Thursday, December 30, 2010

penantian

akhirnya setelah setahun menanti...taun 2011 kini muncul gak dalam beberapa jam dari sekrg..aku yang kini saat ini masih lagi buntu nk tulis ape ek dalam ni..idea tu ade..tapi mood nak menulis pasal benda ni x de...malas kot..tngok la malam nt cmana kalo tetibe idea tu datang dan mood itu ada..idea kalo ade tapi mood x datang x jadi gak kan...

akhirnya aku gantungkan post untuk malam ni..kepada mereka2 yang baca benda ni..sorila..aku btol2 x d mood r malam ni..mungkin pasal member aku waqt hal kot malam ni..x tau la ap yg terjd pg td kan..ap yg terjd kat dia sebenarnya sampai member2 semua bengang dengan dia..bukan bengang pun actually tp saje nak pekena orang..esok da balik cti kan..elokla malam ni enjoy2 sikit..

aku nak ym nak borak2 dgn member aku pasal kelahiran orang baru dalam keluarga dia pun terbantut..sori ek...esok kalo aku balik...aku try rajinkan diri aku nak on9...adoi,..x sempat nak wish selamat jd mak cik...ko da nmpak makin tua..haha..x pela.semoga ko rajin2 stadi ek...x mau ilang fookus..exam lbey kurang 3mggu je dari sekarang...

ok la mungkin setakat ni je la kot ap yg aku nak coret..tulis banyak2 pun x guna..bukan korang nak baca pun..setakat tinggal jejak kat shout box aku bek x yah..haha..ok la selamat malam kalian...

celaka punya rimau...kau gelakkan aku....

Tuesday, December 28, 2010

pilihanraya kecil TENANG....


Tarikh pilihan raya kecil DUN Tenang telah diumukan oleh SPR iaitu pada 30 jan 2010,manakala penamaan calon pula pada 22 jan 2010. DUN Tenang mengandungi 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India , 0.10% lain-lain. UMNO mendapat majoriti 5517 tahun 2004 dan majoritinya menurun kepada 2492 pada tahun 2008, dengan makna sokongan terhadap UMNO merosot. Pilihan raya kecil ini adalah cerminan kepada pilihan raya umum akan datang, sebab nisbahnya hampir mewakili kedudukan sebenar penduduk Malaysia, antara Islam dan bukan Islam. Majoriti yang dimenangi amat penting dalam menentukan lanskap politik negara, walaupun semua ini belum boleh dimuktamadkan. 

namun sehingga kini,bayangan samada Barisan nasional mahupun pakatan Rakyat yang bakal memenangi kerusi DUN tersebut masih belum nampak bayangnya. Masing-masing tidak menduga bahawa SPR menetapkan tarikh yang begitu panjang,sedangkan PAS dalam kenyataannya mengatakan telahpun bersedia menggempur DUN Tenang yang boleh saya anggapkan sebagai kubu kuat UMNO. Bahkan PAS juga telah 'memperlahankan' jentera mereka apabila mengetahui tarikh pilihan raya akan diadakan sebulan dari sekarang.

PAS kini dilihat tidak ada masalah dalam meletakkan calon dalam pilihan raya kali ini,kerana pemilihan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan ahlinya juga akur dengan sapa yang ditentukan oleh pucuk pimpinan. Sikap ahli PAS yang mengamalkan sikap taat setia kepada parti sangat sukar untuk dilihat dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Begitu juga dengan wakil rakyat yang dilantik,sangat jarang kita dengar ada wakil rakyat dari PAS yang bersikap lompat parti. Kualiti ahli PAS sememangnya berada dalam tahap terbaik meskipun kuantitinya sedikit.

PAS seharusnya perlu lebih berhati-hati dalam pilihan raya kali ini memandangkan mereka(PAS) sudah hilang kerusi di DUN Galas yang sebelum ini boleh dianggap sebagai kubu kuat mereka. Jika benar PAS mahu bersungguh-sungguh memenangi kerusi di Tenang, Isu yang dimainkan seharusnya tidak jauh lari dari penduduk tempatan. Pada pilihan raya kecil Dun Galas,saya melihat kejayaan yang dicapai oleh Barisan Nasional adalah disebabkan oleh mereka lebih banyak bermain dengan isu penduduk tempatan berbanding Pakatan Rakyat yang dilihat lebih banyak memainkan isu-isu luar.

Barisan Nasional pula perlu mengukuhkan kedudukan mereka dalam mendapatkan majority yang lebih besar,kerana mereka perlu membuktikan bahwa Barisan Nasional semakin mendapat tempat di hati rakyat. Kerana di Tenang, kaum cina hamper mencecah 40%,dan tidak mustahil undi mereka mempengaruhi dalam pilihan raya kali ini. MCA dalam barisan nasional dan DAP dalam pakatan rakyat perlu memainkan peranan mereka sebaiknya memandangkan kedua-dua parti ini mempunyai keahlian kaum cina yang ramai. Namun harus diingat, kerajaan dan pembangkang seharusnya lebih TENANG dalam menghadapi pilihan raya DUN Tenang, kerana waktu yang diberikan SPR saya rasa sangat mencukupi bagi kedua-dua pihak mencari modal dalam pilihan raya kali ini.

Akhir kata,semoga pilihan raya kali ini membawa kesan yang lebih positif dalam pembentukan politik bersih di Malaysia.

*artikel adalah pandangan peribadi penulis..


jom kawen!!!!


high table...

silat budaya melayu





sabtu yang lepas aku telah berkunjung ke kampung halaman bagi menyaksikan perkahwinan sepupu aku..alhamdulillah majlis belah perempuan dijalankan pada 25.12.2010..sehari sebelum kat umah laki..dibuat lepas sehari bukan pe,,pasal sedara2  si belah wanita ni ramai kat belah negara Singapura...jd dorang susah nak dapat cti..dorang dapat cti pun waktu krismas ni jela..apa pun aku nak share gambar dgn korang...

aku terpaksa cau awal pasal aku kena balik sebelum pkul 2...time ni tetibe bapak aku kol..suro balik cepat..aku pun x sempat nak jumpa sedara2 aku nak salam...

*sori gambar x berapa lawa..aku bukan photgrapher..
kamera aku pun bukan kamera DSLR

riuh

ari ni...27 disember 2010..satu malaysia sibuk memperkatakan tentang kemenangan bola sepak skuad negara semalam yang membenam skuad GARUDA dengan 3-0...kalo korang bukak surat khabar pun berita pasal bola ni sampai 3pages pun ade..begitulah penangan bola sepak dalam kehidupan masyarakat rini...yang bertelagah pun boleh bersatu atas nama bola sepak dan nama negara. sengketa 2 negara yang kian berlarutan bagai kini makin memuncak apabila secara kebetulan Malaysia bertemu Indonesia...pertelagahan dapat korang lihat kalo korang search kat abg google yg goblok pasal forum bola sepak malaysia-indonesia...mcm2 ragam korang ley jumpa..mcm2 point si ahli forum yg bertelagah ni guna...dari penggunaan lagu negaraku yang dikata diciplak dari lagu 'terang bulan' sampai ke misi bantuan ke Acheh dan yog jakarta pun nak dijadikan point...adoi..korang ni...yang sberang kata 'malingsial' yang sini lak kata 'indonesial'..mcm2 korang guna...haha.

apa pun sempena dalam pertandingan ni diharap mampu meredakan suasana tegang kedua-dua negara kini..pemimpin kedua negara sudah dapat mengadakan pertemuan dua mata..nasihat aku la kan..tok sah la nak gaduh2...

kalo ayat biasa orang akan cakap..kalah menang adat pertandingan..tapi bagi aku,sememangnya kalo da kalah tu kalo ko panggil encik bomoh terhandal mahupun tuan pawang terhebat pun keputusan tetap sama gak...sedangkan dalam world cup pun England yang da gol masa game tetap dibatalkan dan gol tu x dikira...even gol tu jelas2 da masuk dalam gol...tapi si referee yang tuli tetap x sahkan gol tu..smpai rini...

AYuhla INDONESIA dan MALAYSIA hentikan sengketa,tamatkan kesah duka...aku x mau la..2juta warga indonesia kat sini(malaysia) nak idup dgn aman...dalam suasana harmoni tenang mencari rezki di kedai cermin...haha.menjadi peneman tatkala bos x de kat tmpat keja...

pg td pun..masa naik bukit bg cross country...projek perumahan atas bukit pun mcm slow je...yang ade cme pekerja bangla dengan nepal..mana pg pekerja indonesia????MOGOK??....haha...abes la..mana dato' seri najib nak carik orang nak buat menara 100tingkat beliau..

kalo gigi kena bola yang disepak amri....memg abes....hahaha..gigi sapo ni wei!!!!
aku da mula merapu....perlu mengundur dengan segera..ayuh semua berundur!!!!

Sunday, December 26, 2010

syabas...

Malaysia tanah tumpah darahku

barisan pemain harimau malaya.

sememangnya aku menunggu malam ni setelah tamatnya keputusan perlwanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia berakhir. Ucapan syabas dan tahniah tidak putus2 pada setiap pemain Malaysia dapat dilihat pada fanpage facebook. terutama khairul fahmi che mat yang boleh dianggap sebagai calon pemain terbaik pada malam ni. komunikasi antara pemain pertahanan dan penjaga gol dilihat antara cukup serasi. Apa pun pujian melambung wajar diberikan pada setiap pemain Malaysia yang bersungguh pada malam ni. Tidak terlupa juga kepada semua penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil yang seramai 80,000 orang. Lautan kuning memberi semangat kepada pemain untuk terus memberikan persembahan yang terbaik.

sebenarnya malam ni aku nak cakap pasal benda lain,tapi perasaan gembira akibat kemenangan Malaysia terlalu menggunung. Takut apa yang nak dicakap jadi lain lak. oleh itu aku nak cerita je la perjalanan menonton bola sepak walau hanya di kaca TV,perasaan menonton beramai-ramai sememangnya satu perasaan yang sangat sukar diperoleh. menonton seramai lebih kurang 20orang dalam satu bilik kecil sambil bersesak2 bagi mendapat view terbaik...merupakan the best moment sebelum berakhirnya 2010...suasana menjadi semakin hangat tatkala safee sali menjaringkan gol pertama..ni aku tngah x de suara ni...haha.terpekik sorakan punya pasal..

akhirnya setelah tamat perlawanan yang berakhir dengan skuad negara menang 3-0 keatas Indonesia, kami beramai-ramai menyanyikan lagu negaraku sebagai tanda hormat kepada negara tercinta..dan atas perjuangan pemain-pemain negara... yang bermain dengan sepenuh kudrat..fuh,lama tidak merasa perasaan macam ni..last aku rasa macam ni time selangor menang Liga super tahun 2009...tapi rasanya selangor menang lagi meriah kot.pasal aku meraikan di stadium kan...apa pun syabas buat skuad negara...bekalan yang agak selesa untuk ke Jakarta...keep fokus,29.12.10....bersama kita semua rakyat malaysia....ayuh!!!

Saturday, December 25, 2010

akhirnya

salam kepada semua..akhirnya setelah 2hari x update blog akibat masalah internet yang kian parah...kini aku berjaya update juga setelah pulang ke rumah dengan menggunakan internet rumah..x tau r lepas ni cmana nasib internet dan blog aku khususnya..kesian mereka2 di facebook.esok seluruh pengaut agama kristian akan meraikan hari krismas..ucapan selamat menyambut hari krismas kepada mereka yang berkenaan..dan kepada yang lain2...semoga enjoy tatkala cti korang ni..

tadi aku baru pulang stelah membeli-belah di klcc..actually aku temankan kawan aku je..dia nak beli kasut dgn jam..last2 sampai rm 460 abes..x pe la duit dia kan?..bukan duit aku..aku cuma beli jam je..jam adidas yang aku pun x sempat nak blaja cmana nak setting jam ni..disebabkan member aku lagi sorang perlu tergesa2 mengejar bus dalam masa yang sama beliau juga nak beli jam tngan swatch..setelah kian memilih akhirnya dapat la jugak sebuah jam yang aku lansung x sempat nak amek gambar jam kami bertiga..nanti la dalam post seterusnya dalam minggu depan aku try dapatkan jam kami bertiga.

kami sebenarnya bukan nak berbangga dengan membeli jam berjenama..tapi sebagai keperluan juga. Jika kita mampu untuk berbelanja beribu untuk sebuah telefon bimbit..rasanya x salah kalo berbelanja beratus untuk sebuah jam..jam yang menentukan gaya,masa dan etika kita. Apa pun semoga korang jiga dapat memiliki sebuah jam di tangan korang... kerana masa menetukan segalanya...
berharap mampu pakai jam tag heuer satu masa nanti..
dengan harga yang aku tengok tadi yang paling murah rm 11,232.00 .entah bila aku nak pakai jam macam ni la sey...haha. boley demam kalo pakai jam ni...bukan bersejuk je boley demam kan?..

Thursday, December 23, 2010

sendiri

salam kepada semua...
malam ni x tau knapa aku diserang syntom penyakit ngantuk..
bukan aku je,bahkan 1 umah turut mengalami benda yang sama..
oleh itu post malam ni mungkin merapu skit...
xkena dgn topik kat atas..
sendiri..knapa itu dipilih malam ni...
hakikatnya,jangan biarkan kita hidup sendiri...
atau bersendirian, pasal apa..
kalau bersendirian ni,syaitan yang direjam mudah membisik 
perkara2 yang bukan2 dalam diri kita...
yang mungkin boleh membuatkan kita sedih,marah haru biru,kelabu...
serabut,kalut....
kalau boleh carilah sahabat yang mampu berkongsi masalah dengan anda..
yang mampu anda berkongsi bukan sekadar benda biasa,
tetapi kata dan juga rasa..
kata disini bermaksud beliau(sahabat anda) mampu menjadi seorang pendengar
ketika anda dilanda masalah..kadang2 memg dia bukan seorang yang mampu 
memberi jawapan terbaik,tetapi kadang2 dialah pendengar terbaik...
yang bila kita cerita...hati gelora jadi ceria..
yang gundah bertukar indah....

manakala takrifan rasa pula adalah berkaitan perasaan...
kadang-kala kita suka ade yang berduka,
kita pulak gembira ada yang derita,
hakikat dunia memang begitu...setiap yang dijadikan Allah itu adalah berpasang-pasangan..
saling lengkap melengkapi...
jika kita tidak mampu menggembirakan diri kita,
pastikan orang lain gembira melihat kita...
meskipun ade barah dalam hati perlu dirawat..
wallahua'alam...