Wednesday, April 18, 2012

sikap prejudis perlu dikikis

meletakkan gambar buku penaik semangat!!!
assalamualaikum dan salam awal membuka bicara.

tulisan ini dibuat pada malam ini meskipun esoknya teman mengetahui bahawa teman ada test pada subjek yang teman memang malas sikit baca bukunya pasal melibatkan macam sejarah. atau dalam erti katanya manufacturing process. process pembuatan. subjek yang memerlukan pembacaan yang tinggi serta penghayatan dan kefahaman  dalam menuntut penuntut mengerti dengan terperinci apa itu pembuatan bahan.

manakala teman pun sememangnya agak piruk sedikit apabila ditanya tentang soalan2 yang lebih sesuai ditanya kepada pelajar2 yang ambil pengurusan/ pentadbiran yang lebih kepada teori berbanding pengiraan. SUMPAH soalan teori memang fail!!!. sama macam test semalam. mula2 dah tanya teori.

tapi jangan risau untuk test kali ini teman akan lebih bersedia samada dari segi fizikal dan taktik. hahaha =D

ProbLem??..haha
teman juga ingin mendoakan sahabat baik teman yang kini mungkin dilanda depresi agar segera sembuh dari dan kembali normal seperti dulu. Kuatkan semangat dan gagahkan diri menghadapi segala musibah yang menimpa. sesungguhnya kerap kali teman berpesa. musibah dan ujian adalah penghapusan kepada dosa kecil. kamu adalah penguat semangat kepada adik2 kamu. kamu juga adalah harapan kepada ibu dan ayah. 

ya, peranan anak sulong macam teman ni sangat besar dalam keluarga. andai pincang anak sulong itu maka keluarga akan kelihatan sedikit goyah. ibu dan bapa sememangnya akan memberikan layanan berbeza kepada adik2 kita kerana merasakan apabila adik kita lahir keadaan telah mungkin sedikit selesa berbanding kelahiran kita dulu.

pilihan raya bakal menjelang tiba, sekarang semua orang termasuk bekas menteri UMNO sendiri telah turun padang bagi menyatakan sokongan mereka kepada parti yang mereka sokong. dahulu dalam kabinet dikatakan takut bersuara kerana bimbangkan takhta. kini bila takhta tiada, mereka selesa bersuara bagi memberi gambaran kepada rakyat.


lagi banyak teman nulis lagi merapu rasanya. rasanya baik teman undur diri seeloknya.

3 comments:

  1. Assalammualaikumm wbt

    Sakit tu tanda Allah sayang pada kita

    Tanda Allah tu nak kita lebih dekat dengan Dia.

    Atleast sakit membawa petanda kita sebenarnya hebat. Kenapa??

    Hebat sebab dapat rasa nikmat sakit yang Allah beri dan kita tetap yakin dan kuat sebab kita mahu teruskan hidup.

    Hidup untuk Allah..Hidup untuk teruskan ibadah selagi Allah beri ruang untuk bernyawa.

    TEST kamu ok kan? hopefully sumenya dalam keadaan baik.Usaha lah dengan lebih gigih. InsyaAllah di sebalik kegigihan dan kepenatan itu pasti ada ganjaran yang sedang menanti.

    WAJAR JADI SUSAH sebab kita PELAJAR ^___^

    WAJAR JADI SENANG bila kita dah BERKERJA.

    WAJAR JADI KAYA bila kita dah BERHARTA.

    WAJAR JADI BAIK bila amalan kita sentiasa jadi satu KEWAJIBAN dan mengharap masuk ke SYURGA.

    Dan lupa slogan kata ini

    KEWAJIPAN . MARUAH. INTEGRITI

    ^___^ peaceee no war !!


    Salam Sayang Kerana Allah
    PAB.

    ReplyDelete
  2. kewajipan maruah integriti
    tu slogan syarikat sungai pelangi ke?...macam biasa dengar slogan2 ni..

    apa pun
    1 Malaysia, rakyat diutamakan pencapaian diutamakan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete