Friday, January 4, 2013

Saingan Liga M kini bermula.

Assalamualaikum...

kini tinggal seminggu je sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula. Untuk saingan Liga Super 14 pasukan telah terpilih dan pasukan tersebut adalah. 



dan pasukan pilihan untuk kali ni bagi diri daku adalah 
1.Selangor
2.ATM FA
3. PKNS FC

kriteria dibuat setelah ATM sebenarnya menjadi team pilihan untuk saingan Liga Perdana musim lepas. tapi memandangkan ATM dah layak ke liga super maka ATM termasuk dalam team feveret meninggalkan pasukan Selangor PKNS (PKNS FC). musim lepas selangor gagal meraih sebarang piala. bermakna sudah 2 tahun Selangor Trophyless.. hampa nak buat camana.. Namun pada tahun ini, Selangor dilihat kurang berbelanja besar mendapatkan pemain seperti dibuat oleh pasukan lain seperti Darul Takzim. Namun kualiti yang ada pada pemain Selangor dilihat mampu memberi saingan buat pasukan lain dalam kancah Liga M tahun ni. 

Antara pemain yang dikatakan pembelian berbaloi adalah Mahali Jasuli dan S. kunalan. Irfan Bakti (jurulatih Selangor) pastinya mampu tersenyum lebar apabila melihat prestasi kedua pemain kebangsaan ini dalam saingan piala AFF suzuki yang lepas. Dengan Mahali melakukan 1 gol 2 assist. Kunalan? larian deras..namun hantaran silang masih membanggakan. berikut adalah senarai penuh pemain pasukan Selangor.

Penjaga Gol
Norazlan bin Razali
Umur: 26 | Tempat Lahir: Johor
Pasukan 2012: Selangor
Md Sharbinee Allawee bin Ramli
Umur: 26 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Mohd Fairul Azwan bin Shahrullai
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Selangor
Pertahanan

Mohd Nasriq bin Baharom
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Asraruddin Putra bin Omar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Ramez Dayoub
Umur: 28 | Tempat Lahir: Beirut, Lebanon
Pasukan 2012: Selangor
Adib Aizuddin bin Ab Latif
Umur: 26 | Tempat Lahir: Perak
Pasukan 2012: Selangor
Mahalli bin Jasuli
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Mohd Fairuz bin Abdul Aziz
Umur: 27 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Sime Darby
Tengah
Mohd Bunyamin bin Umar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Fitri Shazwan bin Raduwan
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Kunanlan a/l Subramaniam
Umur: 26 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Negeri Sembilan
Abdul Shukur bin Jusoh
Umur: 23 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Kavi Chelvan a/l Vivenkanathan
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Veenod a/l Subramaniam
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: USM FC, Selangor (pinjaman)
Mohd Raimi bin Md Nor
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: Felda United
Solihin bin Kanasian Abdullah
Umur: 29 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Penyerang
Mohd Amri bin Yahyah
Umur: 30 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Francis Forkey Doe
Umur: 26 | Tempat Lahir: Liberia
Pasukan 2012: Terengganu
Muhammad Afiq bin Azmi
Umur: 24 | Tempat Lahir: Perlis
Pasukan 2012: Kuala Lumpur, Kelantan (pinjaman)
Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kelantan
Pasukan 2012: Kelantan
Wan Mohd Hoesne bin Wan Hussain
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Dan aku merasakan korang boleh mencongak sendiri siapa yang akan menjadi first 11 dalam pasukan selangor ni. aku merasakan posisi first eleven adalah

Norazlan

Mahali ---- Ramez ---- Asra ---- Bunyamin

Amri ---- Guru ---- S veenod ----S.Kunalan

Shukor ---- Forkey

dan esok 4hb januari 2013 jersi terbaru pasukan Selangor akan dilancarkan, khabarnya masih mendapat tajaan Kappa. Target Irfan Bakti untuk tahun ni adalah 1 Piala. tapi saingan Piala FA peringkat pertama Selangor dah jumpa ATM.. guane tu Irfan?