Sunday, January 16, 2011

tips menjelang peperiksaan...

Salam,disini aku ingin berkongsi dengan kalian-kalian mengenai bagaimana menghadapi saat-saat akhir menjelang peperiksaan. Ramai menganggap yang sem bru nak mula pehal la ko akmal nak wat post pasal exam. Adoi a ko ni…exam lg 4bulan..tapi persediaan penting..ni ustad akmal nak bg tips menjelang peperiksaan di saat2 akhir..
1-       

 1- Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Ada yang gagal ketika semester pertama dan kedua. Tapi maseh mampu melonjak di semester seterusnya.
2-     
Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis peperiksaan nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada.
3-     
Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri
4-      
 Sekat hiburan. Selepas exam, semua orang akan ada masa 1hingga 2 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas exam ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.
5-      
Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya
6-       
Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
7-     
Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa exam daripada tak tahu nak jawab langsung.
8-      
Akhir sekali,jangan ibadah anda dan segala amalan-amalan yang berkaitan supaya anda terasa dekat dengan yang Maha Pencipta. Banyakkan amalan anda, agar exam ni dapat dijadikan turning point untuk anda menjadi insane yang lebih baik. InsyaAllah…
Semoga korang dapat amalkan dan jadikan pengajaran..sebelum d-day menjelang…

jangan stress2...nak exam kan?...

3 comments:

  1. tips yg sgt brgne...trm ksh ust akmal..

    ReplyDelete
  2. wah,tam..sgt comey post inih.XD

    ReplyDelete
  3. wah terima kaseh...semua dan semesta..

    ReplyDelete