Friday, January 27, 2012

UMNO dalam BARISAN NASIONAL

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. pada hari ni ingin benar bercakap pasal soal politik. bukan selalu dibenar cakap politik ni. kata orang, politik ini sekadar mencari publisiti pada masa kini. Bukanlah hendak atau mahu bercakap besar atau bermegah-megah. tetapi sekadar berkongsi pandangan.

UMNO- united malays national organization atau dalam bahasa melayunya adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan oleh dato onn bin jaafar sekitar tahun 1946. Untuk mengetahui lebih lanjut pasal UMNO anda boleh klik link ini.(UMNO). Dan berita terbaru berkenaan UMNO, Boleh klik link ini. (UMNO juga).

sememangnya diakui UMNO telah banyak melakukan perubahan dalam negara kita. dari wakilnya Tunku Abdul Rahman sehinggalah kepada sekarang perdana menteri Malaysia ke6. YAB dato' seri Mohd Najib Bin hj Tun Razak. sejarah salasilah UMNO sememngnya begitu menarik terutama ketika era pemerintahan perdana menteri Malaysia ke 4, Tun Dr Mahathir. UMNO telah banyak melalui zaman kegemilangan dan tidak lupa juga zaman kejatuhan terutama ketika tahun 1986 apabila Tun Mahathir ketika itu terpaksa membubarkan UMNO akibat krisis dalaman bersama Tun Razaleigh Hamzah.


Persoalan utama ketika ini, adakah masih relevennya UMNO pada hari ini. Ketika Kerajaan sibuk melaungkan 1Malaysia. Saya pernah bertanyakan soalan ini kepada pensyarah saya sewaktu kelas pengajian malaysia 2tahun yang lepas. jawab beliau

"UMNO masih lagi releven pada hari ini kerana dengan UMNO kita orang melayu masih boleh menjaga nasab kita."
Jawapan dia panjang sebenarnya, akan tetapi saya mengambil yang ringkas sahaja nak menunjukkan bahawa beliau bersetuju bahawa UMNO itu masih releven. 

Tengku Razaleigh
Jika diikutkan formula politik yang digunapakai oleh Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR dalam pilihan raya 2008, sememangnya UMNO kini tidak lagi releven. PKR adalah parti yang dianggotai oleh pelbagai kaum dan pelbagai kaum juga memegang pucuk pimpinan parti seperti Tian Chua, YB S manikavasagam(ahli parlimen) dan ramai lagi. Tetapi disebabkan Dato seri anwar ibrahim terlampau sibuk dengan kes beliau. dilihat seakan2 beliau gagal untuk menjaga pemimpin dalam parti itu.

Bukanlah hendak mengata PKR ini bagus dan UMNO ini tidak. tetapi, ini berdasarkan pilihan raya pada tahun 2008 dan strategi yang digunakan oleh PKR. begitu juga dengan PAS. pada pilihan raya lalu, PAS telah membuat beberapa pembaharuan dengan mengaktifkan kelab peminat PAS bagi kaum2 lain yang bukan beragama Islam. meskipun Majoriti penyokong PAS adalah kaum melayu.

Sekali lagi diingatkan entry ini ditulis bukanlah kerana saya anti kepada mana2 parti dan menyokong mana2 parti.tetapi sekadar membuang masa di papan kekunci.

 salam semua....

No comments:

Post a Comment