Friday, November 26, 2010

~~~~wah~~~~~

kali ni...malam ni..
noax@tobi tnya ak ade idea x nak tulis pasal pe..
bengong nyer tobi..dia x tau ke isnin ak ade paper yg sgt killer dan kritikal
iaitu paper dynamic....dynamic ni adalah subjek yg ak blaja untuk sem ni
selepas lulus subjek statik..ak post ni bukan pe...
ak nak korang doakan ak supaya ak dapat lulus paper dynamic ni..
carry mark yg ak dapat pun x cukup memuaskan mcm carry mark subjek lain..
subjek lain pun agak hambar sebenarnya...
tetapi dynamic adalah 'the hambarest'..
adoi....
Allahumma najjihna fil imtihan....
buku dynamic yg ade atas meja ak skrg,,,
mencari peluang dan ruang untuk mencari markah...
semoga lulus dgn cemerlang akmal hartih bin zainuddin..
amin.......

Thursday, November 25, 2010

dunia permotoran....

salam kepada semua...
kali ini sya nak bercerita mengenai dunia permotoran.
berkisah kepada penceritaan ini..pada mulanya aku melihat sahabat bilik ak
noorhaizat mempost sesuatu yg menjadi kegemaran beliau..iaitu er-6f..
dahler motor x lawa..ntah ap yg dia gila sgt pasal motor tu..
kawasaki lak tu...haizat2...semoga cita2 ko terlaksana...ahaha
di bawah adalah superbike yang menjadi idaman ak..
honda cbr 600..
.meskipun ade yang bertanya asal x wat mcm haizat amek yang mantap2..
haizat amek model ap ntah bmw s1000rr..
tu impian dia dalam dunia permotoran ni...haha...tapi bg ak..
biarlah memilih tapi yang mampu..apa guna mengidam benda yang ak x suka..
even mantap motor tu.mcm motor si haizat
...apa pun bawah ni satu lagi motor yang menjadi idaman ak..
yamaha YZFR6....
kalo dapat ni sebijik...setakat bmw haizat@toby tu ak x heran la..
kalo motor power pemanduan x kemana...x guna gak bro...haha..
ap pun di bawah ak sertakan link untuk korang bukak haizat@toby nyer post..
bukak la dia nya....

Monday, November 22, 2010

assalamualaikum......

haaa.....semalam ak terbukak blog ak ni..rupanya kan da setaun lbey ak x update blog ak ni..haha..just sebagai sjew2..last update blan april 2009..lama tu yob!...haha..apa pun setelah ak melihat rakan2 sebilik mula berblog...terasa perasaan untuk kembali ke dunia blog ni berkobar2...

sebelum ni ak bukan sjew x nak post..tapi ak sedang mencari bagaimana post yg sesuai untuk dipublishkan bg tatapan pembaca2 yang mana kalo bley x nak la blog ak sma mcm blog2 lain...tapi apa pun ak cuba untuk mempublish sesuatu menurut pandangan dan kajian serta pembacaan ak..

kalo salah kan...gtau la...kalo x setuju jgn bantah....just nyatakan je pandangan korang...ak x suka berbantah-bantah ni...kerana ak x betah dalam bicara...ap pun selamat bertemu....


~~~~akmal~~~~

Wednesday, April 15, 2009

khutbah jumaat


khutbah jumaat pada bulan mac yang lepas di UPNM....



Fitnah meruntuhkan ummah


Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat untuk bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan kita bertaqwa kepada Allah.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang menjadikan langit bertemankan bintang ini dengan seluas-luasnya. Yang menjadikan bumi sebagai persinggahan bagi manusia untuk terus mencari rezeki dan rahmatnya. Tidaklah dijadikan keduanya ini melainkan untuk manusia berfikir tentang kekuasan-Nya. Maha suci engkau tidaklah engkau jadikan semua ini dengan sia-sia.
QALALLAHUTA’ALA FIL KITABIHIL AZIZ....a’uzubillahiminasyaitonirrajim.
191. dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.(surah Al-baqarah,ayat 119)
AYYUHALIKHWANUL MUSLIMIN,
Jika dilihat pada hari ini,terdapat satu fenomena yang sememangnya sudah sekian lama berlarutan. Namun masyarakat pada hari ini masih lagi tidak mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa yang lepas. penyebaran fitnah pada hari ini dilihat semakin berleluasa dan semakin mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi sekarang. Pelbagai method boleh dilakukan bagi menyampaikan sesuatu perkara. Kemudahan teknologi seperti sistem pesanan ringkas(sms),emel dan laman web membuatkan sesuatu perkara dapat disampaikan dengan cepat dan efisien. Namun ramai yang menyalahgunakan kemudahan yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan bagi menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah yang berleluasa melalui sms telah memaksa kerajaan Malaysia menetapkan akta bahawa semua pemilik kad prabayar harus didaftarkan.
Zaman ini merupakan zaman fitnah. Fitnah yang dimaksudkan di dalam Al-quran dan As-sunnah bukanlah seperti yang difahami oleh orang melayu. Mantan mufti perlis, Dr mohd asri menjelaskan maksud fitnah menurut Al-quran dan As-sunnah ialah “ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah”. Demikian juga dengan syirik,kufur,maksiat, dan seumpamanya juga termasuk dalam kategori fitnah. Hidup di zaman fitnah sememangnya memeritkan sehingga kadang-kala insan akan terpinga-pinga dalam membuat keputusan yang betul.
Di sinilah pentingnya akal fikiran yang waras dan bijak bagi memastikan kita tidak mudah terpedaya dengan berita yang berunsur fitnah. Islam mempunyai cara yang lebih ketat bagi memastikan pengikutnya bebas dari berita berunsur fitnah. Islam mewajibkan pengikutnya agar menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berunsur fitnah. Indahnya islam dalam menjaga penganutnya.
Sabda rasulullah s.a.w bermaksud
“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dosa menyebarkan fitnah merupakan dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan atas perbuatan itu. Masyarakat pada hari ini melihat fitnah lebih kepada kesalahan kecil. Sebab itu,tiada rasa sekelumit belas pun dalam hati mereka kerana mereka merasakan perbuatan ini tiada apa yang rugi.
Sidang jumaat yang penuh taat,
Rasullullah s.a.w dalam hadis baginda telah mengajar kita doa bagi memohon perlindungan Allah agar dijauhkan dari fitnah yang boleh mengancam ketenteraman hidup dan agama. Doa yang dibaca selepas solat bagi memohon perlindungan dari 4 perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebenarnya terdapat juga beberapa jenis pecahan fitnah terhadap islam yang kita tidak berapa jelas sebenarnya. Kita mungkin hanya mengerti bahawa fitnah itu hanyalah khabar perkara yang tidak benar yang boleh mengancam agama dan ketenteraman hidup. Berikut adalah sebahagian daripada jenis-jenis fitnah

1. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang agama. Samada tidak mahu duduk dan menghadiri majlis ilmu agama atau ceramah. Maka ramai dalam kalangan umat islam di negara ini yang menonjolkan diri mereka dalam keadaan yang tidak islamik langsung.
Semasa di luar misalnya,pancaindera kita disajikan dengan pakaian anak-anak gadis yang berpakaian ketat dan menampakkan pusat,bertatoo, bergelang tangan, bertindik dan berantai(bagi lelaki) mencukur kening, memakai rambut palsu, lelaki beperwatakan seperti wanita dan sebaliknya. Tidak kurang juga yang bercakap seperti bukan islam,memaki hamun,berdusta,menderhakai ibu bapa dan seumpamanya. Tidakkah ini mendatangkan fitnah kepada islam. Kerana islam tidak pernah mengajar pengikutnya berbuat demikian.

Jenis fitnah yang ke-2,fitnah melalui penulisan. Terdapat juga sesetengah penulis yang pro-aliran songsang yang berani yang memperlekeh hukum-hukum islam di dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka. Ada juga penulis yang berani mengeluarkan fatwa hanya berdasarkan logik akal tanpa berpandukan nas. Permasalahan baru yang timbul pada hari ini juga selalu dimanipulasi oleh mereka bagi membuatkan umat islam bercelaru. Ada juga yang mengeluarkan dalil bagi menjawab permasalahan tetapi dalil tersebut merupakan ayat-ayat yang umum yang kadang-kala perlu ditakhsiskan dengan hadis atau dalil yang lain. Tindakan mereka ini sememangnya 1 tindakan yang berani kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dikenakan apa-apa.

Jenis yang ke-3,Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet wanita yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk juga dalam sukan gimrama, renang, dan lain-lain. Sedarlah wahai sidang jumaat sekalian,dengan menutup aurat bukanlah menjadi penghalang untuk mendapat pingat emas. Contoh yang jelas semasa sukan asia doha,pelari wanita 200m iaitu ruhaya telah berjaya membuktikan dengan menutup aurat sekalipun mampu menggegarkan dunia dengan pingat emas.
            Begitu juga pendedahan aurat dalam kalangan penghibur seperti pelakon dan penyanyi. Masing-           masing cuba memperagakan fesyen zaman batu mereka yang seakan-akan tidak cukup kain semasa upacara red carpet berlangsung. Jika budaya ketimuran yang penuh dengan sopan santun dilupakan,apatah lagi akhlak sebagai seorang muslim. Semua ini dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

Dan fitnah yang ke-4,fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat. Senario yang berlaku pada hari ini cukup menyedihkan kita, ibadah diperlekeh dan dipermain-mainkan. Meninggalkan solat seperti tiada penyesalan dalam diri. Dipandang enteng oleh masyarakat kita pada hari ini. Baris pagi untuk urusan dunia lebih diutamakan dari solat subuh. Inilah realiti kehidupan kita yang lebih takutkan hukuman dunia dari seksaan akhirat. Tidak ketinggalan juga halnya dengan solat jumaat yang peratus ketidakhadiran amat mendukacitakan. Jika begini halnya,percayalah benih kesuburan islam tidak akan bercambah dek sikap kita sendiri yang mendatangkan fitnah pada agama kita.

Wahai pendengar yang dimuliakan,


Mimbar menyeru sidang jumaat sekalian agar mengambil iktibar dan teladan daripada sejarah tamadun islam yang runtuh dek fitnah durjana. Penyebaran fitnah telah menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir. Renung-

Wednesday, March 4, 2009

post ke2

assalamualaikum kpd pembaca sekalian.....

kadangkala stress sememangnya menekan hidup kita.tapi mengambil kisah beberapa tokoh ulung seperti alexander graham bell dan wright bersaudara yang menjadikan stress sbg batu loncatan untuk mereka mencipta sesuatu yg amat berguna bg manusia pd hari ini.alexander misalnya apabila mengtahui tunang beliau hilang pendengaran,beliau cuba ubtuk membantu tunangnya lalu mencipta telefon

stress secara tidak lngsg menjadikan kita lebih kreatif dan fokus dalam hidup ini..

wallahua'lam