Tuesday, May 31, 2011

terusan suez

assalamualaikum malam ni meskipun agak keletihan namun aku cuba menggagahkan diri untuk menaip jugak meskipun mata da mula suam2 mengantuk, rakyat malaysia bermula esok(1jun 2011) akan mula menikmati kadar takrifan eletrik baru, tetapi kadar ini tidak akan dilaksanakan pada mereka yang menggunakan kadar eletrik sebanyak 300kW ke bawah....

aish benci lak aku cakap pasal letrik...hahaha.

rilek2..kadar letrik telah diselaraskan subsidinya mulai esok kerana alasan yang diberi TNB dah x mampu nak membeli kos arang batu yang semakin meningkat harganya, kerajaan juga da mengarahkan petronas menaikkan harga batu arang.. hurm nampaknya lepas ni ley la kita beramai2 menggunakan tnaga solar, x pun x pun wind channel..dari satu bentuk energy ke energy yang lain..
TNB- Tarif Naik Berganda.

semoga rakyat malaysia belaja sesuatu dari hikmah kenaikan harga eletrik ni..adakah nak tukar kerajaan?...

or meminumkan perbelanjaan dan memulakan penjimatan yang berganda dalam penggunaan tenaga eletrik, nampaknya kerajaan setelah menaikkan hharga gula..dinaikkan pula harga eletrik. pendapat aku la kan, x mustahil kerajaan akan menaikkan harga rokok dengan arak dalam bajet 2012, tetapi x mustahil jugak bahawa peatus peningkatan harga rokok lagi tinggi dari harga arak.

esok bermulanya Jun 2011, bermakna bermula semeter kedua dalam tahun ni. separuh tahun da berlalu pergi meninggalkan dalam penuh misteri..
asal tetibe lak aku letak amir ni?...i'm sorry.

salam
~~~akmal harith~~~

Monday, May 30, 2011

permulaan yang penuh misteri

ingatlah kematian bakal menjelang tiba
assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua,sedang aku menaip entry kali ini, banyak lak dugaan datang. dari facebook hingga tetibe laptop mati, namun apakan daya..semua harus ditempuh demi menyiapkan entry yg sudah lama tertangguh.

Hari ni kan, hari ahad yang permai dan indah tau. aku dapat outing rini, nak dijadikan ceritanya.. ni la first time aku outing aku g mid valley. rasanya da dekat setahun lebih aku x g ke Mid Valley.setahun ke 2tahun, x tau la plak aku.. 

tapi yg penting da lama r, cerita dia gini aku mula2 g member aku yg bernama napi ke sogo, dia nak beli wallet menggantikan wallet dia yang da agak terlampau usang. haha..kalo korang tengok wallet dia, mesti korang ingat ni wallet ke tempat lenyek cili giling,,

aku pun nak beli gak, tetapi malangnya wallet alain delion yang aku nak beli tetibe kehabisan lak, yang tggal hanya stok untuk display, sori la bro gua nak amek display yang org da belek2...haha. lantas aku pun membatalkan hasrat aku nak beli wallet tu yang berharga...RM***.**, setelah diskaun jadilah RM **.**...
aku sebenarnya nak beli wallet cap ni...hahaha

selepas tu bergeraklah kitorang ke Mid Valley, niat aku alang2 g mid valley bley g "toy r us"... kedai mainan.. senanya aku nak beli kereta Tamiya.haha,,  tetapi hasrat aku dikecewakan oleh berader kat kedai tu, dia kata skunk dalam malaysia kereta tamiya ni hanya dijual kat One utama je. cis, x dapat la aku nak main Tamiya @ kereta dash yonkuro traing ni, aduhai kesiannya kemal x dapat main dash yonkuro...

tapi x pe, mggu depan aku try g mana2 tempat yang ade jual dash yonkuro.hurm....asal tetibe semangat nak main tamiya ni..ni mesti pengaruh kat bengkel dari awt kereta ni.

tapi tadi kan kat mid valley punya rancak, x sia2 r aku g mid.ade exhibition renovation... pasal interior designer umah, bnyak gak idea dapat td cmana..haha, perghh umah pun x tau dapat ke x, x sabar2 nak decorate umah mcm eric leong,

alhamdulillah setinngi kesyukuran aku rafa'kan ke hadrat Allah pasal x tau npew dia jejakkan kaki aku g mid, makan dapat, tengok pameran dapat cume wallet je x jumpa2 lagi..cis!!!!

cuti sekolah da bermula, untuk adik2 yang berada di rumah. abg akmal ucapkan selamat bercuti, dan untuk adik2 aku...ahmad ridzuan bin zainuddin dan ahmad adib bin zainuddin...korang nak peksa, jangan ngadapa desktop kat umah je...

pabila menjelangnya cuti sekolah  walimatul urus pun berderet tiba, rakan2 x kurangnya ade yang dah bertunang, kadang2 status kat fb tu menkonpiuskan aku, ade yang da 'in relationship', ade yang da 'engaged'....harapnya masa aku akan tiba dengan keberkatan dariNya dalam membina rumah tangga bahagia, amin..... fi barakatillah...

what so special about this date...hurm....

Tuesday, May 24, 2011

merajuk dan tercari2...

assalamualaikum
dan salam 1 malaysia,
buat semua penduduk bumi yang seangkatan dengannya,
hari ini selasa 24 mei 2011
bermulanya apa yang dipanggil
LATIHAN KEPENATAN PERTAMA,
ATAU nama famousnya
LATIHAN KETENTERAAN PERKHIDMATAN(LKP),
semoga latihan kali ini dapat memberi pengajaran baru buat diriku 
yang sememangnya masih banyak2 lopongnya dalam
dunia ketenteraan,

aduhai,
lama sudah tidak menulis begini,
dari manfaat kepada diri yang ingin dikongsi,
hinggalah kepada semangat jati diri,
yang perlu dinisab pada diri setiap insan,
jangan melabel diri ini sentiasa sempurna,
kerana ada yang lagi sempurna dari kita,
manusia pasti ada kekurangan yang jelas,
hingga kekuatan yang nyata...


khairy dengan uniform beliau..


salam~~~



Sunday, May 22, 2011

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 malaysia. Sori kepada semua akibat 4hari aku x update belog pasal aku sibuk dengan International Invention and Technology Exhibition ( ITEX '11) kat KLCC, ni bukan projek aku pun tapi projek senior aku, aku cuma join je. ingat nak update gak malam tu, tapi tetibe lak YM aku 'plup'... ade org bg salam la plak..haha. x jd nk update belog.

Alhamdulillah team aku dapat silver awards, ok la tu, nt wat inovation lg. ubah skit skuter yang senior aku wat. ley kot dapat gold awards. banyak gak dow ciptaan yang pelik2 yang dibuat. paling best inovasi dari budak2 sekolah kita dari malaysia dari cara nak tapis air guna zeolite ion, aku pun x amek tau sangat pasal benda ni pasal benda ni lebih kepada chemical, aku bukan major chemist. aku major dalam mechanical engineering.

yang paling best aku tengok budak2 kita dari sibu sarawak yang mencipta alat perangkap lalat, FYI, kat sekolah budak2 ni kesian sangat aku dengar, dengan x de kemudahan internet, telefon pun susah nak sampai. tapi membanggakan bila budak2 ni dapat silver awards gak. tapi untuk katergori Young Inventor, kategori dak sekolah. 
budak2 yg cipta perangkap lalat

simple je kan.

penyertaan terbanyak dari Taiwan, negara Taiwan menang 48 gold awards, lupa nak gtau yang universiti aku dapat 3gold awards. ok la tu untuk sebuah universiti yang kecil macam ni.

tapi kan kebanyakan inventor dari negara Taiwan ni dorang lebih kepada penciptaan produk, tanpa ade analisis yang kukuh. kebanyakan produk dorang pun kreatif gak sebenarnya, dan produk dorang dah ade no siri masing2.

benda yang aku nak share first pasal "Energy Store Device", nak guna senang, ko tumbuk ke. ketuk benda ni sampai benda ni kaler hijau. benda ni menggunakan perinsip potential energy, seperti dalam hukum pertama Thermodynamics
"energy can't be destroyed, it can be transfer from one to another'
menggunakan prinsip ni, budak2 taiwan ni create device yang boleh store energy, jadi eletrik.. then korang ley guna energy ni nak charge enset ke, charge i pod ke. dan eletric device yg x guna banyak eletrik,

di bawah aku sertakan sekali beberapa pic yang sempat aku snap kat pameran ni, sori la skuter aku aku x update, kalo nak lg info klik kat sini..

http://www.nst.com.my/nst/articles//20fatrap/Article/....

rasanya banyak info yang korang ley dapat...
penimbang berat,,yang portable

kettle yg save fuel.

time dinner bersama sir suresh
*aku bila tengok2 balik..laa..asal ade gambar amoi2 taiwan je...haha.yang kettle tu amoi cina malaysia  tau...

Wednesday, May 18, 2011

Polis di Tengah Jalan

kepada : makhluk tuhan yang merasakan bahawa dirinya adalah makhluk yang paling comel .

assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, dan salam 1malaysia, malam ni merupakan malam terakhir aku berada di rumah bg menikmati internet yang sangat laju gamaknya..

petang tadi aku telah melawat salah seorang adik aku yang berada di tingkatan 5. di sbpi jempol..sedang berjalan di jempol maka berhentilah pak cik zainuddin(bapak aku la) di sebuah hentian rehat dan rawat (R n R) dengkil. sedang aku makan seraya bapak aku berkata
"(nama timang aku), pergi cari apa nak bawak untuk adib." kata bapak,
maka aku pun pergi la cari, sedang aku buntu nak carik apa untuk adik aku, tetibe aku jumpa benda best...

taraaaa....aku jumpa benda ni..
asam yang macam2 jenisnya

aku jumpa asam yang pelbagai dan bnyak lak tu, tapi aku x sempat nak amek gambar banyak2 segan lak dengan bro kat citu. dia da pandang pelik tengok aku adjust kamera "dslr" aku yang x berapa canggih ni...

tapi aku x peduli dengan semua asam2 ni.. pasalnya, aku hanya mencari sejenis asam ni, yang biasanya dijual kat R&R ni, tapi asal x jumpa ntah..sampai ke k.pilah aku x jumpa benda ni..aku nak cari asam mor far kor.. pergh aku kalo jalan jauh mmg kena layan asam ni smpai aku rasa arghh....terapung di awanagan...
ni la asam yang aku cari seharian kat n9.

kalo org isap ganja dia akan kata sampai stim,dia punya nikmat smpai lu sendiri x ingat beb. 

tapi aku amek asam mo far kor ni bukan pasal nak layan ke apa..mmg perlu, kalo aku jalan jauh je aku akan beli asam ni..pasal takut nanti mabuk lak..mabuk jalan darat?...hurm biasanya mcm tu la..haha

Tuesday, May 17, 2011

pahlawan saudagar

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 
dan salam 1 malaysia
pada malam ini setelah puas aku pulang dari makan bersama keluarga
alhamdulillah, tetiba teringat time lepak smalam dgn member2
terborak pasal kartun dash yonkuro,
dash yonkuro!!!
 kartun legend tu, 
member aku kata dia try cari kereta tamiya ni ,
tapi x sgka dlu mcm besar..
rupanya alahai comelnya..kecik je kereta tu..

tapi mmg dash yonkuro menjadi kegilaan budak2 dlu
aku sendiri akui aku ade 4biji rasanya kereta tamiya,
kereta pertama yang aku pakai adalah shooting star,
shooting star

patu aku pakai proto emperor, kereta yang orang jahat guna..
then lagi 2 kereta cikai.
proto emperor
 tapi series beb aku cukup sayang dengan shooting star aku..

jaga bai, balik sekolah kebangsaan change parade(tukar baju dalam masa yang sepantas mungkin)
then amek shooting star aku, g main kat umah jiran aku.
time tu dia ade track kat umah dia,,,
kalo dapat litar panjang ni.memg prepare abes

kadang2 try racing gak kat tmpat2 yang menwarkan trek.
haha,mmg best..
smpai sanggup modify enjin,
tapi aku x de la nak modify enjin..bajet x de.
kalo rasanya dlu aku da amek mekanikal
rasanya segala aerodynamic aku apply kat kereta tu..enjin lak,
amek yang superb nyer..
haha..kenangan bersama dash yonkuro,..
aikut hati aku nak je cari balik kereta ni.nk kumpul wat koleksi bg cucu aku main
time tu mungkin rc da tahap guna jari je kot..
apa pun aku ade video pasal dash yonkuro kalo korang nak tngok..

enjoy!!!


salam
~~~akmal harith~~~

*better citer pasal 1 kartun je kan?...lama ko x on ym?...haha

Monday, May 16, 2011

perjalanan merumitkan

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, salam bukak entry dan salam 1 malaysia, hari ini telah masuk isnin bersamaan 16 mei 2011. sebelum tirai kata dilbuhkan eloklah kiranya saya mengucapkan selamat hari guru buar seluruh guru di seantoro malaysia yang melibatkan tenaga pengajar dari tadika sehingga ke peringkat universiti. selamat menyambut hari guru buat selamanya.

sesungguhnya pengorbanan guru tidak dapat disangkal dalam mentarbiah dan melahirkan intisusi umat yang berjaya, kerjaya seorang guru bukan sahaja melipti sebagai pengajar di sekolah bahkan guru merupakan mata bagi ibu bapa anak2 di sekolah. jika di rumah peranan mentarbiah anak2 dilaksanakan sepenuhnya oleh ibu bapa, namun tanggungjawab itu beralih apabila murid berada di sekolah kerana guru secara automatik mengambil alih peranan itu dalam memastikan sahsiah murid dalam keadaan terbaik.

lagu kat atas adalah dari senior2 sekolah aku dlu, kadang2 aku lupa, that i'm the hamidian, proud with the title, kenangan bersama mirwana...

jika di rumah, ibu bapa dapat memerhatikan  anak2 dengan lebih teliti. di sekolah. guru2 terpaksa memerah kudrat menjaga lebih kurang 28 orang murid dalam 1 kelas. berbanding dengan ibu bapa yang menjaga anak2 mereka sahaja. pelbagai ragam yang terpaksa mereka tempuhi dalam mendidik anak2 orang. kasihan mereka. salah cubit teruk mereka dipersalahkan.. salah rotan mahkamah tempat jemputan,

cukuplah sekadar itu. kalo panjang2 pun bukan korang baca nanti.haha,, yeah ni nak gtau ni. aku da mula bercuti mulai jumaat jam 1400H sampai rabu ni. mungkin malam kot aku baru balik.
cuti semalam dimulai dengan pembelian sub woofer baru yang mungkin akan menggegaran rumah aku..haha. dan mak cik aku pulak akhirnya xperia x-10 gak yg dia pilih..ceh, sia2 je survey pasal blackberry.

malam ni tadi baru lepak dengan kawan2 aku. x sgka kejap je da lain da dorang. .manusia ade pasang surut kan.haha...moga suksess kawan2..

apa pun doakan aku rajin update belog cuti ni, esok ingat nak wat skit2 clearance.tapi mcm x jd je. pasal budak2 ni ajak kuar lg..adoi...cmana ni??...

salam
~~~akmal harith~~~