Saturday, January 29, 2011

perjuangan yang hampir dan telah selesai

assalamualaikum..
esok detik debaran bermula...
kesah aku dan game aku.huh.macam x pasti lak...
sekarang ni..apa yang pasti proses dalam meyakinkan diri sendiri.
jangan dibiar kata2 psycho diri...
yang penting be your own..
control the game..

dan buat mereka yang perjuangan telah selamat..
selamat menyambut kelegaan dengan ketenangan...
mendapat ketenangan dengan melancong
kemana saje....mana2 yang korang suka...
meskipun kurangnya waktu,
x pe la...
sepatutnya aku da tido sekarang ni..
tapi x dapat tido la...

jangan gaduh.

Thursday, January 27, 2011

pintaku dari tinta.

assalamualaikum kepada kalian, buat yang setia membaca belog aku ni. Hidup ini indah,syabas diucapkan kerana korang baru sahaja membaca sesuatu yang pada masa akan datang akan dirujuk balik oleh anak-anak cucu kita sebagai bahan rujukan sejarah seorang pemimpin ulung. sememangnya kata-kata aku pada masa ini tiada siapa mahu mendengari, malah dicaci dan dikeji oleh sesetengah pihak yang gagal untuk berfikir secara kristis dan kreatif.

ceh...akmal,kalo sembang bukan main..haha...tapi tu la.sememamngnya apa yang aku tulis akan dibukak balik oleh anak cucu kita sebagai warisan sejarah, jadi korang yang baca cepat2 la komen sementara ada masa lagi kerana komen korang mungkin turut dalam bahan sejarah ni nanti..

menyebut tentang sejarah,semangnya aku memg tidak meminati subjek sejarah semenjak berada di bahu tingkatan 2..

bukan kerana sejarah ini bosan.tetapi x tau la..ego kot nak belaja sejarah pasal negra sendiri..haha.teruk punya solje..nak blaja sejarah pun malas..ala tapi cukup la kot sejarah. wat projek pasal tokoh. time tu kena detail dengan puan Ezana mansor wat pasal tokoh leftenan adnan saidi (tabik hormat tuan). sikap keperwiraan beliau disanjung,,

last2 apa maklumat yang aku dapat hampir ramai yang sama..ala nak wat cmana.x kan nak bukak buku.kalo bukak tenet pun memang kalo search Lt Adnan memang banyak benda sma r...ish3..sekian.

Lt Adnan saidi.

Tuesday, January 25, 2011

kelikatan

menyedari hakikat di atas..aku mcm biasa hnya menulis terus tanpa memikirkan sesuatu. sebenarnya aku sekarang sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia yang semakin dibeban dengan dengan tanggungjawab, bukan macam dulu lagi dah.kalo dlu boley memikir pasal diri sendiri je..da x payah nak pikir pasal piil orang lain. namun kini,usiaku semakin lajut dan kulitku semakin berkedut...namun kejantanan tetap masih bertahan dan cube untuk mempebaiki diri dalam menjadi lelaki yang lebih 'seksi' di mata wanita.

ceh..seksi konon...pooorah la akmal...cakap pun x betul lg..haha.tu la sometime orang akan kata aku ni pelat, sememangnya aku akui..sukar untuk aku mnyebut sesetengah perkataan dengan betul.dalam erti kata lain, masalah lidah. tapi lidah aku,aku rasa ok je dari sudut pnjang dan lebar lidah aku..mungkin cuma biasa la, adik2 aku pun macam cakap x betol...ceh,kesian adik2 aku..

cmana lidah yang normal,mcm tu la lidah aku.

hasil dan kesan salah ajaran oleh seorang abang,menyebabkan adik yang menjadi mangsa....kepada adik2 yang kecil yang suka bermain guitar hero3...mintak maaf dari abg korang!!!!.cian korang,macam pelat je bila korang cakap..haha

haha...game yang adik2 aku main..tapi ni no2.

minggu ni bermula dengan agak hambar pada aku..akibat masih memikirkan pasal diri sendiri...1 malam x d mood. kesian, seb bek ade benda blog ni. kalo x,ade la orang yang terpaksa menjadi mangsa mendengar bebelan aku, seb bek ko tngah bizi2 yang amat skunk..x mau kaco!...

dan minggu ni,adalah minggu terakhir sebelum cuti mid sem bermula..khbarnya cuti bermula sabtu ni bagi tempat aku belajar ni...x tau la cmana.nanti da cti aku gtau ek...

ok la..sampai sini je kot..taip panjang2 nanti da x de modal lak...haha. apa pun sekarang aku cube untuk tidak menulis dulu artikel pasal politik tanah air..kerana suasana politik yang semakin haru biru dalam negara ni...perlukan kajian dan penyesuaian...mencari hujah berbentuk ilmiah bukan ideologi parti..

Sunday, January 23, 2011

peperangan kini bermula

Salam kepada semua.sejak akhir2 ni kalo korang perasan blog ni memang jarang diupdate..mesti korang pelik,asal aku x update..sememangnya aku x nak update blog ni sampai hari ini.malam yang penuh dengan ‘keceriaan’ berlaku pada diri aku dan diri2 budak aku yang lain. Setelah penat pulang latihan dugaan lain pulak muncul.sabar je la ek kawan2 nak wat cmana…. Apa pun tajuk kat atas menggambarkan sesebuah peperangan yang kini da bermula.

Peperangan yang ditakrifkan dalam blog aku ni bukanlah  peperangan medan yang menggunakan senjata m-16 mahupun staer aug, (baru belajar cara pegang staer dengan cara baru). Terima kaseh ye cik Rashid yang mengajar aku.haha. untuk maklumat korang,staer banyak digunakan oleh negara2 komanwel..peperangan di atas lbey bersifat ilmiah dan perasaan. Mengapa? ..kerana lebih menggunakan kebijaksanaan manusia berbanding fizikal.
staer aug 5.56mm


Apa pun ucapan selamat berjuang kepada sahabat2 dan teman aku di luar Negara yang kebanyakkan mereka sedang menempuh menjawab peperiksaan sekarang. Harapan aku adalah korang adalah generasi yang bakal membawa perubahan kepada Malaysia… jelmakan apa maksud nama korang. Kalo nama korang akmal(sempurna)..maka bila wat sesuatu jadikanlah ia sesempurna yang mungkin. Jangan wat caca marba.(caca marba?)…

Pilihanraya dun tenang semakin hampir. untuk mengulas benda ni. Aku akan wat post baru mengenai pandangan aku di dun tenang,wat masa ni aku x sempat nak wat bacaan pasal pandangan orang dan wat analisis..tapi apa pun selamat berjaya kepada UMNO dan PAS yang meletakkan calon di dun tenang.

Panjang sebenarnya ak nak tulis malam ni. Sorila kalo korang bosan membaca apa yang aku tulis ni x best, wat masa ni aku dalam mempersiapkan diri menghadapi 1pertandinagn yang melibatkan fizikal dan akal dan jugak mental.adoi…cmana ni akmal?...apa pun selamat berjuang semua.

Sunday, January 16, 2011

tips menjelang peperiksaan...

Salam,disini aku ingin berkongsi dengan kalian-kalian mengenai bagaimana menghadapi saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Ramai menganggap yang sem bru nak mula pehal la ko akmal nak wat post pasal exam. Adoi a ko ni…exam lg 4bulan..tapi persediaan penting..ni ustad akmal nak bg tips menjelang peperiksaan di saat2 akhir..
1-       

 1- Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Ada yang gagal ketika semester pertama dan kedua. Tapi maseh mampu melonjak di semester seterusnya.
2-     
Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis peperiksaan nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.
3-     
Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri
4-      
 Sekat hiburan. Selepas exam, semua orang akan ada masa 1hingga 2 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas exam ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.
5-      
Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya
6-       
Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
7-     
Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa exam daripada tak tahu nak jawab langsung.
8-      
Akhir sekali,jangan ibadah anda dan segala amalan-amalan yang berkaitan supaya anda terasa dekat dengan yang Maha Pencipta. Banyakkan amalan anda, agar exam ni dapat dijadikan turning point untuk anda menjadi insane yang lebih baik. InsyaAllah…
Semoga korang dapat amalkan dan jadikan pengajaran..sebelum d-day menjelang…

jangan stress2...nak exam kan?...

Friday, January 14, 2011

salam..

sori..lama x update..
agak kesibukan dengan semester baru yang dilanda..
ditambah dengan suasana murung dengar result AJL25....
lagu favourite kawan2 aku...selamat malam x menang..
x pe,rezki ade kat mana2..
apa pun ucapan tahniah buat ana rafali yang menang.
dan jugak saudara faizal tahir 
yang berjaya mengimpress penonton dengan adegan silap mata beliau...

kalo korang tnya aku..sapa yang layak menang malam tu..
mestila aku jawab faizal tahir..bukan sebab aku die hard fan dia..
tapi da memang dia perform malam tu..
bagi aku kurangnya dia,pasal lagu hanyut tu memang x kuat..
1st time dengar memang x sedap..
da hayati lirik,baru tau apa yang cube disampaikan..
apa pun sekalung tahniah wat semua...
ucapan faizal untuk peminat beliau...


faizal tahir_sumber-facebook beliau
dan selamat menjawab peperiksaan...kepada 
mereka2 yang terlibat...
aku x nak kuarkan gambar ana rafali..korang carik la sendiri ek..haha

Sunday, January 9, 2011

TENANG dalam segalanya...

Salam seribu makna, dalam kali ni mungkink korang ingat tajuk diatas adalah berkaitan dengan Dun Tenang di Labis yang bakal menghadapi pilihan raya kecil pada 30jan nanti akibat kematian Adun kawasan tersebut, Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.
dato sulaiman taha(Al-fatihah)

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Salim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kelihatan pilihan raya kali ini akan menyaksikan dua pertembungan parti  ‘otai’ dalam dunia politik tanah air. PAS akan bertemu UMNO bagi merebut kawasan Dun Tenang. Pada ketika ini, PAS dilihat sudah mula menggerakkan jentera bagi berkempen di Tenang. Hanya menanti masa selepas penamaan calon, jentera-jentera ini akan terus keluar dari kepompong mereka. PAS dilihat perlu menang dalam pilihan raya kali ini kerana PAS perlu membuktikan bahawa Johor bukanlah kubu kuat UMNO. Seperti yang kita sedia maklum, PAS hanya menang 2kerusi DUN di Johor pada pilihan raya 2008.

Pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai titik permulaan buat PAS dalam persedianan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Umum mengetahui sehingga kini PAS masih mencari rentak bagi menawan sedikit demi sedikit kubu kuat UMNO tersebut.
DUN Johor mempunyai sebanyak 56 kerusi, pada tahun 2008 parti barisan nasional telah berjaya memenagngi sebanyak 50 kerusi manakala pembangkang yang diwakili pakatan rakyat telah berjaya menawan 5kerusi(4 DAP dan 2 PAS). Klik sini untuk keterangan lanjut.

Balik kepada DUN tenang sebetar tadi, bukan saja PAS yang dilihat telah mula berkempen. UMNO juga dilihat telah mula melakukan kempen secara halus. Jalan-jalan di DUN tenang sudah mula diturap. Peruntukan2 telah mula diumumkan, antaranya sebanyak RM 1.7juta telah diperuntukkan oleh JKRJ(jabatan kerja raya johor) bagi membaiki sekolah di sekitar dun tenang yang mengalami masalah.(klik)

Pengarahnya Markom Giran, berkata terdapat 15 buah sekolah di DUN Tenang termasuk tiga buah sekolah menengah, lapan sekolah kebangsaan dan masing-masing dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
“Peruntukan ini akan digunakan antaranya bagi mengecat bangunan sekolah, memperbaiki segala kerosakan peralatan dan sebagainya untuk keselesaan pelajar-pelajar di DUN Tenang,” katanya kepada pemberita di sini.
UMNO pula perlu menang dengan penambahan majority bagi membuktikan kepada rakyat di seluruh Malaysia bahawa sememnagnya rakyat sudah mula menerima UMNO kenbali setelah kekalahan teruk parti barisan nasional dalam pilihan raya 2008. Kemenangan di Dun Labis tidak boleh dibanggakan lagi kerana pecahan penduduk di dun Tenang seakan-akan mewakili suara penduduk Malaysia.

Friday, January 7, 2011

bagi betis nak peha...

assalamualaikum..
sari berita RTM(rehat tido makan)
malam ni nak la jugak anta something kan..
yang boley membuatkan post2 dalam blog aku ni bertambah.
walaupun agak hambar..
alhamdulillah minggu pertama akademik
da selesai dan tamat..
macam2 yang berlaku dalam minggu ni....antaranya,
nek teksi dalam blok akademik ke blok penginapan..
haha..untuk pengetahuan korang,blok penginapan dgn blok akademik aku x smpai pun
1.5km...aku predict dalam 1.1km...
akibat hujan lebat yang amat sangat,
dan ntah cmana tetiba ade pak cik teksi lalu sebelah masjid
tempat kitorang berteduh...
aku bersama-sama rakan pun tahan la beliau(pak cik teksi)..
setelah baik punya bincang.
akhirnya pak cik tersebut rela anta kitorang dengan mimik muka seposen..
(Ingat kitorang x mmpu bayar tambang ke??)


dan akhirnya sampai la jugak ke blok penginapan...
terima kaseh pak cik teksi.patot r..tambang rm3.10...
kitorang hulur rm 5, yang lebih tu sedekah...

Tuesday, January 4, 2011

awal mula semester pertama...

salam sejahtera kepada semua(semua ke?,walhal aku rasa yang baca ni cume segelintir je kot..) yang membaca, alhamdulillah rini da mula belajar benda bru..sem baru,semangat bru...hari ini selasa 4.1.2011. subjek pertama yang aku belajar adalah introduction to Electrical Engineering...yang diajar oleh miss sheeda. aku siap bg link lg..sapa2 nak kenal dia.bley r add dia..lulusan univesiti ibaraki... 

actually dia bukan lecturer pertama yang masuk, tapi pg tu ade lecturer yang masuk..namanya puan Aniza. ajar statistics,tapi rupanya baru aku tau,statistic ni lain bg setiap kos...kalo ko kos bisness,blaja statistic tapi function yg berbeza.kalo engineering lain..kalo korang belaja marin lak lain kejadahnya...

apa pun selamat mendapat 'A' kepada aku,encik akmal...semoga semester ni da macam semester lepas...korang2 yang berniat jahat jangan hasut aku!!!...syuh2...jangan dekat dengan aku...haha.

dan setakat ni aku masih lagi blaja cmana nak tulis belog dengan kadar yang berkesan..maksudnya dengan memberi orang faham apa yg cube ak sampaikan...

wokey la...tahun baru kita dimulakan dengan pertemuan dua 'otai' besar dalam arena politik tanah air...pertemuan Dato' seri Najib dengan Datuk nik aziz...dikatakan dorang berjumpa bg membincangkan tentang isu royalti minyak kat kelantan, tapi kebanyakan akhbar melaporkan bahawa pertemuan mereka adalah rahsia..tapi bgtula sy punya prediction...

semoga pertemuan ini dapat menyampaikan hasrat masing2 yang mewakili kedua-dua parti politik dari kerajaan dan pembangkang. dan pertemuan dapat membawa Politik Malaysia ke arah Politik baru yang bersih ,adil dan bebas korupsi.

tuan guru datuk nik abdul aziz nik mat

Monday, January 3, 2011

Tenang versi 2..

Salam buat semua,..kawan aku noaz hatori@tobi@(korang isi sendiri)..kata dia lama x update blofg dengan berbagai alas an,mungkin setengah alas an beliau boleh diterima.yang lain…..--------- ‘access denied’,x tapi x pe la..semoga ko terus maju bersama blog ko.

Sem baru bermula,pada tanggal tarikh 3 januari 2010,mungkin lepas ni peluang untuk aku update blog@ruangan celoteh2@ cetusan hati dan emosi ni semakin renggang…kesian my blog,after this bakal dijarakkan dengan aku sedikit demi sedikit…wat anda2 yang baca ni..maaf pasal lepas ni aku terpaksa member tumpuan pada akademik aku..maaf ye kawan2..sahabat…musuh2..dan semuanya yang terbabit dalam pembikinan blog aku yang hampeh ni… untuk you information,sem lepas adalah sem aku yang sangat teruk..jatuh dengan mendadak..tapi x pe..maseh ade masa untuk membetulkan apa yg x betul. Masa maseh ade untuk aku bangkit…

Dalam ni aku nak cakap perkembangan di dun Tenang, sekarang ni SPR da keluar arahan supaya mana2 parti x dibenarkan berkempen di dun Tenang sehingga pencalonan nama diterima SPR. TETAPI,sekarang ni andai korang rajin2 survey dan usha perkembangan di dun tenang,korang bley tangok sekarang dun ni da mula dibangunkan infrastrukturnya…jalan2 da mula diturap bg menyambut pak2 menteri, segala kroni2 dan segala macam jenis puak2 politik yang terlibat dalam pilihan raya kecil kali ni…

Nasihat sy kepada mereka yang bertanggungjawab dalam menurap jalan ni..Dun tenang ni ade felda dan ceruk2 kampung..pergilah ke kampong dalam skit..nak lalu pun susah..jalan da rosak sejak beberapa tahun..time ni je la penduduk kampong nak mengharap kat kome yob..

Apa pun selamat bertanding kepada pihak yang terlibat,mana tau tetibe ade parti bebas yang terbabas..sebab sekarang ni x de ura2 lg sapa yg nak letak calon..

Dan yang terakhir, akhirnya aku Berjaya memiliki jersi Malaysia…haha. Jangan Tanya aku ori ke tidak..korang tengok la sendiri.kalo mcm ori,ori la…kalo x ori, diam2 suda..kalo nak tempah..gtau kat komen.nt kalo cti aku order, apa pun semoga pasukan Malaysia terus suksess taun ni dalam mempertahankan emas kat sukan sea 2011…

Akhir kata,selamat menghadapi sem baru,selamat menyambut azm baru…dan selamat periksa….hahaha

baju melaysia milik aku,,,,,

tanah tumpah darahku,so korang faham2 la ek baju ori ke x...