Monday, October 24, 2011

nk menghupdate pasal apa ye...

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...series ketika ini mood untuk mengupdate belog sangat berada di tahap terbawah sebawah2 nya..akibat mungkin seharian menghadap subjek yang penuh dengan kira2..adoyai..minggu lepas pula diuji dengan pelbagai ujian..namun alhamdulillah..suma settle.

semalam berlangsungnya perlumbaan MOTO GP sepang.namun tragedi berlaku. sebagai seorang yang berminat dengan sukan permotoran..takziah diucapkan kepada Marco simoncelli,penunggang pasukan Honda yang mengalami kemalangan maut di sepang semalam..trauma lak aku nak beli superbike mcm ni. kelajuan membunuh.tapi pelik jugak cmana helmet dia ley terbukak..musykil tol, katanya nak buat siasatan cmana helmet die ley terbukak..


sememangnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan,,tetapi andai boleh dielakkan bencana.kita elakkan...tapi sapa x nak guna superbike kan?haha..mengidam wooo.

sori minggu lepas hari sabtu aku telah menghantar msg...pasal x sedap hati r. x taw cmana demam ko.tapi siap ley makan2 sate lagi.mcm ok je...haha.

'arwah' Marco Simoncelli

done for this week...hehe


Wednesday, October 12, 2011

12 oktober 2011

Assalamualaikum, kali ni admin memilih untuk meletakkan tajuk 12.10.2011 kerana beraanggapan tarikh ini sangat unik pada tahun ini...merangkumi 10,11, dan 12. bukan selalu rasanya.ramai lebih suka kepada tarik 11.11.11 mahupun 09.10.11 tetapi biarlah yang ramai x perasan kita perahsankan bagi membuka mata banyk pihak.

1) minggu ini telah pun bermula sidang ujian bagi pelajar seluruh IPTA di sekitar malaysia mahupun dunia yang mengikut kalender akademik antarabangsa. Admin ingin mengucapkan selamat dan syabas kepada semua. buat mereka2 yang bru hendak memulakan sidang belajar.harapnya dapat roh untuk belajar....meskipun belajar di tempat baru seperti rumah sewa baru mahupun bilik baru, atau universiti baru.. itu adalah pengembaraan dalam pembelajran dipanggil...

2) di sini Admin ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada seorang Teman admin yang lahir pada tarikh ini 21 tahun yang lepas. waktu dan berat semasa beliau dilahirkan gagal dikenalpasti. Namun jika dibuat graf..ternyata berat beliau dengan umur beliau tidak sekata, dalam erti kata lain...jika diletak berat pada paksi Y dan berat pada paksi X, kita akan lihat lihat geraf itu semakin meningkat pada paksi Y.

3) tapi apa pun tahniah da capai umur 21, ingat lagi waktu ko wish ak tahun lepas..tahun ni memg da genap da 1/3 umur ummat nabi kita habiskan. Nabi wafat sewaktu berumur 63 tahun, skrang umur kami da 21..seandainya dibuat graf antara amalan dan umur, entah cmana bentuknya....mesti kacau bilau...nauzubillah, jarang manusia sedar dan sentiasa cube memperbaiki diri. termasuklah aku....seramnnya. waktu aku update belog ni.ko tengah on9..tapi biar aku abes dlu.kang x siap lak..haha

4) selamat berangkat semua teman yang mengenali diri ini, andai kata sewaktu kita bersapa mulut ini selalu terlanjur kata. maaf disapa dan dipinta. bukanlah mahu membeza2. tetapi cuba membuka cerita...

=+=+=+=+=+=+=+ hepi bufday ~----_--_--_---_--___
nak bg coklat betol x dapat....

Sunday, October 9, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia mahupun merek yang berada di Burma, maaf kerna sudah 1minggu tidak meng’hupdate’ belog ini.akibat masalah dengan pihak maxis yang memberikan admin limitasi broadband kurang dengan jumlah yang admin gunakan. Akibatnya, kesan ketika melayari internet semakin lambat dan banyak page2 tidak dapat dibuka dengan sempurna dan mengambil masa yang lama. Ini termasuklah laman twitter,Facebook, dan belog ini. Dan Alhamdulillah sekarang sudah pulih semuanya sehinggalah kadar penggunaan internet melebihi limit yang dibenarkan. Perkara-perkara berbangkit yang ditimbulkan sepanjang admin tidak dapat mengupdate belog adalah mengenai bajet 2012.
1)     
1)Semalam bersamaan Jumaat 7.10.2011 Perdana Menteri Dato sri Mohd Najib bin Hj Tun Abd Razak telah membentangkan belanjawan sepanjang tahun 2012. Biasalah, bila dibentangkan bajet pasti ada ayam yang berkokok kepanasan tidak berpuas hati terutamanya mereka dalam kalangan pembangkang. Katanya, bajet yang dibentangkan adalah tidak sama dengan nilai defisit Negara dan pendapatan Negara. Namun, yang penting disini adalah penstrukturan semula gaji penjawat awam di Negara ini. Ramai yang akan menerima faedah kenaikan ini bermula dari berapa ek?...entah malas nak bukak page rujuk balik. Nanti korang rujuk la sendiri ek. Haha.

2)      Minggu lepas Alhamdulillah pesta riang ria konvo telah selamat berakhir yang nama sebenarnya adalah konvofest. Lain u lain namanya, macam UIA confest banyak lagi la namanya. Tuanku Mizan pun selamat pergi dan selamat pulang, begitu juga dengan Tuanku syafinaz (puteri sultan kedah).


3)      minggu terakhir minggu ni, rasanya macam kejap je sejak bulan 8 ritu.taw da nak abes. Minggu depan selasa abes da.

4)      Memang ramai benar nampaknya yang x puas hati dengan kenaikan gaji terutama pekerja sector swasta. Katanya ada give ada la take. X lama lagi rasalah rakyat dengan kenaikan-kenaikan baru seperti harga minyak dan pelbagai lagi cukai yang membebankan rakyat. Ini kata mereka la,kalau korang baca komen-komen pasal bajet ni. Dan ketua pembangkang Dato sri anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa akan wujud bajet tambahan lagi 3bulan.

Tok Jib ketika nak bentang bajet