Friday, April 15, 2011

tirai mesir.

assalamualaikum w.b.t kepada semua yang mengenali diri ini,kali ini aku rasa tajuk ade kena mengena dengan apa yang aku nak tulis,haha. tapi siapalah yang hendak membaca nukilan yang sekadar melepaskan pandangan dalam sebuah belog.

dalam minggu ni kotak emel aku@inbox emel penuh dengan beberapa isu yang tidak diketengahkan dalam akhbar2 harian. isu pertama adalah mengenai isu belajar di mesir dan bahasa arab. ye isu ni bukan baru dalam beberapa tahun ni antara isu yang agak panas di mesir adalah mengenai perihal pelajar2 yang belajar di sana.

berikut adalah petikan akhbar pasal berita ni

KUALA LUMPUR 1 April – Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan
> pelajaran
> dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir  diwajibkan
> mengikuti
> peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti  itu.
> Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
> calon-calon
> yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga  tahap iaitu
> cemerlang, sederhana dan lemah.
> "Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar,
> manakala
> calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta  mengikuti kelas
> bahasa
> Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di  universiti itu di Kaherah.
> "Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas
> bahasa
> Arab di kolej (maahad) bahasa Arab Universiti Al-Azhar di  Malaysia,”
> katanya
> dalam kenyataan di sini hari ini.
> Mohamed Khalid berkata, syarat baru itu dipersetujui bersama Syeikh  Al-
> Azhar,
> Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika lawatan rasmi beliau selama  lima hari ke
> Mesir
> pada 16 hingga 20 Mac lepas. – Bernama
 pelbagai komen dan andaian yang dibuat oleh mereka2 yang khususnya lepasan pelajar yang pernah belaja di mesir,mereka amat risau dengan tahap penguasaan bahasa arab kat sana. kebanyakan universiti kat  mesir dah pun memulakan langkah yang sama kat atas,jika pelajar agama dikehendaki amek ujian bahasa arab manakala pelajar perubatan dikehendaki test english. sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh universiti kat sana?...aku x dapat nak dapatkan pandangan dari pelajar yang belajar kat sana pasal dorang mcm bizi je....x pe nt aku tnya balik.

tapi aku berjaya mendapatkan komen dari senior aku yang da abes belajar dari sana. katanya kalo ikutkan universiti al-azhar nak stop terus amek pelajar dari Malaysia, namun hasil rundingan baik antara menteri pengajian tinggi dan syeikh al-azhar. mereka meletakkan syarat yang setiap pelajar malaysia dikehendaki amek ujian khas.

--ok rasanya aku x boley nak komen banyak2, aku bukan pelajar yang belajar kat sana mahupun ade kaitan dengan mana2 pertubuhan kat mesir. jadi seeloknya cukuplah sekadar ni. hingga kini, kotak emel masih panas dengan isu ni khususnya bekas pelajar dari sana. harapan aku, semoga mereka2 yang belajar kat sna yang membuka belog ni agar dapat membuktikan apa yang dikhabarkan x benar..insyaAllah..

Alhamdulillah aku baru selesai menjalani test fluid  mechanics 1 td. jawapan agak hambar namun ade la jugak idea apa yang dijawab td.meskipun test kali ini memerlukan aku memikir dengan lebih kritis akibat pelbagai formula. fluid ni memg bnyak skit formula berbanding subjek lain. nak mengahafal semua rumus dan formula memang susah r.

namun itu bukan halangan....hahahaha,kemal ade kepala yang berakal dan bijak dan banyak pusing...

ish3,ahad ni kursus kahwin la plak. da sampai seru untuk aku ke???....(wink3)...
motif gambar ni??
salam
~~~akmal harith~~~



2 comments:

  1. all the best utk ahad ni. calon2 nya ialah _______________ (kau isi sendiri blank space tu bro..)- :p

    ReplyDelete
  2. haha..calon2?....ish3..aku kesaorangan kot kat kursus kahwin tu nt..

    ReplyDelete