Sunday, August 14, 2011

setelah lamanya menyimpan

Assalamualaikum dan salam lebaran buat semua, wah nampaknya setelah kian lama baru berpeluang untuk aku mengupdate belog ni, maafkan bapak ya,bukan sengaja tidak mahu mengupdate tetapi perasaan gusar dan gelisah sering menghantui diri ini tetapi lega setelah hari ini,hurm banyak persoalan terjawab jugak. even yang sekecil dan kadang aku x perlu tau. oleh kerana lama aku x update belog..jadi malam ni ingat nak update panjang2 la.sepanjang gurun sahara..

Alhamdulillah puasa da nak masuk separuh bulan dalam erti kata lin 15 hari da, namun masih banyak insan di luar sana yang memandang sepi akan kehadiran bulan ramadhan ini. harapnya aku x termasuk dalam golongan itu. risau jugak kan. yela..kita ni hidup membujang,duk dgn member2..seb bek member2 aku semuanya okei.

dan tahniah buat mereka yang menerima kehadiran cahaya mata baru dalam keluarga mereka, masihkah punya bicara akan kehadiran ahli baru ini. kehadiran ahli bau biarlah diserikan dengan suasana yang baik dan ceria. biarlah penuh dengan warna2 yang molek dipandang kerana kehadiran ahli baru seperti sebuah kain putih. keluarga yang mencorak dan mencarikkannya.
wah baby...comelnya...

isu terbaru pada hari ini adalah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis agama islam pulau pinang tentang pengharaman menggunakan alat pembesar suara untuk bacaan quran sebelum azan subuh,pelbagai pendapat telah diminta dan kebanyakkan mereka yang arif mengenai agama juga menyokong fatwa yang dikeluarkan oleh majlis agama  islam pulau pinang. kerana kesesuaian tempat, iaitu pulau pinang kebanyakkan kawasan dihuni oleh mereka yng bukan beragmana islam. jadi seharusnya tidak wajar menggunakan pembesar suara untuk bacaan quran. cukuplah laungan azan menggunakan pembesar suara.
jangan sampai kita dilarang pulak nak azan guna pembesar suara

dan dalam kemeriahan menyambut hari raya, aku x shopping lagi baju raya ni.haha,,,tggu duit masuk maa baru boleh shopping...huhu,tapi aku ingat nak beli kamera dulu r. antara kamera fujifilm dgn kamera nikon, mana u'alls prefer?...huhu.akhir kalan..rasanya da cukup panjang kot kali ini,izinkan sy mengundur diri..andai ade sakit2 tu cepat2 la ubati..nak raya kan. nak makan macam2...mana tau ade yg x ley makan pasal ulser ke, bibir kering ke...kesian pak cik tengok...keh3..:D

salam
~~~akmal harith~~~

1 comment:

  1. Alhamdulillah..akhirnye terUPDATE juge blog anda.. nice writing, penuh maklumat.. good writers :)

    miss A

    ReplyDelete