Thursday, June 21, 2012

SElamat hari Lahir ADMIN 2

assalamualaikum...






di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari lahir ke dunia kali ke 22 buat seorang insan yang amat aku sanjung dan aku sayang dalam dunia ini, Tanpa beliau mungkin aku akan berdiri tanpa jasad. Insan yang dimaksudkan ya. adalah diri saya sendiri. sememangnya entry kali ini khas didedikasikan buat seorang sahabat dan diri saya. iaitu Akmal harith bin Zainuddin.

tanpa beliau mungkin saya hanya muncul dalam bentuk roh. 



sememnagnya aku malas nak update belog akibat mood exam yg x abes lagi.. ni pun update pasal paksa jugak update.kalau x korang dan korang nak baca apa kan.. but dont worry belog ni still bebas dari unsur2 negatif.


terima kasih pada kalian yang wish kat aku even dalam twitter, FB mahupun sms. maafkan aku x sempat nak balas semua tahun ni. series!.. feel really fakap, mungkin pasal nak abes belaja.makin lama makin susah kan..


malas cakap banyak laaaaaaa....aku x de mood nak tulis.. status fb pun x berupdate dari minggu lepas!


adiah bufday.... terima kepada sahabat yang bagi..=)

jurusan yang perlu ditempuh

eh3..adiah lagi?

ucapan dari keluarga tercinta

ucapan yang 'pedas'...haha
apa pun semoga selamat segalanya, terima kasih atas ucapan kalian yang x henti menasihati diri ini meskipun kadang2 emosi aku kurang stabil... yela , aku kalau x berapa kena timing memang semua aku maki.. sori ek yang terkena tu.tapi masih dalam peroses mengawal kesabaran. amin!!...=)

Saturday, June 16, 2012

keindahan rakupan

assalamualaikum dan salam 1 malaysia..
oleh kerana terdapat paksaan oleh pihak2 tertentu yang sudah abes exam dan memaksa saya update belog..

maka dengan ini saya secara tidak relanya menghupdate belog yang sekian lama terbiar akibat kerakuasan exam yang mengcengkam jiwa ini. aduhai aduhnya. sedeynya mengenangkan paper pertama. namun nak buat camana benda dah lepas. sekrang masanya untuk menceriakan diri dengan melayan lagu najwa Latif.

Najwa latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa binti Abdul Latif  .dilahirkan di Batu Pahat, Johor. eh orang   Johor jugak rupanya si najwa.. mesti jawa kan.hehe.. lahir pada 23 may 1995. nak detail berkenaaan najwa latif bolehla klik NAJWA LATIF .kenapa Najwa Latif, pasal cikgu saya dulu dia minat Tiz Zakiah@Zaqyah x taw la cmana nak ngejanya, harapnya ok la kot. dan si najwa pun tahun ni nak SPM. Doakan Najwa ye akak dan abang2 sekalian.
sumber : Fb najwa latif.


disebabkan komen bagi entry di bawah ada orang macam berminat tanya pasal thermostat maka kali ni saya akan menggebang sikit pasal thermostat buat anda yang x taw apa itu thermostat. 

zOOm3!!!
lukisan thermostat yang macam apa ntah..haha

thermostat adalah komponen dalam sistem kontrol yang mana ianya mengesan suhu pada sistem tersebut supaya suhu sistem tersebut berjaya dikawal di bawah suhu yang ditetapkan. Thermostat melakukan ini dengan menukar alat pemanas dan penyejuk kepada 'on' juga off. maafkan saya kerana bahasa agak sampah kerana saya sendiri yang translate dari google translate.

oleh kerana itu barang siapa yang nak tau pasa benda ni boleh la google ek. saya x mampu nak jelaskan secara detail dan terperinci. subjek instrumen pun x taw cmana nasib. adoyaiiii...

selepas ini saya akan menjalani latihan praktikal di PKNS shah alam. Oleh itu marilah semua ye...

Thursday, June 7, 2012

iron

assalamualaikum pada malam ni, i would like to share some of my assignment that i already submit and it took a whole week to done it.

credit to my friend MOHAMAD ZAMIR BIN ZAINAL which is my group partner in this project. without him, this project cannot be succeed.

dah macam psm plak kan, kertas akhir sarjana muda. siap ada kredit dan penghargaan kepada insan-insan yang banyak membantu.

tugasan yang diberikan adalah mengenai menggebang penciptaan sebuah perkakas tidak kiralah mana2 barang yang mempunyai 5 komponen(minima) atau lebih.

mulanya kami ingin mengkaji akan penciptaan crankshaft ataupun dalam bahasa melayunya batang kerangka yang disambungkan dalam bahagian enjin kereta. namun proses pembuatan crankshaft tidak begitu banyak yang boleh digebang dan dibanggakan. namun setelah musyawaarah diadakan. kami telah memilih untuk mengkaji akan penciptaan dan pembuatan seterika.

seterika adalah satu perkakas yang cukup unik yang mempunyai lebih 5 komponen didalamnya..

kami mengambil seterika juga kerana dimension yang sedia ada dan mudah untuk dilukis. tapi model sebenar x dapat nak publish la.pasal gambar x de.

berikut mari kita layan..

ZoOOOmmmM!!! (belog mana ntah selalu wat mcm ni)
nama apa ntah ni


hasil drawing yg x seberapa

Tuesday, June 5, 2012

mmmmmmm otor

assalamualaikum,


sajew wat entry waktu petang .. bosan jugak ek brader asyik entry masuk malam je. kesian followers yang waktu sama kat malaysia. mungkin mereka x dapat nak baca entry segar beberapa minit setelah di post. maka dengan itu saya pun menggedik la wat entry petang...

cuma ingin bertanyakan hajat. apa kah motor yang sesuai untuk dipakai.. saya sertakan gambar dan motor yang dihajati..

1 st sekali adalah LC 135cc, harga dalam rm 6500 - rm7000, fleksibel dan sesuai dipakai kemana sahaja *chooppp - motor apa yg x sesuai dipakai kemana2?.. #pelik


seterusnya adalah Fz 150 cc, cc 150 price dalam rm8000 - rm9000 tertaluk kepada kedai dan tauke yang menjualnya, kalau dapat murah murah la dia...


dan ini adalah LAgenda 110, biasanya mmg cc lagenda 110... harga dalam rm5000++ mengikut budi bicara kita ketika membeli motor tersebut. 

hajat di hati bukanlah nak beli nak merempit..sekadar nak
- merasa kepuasana zaman bujang sebelum menaiki kereta bersama isteri dan anak-anak dan ibu mertua.
- ingin dipakai ke tempat praktikal meskipun tempat praktikal hanya terletak kira2 20minit perjalanan dengan motorsikal (tu pun kalau bawak mcm ada gadis dibonceng dibelakang)
- untuk dipakai bersiar2 ketika diwaktu petang sambil membawa munir dan adik2.
- bajet saya plan nak bayar duit muka dalam rm 4000.

begitu sahaja reason nak beli motor. harap dapat suggest yang terbaik ye kawan,,, bukan suggest yang bukan2. sapa yg suggest yg bukan2 maka akan dibuang komen itu #hampeh

Sunday, June 3, 2012

Alam Mala

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh,
salam 1 Malaysia.

tatkala saya sedang menaip entry ini, sudah bermula pun apa yang dipanggil minggu belajar ataupun dalam istilah lain dipanggil stadi week. Minggu ada pelajar yang menggunakan minggu belajar ini untuk pulun abis-abisan bagi memahamkan apa yang mereka tidak faham dan ada yang cube menyiapkan assignment yang entah bila sudahnya.

pepatah arab ada berbunyi
"tuntulah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

saya merasakan ini adalah hadis Nabi namun saya tidak pasti matan hadis ini dan ada yang memanggil ini pepatah arab. Jadi untuk lebih selamat saya memanggil ini sebagai pepatah arab.

Untuk malam ini saya lebih suka untuk memberikan motivasi kepada diri sendiri khususnya, bukan motiBasi ye. MotiBasi gi cicah susu jadi Roti Basi. 

minggu lepas berakhir sebuah minggu yang agak perit bagi kami dan rakan-rakan. setiap hari disajikan dengan test dan test. Alhamdulillah x taw cmana test tu....

namun belajar harus diteruskan tanpa penat, meskipun gagal menjawab dengan sempurna soalan INSTrumenT itu (bodow tol)... *marah ni.. namun keluar dewan dengan muka hepi dan ceria seolah-olah berjaya menjawab kerana sememnagnya kalau jawab x jawab sama je.. *oh....

buat masa kini saya lebih suka dengar lagu najwa latif berbanding shila amzah, kenapa? mungkin najwa berkongsi rasa yang sama kot. dia nak spm, saya nak exam jgak.. haha. dua-dua mood nak periksa.

Jangan la tension sangat Najwa...tau la nak spm..

mungkin nak update bebanyak pun bukan ada yang sudi baca pasal belog ni dah penuh dengan sesawang dan sawang2 yang entah mana datangnya. mungkin bulu2 di meja saya yang berjangkit kepadanya,


yeah... peace!!!..hehehe

apa pun selamat buat semua yang hendak menjawab exam di bulan Jun ini. dan Adik saya bakal pulang ke Malaysia pada bulan Julai ini.. InsyaAllah.. doakan beliau dan semua.

kecik-kecik dah belajar,baru cemerlang... yeah3..


salam
~akmal harith~