Tuesday, June 14, 2011

melempang lempeng

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh, artikel pada petang ini ditulis lebih bersifat mungkin monolog persorangan aku di bilik pada petang yang indah ini, tiba di bilik pada petang isnin yang indah ini telah memberi ruang untuk mengupdate bellog ini yang semakin hari semakin jauh hatinya dari aku. insyaAllah dalam minggu ni, cuba la nak update serajin-rajinnya. Minggu ni dengan minggu depan bizi skit.

alhamdulillah Tuhan itu maha Kaya dalam memberi rahmat kepada hambaNya. tidak mengenal yang hitam atau yang putih. yang memakai spek atau tidak, yang sedang exam atau yang sedang berhitam. Namun telah tertulis rezeki bagi setiap hambaNya. meskipun tiada sampai di dunia. InsyaAllah akan tiba di akhirat kelak.

untuk minggu ni, aku sedang menonton kembali drama slot akasia tv3,Nora elena. lakonan aaron aziz, siti saleha , erry putra, zul ariffin. kisah yang menggambarkan kehidupan Elena sebagai seorang Gadis yang telah melalui zaman gelap sewaktu persekolahannya dulu kini dihimpit perasaan bercampur baur adakah ini berterus terang dengan tunangnya, Eid lakonan zul ariffin ataupun merahsiakannya. Aaron aziz yang melakonkan watak Ahmad Seth tan. pujian harus diberikan kepada Aaron aziz.

lakonan beliau wajar dicontohi oleh setiap lelaki dalam dunia bagaimana menjadi seorang lelaki especially seorang suami yang sabar dalam melayan kerenah isteri. apapun yang mana x layan Nora elena ni..g la layan citer ni. tapi ingat jangan sampai taksub lak..





1 comment:

  1. ish ! tak dapat tgk last episod. tak aci ni.. :p

    ReplyDelete