Wednesday, August 24, 2011

Bagaimana Mahu Kekal Langsing.

Assalamualaikum dan salam sejahtera mahupun salam 1 malaysia buat semua. Hari ini dalam entry kali ini, aku mahu berkongsi dengan semua tentang cara-cara dan bagaimana aku (akmal harith) mengekalkan bentuk tubuh badan. Ramai di luar sana bertanya bagaimana saya mampu menurunkan berat badan sebanyak 7kg dan mengekalkan bentuk tubuh badan. Ayat macam poyo tapi aku try gak nak share dengan korang cara-cara aku bersenam.

1. Jogging
Berjogging untuk tempoh masa kira-kira 20minit sudah memadai. Ini juga bergantung kepada jarak dan kelajuan anda. tetapi saranan saya, untuk langkah permulaan sudah memadai anda berjogging secara perlahan atau dalam kata lain 3langkah sesaat. jarak tidak pula saya ambil kira asalkan sudah mencukupi 20min.

2. Bermain Tangga.
Ramai di luar sana terutama kaum wanita yang mengalami masalah selulit atau tayar spare terutama di bahagian perut, ketiak dan celah kangkang. latihan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menaiki tangga. tetapi AWAS!!!, latihan yang betol untuk tangga sangat perlu. Ramai yang salah sewaktu latihan ini dengan menggunakan kekuatan lutut 100%, ini boley menyebabkan bahaya pada lutut anda. Cara yang betol adalah dengan sewaktu menaiki tangga anda "twist'kan pinggang anda. Untuk pertama kali saya percaya anda akan kekok. Tetapi lama kelamaan anda akan biasa dan selulit akan hilang secara perlahan-lahan.

3. Mengawal pemakanan.
Saya tidak bersetuju kepada mereka yang mengamalkan diet dengan menahan lapar dan kehendak untuk makan. Saya sendiri pernah mencuba cara ini dan hasilnya memang cepat, tetapi anda terpaksa mengawal pemakanan untuk tempoh yang lama dan badan akan naik dengan cepat sekiranya pemakanan tidak dijaga. Nasihat saya adalah mengawal pemakanan dan jika anda hendak makan biarlah makanan yang seimbang dari segi karbohidrat,pottasium dan segala khasiat. keseimbangan antara pemakanan dan senaman juga penting. Jika anda hanya mengamalkan diet semata-mata. percayalah wajah anda akan kelihatan kusam,pucat dan tidak berseri-seri.

Ini adalah sebahagian pendapat aku berdasarkan pengalaman tau, bukan men redah je nak tulis...hurm sejak bila pulak aku dah mula berkecimpung dengan dunia fizikal fitness ni. tapi okei gak tu, nanti da keluar A***r ley kerja dengan california fitness ke, x pun celebrity fitness..haha.hebat2..hurm nampaknya raya da semakin dekat..cmana dengan persiapan raya anda terutama baju melayu anda?.adakah sama seperti aku berwarna blink3...




abg long gua...haha


No comments:

Post a Comment