Wednesday, April 25, 2012

Ramlah Ram

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Nampaknya belog ni macam dah kelihatan lain. Jadi, sekaranglah masanya juga untuk teman membuat pembaharuan pada belog teman. Rasanya dah beberapa kali teman cakap nak buat pembaharuan, tapi tetap sama belog teman ni. Buruk dan hodoh.

Rasanya sedar tidak sedar sudah masuk minggu kesembilan sesi akademik semester 2 2011/2012. Ramai yang merasakan termasuk teman sendiri seakan-akan baru minggu awal-awal. Mungkin kerana agak lapang Sem ini. Tamatnya sem ini bermakna teman akan menjalani latihan peraktikal selama 10 minggu. Rasa bagai sekejap benar 10 minggu itu. Mungkin teman bercadang nak buat kerja part time. kot...

Dan kini semakin ramai sahabat-sahabat teman yang mula berhijrah ke alam baru. Mulanya si kecik, diikuti oleh beberapa individu lain yang mencari peluang pekerjaan baru. Adalah bagus untuk berhijrah mencari alam baru. Seperti mana yang pernah dibuat teman dalam berhijrah mencari sekolah. Nabi juga menggalakkan kita berhijrah mencari kehidupan yang lebih baik.

Lupakan segala yang membuat kita sengsara, tinggalkan kepahitan itu bersama peninggalan kita.

Pada asalnya berat jugak teman nak meninggalkan sekolah teman dan pergi ke sekolah baru yang sememangnya lebih dekat(boleh ngempeng) dengan rumah, ramai sahabat baru dan suasana baru. Namun teman sukar untuk meninggalkan kenangan teman di sekolah lama teman. Sekolah yang mengajar teman cara hidup, sebagai seorang junior dari tingkatan 1.

Semoga selamatlah semua di alam baru yang menjanjikan 1001 cabaran baru dalam merojak kehidupan anda semua. Persediaan dari segi mental dan fizikal haruslah cukup memandangkan ini kali pertama anda menceburi bidang baru.

Dan banyak respon berkenaan bb cream yang teman terima dari pembaca belog yang hampeh ni. Dan harapnya cik yang perasan 'kurus dan comel' dapat mendapat lebih penjelasan apa itu bb cream. 

ko punya cover photo bila aku boley tukar..

Teman dulu sebenarnya pernah bermain rugbi, dan kadang2 teman ingin kembali bermain rugbi macam dulu, tapi apakan daya jari teman yang dislocate masih belum pulih dan rasanya seakan-akan cacat kekal jari teman ini. Terima kasihla kepada seorang rakan yang membuatkan jari teman ni 'cacat'. 

inilah namanya rugbi

keadaan jari teman dulu setelah menerima rawatan


hanya bandage dan benda bodoh tu je hilang, sakit tetap rasa.


2 comments:

  1. tukala klu nk tuka cover photo tu.aku rse aku sorg je kot xtau bb cream tu mende.

    ko da jumpe ke tmpt praktikal?

    ReplyDelete
  2. hey,,,aku x cerita lagi ek?...haha.

    dah..alhamdulillah hasil usahasama antara bapak dan anak maka dah dapat tempat praktikal yang dicari-cari selama ni..

    ReplyDelete