Sunday, December 12, 2010

madu lebah...

salam...
wat 2hari ini aku maseh x de idea nak update pasal pe..
idea tu ade tapi nak untuk ak post kat blog ni..rasanya bukanlah benda yang sesuai..
cuma ak nak share pasal madu lebah dan kesan terhadap air mani lelaki..
pasal ade pembaca yang mengadu 
air mani dia didatangi semut selepas minum madu lebah.
pelik tol dia ni...last doktor tu pun menjelaskan..
kat sini aku sertakan jawapan dari doktor tu...
diharap lepas ni korang jaga la pemakanan korang ek..
hehe



Anda mungkin tidak tahu yang air mani mengandungi pelbagai khasiat selain benih lelaki. Salah satu khasiat yang didapati dalam air mani ialah fructosa dan sedikit glukosa yang sudah tentunya akan menarik minat semut. Madu lebah yang anda minum itu hadam oleh usus anda dan tiada kemungkinan ia sampai ke air mani anda! Berbalik kepada kandungan pelbagai khasiat dalam air mani manusia, senarai bahan yang berkhasiat itu ialah seperti berikut:


  • Protin yang mana kandungan asid amino dalam air mani lebih banyak dari kandungan dalam darah manusia.




  • Glukosa dan Fructosa yang mana bahan yang memberi tenaga ini terdapat dalam air mani dengan banyak. Bahan ini untuk kegunaan sperma yang aktif. Air mani yang keluar tanpa Fructosa dan benih menandakan salur sperma terkandas di kawasan pundi seminal. Jadi kandungan Fructosa dapat membantu menentukan paras salur sperma yang terkandas.




  • Kandungan Citrate dalam air mani dalam bentuk kalsium, zink dan magnesium. Selain itu, terdapat lipids yang biasa dalam bentuk ‘lipid bodies’ iaitu choline, asid sialic, inositol, spermine, pyruvate, creatine dan asid ascorbic.                                                          





  • sumber asal boleh la korang bukak link ni.....semut dan madu .haha.lepas ni berjaga2 wahai kaum adam...

    Friday, December 10, 2010

    perkahwinan awal usia?.....

    salam kepada semua. Baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan perkahwinan seorang remaja wanita melayu berusia 14tahun dengan pasangannya seorang guru yang berusia 23 tahun. Ramai yang telah melahirkan pendapat mereka mengenai isu ini yang dianggap telah melanggar akta dalam perlembagaan negara. antara mereka adalah dato seri shahrizat,beliau mengatakan ,

    Shahrizat Abdul Jalil, the minister for women, family and community development, said in July that underage marriage was "morally and socially unacceptable".

    Shahrizat mungkin melihat isu ini seperti kes-kes lain yang dilihat seolah-olah menindas hak asasi wanita,saya melihat beliau seakan-akan 'berpakat' dengan puak-puak yang bersifat 'ultra kiasu'(mengambil istilah yang digunakan dr ridhuan tee).,.yang seolah-olah cuba menghentam siti maryam tanpa mengambil sebab beliau berbuat demikian. Jika anda membaca komen2 yang dikemukakan oleh puak-puak ultra kiasu ni, anda akan melihat mereka seolah-olah lebih melayu dari melayu. Dan seperti yang kita maklum untuk membandingkan perkahwinan nabi dan siti aisyah kita sememangnya tidak layak kerana siapalah kita sebenarnya . Siti AisyahTetapi Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda

    Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

    tetapi shahrizat sepatutnya melihat benda ini dari sudut yang positif,siti maryam bukan calang-calang orang. beliau adalah pelajar aliran tahfiz dan seorang yang bakal menjadi hafizah. bukankah lebih baik shahrizat yang seorang melayu islam membela adik siti maryam. Sememangnya perkahwinan ini salah disisi undang2 negara kita tetapi ianya tidak salah disisi agama islam. siti maryam telah cukup syarat untuk berkahwin. Sepatutnya beliau turut menasihati golongan muda diluar sana supaya mencontohi siti maryam dan pasangan beliau dalam usaha mengurangkan gejala sosial yang kian menular pada hari ini. kes wanita mengandung luar nikah, anak lari mengikut kekasih dan bantuan2 tidak sampai kepada golonnagn sepatutnya seharusnya mendapat perhatian lebih dari sharizat yang mana jumlah peratus lebih besar dari kes ini.
    Datuk Seri Jamil Khir

    dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk seri  Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab ke atas kes ini kerana siti maryam telah berkahwin di bawah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM). bersama dengan 250 pasangan lain dalam satu majlis. sepatutnya Datuk Jamil yang memberi pendapat kerana beliau adalah menteri yang bertangunggjawab sebagai menteri di jabatan perdana menteri. Datuk Jamil bukan calang-calang orang. Beliau pernah memegang jawatan sebagai pengarah KAGAT(kor agama angkatan tentera) dan berpangkat Mejar Jeneral. 

    dan syabas juga diucapkan kepada mahkamah syariah kerana meluluskan permohonan beliau, ini menunjukkan bahawa mahkamah syariah telah mula menunjukkan taringnya apabila berani menyuarakan apa yang dibenarkan oleh islam tetapi di limitasi oleh perlembagaan. Ini adalah kesan positif bahawa tidak mustahil suatu hari nanti kuasa mahkamah syariah setanding dengan kuasa mahkamah persekutuan. InsyaAllah islam akan bangkit.


    Wednesday, December 8, 2010

    rabu ini

    assalamualaikum dan
    selamat petang kepada semua petang ni..x de apa just nak cerita tentang kemajuan ahli bilik aku,yang kini telah maju setapak kehadapan dengan menggunakan broadband...
    yeee..tahniah diucapkan kepada saudara hafiz @aku statik gold
    dengan menggunakan broadband celcom,kini beliau mampu
    untuk mengakses dengan lebih jauh....

    dan aku juga dengan rasminya semalam telah mendapat broadband baru..
    tq abg maxis..kerana membantu aku menyelesaikan masalah akaun aku..
    akaun aku telah bertukar dengan cik nurulhuda bt mohd razeef.
    yang mana individu ni ak pun x kenal sapa..
    apa pun selamat  melayari jalur lebar kepada
    hafiz navy..
    yang kawan aku sorang lagi bila nak bertukar kepada 
    broadband?..hp ko nak guna sampai bila je...haha
    kiri: milik hafiz kanan: aku nyer..
    pemandangan du suria KLCC
    hentian LRT masjid jamek dalam renovation...
    sekadar berkongsi pemandangan..




    salam maal hijrah 1432..

    selamat menyambut maal hijrah buat semua..hari ini 1muharram bersamaan 7disember 2010...hari ini aku telah keluar ke bandaraya kuala lumpur menjelajah segenap bandaraya menyaksikan warga kota kuala lumpur berpeleseran di sekitarnya. 2lokasi yang menjadi tumpuan adalah di pertama kompleks dan juga kuala lumpur city centre(KLCC)..lokasi yang cukup menarik.Semasa berjalan di lorang TAR. aku sebenarnya nak cari jersi Malaysia yang baru.malangnya yang ada cuma baju biru je(yang dipakai ketika malaysia menentang laos malam ni)..apapun tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menundukkan laos 5-1 seterusnya mara ke pusingan kedua menentang juara kumpB..syabas buat kalian...


    pasukan Malaysia...dengan jersi baru yang nampak lebih garang dan ganas


    baju biru ni je yang ade td...

    sebenarnya tadi, aku berjalan bukan apa. sebenarnya dalam hati ak cube merasakan apakah takrifan tahun baru pada masyarakat islam malaysia pada hari ini. kerana aku lihat kehadiran masyarakat ke pusat membeli belah lebih pesat dari hari biasa. cube merungkai di mana salahnya ,adakah kesedaran dalam diri masyarakat masih belum kuat. kerana pada tahun ini aku gagal merasai apa yang dinamakan ruh sambutan tahun baru Hijrah. macam tahun baru islam ni x de apa makna. x tau la kan korang.pasal ak meraikan tahun baru semalam kat tengah Kl...harap2 nya masyarakat dapat mengambil iktibar tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tahun baru islam. bukan sekadar memenuhi dan memeriahkan pusat membeli belah...

    iktibar sempena penghijrahan nabi muhammad s.a.w ke kota madinah pada 622masihi...

    Sunday, December 5, 2010

    kentalkan diri..tenangkan jiwa..

    assalamualaikum buat semua,
    di sini sk nak berongsi sedikit tips tentang bagaimana nak dapat ketenangan jiwa yg kukuh,dalam erti kata lain sekiranya hati serabut bagaimana nak mengelakkan dari terus menjadi kalut. mungkin post ni ditujukan buat yang mengetahui post ni mcm untuk dia..haha..apa pun selamat mempraktikkan ap yg ak share ni..di diambil dari tips seorang motivator terkenal... dato dr hj fadzilah...antara tips untuk mendapatkan jiwa yang tenang adalah..


    1-banyakkan solat2 sunat dan berdoa, selain solat fardu yang wajib. semasa berdoa.mintak kat Allah supaya menenangkan hati kita,bersihkan hati dari perkara2 yang lagho(lalai)..

    2-banyakkan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w..paling kurang pun 100x sebelum masuk ke kamar tidur. Mintak mudah2 mudahan kita mendapat syafaat di akhirat kelak. InsyaAllah dgn berselawat hati jadi tenang,minda jadi lapang.

    3-membaca al-Quran.kalo boleh kan,korang baca la tafsir sekali..selain mendapat ketenangan,mana tau korang jumpa ayat2 hikmah dalam quran tu.

    4-ingat sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bermonolog dalam diri "walaupun susah,aku mampu lakukan"...ayat memotivasi dalam diri kita supaya mental kita di'tune' menjadikan benda tu mudah. jangan sekali-kali kita mengutuk dan merendah2kan diri kita.

    5-sentiasa memaafkan dan meminta maaf kepada orang lain sebelum tidur,dan kalo boley jangan berdendam dengan orang meskipun orang berdendam dengan kita. semasa meminta maaf sebutkan apa kesalahan kita pada orang tu...

    6-sentiasa berpakaian dengan pakaian ulama'. dengan cara ini,orang akan tenang melihat kita dan apabila orang tenang melihat kita insyaAllah akan beri ketenangan pada kita.

    7-berkawan dengan ulama' dan orang2 alim.

    8-bersedekah. banyak2 la bersedekah kalo kat tabung masjid tu. insyaAllah.kalo korang sesak x de duit pun..Allah akan bagi rezki lain kat korang..ni apa yang ak rasa tau. meskipun mesin ATM rosak..tapi duit tu x rasa sangat. member2 pun ramai..wat loan r..haha

    Saturday, December 4, 2010

    lirik bujang senang- wings

    Ketenangan air halus manja
    Tersebut satu kisah puaka
    Asal manusia
    Menjadi buaya
    Beraja di lubuk ngeri

    Rangkak tenang mencari mangsanya
    Segala berlaku senyap sunyi
    Siapa mencabar bersedialah
    Akan menjadi mangsanya
    Akibat sumpah puaka

    Suara ngeri
    Datang dari lembah sunyi
    Maut menanti
    Dari sudut tanpa kesan
    Kelaku misteri sukar di cari
    Tubuh menyambar timbul tenggelam
    Gelar diberi buaya ini
    Buaya lagenda
    Bujang Senang

    budak2 ak tengah layan lagu ni beb....macam dasyat je...haha

    konsert double trouble wings dengan search nak buat kat sunway lagoon lak..kehadiran dijangka 30000org..

    ulasan isu semasa....

    salam buat semua yang telah singgah ke blog ni. setelah hampir seminggu ak x update blog ni gara-gara pelbagai masalah yang melanda bukan saje disebabkan musim periksa,tetapi masalah internet juga telah membuat aku x keruan memikirkan bagaimana agaknya mahu mengakses internet. tapi x pe..atas bantuan rakan aku akhirnya ak berjaya jugak on9 dan terima kasih kepada saudara bilik mohd rasyid ..haha.

    post kali ni x berapa terautur sangat pasal aku da mula menjalani latihan untuk cuti sem ni..org lain bercuti,ak ber'pt'..x pe la rezki ak kan kat sini..nak wat cmana,bnyak isu yang timbul baru2 ni..bukan banyak je.teramat2 bnyak,dari isu air dan malam ni sewaktu aku nak post benda ni.khabarnya harga minyak,gula dan gas dah naik. x mau cakap pasal isu ni pasal ak bekerja bawah kerajaan yang memimpin skrg.


    ap pun ak tertarik nak mengulas pasal isu dato zahid hamidi yang mengatakan bahawa orang bukan melayu tidak patriotik kerana tidak ramai sertai tentera. saya bukanlah seorang yang layak sebenarnya untuk bercakap bg pihak zahid hamidi. tetapi dalam pengamatan ak,dato zahid merupakan seorang pemimpin pada hari ini yang sangat berpotensi untuk melangkah jauh ke hadapan berbanding dengan rakan seangkatan beliau. ak mula mengenali beliau ketika beliau menjadi timb menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada tahun 2004. waktu tu beliau telah mengunjungi sekolah ak dan ak amat tertarik pada perwatakan beliau.


    meskipun beliau sekarang ini memegang portfolio menteri pertahanan,namun beliau bukanlah seorang bekas tentera mahupun individu yang menerima latihan ketenteraan secara khusus,beliau hanyalah seorang menteri.dan pada sy seorang individu khususnya ahli dewan rakyat yang bukan dalam kalangan tentera tetapi mahu bercakap tentang hal2 berkaitan ketenteraan seharusnya berfikir dan membuat kajian sedalamnya. kita lihat dgn apa yang berlaku pada Yb Saifudin nasution yang mengusulkan supaya latihan pasukan khas dikaji semula kerana pada pengamatan beliau latihan yang diterima pada hari ini bersifat kejam.

    cakap beliau sememangnya sy sendiri tidak boleh terima. isu ini melibatkan keselamatan pertahanan negara kita, latihan yang sebegitu adalah wajar kerana yang menerima latihan tersebut adalah mereka yang bakal diserapkan ke dalam pasukan khas. Oleh kerana rentetan peristiwa itu,seorang demi seorang ahli dewan rakyat membuat kenyataan tentang angkatan tentera malaysia. isu tentang orang bukan melayu mengangkat tangan juga dipersoalkan,akhirnya individu yang mempersoalkan perkara ini meminta maaf.

    dato' zahid telah dikecam hebat oleh orang bukan melayu kerana menuduh mereka tidak patriotik terutama parti politik bukan melayu akibat sedikit golongan yang menyertai tentera, sedarkah mereka apakah yang dimaksudkan dengan patriotik. dato' zahid telah dikecam hanya kerana beliau adalah seorang menteri andaian sy jika beliau adalah seorang bekas tentera pasti beliau tidak dikecam sehebat ini. nasihat sy kepada mereka yang menganggap kenyataan dato zahid tidak betul supaya renungkan kembali..kira berapa bnayk peratus rakyat malaysia dan pecahan antara melayu dan bukan melayu berapa ramai. Seterusnya dari pecahan itu berapa ramai yang terlibat dalam angkatan tentera kita...

    fikirkan masa hadapan....