Sunday, December 11, 2011

memohon ampun atas khilaf (MAAF)

Assalamualaikum semua, sememangnya entry kali ini bukanlah hendak menceritakan akan aktiviti mahupun statistik angka penceraian di Malaysia yang semakin tahun meningkat dengan mendadaknya. Kerana 2011 hampir melabuhkan tirainya. Ini bermakna akan tibalah umur kita yang baru,macam tahun ni 21,tahun depan dah 22. begitulah dengan umur kome yang lain.

tak tahu nak mula dari mana, tapi dalam lubuk dan perasaan ini penuh rasa serba salah dan rasa tidak kena akibat malam tadi. Mungkin niat asal untuk bergurau memakan padah.

akibatnya, haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....;(

mungkin memang salah aku, bukan mungkin...memang salah aku akibat terlalu anti dengan gelaran itu meskipun aku dah terjebak dalam dunia yang sepatutnya, tapi berilah lagi ruang. sekarang ini bukanlah secara rasmi, nanti dah rasmi korang nak panggil aku ***** jepun ke, ***** conga ke, bahkan ***** somalia pun aku x kisah.cuma wat masa kini berilah peluang aku menjadi mahasiswa dulu. x mcm mahasiswa pun ala2 mcm orang bujang lain pun ok..hehe.

dalam kata lain...

aku sebagai admin rasmi belog ini dan tuan empunya belog, sangat2 memohon ampun atas perkara yang berlaku..anggap sebagai gurauan...


Tuesday, November 29, 2011

Pengalaman di kepulauan.

  
Assalamualaikum dan salam sejahtera, maaf kerana lama tidak dapat untuk on9 bersama teman2 kerana menghadapi masalah yang malas. alhamdulillah dari 26-28hb telah berkesempatan berihlah dalam bahasa arabnya atau dalam erti kata lain jalan-jalan di kepulauan malaysia. Kali ini destinasi yang menjadi pilihan adalah Pulau pangkor, Perak


Tulis banyak x guna yob,moh teman ajak mike semua layan gambar2 yang x seberapa ni..
di atas feri sebelum tiba ke destinasi

welcome to pangkor

bersama abg saiful@tourist guide kami....

rakan2 yang terlibat

bot menderu laju
macam penyu pun ada budak2 ni

sebelum snorkling

di kota belanda yang terdapat sejarahnya sendiri
terumbu karang kan?
di hadapan campsite kami
chinese temple
bbq di malam hari..
alhamdulillah selesai dan selamat pergi dan selamat pulang. time snorkling tuh x berapa best la pasal air cetek dgn x dalam sgt. Coral pun banyak da rosak. kitorang plan lepas ni nak g pulau2 lain plak...nak ikot?haha

Friday, November 18, 2011

bagaimana hendaknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hendaknya diucapkan kepada semua, maaf kanda kerana gagal untuk menghidupkan belog ini akibat jadual kanda yang amat padat. sesungguhnya kanda tidak meminta keadaan ini, keadaan kanda pada waktu ini sangat x menentu..dengan kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya, nasib baik lah juga broadband tertinggal di rumah. dapatlah kanda meletakkan kepentingan on9 ke tepi..



minggu ini sukan sea rancak dibicarakan di ruang2 akhbar, paling memuncak tatkala pasukan bola sepak negara berjaya menundukkan Indonesia 1- 0 di gelora bung karno semalam. Hakikatnya semangat anak buah Ong Kim swee wajar dipuji meskipun terdapat pemain2 yang wajar dikutuk persembahan mereka.(bukan nak kata kanda bagus, tapi hak kanda sebagai peminat bola sepak tempatan.) harap adinda mengerti ek.. gol jaringan syarul azuari telah berjaya membenamkan gelora peminat indonesi di Bung karno

sehingga saat ini waktu entry ini ditaip, Malaysia telahpun mengumpul 40 pingat emas. tempat ke4 di belakang Thailand yang unggul dengan 67 emas,vietnam 70emas dan indonesia 117 emas. harapnya dengan baki lagi 4 hari. Malaysia mampu untuk terus mencapai target MSN untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 pingat emas, tetapi harus diingat. sukan bola sepak merupakan acara tumpuan dalam kejohanan sukan sea kali ini. harapnya skuad bola sepak mampu mengekalkan emas dalam perlawanan bertemu myanmar (3 & 4) dan final ( indonesia atau vietnam).

Acara yang menjadi tumpuan lensa kamera kanda gagal untuk menyerlah pada suka sea kali ini iaitu Ta kwon do. dengan 2perak dan 2 gangsa. tae kwon do dilihat gagal untuk mencapai sasaran dengan 2 emas. mungkin belum tiba rezki bg pasukan tae kwon do negara kita.
ni la namanya tae kwon do mo

Apa pun di ruangan kali ini, inginlah kanda membuka peluang kepada sesiapa yang mempunyai cara bagaimana untuk kurangkan berat badan ley lah share dengan kanda...ngeh3...mungkin untuk dikongsi oleh semua pembaca belog yang sangat x best nih....

maskot sukan sea






Saturday, November 12, 2011

salam aidil adha.

Asslamualaikum dan salam sejahtera..mggu ni aku telah cube menghupdate belog,tetapi gagal..hehe.x pe.. mggu ni aku nak share gambar lawatan ke melaka pada 20-22 oktober lepas. Alhamdulillah segalanya selamat dan semuanya okei. universiti aku belaja da mendapat johan dari semua kumpulan..

sessi memanaskan badan



wajah seorang champion


 malangnya saya tidak dapat beraksi dalam kejohanan ini akibat kecederaan yang dialami...teettt..abes...haha

berikut pula saya kongsikan gambar2 semasa kejohanan EIMA race 2011 yang berlangsung di litar dato sagor perak. untuk perhatian, kejohanan ini telah mendapat liputan rakan media seperti RTM dan Tv alhijrah..
seorang manager yang 'baik'

mai boh @hafiz aziz



kereta yang x siap, aku x jumpa gambar kereta la!!!!..mana ek

Monday, October 24, 2011

nk menghupdate pasal apa ye...

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...series ketika ini mood untuk mengupdate belog sangat berada di tahap terbawah sebawah2 nya..akibat mungkin seharian menghadap subjek yang penuh dengan kira2..adoyai..minggu lepas pula diuji dengan pelbagai ujian..namun alhamdulillah..suma settle.

semalam berlangsungnya perlumbaan MOTO GP sepang.namun tragedi berlaku. sebagai seorang yang berminat dengan sukan permotoran..takziah diucapkan kepada Marco simoncelli,penunggang pasukan Honda yang mengalami kemalangan maut di sepang semalam..trauma lak aku nak beli superbike mcm ni. kelajuan membunuh.tapi pelik jugak cmana helmet dia ley terbukak..musykil tol, katanya nak buat siasatan cmana helmet die ley terbukak..


sememangnya ajal dan maut itu di tangan Tuhan,,tetapi andai boleh dielakkan bencana.kita elakkan...tapi sapa x nak guna superbike kan?haha..mengidam wooo.

sori minggu lepas hari sabtu aku telah menghantar msg...pasal x sedap hati r. x taw cmana demam ko.tapi siap ley makan2 sate lagi.mcm ok je...haha.

'arwah' Marco Simoncelli

done for this week...hehe


Wednesday, October 12, 2011

12 oktober 2011

Assalamualaikum, kali ni admin memilih untuk meletakkan tajuk 12.10.2011 kerana beraanggapan tarikh ini sangat unik pada tahun ini...merangkumi 10,11, dan 12. bukan selalu rasanya.ramai lebih suka kepada tarik 11.11.11 mahupun 09.10.11 tetapi biarlah yang ramai x perasan kita perahsankan bagi membuka mata banyk pihak.

1) minggu ini telah pun bermula sidang ujian bagi pelajar seluruh IPTA di sekitar malaysia mahupun dunia yang mengikut kalender akademik antarabangsa. Admin ingin mengucapkan selamat dan syabas kepada semua. buat mereka2 yang bru hendak memulakan sidang belajar.harapnya dapat roh untuk belajar....meskipun belajar di tempat baru seperti rumah sewa baru mahupun bilik baru, atau universiti baru.. itu adalah pengembaraan dalam pembelajran dipanggil...

2) di sini Admin ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada seorang Teman admin yang lahir pada tarikh ini 21 tahun yang lepas. waktu dan berat semasa beliau dilahirkan gagal dikenalpasti. Namun jika dibuat graf..ternyata berat beliau dengan umur beliau tidak sekata, dalam erti kata lain...jika diletak berat pada paksi Y dan berat pada paksi X, kita akan lihat lihat geraf itu semakin meningkat pada paksi Y.

3) tapi apa pun tahniah da capai umur 21, ingat lagi waktu ko wish ak tahun lepas..tahun ni memg da genap da 1/3 umur ummat nabi kita habiskan. Nabi wafat sewaktu berumur 63 tahun, skrang umur kami da 21..seandainya dibuat graf antara amalan dan umur, entah cmana bentuknya....mesti kacau bilau...nauzubillah, jarang manusia sedar dan sentiasa cube memperbaiki diri. termasuklah aku....seramnnya. waktu aku update belog ni.ko tengah on9..tapi biar aku abes dlu.kang x siap lak..haha

4) selamat berangkat semua teman yang mengenali diri ini, andai kata sewaktu kita bersapa mulut ini selalu terlanjur kata. maaf disapa dan dipinta. bukanlah mahu membeza2. tetapi cuba membuka cerita...

=+=+=+=+=+=+=+ hepi bufday ~----_--_--_---_--___
nak bg coklat betol x dapat....

Sunday, October 9, 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia mahupun merek yang berada di Burma, maaf kerna sudah 1minggu tidak meng’hupdate’ belog ini.akibat masalah dengan pihak maxis yang memberikan admin limitasi broadband kurang dengan jumlah yang admin gunakan. Akibatnya, kesan ketika melayari internet semakin lambat dan banyak page2 tidak dapat dibuka dengan sempurna dan mengambil masa yang lama. Ini termasuklah laman twitter,Facebook, dan belog ini. Dan Alhamdulillah sekarang sudah pulih semuanya sehinggalah kadar penggunaan internet melebihi limit yang dibenarkan. Perkara-perkara berbangkit yang ditimbulkan sepanjang admin tidak dapat mengupdate belog adalah mengenai bajet 2012.
1)     
1)Semalam bersamaan Jumaat 7.10.2011 Perdana Menteri Dato sri Mohd Najib bin Hj Tun Abd Razak telah membentangkan belanjawan sepanjang tahun 2012. Biasalah, bila dibentangkan bajet pasti ada ayam yang berkokok kepanasan tidak berpuas hati terutamanya mereka dalam kalangan pembangkang. Katanya, bajet yang dibentangkan adalah tidak sama dengan nilai defisit Negara dan pendapatan Negara. Namun, yang penting disini adalah penstrukturan semula gaji penjawat awam di Negara ini. Ramai yang akan menerima faedah kenaikan ini bermula dari berapa ek?...entah malas nak bukak page rujuk balik. Nanti korang rujuk la sendiri ek. Haha.

2)      Minggu lepas Alhamdulillah pesta riang ria konvo telah selamat berakhir yang nama sebenarnya adalah konvofest. Lain u lain namanya, macam UIA confest banyak lagi la namanya. Tuanku Mizan pun selamat pergi dan selamat pulang, begitu juga dengan Tuanku syafinaz (puteri sultan kedah).


3)      minggu terakhir minggu ni, rasanya macam kejap je sejak bulan 8 ritu.taw da nak abes. Minggu depan selasa abes da.

4)      Memang ramai benar nampaknya yang x puas hati dengan kenaikan gaji terutama pekerja sector swasta. Katanya ada give ada la take. X lama lagi rasalah rakyat dengan kenaikan-kenaikan baru seperti harga minyak dan pelbagai lagi cukai yang membebankan rakyat. Ini kata mereka la,kalau korang baca komen-komen pasal bajet ni. Dan ketua pembangkang Dato sri anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa akan wujud bajet tambahan lagi 3bulan.

Tok Jib ketika nak bentang bajet