Sunday, January 9, 2011

TENANG dalam segalanya...

Salam seribu makna, dalam kali ni mungkink korang ingat tajuk diatas adalah berkaitan dengan Dun Tenang di Labis yang bakal menghadapi pilihan raya kecil pada 30jan nanti akibat kematian Adun kawasan tersebut, Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri.
dato sulaiman taha(Al-fatihah)

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Allahyarham Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Salim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Kelihatan pilihan raya kali ini akan menyaksikan dua pertembungan parti  ‘otai’ dalam dunia politik tanah air. PAS akan bertemu UMNO bagi merebut kawasan Dun Tenang. Pada ketika ini, PAS dilihat sudah mula menggerakkan jentera bagi berkempen di Tenang. Hanya menanti masa selepas penamaan calon, jentera-jentera ini akan terus keluar dari kepompong mereka. PAS dilihat perlu menang dalam pilihan raya kali ini kerana PAS perlu membuktikan bahawa Johor bukanlah kubu kuat UMNO. Seperti yang kita sedia maklum, PAS hanya menang 2kerusi DUN di Johor pada pilihan raya 2008.

Pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai titik permulaan buat PAS dalam persedianan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Umum mengetahui sehingga kini PAS masih mencari rentak bagi menawan sedikit demi sedikit kubu kuat UMNO tersebut.
DUN Johor mempunyai sebanyak 56 kerusi, pada tahun 2008 parti barisan nasional telah berjaya memenagngi sebanyak 50 kerusi manakala pembangkang yang diwakili pakatan rakyat telah berjaya menawan 5kerusi(4 DAP dan 2 PAS). Klik sini untuk keterangan lanjut.

Balik kepada DUN tenang sebetar tadi, bukan saja PAS yang dilihat telah mula berkempen. UMNO juga dilihat telah mula melakukan kempen secara halus. Jalan-jalan di DUN tenang sudah mula diturap. Peruntukan2 telah mula diumumkan, antaranya sebanyak RM 1.7juta telah diperuntukkan oleh JKRJ(jabatan kerja raya johor) bagi membaiki sekolah di sekitar dun tenang yang mengalami masalah.(klik)

Pengarahnya Markom Giran, berkata terdapat 15 buah sekolah di DUN Tenang termasuk tiga buah sekolah menengah, lapan sekolah kebangsaan dan masing-masing dua buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
“Peruntukan ini akan digunakan antaranya bagi mengecat bangunan sekolah, memperbaiki segala kerosakan peralatan dan sebagainya untuk keselesaan pelajar-pelajar di DUN Tenang,” katanya kepada pemberita di sini.
UMNO pula perlu menang dengan penambahan majority bagi membuktikan kepada rakyat di seluruh Malaysia bahawa sememnagnya rakyat sudah mula menerima UMNO kenbali setelah kekalahan teruk parti barisan nasional dalam pilihan raya 2008. Kemenangan di Dun Labis tidak boleh dibanggakan lagi kerana pecahan penduduk di dun Tenang seakan-akan mewakili suara penduduk Malaysia.

1 comment: