Friday, December 16, 2011

zila bakarin???



Assalamualaikum semua, Alhamdulillah kelapangan yang diberikan kepada kita masih kita tidak sia-siakan sebaliknya terus berusaha mencari ilmu meskipun dengan hanya mengunjungi belog yang kosong ini. Actually seperti yang diterangkan di atas, belog ini adalah wasiat untuk cucu-cucu generasi yang akan datang atau dalam erti kata lain mungkin mereka adalah generasi Y.

Semalam( khamis bersamaan 15disember 2011) telah dirasmikan sebuah perpustkaan disebuah university yang ala2 universiti butik dalam Negara kita. Dirasmikan oleh Menteri Pertahanan sendiri Yang Berhormat, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi. Saya telah lama mengenali Dato’ Zahid iaitu semenjak beliau menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa 2004. Ketika itu beliau merasmikan majlis anugerah kecermelangan rasanya kat sekolah.

kenyataan akan Dato’ Zahid pernah saya sebutkan didalam belog ini. Apa yang mengagumkan saya akan keperihalan Dato’ Zahid adalah, beliau adalah orang pertama yang diamanahkan memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi port folio hal ehwal islam yang bukan lulusan Al-azhar, bukan itu sahaja malahan lulusan Sarjana Muda Beliau juga bukanlah berkaitan dengan Pendidikan Agama Islam. Namun itulah hebatnya Dato Zahid. Butir bicaranya tersusun, lontaran kata-katanya dikeluarkan satu persatu.

Apabila keluarnya entry ini saya berharap tidaklah ada mereka yang melabel saya sebagai pro UMNO mahupun pro kerajaan Barisan Nasional. Menulis berkenaan perihal Dato’ Zahid bukanlah bermakna saya telah berkecimpung dalam UMNO. Cuma saya rasakan saya ingin berkongsi profil Dato’ Zahid.

LIMA 2011 baru je berlangsung, ada sapa2 dapat info pasal LIMA 2011 mungkin boleh bagi link. Dengarnya Malaysia dah beli 8biji eurocopter nak menggantikan Nuri yang telah berkhidmat begitu lama. 


gambar hiasan






1 comment: