Friday, June 7, 2013

lamanyaaaa

assalamualaikum,

setelah lamanya belog ni tidak terusik lgsg akibat leka dan alpa melayan liga super 2013 musim ni. Tahniah kepada Lions 12 yang kini gah menduduki takhta liga dengan perlawanan berbaki 4/3.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Kelantan dan JDT kerana berjaya mara ke final Piala FA 2013 yang akan dilangsungkan pada 29 june 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada bulan 10 stadium ini akan ditutup bagi memberi peluang kerja-kerja pembaikan padang oleh Kerajaan. Sememangnya stadium bukit jalil adalah sebuah stadium yang pada saya hanya gah pada nama. Bukan pada fasiliti dan fungsi. Lihat event apa yg kali terakhir diadakan di Stadium Bukit Jalil. tidak salah piala AFF suzuki 2012. Malaysia vs Thailand semi final. selepas itu banyak tumpuan ke arah stadium shah alam.

pengurusan stadium bukit jalil wajar belajar dengan pengurusan stadium lain tentang cara nak maintenance padang supaya kekal pada tahap sepatutnya, jangan bila nak game baru terhegeh2 nak repair padang tu. Malu kat orang Luar. nama stadium nasional tapi padang mcm main konda kondi. padang stadium pahang, johor dan shah alam lebih baik. Kalaulah messi main kat Malaysia apa ntah dia cakap pasal padang bukit jalil

nasib baik ada menteri belia yg baru yg bukan kaki ampu dan kaki kipas FAM. kalau nak tggu FAM, mmg duit denda entah kemana, player pun entah kemana. pengurusan stadium pun apatah lagi. berharap agar Presiden FAM lebih peka kepada kehendak peminat bola sepak tempatan yang dahagakan satu evolusi, diulang EVOLUSI dalam pembangunan bola sepak kita. bukan sekadar makan angin cuti2 dekat australia pastu lawan dengan kelab divisyen 2 kat sana.. Kalah pulak tu.. *palmface

memang nak cerita pasal FAM tidak akan sudah dari dulu smpai sekarang, pengurusan di takuk lama dengan kalau ditegur melenting, denda, amaran dan sebagainya membuatkan FAM bagaikan sebuah badan suci dalam negara ni. semoga dengan kehadiran Menteri Belia yang baru dapat merubah lanskap bola sepak negara. 



Sunday, February 17, 2013

Liga Super

assalamualaikum

sebelum masuk sem baru, marilah mari pergi mengundi...kih3.. bukan2 nk cakap..marilah2 mari kita hupdate belog yg dah bersawang..

alhamdulillah liga super dah pun abes perlawanan ke 6 smlm.dan hasilnya...x sia2 aku kutuk2 dan mengkritik aksi pasukan Selangor. Selangor mengepalai tangga liga super dengan 13 mata.(4 menang,1 seri 1 kalah.) tapi sebenarnya semalam ak nak carik baju PKNS. x jumpe2 plak baju PKNS yg home punya season lepas... 

kepada cik mu yang sukar nak faham akan baju home, away sama 3rd.. meh sini aku tunjukkan cmana baju home.. away.... 3 rd.. 

baju home digunakan untuk dan sekiranya game bola sepak diadakan di tempat tuan rumah.. macam selangor, akan pakai baju merah (majo) sekiranya bermain di shah alam..

away pulak sebalikya..main kat tempat lawan..

baju 3rd plak.. sekiranya baju home dan away didapati hampir sama dengan pasukan lawan dan mungkin pengadil perlawanan.. baju ke3 juga sebagai alternatif persiapan...

berikut ditunjukkan baju2 semasa PKNS season lepas...

Baju Home PKNS

Baju away PKNS

Baju 3rd PKNS

Friday, January 4, 2013

Saingan Liga M kini bermula.

Assalamualaikum...

kini tinggal seminggu je sebelum sepak mula Liga Malaysia bermula. Untuk saingan Liga Super 14 pasukan telah terpilih dan pasukan tersebut adalah. 



dan pasukan pilihan untuk kali ni bagi diri daku adalah 
1.Selangor
2.ATM FA
3. PKNS FC

kriteria dibuat setelah ATM sebenarnya menjadi team pilihan untuk saingan Liga Perdana musim lepas. tapi memandangkan ATM dah layak ke liga super maka ATM termasuk dalam team feveret meninggalkan pasukan Selangor PKNS (PKNS FC). musim lepas selangor gagal meraih sebarang piala. bermakna sudah 2 tahun Selangor Trophyless.. hampa nak buat camana.. Namun pada tahun ini, Selangor dilihat kurang berbelanja besar mendapatkan pemain seperti dibuat oleh pasukan lain seperti Darul Takzim. Namun kualiti yang ada pada pemain Selangor dilihat mampu memberi saingan buat pasukan lain dalam kancah Liga M tahun ni. 

Antara pemain yang dikatakan pembelian berbaloi adalah Mahali Jasuli dan S. kunalan. Irfan Bakti (jurulatih Selangor) pastinya mampu tersenyum lebar apabila melihat prestasi kedua pemain kebangsaan ini dalam saingan piala AFF suzuki yang lepas. Dengan Mahali melakukan 1 gol 2 assist. Kunalan? larian deras..namun hantaran silang masih membanggakan. berikut adalah senarai penuh pemain pasukan Selangor.

Penjaga Gol
Norazlan bin Razali
Umur: 26 | Tempat Lahir: Johor
Pasukan 2012: Selangor
Md Sharbinee Allawee bin Ramli
Umur: 26 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Mohd Fairul Azwan bin Shahrullai
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Selangor
Pertahanan

Mohd Nasriq bin Baharom
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Asraruddin Putra bin Omar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Ramez Dayoub
Umur: 28 | Tempat Lahir: Beirut, Lebanon
Pasukan 2012: Selangor
Adib Aizuddin bin Ab Latif
Umur: 26 | Tempat Lahir: Perak
Pasukan 2012: Selangor
Mahalli bin Jasuli
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Mohd Fairuz bin Abdul Aziz
Umur: 27 | Tempat Lahir: Kuala Lumpur
Pasukan 2012: Sime Darby
Tengah
Mohd Bunyamin bin Umar
Umur: 24 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Mohd Fitri Shazwan bin Raduwan
Umur: 24 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Kunanlan a/l Subramaniam
Umur: 26 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Negeri Sembilan
Abdul Shukur bin Jusoh
Umur: 23 | Tempat Lahir: Terengganu
Pasukan 2012: Terengganu
Kavi Chelvan a/l Vivenkanathan
Umur: 23 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Harimau Muda A
Veenod a/l Subramaniam
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: USM FC, Selangor (pinjaman)
Mohd Raimi bin Md Nor
Umur: 24 | Tempat Lahir: Pulau Pinang
Pasukan 2012: Felda United
Solihin bin Kanasian Abdullah
Umur: 29 | Tempat Lahir: Kedah
Pasukan 2012: Selangor
Penyerang
Mohd Amri bin Yahyah
Umur: 30 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Francis Forkey Doe
Umur: 26 | Tempat Lahir: Liberia
Pasukan 2012: Terengganu
Muhammad Afiq bin Azmi
Umur: 24 | Tempat Lahir: Perlis
Pasukan 2012: Kuala Lumpur, Kelantan (pinjaman)
Muhammad Ramzul Zahini bin Adenan
Umur: 25 | Tempat Lahir: Kelantan
Pasukan 2012: Kelantan
Wan Mohd Hoesne bin Wan Hussain
Umur: 25 | Tempat Lahir: Selangor
Pasukan 2012: Selangor
Dan aku merasakan korang boleh mencongak sendiri siapa yang akan menjadi first 11 dalam pasukan selangor ni. aku merasakan posisi first eleven adalah

Norazlan

Mahali ---- Ramez ---- Asra ---- Bunyamin

Amri ---- Guru ---- S veenod ----S.Kunalan

Shukor ---- Forkey

dan esok 4hb januari 2013 jersi terbaru pasukan Selangor akan dilancarkan, khabarnya masih mendapat tajaan Kappa. Target Irfan Bakti untuk tahun ni adalah 1 Piala. tapi saingan Piala FA peringkat pertama Selangor dah jumpa ATM.. guane tu Irfan?

Wednesday, December 26, 2012

hurmmmm

assalamualaikum,

post jalan2 banting part 3 bukan lah post terakhir untuk anda baca. harap maklum..kesekian kalinya sy telah bebas skit dari belenggu Projek sarjana muda. alhamdulillah..

terasa kerinduan pula mahu berblog, mahu berkomen di blog seperti dulu kala. namun sy seakan tidak mempnyai masa untuk menjenguk belog ini..kesian..

dalam kesibukan kota, saya juga mengalami tekanan sedikit hasil daripada mungkin hati yang bercampur baur.

harap kamu yang membaca belog ini. yang masih sudi membuka meskipun sy jarang mengupdate belog ini terus memberikan kata2 smangat kepada saya seperti waktu dlu. kamu pun dah masuk tahun akhir kan. tahun 5 ek?

sambil rakan melayan cerita rock, sy melayan perasaan mengupdate belog ni. harapnya semua ok ek kat sana. nak tanya kat FB,,, saya lupa saya x balas poke kamu atau apa.

jangan geli dengan entry kali ni...hehe.. =)



Friday, November 16, 2012

Jalan-jalan banting part 3

maka saya pun ingin menyambung al kisah jalan2 banting part 3..memandangkan malam sudah semakin tua. maka saya mungkin agak kelam kabut sedikit menaip entry ini...

seusai saya bersolat dalam masjid ar raudhah kmpg sg kelambu, makanya saya pun melihat akan kanak2 yang bermain di hadapan masjid itu.. melihat telatah kanak2 riang mengingatkan saya kepada zaman silam semasa saya sedang kanak2. bermain ronders, ting2, main basikal.. main bola hjung mggu lawan antara kawasan. (biasanya kwsn sy jarang menghantar perwakilan akibat masalah apa ntah)..

setelah melihat mereka saya pun segera start enjin motor BLT 4*** saya yg ketika itu baru je dibasuh pada sebelah paginya semata2 mahu dibawa ke pekan banting pada sebelahnya..hehe.

saya pun mengambil langkah menyusur ke kampung2 halaman di sungai kelambu.. MALANGnya.. kampung sungai kelambu tersangatlah kecik nak habaq... jalan2 skit tetiba dah termasuk sg lang mana entah. maka saya pun dengan konfidennya jalan jela.(nak gtaw bahawa aku x taw pun kampng tu kecik tu)... 

jalan2... tetiba... eh sampai kubur sg lang... #hampass

saya dah tersasar jauh. bukak papago pun merapu je makanya saya pun terus memecut laju kerana persekitaran kubur yang sangat sunyi dan sepi. tiada motokar mahupun motosikal..yang ada hanyalah sebijik motor. tu pun rasanya tukang gali kubur punya...

saya pun terussssss.. tetiba eh...

saya termasuk balik simpang yang mula2 saya masuk.. tertulis jika diterjemah dalam BI..
|"welcome to sungai kelambu"

hati berkata.... "dem,camana boleh jauh ni".. amek simpang ke kanan..masuk simpang pertama... sampai jumpe apa yang dinamakan pasar JAEZ,

lepak la kat situ kejap sambil tgn msg2 dengan harapan adalah bantuan akan tiba..hahaha

sekali...x sampai gak bantuan,, bantuan kena membantu benda lain..ada misi belum selesai..walhal rasanya kat jaez tu ada kot santan tu... fresh lagi.. nak saya tolong perah pun bolehhhh...

oleh kjerana jam mula menunjukkan 1830H @ 6.30ptg.. maka saya perlu beredar segera memandangkan masa yang diambil untuk ke banting adalah sejam lebih kurang...saya pun beredar dengan harapan terserempak la tengah jalan..tapi x de jugak..ngeh3,, 

sekian sahajalah perjalanan ke banting kali ni. bagi yang memberi support terima kasih jasa kalian semua. nanti nak citer pengalaman ke bukit merah/zoo Taiping... benda tanpa dirancang...






Pasaray JAEZ





Monday, October 29, 2012

Jalan2 Banting Part 2

assalamualaikum dan salam sejahtera.

malam ni malas nak panjang citer dengan introduction yang merapu2, baik aku memikirkan introduction untuk proposal malam ni.

pertama kali aku nak ucapkan salam aidiladha buat semua yang membaca blog ni.. aku teramat penat dan penat nak menangkap lembu yang macam apa entah..sampai terbang2 dibuatnya nak lari dari lembu kat masjid kawasan aku.






apa pun tu hari lain. pada sabtunya telah berlangsung event yang tidak diduga dek akal, haha..jalan2 banting part 2. tapi kali ni lebih detail menyusup ke kampung dan pendalaman kampung.

mula2 aku dikhabarkan lepas jumpa pekan banting jalan terus jumpa la kampung yang dimaksudkan namun segalanya hampa apabila melihat yang kat depan aku hanya semak samun dan jalan skit dah jumpa institut kemahiran apa jadah entah..

menyedari aku seakan2 dah tersasar jauh, maka aku pun lekas2 mengambil telefon burukku yang mengandungi papago dalamnya... lantas menunjukkan aku telah jauh dari parameter sebenar. lantas motor dipecut laju untuk masuk ke dalam parameter lingkungan kawasan.(pekan banting)

klik untuk pembesaran
seusai di pekan banting, saya seharusnya mengambil laluan bawah jambatan untuk buat U-turn, malangnya aku ni seakan2 sengal2 ubi berisi. dah lepas boleh tengok je jalan u-turn bawah jambatan. lantas bila turun je jambtan wat sailang jalan.. u-turn lawan arus.

memang nampak x molek, tapi apa kisah gua naik motor beb.haha..

sampai ke sebelum pekan aku pun masuk la kiri. terus je seperti yang dikatakan papago, namun sedikit hairan bila terus jmpe pasar. dalam hati cakap..x kan ada kampung lepas pasar ni.mustahil... last2 aku pun masuk kawasan kilang nama jalan tu pun aku ingat.. JALAN GANGSA.

balik keluar jalan gangsa aku baca papago lagi..ni mcm makin lagi jauh ni.last2 aku pun patah balik masuk pasar tu.. lantas mengucap..

lahau la wala quwwata illah billahil 'aliyyi'azim...

ada jalan ngupenya dalam tu.masuk kunci air. pergh macam dalam cter the village lak.. dalam tempat terpencil ada kampung.

dan papago aku, aku search adalah masjid sungai kelambu... last2 mana yang dia bawak aku adalah masjid sungai lang tengah... hampeh nyer gps.. nasib baik ketemu sama wak jawa yang di simpang.. lalu ak pun bertanya pada dia.

wak nak g masjid sg kelambu mana ye? wak jawab..ooo sg kelambu rumah sapa??

x kan nak cakap rumah tauke cermin lak.. kantoi2 je la nt.aku pun cakap.saya nak g masjid sungai kelambu wak..
taraaaa

wak balas..ooo sungai kelambu dalam lagi..terus je masuk kiri pokok kapas besar masuk kanan.. ikut arahan..alhamdulillah jumpe... yeah..

maka bersolatlah saya dalam masjid ini.. tggu sambungan jalan2 banting part 3 nanti..nak sambung buat kerja...

Thursday, October 11, 2012

lawatan ke port klang

asslamualaikum atas permintaan dan atas permintaan special makanya saya telah mendedikasikan khas entry ini untuk seorang budak yang hidupnya dikelilingi oleh dunia Dragon Ball.. seakan telah nasib saya ke pelabuhan Klang bukanlah untuk renew pasport di imigrsen sana. tetapi lawatan ke USS George Washington. USS George Washington adalah salah sebuah aircraft carrier milik US yang kini berlabuh di port Klang. Kapal yang menggunakan sepenuhnya teknologi nuklear ini telah ditauliahkan pada 1992. untuk info yang lebih lanjut berkenaan kapal ini. Klik sini

malas nak cakap banyak ko baca je link yang aku bg tadi. pastu layan gambar..