Friday, June 7, 2013

lamanyaaaa

assalamualaikum,

setelah lamanya belog ni tidak terusik lgsg akibat leka dan alpa melayan liga super 2013 musim ni. Tahniah kepada Lions 12 yang kini gah menduduki takhta liga dengan perlawanan berbaki 4/3.

Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Kelantan dan JDT kerana berjaya mara ke final Piala FA 2013 yang akan dilangsungkan pada 29 june 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada bulan 10 stadium ini akan ditutup bagi memberi peluang kerja-kerja pembaikan padang oleh Kerajaan. Sememangnya stadium bukit jalil adalah sebuah stadium yang pada saya hanya gah pada nama. Bukan pada fasiliti dan fungsi. Lihat event apa yg kali terakhir diadakan di Stadium Bukit Jalil. tidak salah piala AFF suzuki 2012. Malaysia vs Thailand semi final. selepas itu banyak tumpuan ke arah stadium shah alam.

pengurusan stadium bukit jalil wajar belajar dengan pengurusan stadium lain tentang cara nak maintenance padang supaya kekal pada tahap sepatutnya, jangan bila nak game baru terhegeh2 nak repair padang tu. Malu kat orang Luar. nama stadium nasional tapi padang mcm main konda kondi. padang stadium pahang, johor dan shah alam lebih baik. Kalaulah messi main kat Malaysia apa ntah dia cakap pasal padang bukit jalil

nasib baik ada menteri belia yg baru yg bukan kaki ampu dan kaki kipas FAM. kalau nak tggu FAM, mmg duit denda entah kemana, player pun entah kemana. pengurusan stadium pun apatah lagi. berharap agar Presiden FAM lebih peka kepada kehendak peminat bola sepak tempatan yang dahagakan satu evolusi, diulang EVOLUSI dalam pembangunan bola sepak kita. bukan sekadar makan angin cuti2 dekat australia pastu lawan dengan kelab divisyen 2 kat sana.. Kalah pulak tu.. *palmface

memang nak cerita pasal FAM tidak akan sudah dari dulu smpai sekarang, pengurusan di takuk lama dengan kalau ditegur melenting, denda, amaran dan sebagainya membuatkan FAM bagaikan sebuah badan suci dalam negara ni. semoga dengan kehadiran Menteri Belia yang baru dapat merubah lanskap bola sepak negara. 



1 comment:

  1. Salam

    Bayangkan yop jadi YB dan memerintah Selangor mesti banyak jalan-jalan di selangor tu berubah kan?. Jadi nama pemain bola dan bukan lagi nama-nama sayur dan buah-buahan..

    ReplyDelete