Thursday, March 17, 2011

pekabo?

assalamualaikum...w.b.t,salam satu ummah..urm, setelah si tanggang belayar selama 3 angin monsun, maka tibalah beliau di pelabuhan tempat ibunya melahirkan beliau suatu ketika dulu(kira kampung dia la), tatkala itu kasmonah(ibu tanggang), sedang menguli tepung gandum bagi dijadikan santapan burung belatuk yang serik menjadikan rumah kasmonah sebagai tempat berpatok.. kerana tidak tahan dengan burung belatuk, kasmonah merancang untuk menguli tepung lalu diletakkan di tempat2 yang mana burung belatuk selalu berpatuk dengan harapan burung belatuk terpatuk tepung itu lalu melekat di mulutnya. kira macam perangkap r..

ketika sedang menguli tepung cap dacing, pak leman datang sambil membawa sardin cap pertima yang dibeli di kedai runcit Ah seng dalam keadaan tergesa-gesa.. Pak Jikorjo berkata kepada kasmonah

"assalamualaikum kasmonah, kasmonah bau tanah, cepat la turun ni,,,aku bawakan kabar yang sangat suka untuk kau dengar"-pak Jikorjo...
"waalaikumsalam,,,lor kamu rupanya Jikorjo yang x do kojo..,wat gapo mu maghi umah aku?" balas kasmonah sambil tangannya tetap menguli tepung yang kini semakin empuk akibat gun powder.
rupanya Pak Jikorjo ingin bgtau kasmonah bahawa ada kapal besar di pelabuhan yang membawa muatan buah-buahan dagangan serta ayam tumbuhan dari serata dunia, TETAPI..itu bukanlah point Pak Jikorjo...point utama dia nak gtau yang drebar @ kapten kapal..zaman dulu panggil nakhoda adalah anak lelaki beliau yang dulunya lari dari umah akibat tidak tahan dengan bunyi burung belatuk yang berkokok selalu di rumah beliau... Beliau mengambil keputusan untuk keluar rumah setelah melihat potensi rumah pusaka peninggalan arwah bapanya bakal menjadi ladang penternakan burung belatuk...akibat kehyper tension yang amat sangat..beliau telah pergi tanpa kesan dan tanpa memberitahu ibunya,kasmonah yang ketika itu sedang leka bermain dam Haji bersama Jirannya, Nur Jiranah.

dan berlarilah kasmonah tanpa memakai selipar akibat ingin membuat amal kebajikan kepada cacing2 supaya masuk ke dalam kaki beliau....

maka sampailah kasmonah ke kapal tanggang, tanpa membuang masa..setelah memberi salam, maka kasmonah mula menjual pantun beliau kepada anak2 kapal..

orang india masak kari,
kari dimasak di tasik chini,
mana tanggang panggil kemari,
ibunya kasmonah sudah disini. 

maka bersoraklah orang ramai tatkala melihat kasmonah berpantun dengan berkain batik tanpa memakai selipar, 
'cis kasmonah,kalo excited pun nak jumpa anak, biarlah pakai selipar...aku pun pakai crocs'- kata humaidi abdul hamid. JKKK kampung tersebut.
maka dengan tidak semena2 keluarlah si tanggang dengan baju pyjamasnya dan bantal busuk di tangan kiri sambil tangan kanan memegang Teddy bear pemberian seorang Maharaja kepada tanggang kerana sudi berdagang di negara beliau..

tanggang bertanya kepada kasmonah, siapakah gerangan beliau?...

maka kasmonah dengan hampa menjawab "nasib baik aku x pakai selipar,kalo x mau je aku baling ko dengan selipar jepun aku, aku kasmonah tanggang ibumu"..

"apa dia?.. ibuku?...cis kamu orang tua..ibuku sangat hebat tangannya...tangan ibuku mampu bermain dam haji dengan henti untuk solat selama 3 hari,ibuku juga seorang yang sangat hebat menguli tepung..lihat tanganmu?..kotor..jijik aku melihatnya"..sambil menunjuk ke tangan ibu beliau mengunakan bantal busuk tanggang...

sebenarnya,,kasmonah terlupa membasuh tangan semasa hendak berjumpa tanggang tadi, dan tepung yang diuli tadi sudah mula menjadi keras akibat dehydrate dan bercampur dengan asap2 enjin kapal membuatkan tangan beliau seperti terkena taik lembu..

"sungguh kecewa aku tanggang menanggap aku seperti itu, nyah kamu dari kampung ini tanggang..kamu ibarat kacang terlupa kulit...kecewa aku' kata kasmonah dengan nada sedih..

" pirah maboo....orang tua x sedar diri..my mama already dead la mak cik...mati tergelincir kat kapal ni...,blahla wei.ade hati ngaku mak aku,da ler tangan kotor,bernajis...."tanggang membalas dalam nada yang agak kasar..

"x pe tanggang sampai hati ko kutuk tangan mama ko tanggang...dengan tangan ni la aku besarkan ko..basuh berak ko,,,cebok taik ko...skunk ko kutuk, x pe tanggang.." sambil mnyinsing kain batik beliau seakan2 mahu ber'wrestling' dengan tanggang...

'ko nak apa lagi orang tua..berambus la cepat...aku nak mandi laut ni" kata tanggang dengan sinis

kasmonah berulang kali bertanya pada tanggang soalan yang sama..namun da solan sama..jawapan pun sama la..apa daaa....

akhirnya kasmonah menyirap..mulutnya mula terkumat kamit sambil membaca mantera yang tidak diketahui maksudnya...tetapi Pak jikorjo terdengar dan dapat memahami sedikit bahasa yang digunakan kasmonah...laaa...ramai beranggapan kasmonah menggunakan bahasa alam syaitan yang tidak diketahui maksudnya...

namun menurut Pak Jikorjo..itu bukanlah bahasa syaitan, tetapi sewaktu kasmonah hendak melakukan upacara sumpah kepada tanggang yang dianggap derhaka...beliau telah mencabut gigi palsu beliau kerana gam pada gigi palsu tersebut telah abes...

yang dapat difahami oleh pak Jikorjo bait2 perkataan yang dilafazkan kasmonah hanyalah..

'duhai tanggang anak lelaki, engkau sudah dewasa kini, jasa ibumu kau lupai, adakah ko punya otak kat kaki?,"

cerita panjang pun x guna...akhirnya tanggang telah disumpah oleh mama beliau...tapi mama tanggang x sumpah tanggang jadi batu..sebaliknya berdoa agar tangan tanggang dicacatkan seumur hidup...

semasa wawancara ini dilakukan. wartawan yang bertanya kepada kasmonah mengapa hanya sumpah pada tangan ,x sumpah semua...

balas kasmonah "larr, sapa suro dia kutuk tangan aku..dia lupa kot tangan ni tangan world rekod main dam haji paling lama"....

kami berjaya menemui tanggang, tetapi beliau tidak mahu gambarnya dirakam..tetapi membenarkan tangannya diambil gambar sebagai pengajaran buat anak2 di luar agar tidak lupa akan ibu anda meskipun anda yang cari pasal dengan lari dari umah...

memetik gambar tangan tanggang,,,,,,




tangan yang disumpah akibat derhaka...huhu...moral..ingat2 jasa ibu bapa korang....

p/s- gambar atas tu sebenarnya gambar tangan aku,
yang  dibalut oleh nurse akibat dislocate...

1 comment:

  1. aku tau rahsia sebenar camne tangan tu boleh jadi camtu!

    *berani ko mendolak-dalikkan fakta ea...hahahaha!!

    ReplyDelete