Sunday, March 27, 2011

sabtu tanpa PT.

tatkala saya menaip entry kali ini, hati dicelarukan oleh sesuatu yang bermula akibat kitaran sesuatu. manakan tidak, lain yang diharap lain yang berlaku. harapkan beras menjadi nasi, rupanya ke bubur ia terus pergi. Mengharapkan mentari ke petang, rupanya sang hujan telah menanti di tengahari. tapi meskipun sang hujan menemani, jangan biarkan diri terus dibasahi. sebaliknya harungi dengan kental sambil berlari menyelamatkan diri atau mengambil payung. inilah sigma yang dialami masyarakat hari ini khususnya masyarakat melayu. kebanyakan masyarakat melayu pada hari ini termasuklah saya sendiri.

Senario yang melanda masyarakat kita pada hari ini adalah terlalu mengharap subsidi, ya..malam  ni saya akan bercerita tentang perihal masyarakat kita yang terlalu mengharap subsidi khususnya pihak kerajaan. terdapat beberapa pandangan pasal subsidi ni. pandangan dari ahli ekonomi dan pandangan dari ahli politik. kebanyakkan ahli ekonomi menganggap subsidi pada hari ini perlu dikurangkan dari kadar yang sepatutnya kerana apabila subsidi terlampau bnyak diberi negara mampu bankrup muflis korup dan sebagainya dalam tempoh beberapa tahun.

mungkin yang mengeluarkan kenyataan ini tidak sedar bahawa kebanyakkan jutawan yang lahir dari malaysia adalah hasil dari bantuan kerajaan. Tapi berapa ramai yang menyedari perkara ini dan berapa ramai yang berusaha membalas apa yang kerajaan berikan kepada mereka sehingga mereka menjadi jutawan.

saya bukan ingin berkempen buat kerajaan khususnya Barisan Nasional sempena Pilihan raya negeri Sarawak yang bakal menjelang bulan April ini. apatah lagi menyatakan sokongan. cuma terkilan dengan segelintir pihak yang mempertikaikan tentang pemberian subsidi ini. 

pabila sebut tentang tan Sri Robert Kok. jutawan gula di Malaysia seperti yang kita tahu, kejayaan tan sri robert dalam empayar gula bermula pada tahun hujung 60an apabila kerajaan pada masa itu mula mengusahakan pertanian sebagai sumber ekonomi baru. tetapi kini di mana robert kok yang di uar2 kan. ramai beranggapan beliau telah lupa kepada jasa kerajaan. saya? no komen...

harapan saya adalah semoga pemberian subsidi dapat meningkatkan ekonomi dalam negara kita dengan meningkatkan peratusan membeli.

pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini, Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 billion (54% daripada Keluaran dalam negara kasar(KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.

subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.

-----------------------------------tamat---------------------------------------------

pergh lega gak akhirnya dapat siapkan cerita pasal subsidi, x larat aku nak memikir pasal subsidi. haha..tapi ari ni pagi tadi ade ujian kawad. ujian kawad pedang yang latihannya last adalah 4bulan yang lepas, tetiba nak ujian. memang kantoi r...tapi seb bek, aku bijak...

Ujian kawad ni telah menyebabkan aku menjadi bertmbah hitam dan semakin hitam..x guna tol. doa dimakbulkan tatkala aku telah menjadi semakin hitam. dari pukul 8 smpai pkul 1 tengahari berkawad.. Allah sayang tol kat ko. haha...dimakbulkan serta merta. makin hitam aku...isk3...

tapi kehitaman aku yang dipertikaikan...meskipun aku hitam, tetapi tetap gaya...haha... dan kepada mereka yang menyambut bufday mereka semalam.. selamat hari lahir diucapkan dan syabas anda telah mencapai 1 tangga umur anda...ingatlah.

ni baru la dikelasifikasikan sebagai a**** yang itam....haha
apapun...ingatlah ye...
yang tanah itu kubur, yang bata itu rumah....
yang jasad tetap lebur, semoga ruh mendapat rahmah....


3 comments:

  1. suke ayt 2kerat sebelum tamat penulisan anda...

    ReplyDelete
  2. ha??....ala besa r tu..da x de idea....

    ReplyDelete
  3. okey ! dah mula ayat sastera, cam tulis karangan SPM 350 pp. chill la bro, stakat 'tinted' sikit xde hallah baru gaya hitam e2 menawan
    lepas ni hang guna fair N lovely, baru style xpun ko pakai je garnier lisa surihani tu * ngeng

    ReplyDelete