Tuesday, March 22, 2011

jelik yang pelik.

assalamualaikum w.b.t kepada hadirin sidang dewan yang saya rahmati sekalian, hari ini telah berlalu 21.3.2011. aku masih begini. sihat walafiat di samping roomate baru yang tersayang sambil ditemani dengan line internet yang boley la...nak kata laju x jugak..kadang2 slow gak..tapi better la dari bilik aku yg dulu pasal kat blok ni stabil skit.. 

apa pun andai korang bukak topik bawah post ni korang akan terperasan akan post mengenai Saiful Bukhari yang dikatakan menjadi mangsa liwat Dato' seri Anwar Ibrahim(DSAI). Dalam sibuk lecturer aku menenrangkan pasal subjek fluid mechanics yang aku x berapa faham tentang apa yang dia terangkan sebenarnya..haha. aku tetibe terlintas, asal Syeikh yusuf Qardawi dikatakan menyokong Anwar. lalu kesempatan yang ada pada petang tadi aku pun search la kejap pasal benda ni..

ooooo....rupanya Qardhawi bukanlah menyokong Anwar, tetapi beliau tidak menyokong cara kerajaan mengendalikan kes liwat ni. sememangnya x dinafikan yang kes liwat Anwar ibrahim dilakukan dalam konteks yang cukup terbuka, sehingga masyarakat ramai yang naik muak dengan kes ini. percayalah semua, Syeikh Qardawi tidak akan sesekali bersetongkol kepada mereka yang melakukan kemungkaran di Atas muka bumi ini, tetapi beliau tetap berpegang pada PRINSIP HUKUM ISLAM. segala yang aib berkaitan manusia wajib dirahsiakan. tetapi apa yang berlaku pada hari ini, masyarakat terlampau didedahkan dengan maklumat2 yang tidak sepatutnya diketahui seperti saiz zakar, bagaimana kes liwat itu dilakukan secara detail..ya Allah mengapa hukum syarak diketepikan tatkala ia perlu penyelesaian...

jelas sekali cara perbicaraan ini tidak menjaga hukum dan adab orang islam, bahkan kini isu ini telah mula dijadikan 'point' kepada musuh islam untuk mengtakan sesuatu yang buruk mengenai islam..yang jelas sekarang adalah sememangnya si Saiful itu diliwat, tetapi adakah peliwat beliau Anwar Ibrahim?..

islam mewajiban umatnya merahsiakan aib orang lain, jika dalam kes ini, saiful seharusnya mengemukakan 4 orang saksi sebagai bukti. namun kes ini seolah2 menjadi dadu dalam mangkuk apabila dipusing2...

Beliau menceritakan Saidina Umar (R) semasa pemerintahan baginda pergi mengintip sekumpulan pemuda yang sedang asyik berpesta sambil menyanyi d satu kawasan tertutup. Beliau memanjat pagar dan menangkap mereka. Sebelum mereka di bawa ke pejabatnya utk dihukum, mereka berkata: Ya Amiral Mukmimin, kami melakukan SATU kesalahan, tatapi tuan melakukan TIGA kesalahan. Amirul mukminin berkata: apakah kesalahan aku?  Mereka berkata:  Allah berfirman, hendaklah kamu masuk ke rumah melalui pintu, tuan masuk melalui pagar!! Keduanya, Allah berfirman: kalau kamu masuk rumah, hendaklah engkau beri salam. tuan masuk ke rumah kami tidak memberi salam!! Ketiganya, Allah berfirman: jangan engkau mengintip dan tuan mengintip kami!!  Saidina Umar ketawa dan mengaku bersalah, lalu berkata muga Allah mengempunkan kesalahan aku dan kesalahan kamu, lalu mereka dilepaskannya (dlm kes mahkamah l kurangnya silap teknikallah tangkapan itu). Dan lebih dari itu, Saidina Umar selaku Amirul Mukminin akur akan kesilapannya. Moralnya: mahukah pemimpin kita menerima kesilapan yang telah dilakukannya?

Pak cik anwar

abang saiful yang 'jambu'...haha

kesimpulannya, kembalilah kepada hukum islam. . . .x pun, ambillah jalan terbaik... si saiful tu pun meskipun dah ditebuk dengan burung belatuk rumah tanggang , rasanya dia ada maruah lagi. apa pun selamat malam ....adios amigostan....

No comments:

Post a Comment