Sunday, March 20, 2011

selamat ahad yaw....

assalamualaikum dan selamat pagi ahad yang best akibat kelemasan ketika berada di kolam renang,haha...terkucil lak td di saat tinggal lbey kurang 15m je nak abis. adoi hambar nya kemal...haha. di saat ini masih memikirkan adakah mahu keluar kerana aku x dibenarkan outing lagi akibat masalah berat badan yang dikatakan x ideal...bukan x ideal,tapi aku berat lain r. sdey r mcm ni..kalo aku nak kurang gak 3kg, memg kurus badan aku..kelesuan akibat tidak cukup tenaga..

pagi ni saat aku berjalan2 belog..(blogwalking la)...terjumpa satu artikel yang ditulis oleh bukan calang2 orang. sedih aku apabila masih ade lagi orang islam melayu yang menyokong husni mubarak dan mempertikaikan tindakan ikhwanul muslimin yang mendesak pengunduran mubarak sebagai exremist dan violence (extreme dan kejam).
syeikh Yusuf Al-qardawi

masalahnya yang mengeluarkan statement ni bukan sebarang orang beb...orang besar tu..ade nama..dia kata dia riso dengan kenyataan Syeikh yusuf qardawi dengan sokongan Qardawi terhadap sokongan kepada rakyat mesir khususnya ikhwan dan rakyat Libya. isunya disini adakah beliau telah lupa akan kekejaman yang dilakukan si Hosni mubarak terhadap pemerintahan diktator beliau kepada rakyat mesir selama 30tahun. tidak kurangnya juga dengan Gadaffi yang memerintah libya selama 42 tahun (x silap saya).

semasa hosni menjadi pemerintah Mesir selama ini, mengapa tiada kenyataan yang keluar dari mulut beliau di saat hosni 'gah ' di persada pilihan raya dengan kemenangan hampir 99.99%. siapa sangka kemenangan sebanyak ini setelah berpuluh tahun memerintah. Kerajaan Barisan Nasional di malaysia pun x dapat mengekalkan kemenangan konsisten. Jadi, adakah menjatuhkan pemimpin seperti ini disifatkan sebagai kejam. Beliau harus sedar yang melakukan protes mendesak hosni berundur bukan sahaja ikhwanul muslimin dan Qardawi, tetapi segenap lapisan rakyat mesir yang terdiri daripada mereka yang beragama kristian, bahkan aktivis google sendiri turun padang berdemo mendesak pengunduran Hosni Mubarak.
HOSni Murtabak...

jadi nasihat saya kepada orang seperti ini agar meletakkan neraca pada imbangan yang betul, jangan beratkan pada pihak yang x selayaknya mendapat berat timbangan itu. sekian wassalam..

---akmal harith-----

No comments:

Post a Comment