaman bersama salman.

semoga salman sentiasa sihat dan sejahtera, salman mana? salman khan? salman alim hasan? salman sabri (if u know what i mean)...

entry malam ini lebih kepada kepada perasaan mengembalikan semangat pembelajaran dikala tidak dapat cuti angkara si 'cina' yang tidak faham akan perasaan beliau.


sewajarnya saya ingin pulang kerana ingin menghadiri perkahwinan kawan opis, wantat @ ridzwan ali yang baru meangkat nikah (akad nikah) minggu lepas dan sebagainya.

minggu kedua telah bermula, bermula subjek dan bermula tahun akhir bagi tahun ni. permulaan indah yang x berapa nak best!...yeay..saya mengidamkan kfc tapi x dapat nak grap.

bulan syawal dah habis, bermula bulan zulkaedah penerbangan pertama haji pun dah mula semalam kan, harapnya semoga haji malaysia mendapat haji mabrur. InsyaAllah...


gambar sewaktu jalan2 g site...


belanja dah beli untuk tadi. nak shoping kasut tapi terbeli motor.. rindu pada motor gua kat umah tu..nk ride jalan2 sambil singgah2 makan2. harap x sempat nak jelajah banting, bila nak jelajah banting?.. InsyaAllah... ada rezeki harapnya

Friday, September 7, 2012

LI oh LI

assalamualaikum dan salam sejahtera bukan untuk yang muslim yang membaca belog ini.

Alhamdulillah ini post pertama setelah tamatnya saya sebagai budak praktikal di PKNS shah alam. LI(latihan industri) selama 2 bulan ditempuh banyak pengalaman berharga selain menimba ilmu bersama my SV (supervisor) Tuan Hj Mohd Adzha (Jurutera Kanan M&E). mungkin beliau boleh jumpa belog ni kalau beliau search nama beliau di Google. Jurutera elektrik yang sangat strict bab kerja. Bersama technician, Ahmad Zamir, Shahidan, Basirah, Syarul, Ezry, Rizwan(selamat pengantin baru), Syazwan, Azmin, Faizal dan Kumar. 

Sepatutnya aku sebut nama engineer dengan T.A dulu. sori engineer.. cik mad, cik yusuf. cik mail, abg najib cik mad noor, cik salam cik jaafar, abg zali, abg salim, abg aloi.. juga cik mun.. rasanya macam dah sebut semua kecuali bos...

Dan dedikasi ini saya tujukan khas buat bos yang bakal menamatkan persaraan pada esok hari (Jumaat 7hb sept 12) maaf x dapat bersama, namun jiwa kita pernah bersama. selamat bersara buat bos. Semoga bos lebih gembira selepas bersara bersama motor kesayangan bos yang bos tutup dengan rain cover masa saya datang umah bos nak anta kad jemputan g PD. terima kasih Tuan Hj Afandi!.

Itulah bos saya. cukup profesional orangnya, yang salah kaw2 kena tibai.. bak kata Ahmad Zamir istilah dia apa ek.. kena pangkah kot.. sampai ke luar opis dengar. iktibar dijadikan pengajaran.

habis kerja pasal opis, sekarang masa nak buat kesimpulan berkenaan praktikal di PKNS, maaf dan sori la bro, gua x dapat nak update belog untuk kesekian lamanya akibat kekangan masa di sana. balik pukul 5.15ptg kadang2 laptop pun x bawak balik.tinggal je kat opis. balik pun bukan sempat nak bukak.. Tinggal je la..

kesimpulan kerja berjaya, memang x boleh nak harapkan 100% dari SV berkenan apa yg kita nak belajar tapi g site tu kna cari implemntasi apa yang relate dengan apa yang kita belajar. Dunia dihujung jari beb....

taip panjang2 nanti next stori x de citer plak.. walhal gua memang dah x de idea nak taip menda.. maklum la 2 bulan tinggal taip taipan ni.

bos dengan abang zali

Tuan Haji Adzha (sv(kiri)) dan Tuan Hj Afandi (bos)

cik Jaafar dgn Cik salam...yang bertudung ni cik mun

gangster M&E...hahaha

happy kumar

ni la gua punya motor ride g opis

wan,ezry dan zamir

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya.

assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya disamping keluarga.

apa khabar kalian semua. sy disini baik2 sahaja sambil tgn suka menaip dan telinga ceria sentiasa. Alhamdulillah baru je keluar dari wad mggu lepas atas beberapa penyakit yang x disengajakan...

mungkin ramai yang bertanya apa kenapa dan  bagaimana saya terjebak masuk dalam wad hospital KPJ ni. jawapan yang mampu sy bg entahlahhh.. sy pun x taw cmana boleh terjebak. tapi Nurse2 KPJ baik2 dan comel2 belaka.. ngeh3.

belum2 x sempat nak update pasal puasa tetiba dah nak raya plak kan... x sempat nak wish selamat ramadhan tetiba dah nak raya plak kan.. x pela,x d rezeki nak berblogging di bulan ramadhan ni.. kerja banyak dan sentiasa menghimpit...

banyak lawatan ke tapak dan ke tempat2 menarik dalam PKNS ni.. mungkin x perlu nak cerita kot.cukuplah sampai disni je.. aku sebenarnya macam dah hilang nafsu nak taip menaip ni...sabar ek. x pe la kita layan je gambar mana yg ada...




Thursday, July 26, 2012

wahaha..praktikal

assalamualaikum, nampaknya ini post pertama saya sebagai budak praktikal di PKNS shah alam.


alhamdulillah selamat menjalani latihan praktikal dan ibadah ramadhan sekaligus. selamat pulang dari site yang panas dan terik. ditambah baru taw oo rpanya site tepi laut....


nak cakap banyak malas pasal dah penat masa taip benda jadah ni saya baru balik dari site. semoga yang membaca selamat dan ceria.


dan selamat mejawab paper terakhir buat UA yang akan menghadapi paper terakhirnya esok 26Julai 2012.. cepat2 lah bungkus barang tu balik umah...haha.widad dah rindu dengan ko!


adik saya bernama izzah afiqah telah selamat tiba di rumah semalam. dia telah membelikan saya jubah yang indah. x yah nak susah cari jubah on9 mahupun pergi ke dHaja butik. *sejak bila Dhaja jual jubah. melesis betol...


berikut adalah antara apa yang buat semasa latihan praktikal...ehehe













kalian2 jangan la jeles plak dengan apa yang saya buat sepanjang praktikal...


burppppp..alhamdulillah..kenyang x hilang lagi...


syukur....###

Thursday, June 21, 2012

SElamat hari Lahir ADMIN 2

assalamualaikum...






di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari lahir ke dunia kali ke 22 buat seorang insan yang amat aku sanjung dan aku sayang dalam dunia ini, Tanpa beliau mungkin aku akan berdiri tanpa jasad. Insan yang dimaksudkan ya. adalah diri saya sendiri. sememangnya entry kali ini khas didedikasikan buat seorang sahabat dan diri saya. iaitu Akmal harith bin Zainuddin.

tanpa beliau mungkin saya hanya muncul dalam bentuk roh. 



sememnagnya aku malas nak update belog akibat mood exam yg x abes lagi.. ni pun update pasal paksa jugak update.kalau x korang dan korang nak baca apa kan.. but dont worry belog ni still bebas dari unsur2 negatif.


terima kasih pada kalian yang wish kat aku even dalam twitter, FB mahupun sms. maafkan aku x sempat nak balas semua tahun ni. series!.. feel really fakap, mungkin pasal nak abes belaja.makin lama makin susah kan..


malas cakap banyak laaaaaaa....aku x de mood nak tulis.. status fb pun x berupdate dari minggu lepas!


adiah bufday.... terima kepada sahabat yang bagi..=)

jurusan yang perlu ditempuh

eh3..adiah lagi?

ucapan dari keluarga tercinta

ucapan yang 'pedas'...haha
apa pun semoga selamat segalanya, terima kasih atas ucapan kalian yang x henti menasihati diri ini meskipun kadang2 emosi aku kurang stabil... yela , aku kalau x berapa kena timing memang semua aku maki.. sori ek yang terkena tu.tapi masih dalam peroses mengawal kesabaran. amin!!...=)