Sunday, December 19, 2010

Dr Rozmey tolong aku!!!....

wah kali ini memang aku benar-benar memerlukan pertolongan dr rozmey..mana taknya semalam aku timbang berat aku dah naik 5kg..hari ni dapat outing apa yang berlaku sangatlah dahsyat...masa outing je aku da tibai snack plate(bajet nak diet r)...patu balik lak,aku tibai apam balik..dan sampai kat bilik member2 kat bilik aku bawak lak makanan..yela dorang sangat jarang outing berbanding aku...bila dapat peluang outing ni time ni la dorang tibai segala macam makanan yang ade dalam dunia ni..x lupa nak bawak balik...tapi sebelum tu aku nak seru dr rozmey bersama produk beliau yang sangat mahal.x mampu nak beli benda alah ni...dr rozmey bila ko nak turunkan harga jus mate5 ko ni...demi kebaikan rakyat malaysia gak..

Dr rozmey dan produk beliau....

dan kali ni da macam function umah lak.lama x buat function dalam rumah ni..last rasanya bila ek..yang tahap grand..kalo setakat makan maple tu da banyak kali...aku memang series!!!...aku x dapat nak sumbangkan makanan yang banyak akibat krisis berat badan...haha..apa pun meh kita tinjau apa yang budak-budak umah aku dan aku beli untuk function kali ni....
ini adalah keseluruhan makanan...

tu belum yang ada kat atas meja...kalo nak kira yang atas meja...ade air...ade kerepek apis...seterusnya...bagimana nak jadikan badan anda besar melalui pemakanan...
kita mulakan dengan pencuci mulut dengan makan kek secret recipe..sumbangan hafiz.....

apam balik terbaik dalam malaysia..apam balik sg besi...haha..
hidangan terbaik sumbangan tobi
 
first time aku makan subway...subway ni pun tobi yang bawak...
 aku terlupa dalam function kitorang ni ade rojak sg besi gak..gambar first tu ade gambar rojak yang aku lupa nak amek secara personal..sori macha..rojak ko belum mendapat tempat kat hati aku...dan kepada kawan2 bilik aku korang kena jaga berat badan korang..nt da jd macam aku,da masuk skuad BMI...baru ko tau cmana rsanya duk dalam golongan yang 'sihat'..tobi,rasyid dan hafiz...jagalah berat badan!!!

 haha...ini jelah yang kitorang makan yang mengakibatkan lemak dan kolestroldalam badan aku semakin bertambah dan bertambah...dah ler badan makin berat....kulit pun makin itam...kesian kalo kat ym asyik kena kutuk tam je ak ni...x pe la..asalkan aku x payah nak berselubung dgn selimut 24jam..haha.selamat bersejuk!!!


menulis....

sebelum menulis post kali ini..izinkan aku nak mintak maaf ntah knapa gambar aku maseh gagal untuk diupload..haha.x pe la,x de rezki..mungkin bosan skit tatkala hanya perkataan menjadi seri. Apa pun,aku seorang yang baru dalam dunia blog ni.meskipun akaun aku sejak mac 2009,akibat malas yang amat sgt nak  update.akhirnya tergendala mcm tu je..smpai la tahun ni apabila dapat bilik dengan blogger tegar...NOORHAIZAT dgn HAFIZNAVY..

apa pun dunia blog ni memang mencabar minda setiap blogger.bukan sebarang isu dapat diketengahkan...ade sesetngah blogger lebih suka menulis mengenai perihal peribadi mereka sendiri...blog lebih kepada diari,tempat meluah perasaan dan pandangan peribadi...ade sesetengah pulak lebih suka menulis tentang fakta dan isu semasa...pelbagai ragam yang aku temui sepanjang mula menjengah dalam dunia blog ni...ade juga yang lebih suka menggunakan blog sabagai medium mencari wang dan duit...itu hak korang la..x mau aku amek tau..yang penting korang bahagia dengan blog korang..hias cantik2 nt dapat award...haha

cuma wat masa ni aku pun sedang mencari apa sebenarnya konsep yang aku nak cube ketengahkan dalam blog ni.adakah mengenai pandangan peribadi yang lebih bersifat kepada kontroversi...atau sekadar berkongsi diari...apapun harapan aku blog ini mampu natijah yang berguna kepada semua pembaca dan pendengar blog ni...

sapa ade idea cmana nak kuruskan berat badan dalam keadaan ko memerlukan tenaga yang banyak..intuk pengetahuan semua..berat badan aku da naik mencecah 4kg...sekarang ni..aku nak macam dulu balik...adohai..abes la BMI(body mass index) ak...huhu....  DR ROZMEY help me...sponsor r just mate5 ko....

Saturday, December 18, 2010

musykil....



orang melayu memang macam ni..bnyak menimbulkan persoalan dari mencari jalan penyelesaian...semua benda nak dipersoalkan...apa yang kerajaan buat dipersoalkan...x buat dipersoalkan...kerajaan buat gini salah...gitu salah...tapi post kali ni x de kena mengena pun pasal kempen nak menyokong kerajaan...seperti yang diaur2kan oleh ramai pihak yang mana pilihan raya Umum ke13 akan berlangsung pada tahun depan akibat Dato' Seri Najib menangguhkan pemilihan agung UMNO...sekarang ni biarlah kita fokus pada pilihan raya negeri sarawak yang katanya bakal berlangsung lebih hampir dari pru13..

berbalik kepada persoalan diatas...orang melayu lebih banyak menimbulkan persoalan dari mencari penyelesaian...benda ni aku dapat ilham semasa berkumpul pada pagi semalam.aku mendengar seorang dari budak aku...asyik nak mengomel je..

menggomel-istilah yang digunakan kepada orang yang asyik bercakap itu salah ini salah...sampai aku pun nek mental dengar dia cakap macam tu..jangan mcm tu my friend..kalo ko syik menggomel sampai bila nak settle..tolong la..

apa pun nasihat ku kepada semua yang baca...ayuh..fikir solution bukan persoalkan...memang baik untuk mempersoalkan sesuatu bagi meningkatkan mutu sesuatu produktiviti...tapi biarlah persoalan itu disertai dengan jawapan...

aku nak upload gambar..tapi lama lak dia nak loading,,,geram aku..seb bek..ish3....bnyak gmbar smlm time function x masuk lg ni...(da berjaya)

kemenangan milik bersama...

salam kepada semua...first sekali maaf andai x update blog ni buat yang baca...yang x baca pun x pe..aku x keysa..aku bukan bro ben yang followers begitu ramai. aku bukan tun Mahathir yang mana blognya iklan sampai rm1000 sehari..aku tetap diri aku, Akmal Harith....ini nama aku yang cukup indah diberi oleh ibu dan bapak aku...sebelum aku meneruskan post ni...apa2 hal pun aku nak mengucapkan tahniah buat skuad bola sepak malaysia atas kejayaan membenam juara bertahan vietnam 2-0 pada perlawanan pertama semi final di Stadium Bukit Jalil..esok mereka akan menentang vietnam kat tempat lawan lak...good luck to all my bro...sangkaan aku meleset sama sekali terhadap safee sali.mula2 aku ingat dia x ley nak perform..x sgka lak dia perform malam tu..2 gol dia yg sumbat walaupun bola 2 bola muntah...syabas buat safee..bangga menjadi rakyat selangor...x lupa kepada semua pemain selangor..yang bermain untuk Piala AFF Suzuki ni...amri yahya,amirlhadi,safiq....tahun depan kita tebus Piala Malaysia yang terlepas tahun ni..


dan aku baru balik function@makan2 td..Alhamdulillah makanan sangat mengenyangkan dan syabas wat my senior yang berjaya wat function ni dalam keadaan mengejut...suprise sungguh...well done sir!!!..makanan yang disediakan pun okei...x de masalah x cukup...aku siap makan 3ketul ayam..haha.mana berat aku x naik..berat aku sekarang da naik 2kg r..aku kena turunkan balik ni...ish3...cmana ni.. Dr Rozmey...meh sini jusmate5 ko...bg aku...haha...


kemenangan buat pasukan bola tampar Bn aku..yang menang...alhamdulillah again..u guys did it...even nak menang tu sgt sukar...u guys made it...tu je kot untuk malam ni..esok doakan aku x de ap2..

Wednesday, December 15, 2010

ragu?

akibat ragu...hati jadi buntu..
sememangnya hidup memerlukan 1 keputusan..
samada itu tepat atau tidak ...
serahkan pada Allah Tuhan yang Maha Mentadbir alam ini..
asalkan keputusan yang dibuat kita tidak bercanggah  dengan syara'..
jangan pula kita menggantung harapan padanya tanpa ada usaha...
kehidupan hanya sementara...
manfaatkan sepenuhnya...
jangan berpatah balik setelah menemui 2 jalan...
sememangnya akan ade 'the road not taken'...
tetapi berwaspadalah....

sebenarnya aku dalam mood kecewa ni setelah pasukan aku tumpas..apa pun ade peningkatan..
cuma nasib x menyebelahi kami....

Monday, December 13, 2010

dunia kartun..

salam kepada semua..
sememangnya ramai telah post pasal benda ni..
dunia kartun mereka yang mereka minat semasa kecil ...
macam2 jenis kartun yang keluar..antaranya kamen rider,ultraman..
berbagai2 lagi...tapi aku,series aku x minat dgn kamen rider...
ultraman bley r skit2...x amek dan x arif sgt pasal ultraman...
cuma tau beberapa jenis ultraman je,antaranya..
taro,seven,dyna, dan banyak lagi r..x tau aku..
cume aku tertarik dengan beberapa kartun dibawah..yang mana mmg aku layan sewaktu kecil2 dlu..
haha..
antara kartun yang berjaya menambat hati sewaktu aku kecik dlu..
antaranya, the simpson dengan cybercops..

kesah hikayat cybercops bermula apabila kejadian jenayah di jepun tetiba meningkat dengan mendadak...lantas pasukan polis tokyo telah mencipta 1 taskforce atau pasukan khas untuk melawan situasi tegang yang berlaku...pasukan yang dinamakan ZAC(Zero-Section Armed Constable) telah dicipta untuk menghadapi misi2 yang sukar melawan pengganas..atas usaha ini jabatan saintis di pihak polis mencipta 1 sut armor khas yang dikenali sebagai 'bit suits'..cybercops telah dianggotai oleh 4 anak muda...apa pun korang kena layan cerita ni ek....
cybercops

dan kartun next yang x tau r kenapa aku minat giler waktu kecik2 dlu time tu umur aku 4-5tahun..iaitu the simpson...haha..mengisahkan pasal sebuah keluarga simpson yang terdiri dari Homer, Marge, Bart, Lisa dan maggie..latar tempat bagi cerita ni adalah kat springfiled yang ada unsur2 penyidiran tentang pelbagai ciri-ciri tabiat termasuk budaya hidup masyarakat kat Amerika...siri kartun ni penah mendapat anugerah guinness world record bagi siri kartun yang paling panjang penah diterbitkan Fox broadcasting company..apa pun kartun ni memg best dlu waktu aku kecik2...balik tadika dengan mak aku je..terus bukak tv carik cter ni..sampai bapak aku belikan aku hadiah model bard simpson men skateboard..tapi ntah mana da benda tu...yela 4 generasi nak men benda tu kan..sampai kat adik2 aku je...JAHANAM....ke aku yang menjahanamkan benda tu...x tau la plak..hahaha...

keluarga bahagia encik simpson....bersama pets mereka..

apapun semoga korang bahagia dengan kartun korang ek...kalo korang ade kartun yang best dan lagi best dari kartun aku ni...jom kita kongsi...share...

Sunday, December 12, 2010

pengajaran...

actually,hari ni ahad kan..aku x de aktiviti sgt..nak update blog pasal benda bru pun mcm x d idea..kalo ade idea pun kena kaji dlu...takot isinya merbahaya..cume ak tertarik pasal 1 buku yang ditulis oleh Kua Kia Soong pengarah Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) yang mengisahkan tentang perbelanjaan kewangan oleh kementerian pertahanan. Semua ini dipersoalkan setelah kerajaan menarik balik subsidi minyak bagi mendapatkan balik Rm 700 juta yang 'hilang' demi pembangunan negara namun kementerian pertahanan telah mengumumkan bahawa kontrak bernilai rm10.4 billion telah dimetrai. kontrak yang dimetrai adalah bagi pemodenan dalam angkatan tentera dan pertahanan negara.

aku serahkan kat korang untuk menilai kerana aku  kalau boleh tidak mahu memberi sebarang komen mahupun pendapat kerana kes ini berkenaan dengan majikan aku..aku bekerja bawah majikan aku. apa pun semoga korang tidak memberi komen berdasarkan nafsu membabi buta..tetapi sebaliknya atas dasar hujah yang dibuat kajian.

minggu ni aku ada latihan rugbi,setelah 3tahun aku tinggal sukan rugbi.nak main balik ni memang keras badan.haha...badan dah ler belum berapa fit lg.maseh mencari fitness yang dulu. apa pun ucapan terima kaseh buat staf seniman(jurulatih jasmani ak)..yang bertungkus lumus memikirkan kaedah yang sesuai dalam meningkatkan stamina kami...harapan aku,nak main rugbi ni dielakkan dari sebarang musibah dan malapetaka(nauzubillahi min zalik)...

wilkinson(kanan)

habana(yang tengah 'fly')
dan aku nak mengucapkan selamat menjawab peperiksaan yang bakal berlangsung bulan depan kepada sahabat karib aku yang selalu aku buli..hahaha..jangan marah ek..ko da nak exam kan..moral kena jaga,makan minum segalanya..jgn la asyik makan ikan bilis masak kicap je...kalo nak diet pun.pastikan pemakanan betul ek...aku doakan ko mendapat petunjuk dan kejayaan dalam exam ni...insyaAllah...buat elok2...lama da x sembang dgn ko...