Friday, March 30, 2012

apa nak letak tajuk ni???

Assalammualaikum dan salam 1 Uganda. Uganda adalah sebuah negara di kepulauan Africa yang diperintah melalui sistem diraja. Manakala Malaysia mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan. Alhamdulillah minggu ni masih dikurnia nikmat untuk membuka mata mulut dan hidung yang sentiasa tidak pernah tutup.

minggu ini belog Hidup Ini Indah tidak bercadang memasukkan artikel panas mahupun artikel yang dirasakan tidak seberapa feymes. cuma belog ini (HII), mahu mengajak kepada pembaca yang x ramai ni supaya rajin2 lah kita semua mendapat rehat yang cukup. dengan bagaimana, dengan tidur dan makan yang cukup.

bak kata pepatah arab, akal yang sihat dalam tubuh yang sihat. tubuh badan yang sihat boleh didapati dengan tidur dan makan yang cukup. senaman la sikit2. nanti da 'lemu' baru tau.haha. elakkan makanan berkabohidrat macam nasi dan roti berlebihan kalau nak kurus dan lebihkan daging dan susu dalam pemaknan kalau nak gemuk.

ok tapi bila dah gemuk jangan sibuk mengade2 dan menangis2 nak kurus balik. seeloknya kekalkan bentuk tubuh, kalau bahasa GYMMERS ni kan.. panggil re-shape ur body.. tapi HII x buat pun, yang gemuk terus dibiarkan gemuk.. spare tyre punya banyak kat tepi ni..haha

kalau la aku ada badan macam ni,x yah nak letak Dwayne johnson
ok awak...

badan sekarang sakit2 sikit, sori kepada kawan karib saya zamir zainal.. TTS x perform. haha.. aku sakit badan dow. lama x traning dgn log. dah tua kan, mcm ni la jadinya.. nt da full rekover aku buat gulingan proper ek...

ok abes bab TTS, skrg ni nak cakap bab duit. 

sapa diantara kita yang berjaya menyimpan sekurang2nya rm1 sehari dalam tabung macam kecik2 dlu. adalah amalan menabung sudah tidak menabung kerana HII melihat adik2 HII hanya akan ke bank setahun sekali untuk masukkan duit raya je. duit menabung mana ek?..

http://teratakrimbun.blogspot.com/2010_05_01_archive.html  credit kepada belog ni

teringat dlu zaman kcik2 jiran sebelah bg tabung jagung. agaknya ntah mana tabng tu. dah pecah kot.. pastu masuk jd Arab-Malaysian finance, dapat tabung unta. Tapi kan Arab Malaysian purata aku masuk duit dalam tu.. ada la dalam 4tahun sekali.haha.. last2 akaun macam kena suspended pasal x aktif.

Wednesday, March 28, 2012

barakallah..

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. bosan kan? asyik2 salam 1 malaysia je. kalau borak bukak tv pun still salam 1 malaysia. kenapa x salam 1 melawi,salam 1 pilipin. ni semua gara2 tok jib yang memperkenalkan 1 Malaysia, walau bagaimanapun, admin melihat 1 Malaysia ini intipatinya agak baik meskipun ada yang mempersoalkan dengan 1 Israel. Tok jib mahu melihat kesatuan dan kaum majmuk di Malaysia mampu duduk 1 bangku, berdiri satu pentas.

Acuan 1 Malaysia ini sememangnya bukanlah mengambil setahun dua mahu melaksanakannya, admin melihat tempoh mahu melihat 1 Malaysia ini mampu dilihat hasilnya adalah kira2 7 tahun dari sekarang. itupun jika perjalanan lancar dan rakyat keseluruhan masih mahu menerima kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang tidak lama lagi.

Seperti semua sedia maklum apabila bertukar pemimpin maka falsafah kempimpinan juga bertukar seandainya anda semua ambil tahu

1. Tun Mahathir - wawasan 2020.


2. Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi - Islam hadhari


3. Datuk Seri Najib Razak - 1 Malaysia.

Jarang kita melihat dalam sebuah negara demokrasi macam Malaysia mengamalkan prinsip 'leaders come and go, but the organization remain'.

hanya negara-negara yang mengamalkan sistem autokrasi atau sistem beraja turun temurun mampu mengekalkan prinsip ini. Apa pun, nak jadi pemimpin lagi2 nak memimpin Malaysia yang penuh dengan pelbagai kaum. peruk cakap betol yop!..


nak melayan kerenah pembangkang, kerenah rakyat, kerenah parti bebas, semua kena layan sama rata tapi tok jib setakat ni masih berlembut dengan puak ultra kiasu ni.

tekanan perasaan melanda? yang menyebabkan jiwa meronta2..tenangkan kekusutan dalam hati dengan mengingati tugas2 kita. jangan dicampur adukkan segala masalah.kelak nanti bertimpa2 masalah pulak.

*TidakBermakna saya sokong BN

Tuesday, March 20, 2012

hidup di pentas boneka.

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua, malam kian suram tatkala matahari kian kelam. hidup x selalunya penuh dengan warna-warna ceria, kadang-kala warna suram itu perlu bagi mewarnai kehidupan kita. Alhamdulillah minggu ini dah masuk minggu ke4 sidang akademik bermula. semangat masih membara, namun sering dipadamkan dengan sebuah tempat dipanggil katil.

minggu lepas ke pesta belon,namun kehampaan singgah di hati ini apabila setibanya di sana belon2 semua mengucup x nak keluar dari bumbung. mungkin kerana cuaca panas menyebabkan mereka malu nak keluar. ataupun jadual belon keluar pukul 3, selepas itu ke alamanda  (alam anda) pun sesak jugak, sabar je la. di alamanda aku telah diperkenalkan dengan beberapa bahan kosmetik yang SEMEMANGNYA aku x nak pakai macam elianto,maybelline, silky, loreal dan lain2. tapi ada angkat 1 dua barang.

dengan baucar buku 1 Malaysia,umah kami lebih 'GRRrr"
kupasan pasal topik isu bulu mata, ramai wanita(khususnya) dan lelaki di luar sana yang gemar memakai bulu mata palsu supaya keliahatan agak menwan agaknya, tidakkah mereka sedar selain perbuatan mereka ini haram di sisi islam. bulu mata palsu ini membuatkan mereka mudah mengantuk kerana bebanan daya yang dikenakan ke atas agak agak melebih dari kadar daya asal.

harapnya mereka segera mencabut bulu mata palsu mereka.

ini berdasarkan dalil..

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)

tapi lainlah kesnya kalau korang nak kena kurangkan atau naikkan berat badan.benda tu bukan mengubah ciptaan, tapi untuk kesihatan x salah. kalau korang kurus, kesihatan lebih mudah terjaga, .


proses menaikkan badan...

dek benda alah yang beli kat alamanda, aku kena bangun seawal yang mungkin  nak letak benda ni.

Saturday, March 10, 2012

Telefon oh telefon

malam semakin cengkam menghampiri gelapnya sedangkan heryanto sedang duduk di beranda sambil memerhatikan nasibnya yang kian tidak terurus. heryanto kini seakan sedar bahawa beliau harus melakukan sesuatu untuk mengubah bentuk badannya.

sudah bermacam cara dicuba, dengan memakai bengkung, mencuba ubat kurus, krim mustajab dan sebagainya. namun perutnya tetap tidak mengempis. bahkan semakin buncit dan jika dilihat dari sisi. seakan padang golf dengan sebuah lubang.

begitulah malangnya nasib yang menimpa heryanto, meskipun beliau tampak segak dengan kelulusan diploma dari sebuah universiti tempatan. namun begitu beliau malu dengan penampilan beliau. Sudahlah tidak ada wanita yang sudi bersama malah dikeji dan dihina rakan sebaya.

kisah heryanto ini dijadikan pengajaran oleh semua lelaki di luar sana agar menjaga perut supaya tidak boyot/boroi/buncit sebelm kahwin. lepas kawen x pe, bini suka lelaki berperut buncit. nampak lebih manja. PERCAYALAH....

sekadar gambar hiasan

minggu ini minggu ke 3 sidang akademik, alhamdulilah segalanya masih berjalan macam biasa. cume penempatan L.I aku x tahu lagi. mana nak campak diriku ini.. teringat pula pesan orang tua agar jangan memilih nak mencari kerja. 

bersambung cerita heryanto....

seakan bosan dengan perutnya, heryanto nekad untuk bertemu doktor pakar bagu mendapatkan nasihat kenapa perutnya menjadi bgtu. setelah appointment demi apoinment dijalankan, doktor telah mengesahkan bahawa perutnya perlu dibedah bagi mengeluarkan cacing yang telah berkampung sekian lama dalam perutnya. doktor menasihatkan beliau agar membuat wasiat sebelum membuat pembedahan..

iklan... admin tengah cari idea nak sambung apa..
minggu ni boleh plak x dapat overnight, biasa hari minggu dapat. entah apa kejadahnya masalah depa ni. x pe la.jimat duit save tenaga... duk dalam men game pun ok..



Friday, March 2, 2012

Malam bukan bermakna SEPI

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

minggu ni aku rasa aku dapat sumbat 1 entry je. giler r, padahal keja belum banyak sangat. x tahu la knapa kan.mungkin banyak masa menggedik kot. on9 pecebuk banyak.

sem beru bermula.dan x sangka. jadula sem ni ada 20 kredit. limit maksimum untuk seorang pelajar mcm aku adalah 21 kredit

minggu ni alhamdulillah berkesempatan ke sebuah syarikat di shah alam untuk menghantar resume dan surat dari fakulti untuk latihan praktikal nanti. terima kasih kepada Kak zila kerana sudi menemani berjumpa dengan bos bahagian HR. kalau nak harap aku jumpa sesorang, terketar lutut yop,,,haha.

x tau la knapa kan, mungkin x biasa kot dengan kehidupan awam. pasal tu agak segan2 dan malu. kadang2 pun mcm segan gak. asal la malu walhal bukan teruk pun. x pe2, confident level tu boleh di build!!!!.

yes we can... bak kata najwa latif dalam lagu carta hati..

"dari teman menjadi cinta"

sekarang ni aku mula layan 3 lagu, orang patotnya layan la 3 surah quran..ahaha.
1. Buta - Faizal tahir
2. Itu Ini Begitu Begini - mirwana ft Altimet
3. Carta Hati - Najwa Latip.

Mirwana


rasanya macam dah panjang da taip, tapi bila baca balik.alahai pendeknya... haha..(nak taip pew lagi), stori x banyak...

lupa pulak... di sini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka2 yang wish kat aku SELAMAT HARI TENTERA DARAT, ya... InsyaAllah saya akan menjadi seorang anggota dalam TD. mungkin dalam 2 tahun lagi. aku sangat menghargai jasa kalian yang sanggup wish meskipun terdapat halangan. ramai juga yang wish hari TD kepada aku.. trimas kalian!

#belajar menerima hakikat bahawa aku a***r