Friday, April 29, 2011

Pilihan Raya Sarawak

assalamualaikum,di bawah saya sertakan sebuah artikel untuk tatapan kita bersama lebih-lebih lagi seorang melayu, saya tidak menyatakan pendirian saya bahawa saya seorang pembangkang mahupun pro kerajaan. sekadar artikel menarik untuk  dikongsi.

Semenjak selesai Pilihan Raya Sarawak di mana DAP telah menang di 12 kerusi DUN, DAP telah menjadi sasaran pencacai UMNO khususnya Utusan Malaysia dengan slogan ‘Bersatulah Melayu’ mereka.

Ini dilakukan walaupun diketahui umum bahawa semua parti-parti komponen PR juga turut menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. DAP dijadikan sasaran kerana mereka telah berjaya memperolehi kebanyakan undi dari masyarakat Cina dan dengan itu dikatakan bahawa Cina telah bersatu bawah DAP!

Dengan gaya pemikiran perkauman sempit yang menguasai minda UMNO, maka tidak pelik bagi kita apabila kejayaan DAP untuk meraih undi Cina ditafsirkan sebagai penyatuan Cina untuk ‘menentang Melayu’.

Pemikiran perkauman yang menguasai minda UMNO, yang diluahkan melalui lidah tidak rasmi mereka, iaitu Utusan Malaysia, tidak berkemampuan memikirkan sebab dan alasan yang lain mengapa masyarakat Cina secara padu menyokong DAP.

Mata mereka dikaburi perkauman dan telinga mereka didendangkan dengan sorakan-sorakan perkauman. Tiada yang mereka mampu lihat dan tiada yang mereka mahu dengar melainkan perkauman.

Hakikatnya, masyarakat Cina telah menyokong calon DAP dan menolak calon SUPP. Kedua-duanya adalah berbangsa Cina. Persoalannya, mengapa masyarakat Cina menyokong seorang calon Cina dan menolak calon Cina yang satu lagi?

Ianya tidak boleh dijawab dengan alasan perkauman kerana pada hakikatnya dua-dua calon adalah berbangsa Cina. Yang berbeza adalah seorang calon (SUPP) berdiri bersama BN dan seorang lagi (DAP) berdiri bersam PR. BN melambangkan kerajaan yang tenggelam dengan rausah dan kronisma sambil PR pula melambangkan kerajaan yang bebas rasuah, telus dan berkebajikan.
Keadaan Taib Mahmood sebagai pemimpin yang kaya raya hasil rasuah jelas terukir dipemikiran masyarakat Sarawak dan oleh itu masyarakat Cina menolak BN dan sekutu-sekutunya!

Kita seharusnya mengucapkan tahniah kepada DAP dan kumpulan NGO Cina yang telah berjaya mendidik masyarakat Cina untuk menolak pemimpin Cina yang rasuah ataupun yang bersubahat dengan kerajaan yang mengamalkan rasuah.
Penolakan menyeluruh oleh masyarakat Cina terhadap amalan rasuah adalah berdasarkan kefahaman yang telah dibina bertahun-tahun melalui proses pendidikan formal dan tidak formal yang menyakinkan mereka bahawa rasuah ini akan memusnahkan Negara.

Oleh itu, saya sememangnya bersetuju bahawa masyarakat Cina telah bersatu, tetapi bukan untuk menentang Melayu, mereka bersatu untuk menentang rasuah dan penyelewengan. Mereka telah berjaya membuktikan di Sarawak bahawa mereka akan menolak mana pemimpin Cina, walau ‘BESAR’ mana sekalipun, walaupun Presiden pada sebuah parti, sekiranya pemimpin itu mengamal atau bersubahat dengan rasuah.

Sememangnya, orang Melayu juga wajib bersatu seperti mereka! Tetapi bukan bersatu di atas dasar perkauman seperti seruan Utusan Malaysia dan PERKASA. Orang Melayu harus bersatu di atas prinsip menolak pemimpin yang rasuah.  Lebih-lebih lagi apabila diambil kira bahawa orang Melayu beragama Islam dan Rasulullah (SAW) telah menyatakan dengan jelas bahawa “pemberi dan penerima rasuah berada di dalam api neraka”.

Sepatutnya, kita yang menunjukkan penolakan dan penentangan terhadap rasuah dan pemerintahan yang menyeleweng ini jauh lebih awal dari masyarakat lain. Sepatutnya kita yang berada di depan mendahalui yang lain, menjadi ummat yang boleh dicontohi, tetapi malangnya kita tetap berada ditahap lama, ditinggalkan masyarakat lain, khususnya masyarakat Cina pada ketika ini.

Ini berlaku kerana malangnya, orang Melayu Islam di bawah pengaruh UMNO; dan UMNO di atas sebab kejahilan mereka, telah mengharuskan rasuah di dalam alam politik dengan menganggap pengampunan Allah akan terjamin apabila dilakukan umrah sekali sekala!

UMNO yang menakut-nakutkan masyarakat Melayu sehingga terus menyokong perasuah dan perompak rakyat dari UMNO kerana sekiranya tidak, maka Cina akan mengambil-alih kuasa. UMNO yang memperbodohkan masyarakat Melayu sehingga mereka terus tidak sedar bahawa pada hakikatnya bila UMNO kalah yang menang bukan DAP; tetapi PAS atau calon Melayu dari PKR.

Dalam suasana kejahilan, ketakutan dan kebodohan ini UMNO meraih kemenangan demi kemenangan dengan sokongan Melayu. Oleh itu, UMNO ingin suasana sebegini terus kekal di kalangan masyarakat Melayu, supaya mereka akan terus berkuasa. Dan inilah cabaran yang perlu diharungi PAS, khususnya. Untuk membebaskan masyarakat Melayu yang beragama Islam dari belenggu kejahilan, ketakutan dan kebodohan yang dipasang oleh UMNO ke atas mereka.

Sehingga, satu hari kelak, masyarakat Melayu Islam akan bersatu, bukan untuk menentang Cina, tetapi untuk menentang rasuah dan menolak pemimpin yang rasuah dan parti yang membudayakan rasuah.

Kalau DAP boleh berjaya dengan masyarakat Cina, mengapa tidak kita, masyarakat Melayu yang beragama Islam? Sekiranya tidak maka kita akan ketinggalan dan masyarakat lain akan menjadi jauh lebih maju dari kita. Bukan sekadar lebih maju dari sudut material, tetapi lebih maju dari sudut nilai ketamadunan juga.

Maka akhirnya apa yang akan ada dengan masyarakat Melayu Islam? Seperti yang dikatakan TGNA, "sudahlah tiada wang, tiada ilmu, tiada akhlak pula!". Naudzubillah-himin dzalik.

Pada hakikatnya, UMNO mahu menutup kelemahan dan kegagalan mereka dengan melaungkan kembali laungan zaman jahiliyyah. Korupnya mereka, tidak cekapnya mereka, menyelewengnya mereka, semua ini ingin mereka tutupi dengan laungan jahiliyyah perkauman. Supaya Melayu terus sokong mereka walaupun mereka telah gagal dalam semua aspek. Semoga kita tidak tertipu dengan laungan ini dan kita ingat kembali saranan Rasulullah (SAW);

“Tidak dariku, mereka yang menyeru atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang berperang atas dasar assobiyyah, tidak dariku mereka yang mati atas dasar assobiyyah”.

Maka apabila ditanya oleh sahabat Baginda apa itu assobiyyah, maka dijawabnya “menyokong kaummu atas dasar yang zalim”. Rasuah itu zalim, penyelewengan itu zalim, pemborosan wang rakyat itu zalim dan perkauman itu zalim. Yang dizalimi adalah rakyat yang akhirnya dinafikan hak mereka dan diadu-domba atas dasar perkauman sehingga persoalan kebenaran dan keadilan menjadi kabur dan tidak diutamakan.

Semoga kita dibebaskan dari belenggu UMNO dan masyarakat Melayu juga akan turut bersatu menolak calon dari UMNO dan BN yang merupakan lambang pemerintahan rasuah dan penyelewengan.

WaLlahu 'Alam
--------------------------

Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam.

Thursday, April 28, 2011

meluncur papan selaju

alhamdulillahi rabbil a'lamin..tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi. dan alam sejagat juga. selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w atas perjuangan tanpa nokhtah sehingga tersebarnya islam ke tanah melayu ini.

dulu kan zaman kecik2 dlu kiranya aku tingkatan 3 kan..aku pernah terlibat dalam dunia yang mungkin kalau aku cerita ade yang x caya, aku pernah bersama zaman pa'din, mariss khan ,kecik kepong,kecik ampang, am,dan ramai lagi.kalo peringkat international nama2 yang feymes macam tony hawk, rodney mullen(ni pun pa'din minat gak) dengan chad muska.
tony hawk

ya untuk pengetahuan korang, ni semua legend dalam dunia papan selaju @ skateboard. haha.ni semua gara member dok men skateboard kat kelas yang membawa pengaruh kepada diri aku.series!!!..main skate sangat bagus untuk kesihatan kerana ingat senang ke ko nak wat trick2 dgn kaki ko. lama woo kna praktis, dari mula2 ko belaja cmana nak ride. pasal ade orang kaki kanan belakang,ade yang kaki kiri belakang, cara nak ride pun berbagai2 bukan 1 cara je.

skateboard ni berukuran antara 7.5 inci hingga 8 inci lebar dan 30 - 32 inci panjang, terbahagi kepada beberapa part, board, wheel bearing, truck dan sebagainya, kalo aku men skate lagi skarang. x d la aku join dunia a**** ni,haha... tapi sejak x main skate ni. kaki pun da lain macam da...

intro da baik da, selawat la,,sekali citer pasal skate..apa da aku ni. tapi nak cter tu la. dlu aku pernah ter'main' skateboard ni. patu pindah sekolah terus stop.
padin musa-no1 malaysia skaters
***sebenarnya,aku tengah sakit kepala sekarang ni.haha. mungkin banyak tido kot.patu malam banyak sangat guna otak.. bajet stadi padahal banyak main gak..

ok la apa2 hal aku sertakan gambar skateboard bersama komponen2 untuk korang belaja.mana tau bosan2 stadi g amek skate ride jap amek angin.

salam
~~~akmal harith~~~

Wednesday, April 27, 2011

pertanyaan dari jauh

assalamualaikum w.b.t
bersyukur ke hadrat Allah kerana masih dikurniakan nikmat 
akal untuk berfikir menjawab di dalam peperiksaan.
dan nikmat tangan juga untuk menggoreng apa yang mampu
dibahas dalam kertas peperiksaan.

aku sebenarnya telah mengaktivekan FB aku untuk sementara.
dalam 2 hari kot.nak dengar gak mana tau ade orang nak wish.
hepi exam fever ke..haha
x d r,mana tau ade hint dari member2 aku ke,
untuk kitorang yang x seberapa nak berjuang ni.
diakui carry mark untuk beberapa subjek aku x berapa selesa.
bahkan untuk mendapatkan 'A+'
kelihatan agak mustahil dan x mungkin.
tapi x pe,kita berjuang selagi upaya,
InsyaAllah...bittaufiq wannajah...
ayuh generate bersama 100PLUS

salam
~~~akmal harith~~~

Monday, April 25, 2011

meluncur jauh

assalamualaikum w.b.t diucapkan...urm baru selesai menjalani paper pertama asas keusahawanan..alhamdulillah harapnya semua berjalan lancar dan mengikut perancangan.. kita merancang Allah juga merancang namun perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.,begitulah dalam aturan hidup manusia. bukan main hebat kita merancang namun disebalik perancangan di akhirnya kita terlupa untuk bertawakal.

adalah menjadi satu kesinambungan antara usaha doa dan tawakal lebihan lagi menjelang peperiksaan yang kian hampir.pesanan saya untuk diri sendiri terutamanya dan seluruh mahsiswa yang berada di dunia.

jangan kita ego dengan pemberi rezeki yakni Allah yang bersifat Ar-raziq(yang Maha Member rezki). jangan sampai nikmat yang dikurniakan kepada kita daripadaNya membuatkan kita semakin jauh denganNya. nasihat saya kepada diri sendiri, selalulah bertaubat dan mencermin diri. memang diakui sukar sangat nak hidup dalam suasana yang tiada 'ruh' dalamnya. yang kadang membuatkan kita sendiri leka. 

tetapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk kembali ke jalan yang lurus. jangan jadi seperti kaum munafik yang apabila diajak berbuat kebaikan mereka enggan.


dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan Engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.-( s 63, 05)
begitulah perihalnya dengan kaum munafik yang diajak bertaubat tetapi berpaling. risau pulak tergolong dalam kumpulan ni. Allah tu da bg banyak peluang namun banyak jugak yang aku siakan.  bila agak2 da makin kekiri tu...Dia tarik balik...banyak sangat terjadi..Allahuakbar,lemahnya diri...

salam
~~~akmal harith~~~

Friday, April 22, 2011

menuju puncak.

assalamualaikum w.b.t
salam dihulr tanda ingatan,
petang ni baru lepas berlari 4km.
setelah kian lamanya aku x berlari,
masalah sebenarnya,berat aku naik balik 2kg..
tu sekarang aku kena turun balik,
lagi2 da nak exam ni,
kesihatan perlu dijaga,pemakanan perlu sekata.
amalkan pemakanan seimbang...
cmana ek,
orang yang kejanya hanya tidur dan makan,
tapi berat makin turun.
sedangkan aku pun minggu ni tidur dan makan,
berat naik...isk3..
hukum alam..

statistik menunjukkan 1daripada 4 orang kanak2 at mesia ni,
adalah dalam kategori obesiti,
yang mengandungi BMI lebih >25.
urm bahaya tu untuk masa depan negara.
yang wanita lak,aku rasa kalo BMI korang >24
korang punya BMI da x ideal...
percayalah
 yang mana satu pilihan korang..urm.ni untuk laki2 ek...yang wanita aku x tau.


salam
~~~akmal harith~~~

Thursday, April 21, 2011

perkhabaran dari jauh

salam perkhabaran dan perantauan,sudah lama gamaknya laptop aku tidak ditemani anti virus,akhirnya pagi tadi segalanya terjadi. aku try la install anti virus. namun apa yang berlaku, anti virus tu detect melampau2 lak virus dalam laptop aku sehingga memaksa aku format balik laptop acer 4530. haha.

akhirnya malam ni, aku dapat on9 dgn tenang setelah aku fed up wat as8ment letrik yang ntah cmana..pusing2 x dapat jwapan mahupun penyelesaian. fyi,aku bukan budak letrik..aku budak mekanikal yang belajar mengenai sesuatu yang wujud dan yang lahir melalui fizikal. bukan belaja arus karen2 yang x nampak ni..ish3..

peristiwa amuk brparang di sebuah rumah flat masih berlaku. polis terpaksa melepaskan tembakan letrik nk bg si amuk tu lemah. akibat potensi untuk si amuk menyerang tinggi. akhirnya si amuk ditangkap dan disumbat dalam lokap....sekadar iklan.

apa lagi yang mampu aku sumbat dalam belog ni untuk malam ni, orang kata stadi biar berpada. namun dalam situasi sekarang,keadaan memg mendesak. melihat kepada jadual exam yang berderet dan berturut. x tau samada menguatkan semangat atau melemahkan semnagat,bergantung kepada tanggapan individu.

malam ni, barcalona lawan real madrid...pasukan pilihan???konfius...kalo team aku lebih suka kepada barca,kerana potensi dan persembahan yang agak konsisten semenjak sem lepas. kita saksikan malam ni.
barcelona

p/s-lama x nampak ko on9??...=)

salam
~~~akmal harith~~~

Wednesday, April 20, 2011

lagu laga

assalamualaikum w.b.t, sori sekarang ni masa untuk aku berblogging macam da kurang r.otak aku da kena set untuk exam yang bakal menjelang pada minggu depan,namun untuk tidak menghampakan korang2 yang setia bukak belog ni meskipun aku tau korang mesti da bosan bukak belog ni bila balik2 cerita sama je yg aku jual.

oleh itu kali ini,aku nak share dgn korang lagu yg aku minat. actually aku x minat pun lagu ni, cume member aku yang bernama kharil azmi(ko kenal kot)..yg minat lagu ni.aku layan je. tapi best jugak lagu ni

lagu ni mengisahkan seorang lelaki yang merasa bersalah kepada meninggalkan kekasihnya, dan berusaha untuk mengingatkan kepada semua lelaki di dunia ini agar tidak mencontohi beliau dan menghargai setiap cinta yang hadir. dan ingin mengatakan kepada dunia bahkan seluruh alam semesta betapa bodohnya diri beliau kerana meninggalkan cintanya. dan akibatnya beliau harus menerima balasan yang setimpal atas dirinya.

lagu nya dinyanyikan oleh kumpulan exist ni dalam album seperti dulu,dikeluarkan pada tahun 2004. aku x tau knapa aku tergerak nak beli kaset exist.haha.mungkin benarlah kata orang, time tu zaman jiwang2 kot. tapi aku x jiwang beb..ni lirik lagu ni. korang nyanyi je la ek..cari la sendiri lagu ni.

TAK TAHU HARGA CINTA-EXISTS
Biarlah satu dunia tahu
Betapa bodohnya diriku melepaskanmu
Biarlah sampai ditertawakan
Kiranya rayuan ku nanti dipersendakan

Begini seharusnya balasan yang semesti
Harus menimpa ke atasku
Aku manusia tak pandai bawa diri
Tak pandai menilai cintamu
(tak tahu nilai cintamu)

Biarlah satu dunia saksi
Betapa jauh kusasar kali ini
Biarlah ku dijadikan
Teladan untuk semua
Lelaki yang bercinta

Janganlah dibiarkan peluang keemasan
Mengecapi hidup bahgia
Disisi sang kekasih kurniaan tuhan
Salahku telah diabaikan

Akulah manusia yang buta
Buta hatinya
Tak nampak redup mata yang jujur adanya
Menyuluhi segala dan menyuluhi jiwa
Hingga satu pintu pun tak bisa ku buka
(tanpanya)

Diriku yang terlena sudahpun sedar
Kau kekasih ku damba
Diriku yang terlena sudahpun sedar
Kau kekasih ku puja...ku cinta

try la carik lagu ni kat 4shared.

Sunday, April 17, 2011

syabas tuan belog

assalamualaikum w.b.t kepada semua. dan kau..ye kau..yang sedang membaca.. ye ari ni berbgai input yang aku dapat ye dalam cabaran dan flow perjalanan nak kahwin ni. x sgka ek..nak kawen pun sangat leceh especially bila hidup dalam dunia A**** ni.nak mintak kebenaran tu..ini..jumap encik a,,,then jumpa tuan b, pastu jumpa ustaz c...patu kena jumpa pak guard jabatan agama..tanya cmana nak g pejabat pendaftaran nikah..aduh....

patu kena settle seminggu sebelum nikah lak tu..melainkan kalo ko ade orang dalam..pergh..memang kena efisien dan superb dalam mnyetelkan benda2 mcm ni.

tapi nak kawen dengan orang tersayang punya pasal dan nak menambahkan umat nabi Muhammad s.a.w di atas muka bumi Allah ni. aku rela dan sanggup.huhu.


salah satu sebab perkahwinan adalah untuk menyalurkan naluri seksual kita. memang ini antara yang dibincangkan td, selain daripada menambahkan keturunan meluaskan umat nabi.tetapi cabaran sebelum berkahwin sememangnya sangatlah banyak. kalo ikut kalkulation aku td.
kalo nak kawen ni.memang ngam2 gaji aku... x kan aku nak kawen utang kot... ish3..x nak r..

apa pun selamat berkawen la pada mereka yang layak da berkahwin dan akad nikah... generasi sekarang ramai da kahwin tapi x de akad nikah lagi...ish3..nauzubillah min zalik..

salam
~~~akmal harith~~~





[:::::::::::::]::::::::::::::::::::::::::::::----

assalamualaikum salam citrawarna malaysia yang berbilang kaum. yang tidak terdapat pada negara lain. kemajmukan masyarakat di malaysia sememangnya dipuji dan boleh dijadikan modal dalm mewujudkan masyarakat ke arah asimilasi. hari ini diadakan pilihan raya negeri Sarawak, tahniah kepada barisan Nasional kerana berjaya memenangi pilihan raya negeri sarawak.

tidak lupa juga diucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak selangor atas kejayaan menumpaskan pasukan Perak 1-0 di stadium shah alam. maaf rakan2 seperjuangan peminat bola sepak negeri kerana aku x dapat nak join korang. meskipun mcm tu, aku berharap game kita bertemu kelantan nanti aku dapat tengok.

hari ini genap da sebulan aku berhijrah ke blok baru dan genap 4mggu selepas peristiwa 18.3.2011, alhamdulillah masih segar kat blok baru meskipun kadang2 sikap malas tu makin bertambah. namun biasa r tu. nama pun da senior kan....haha. perasaan malas tu makin lama makin bertambah.cuma x boleh tunjuk sangat, 

perpisahan komandan u aku, sdey ke x ek..nak kata sdey. mana boley sdey dalam dunia A****, namun kenangan peribadi aku dengan dia banyak. terutama time dia pijak kasut aku patu pusing kasut dia atas kasut aku 180 darjah...memg pecah kasut aku time tu. tapi tu la pengajaran yang aku dapat. jangan malas kilat kasut tau encik kemal..

Friday, April 15, 2011

tirai mesir.

assalamualaikum w.b.t kepada semua yang mengenali diri ini,kali ini aku rasa tajuk ade kena mengena dengan apa yang aku nak tulis,haha. tapi siapalah yang hendak membaca nukilan yang sekadar melepaskan pandangan dalam sebuah belog.

dalam minggu ni kotak emel aku@inbox emel penuh dengan beberapa isu yang tidak diketengahkan dalam akhbar2 harian. isu pertama adalah mengenai isu belajar di mesir dan bahasa arab. ye isu ni bukan baru dalam beberapa tahun ni antara isu yang agak panas di mesir adalah mengenai perihal pelajar2 yang belajar di sana.

berikut adalah petikan akhbar pasal berita ni

KUALA LUMPUR 1 April – Mulai tahun ini pelajar yang akan melanjutkan
> pelajaran
> dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir  diwajibkan
> mengikuti
> peperiksaan kelayakan bahasa Arab oleh universiti  itu.
> Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
> calon-calon
> yang mengikuti peperiksaan itu akan dinilai berdasarkan tiga  tahap iaitu
> cemerlang, sederhana dan lemah.
> "Calon-calon yang cemerlang akan terus ditawarkan tempat ke Al-Azhar,
> manakala
> calon yang menunjukkan pencapaian sederhana akan diminta  mengikuti kelas
> bahasa
> Arab selama tiga bulan di Pusat Bahasa Arab di  universiti itu di Kaherah.
> "Bagi calon-calon yang didapati lemah, mereka diminta mengikuti kelas
> bahasa
> Arab di kolej (maahad) bahasa Arab Universiti Al-Azhar di  Malaysia,”
> katanya
> dalam kenyataan di sini hari ini.
> Mohamed Khalid berkata, syarat baru itu dipersetujui bersama Syeikh  Al-
> Azhar,
> Dr Ahmad Mohamed El-Tayeb ketika lawatan rasmi beliau selama  lima hari ke
> Mesir
> pada 16 hingga 20 Mac lepas. – Bernama
 pelbagai komen dan andaian yang dibuat oleh mereka2 yang khususnya lepasan pelajar yang pernah belaja di mesir,mereka amat risau dengan tahap penguasaan bahasa arab kat sana. kebanyakan universiti kat  mesir dah pun memulakan langkah yang sama kat atas,jika pelajar agama dikehendaki amek ujian bahasa arab manakala pelajar perubatan dikehendaki test english. sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh universiti kat sana?...aku x dapat nak dapatkan pandangan dari pelajar yang belajar kat sana pasal dorang mcm bizi je....x pe nt aku tnya balik.

tapi aku berjaya mendapatkan komen dari senior aku yang da abes belajar dari sana. katanya kalo ikutkan universiti al-azhar nak stop terus amek pelajar dari Malaysia, namun hasil rundingan baik antara menteri pengajian tinggi dan syeikh al-azhar. mereka meletakkan syarat yang setiap pelajar malaysia dikehendaki amek ujian khas.

--ok rasanya aku x boley nak komen banyak2, aku bukan pelajar yang belajar kat sana mahupun ade kaitan dengan mana2 pertubuhan kat mesir. jadi seeloknya cukuplah sekadar ni. hingga kini, kotak emel masih panas dengan isu ni khususnya bekas pelajar dari sana. harapan aku, semoga mereka2 yang belajar kat sna yang membuka belog ni agar dapat membuktikan apa yang dikhabarkan x benar..insyaAllah..

Alhamdulillah aku baru selesai menjalani test fluid  mechanics 1 td. jawapan agak hambar namun ade la jugak idea apa yang dijawab td.meskipun test kali ini memerlukan aku memikir dengan lebih kritis akibat pelbagai formula. fluid ni memg bnyak skit formula berbanding subjek lain. nak mengahafal semua rumus dan formula memang susah r.

namun itu bukan halangan....hahahaha,kemal ade kepala yang berakal dan bijak dan banyak pusing...

ish3,ahad ni kursus kahwin la plak. da sampai seru untuk aku ke???....(wink3)...
motif gambar ni??
salam
~~~akmal harith~~~



Tuesday, April 12, 2011

tatkala malam menjelma.

assalamualaikum w.b.t
malam ni malas bebenar.bukan malam ni je,
dan berapa malam yang lepas,
malasnya nak update belog,
pasal otak da tune nak wat benda lain...

namun terpaksa dan kena teruskan jugak,
hidup ini indah andai ade penerusan.
jangan dibiarkan terus kalah.
biarpun kalah counter-strike,
jangan menang sorak tapi kampung tergadai,
macam dalam cerita pandir oh pandir,
final exam pun da nak dekat,
stadi x bnyak lg..

ya Allah..
banyak sangat dosa ni.

salam
~~~akmal harith~~~

Sunday, April 10, 2011

video lucah pemimpin pembangkang.

assalamualaikum w.b.t, sekarang bru je siap lukis chasis,ingatkan senang lukis menda ni,rupanya payah la jugak.bnyak adjustment nak kena wat.aku rasa mcm hambar je kereta aku.haha,,,ari pertama da banyak benar salah dimension.

tu bukan perkara utama malam ni,hakikatnya malam ni..malam minggu semakin sunyi aku rasa,mungkin kerana semakin sibuk menghadapi final exam kot aku rasa mcm ni. Yela bila makan,swimming, mandi, dan sebagainya semua da x fikir benda lain.

fitrah kejadian manusia dan kejadian alam. yang pergi tetap akan kembali. begitu juga perihal dengan fitrah manusia yang akan kembali kepada perkara asas,

karl max (pengasas ajaran komunisme) sendiri,meskipun beliau seorang yang tidak percaya kepada tuhan, tetapi semasa kematiannya beliau terautomatik menyebut 'oh god'..


firaun sendiri semasa hendak ditenggelamkan di laut merah, telah merayu kepada Allah agar mengampunkan dosanya dan berjanji akan mengikut ajaran Musa sekiranya diberi peluang kedua.

kembalilah kepada tuhan yang maha mencipta kita rakan2..

hari ini,para agamawan sibuk berbalah tentang video seks ni. persoalan pokok,adakah video ini boleh diterima sebagai bukti dalam mensabitkan kesalahan zina. kerana rakaman video tidak termasuk dalam syarat untuk menyabit orang berzina. 

lupa lak,mggu ni GP malaysia,jom ramai2 ke litar sepang..
menuduh orang berzina memerlukan kehadiran 4 orang saksi yang tidak munafik dan fasik.


salam
~~~akmal harith~~~

Saturday, April 9, 2011

apabila hati memaki...

assalamualaikum w.b.t,
mungkin topik nampak mcm kurang sopan sikit,
tapi tu ler yang berlaku malam tadi,
tngah elok2 wat chasis projek kereta aku,
tetibe lak error ntah apa autoCAD ni buat,
yang membawa kepada hilangnya segala hasil kerja aku selama 3jam,
oooooooo.....
seb bek laptop ni harga agak mahal,
kalo x mau  je aku hempas laptop ni...
dari tingkat 5 patu aku pijak2,
dah pijak aku bagi kat anjing suro ratah lapptop ni,
cmana design kereta aku?..

mana ley publish dlu,,tggu siap ek..
agak2 ade rupa mcm ni x?....haha

agak bengang la..
tapi nak wat cmana,
nak salahkan sapa lagi..
tapi sepanjang aku buat autoCAD x pernah jadi mcm ni..
smalam da genap 3mggu,
=).
sekarang ni negara tengah sibuk untuk pilihan raya negeri sarawak,
sori la aku x dapat nak update r..
bz..
apa pun selamat ek semua.
autoCad yang membuatkan aku menyirap.


salam
~~~akmal harith~~~

Friday, April 8, 2011

Apabila hati mati..

assalamualaikum dan salam 1malaysia,kenapa salam 1malaysia lak tetibe ni?..aku da berpihak kepada Barisan Nasional ke?...sempena pilihan raya sarawak yang bakal menjelang ni,mana tau kan tetibe ade parti-parti politik yang upah aku tulis pasal kebaikan parti dorang,x pun untuk jatuhkan pihak lawan.kalo betul ade orang nak upah aku tulis,pergh kaya bai aku. boley belanja korang makan nasi maple 2malam berturut2.

serius semalam memang aku malas nak update belog, even aku beron9 smpai pkul 2 pagi.tapi x tau nak meletakkan huruf apa dalam belog ni agar menjad butir2 perkataan yang boleh dibaca oleh semua orang. 

semalam juga aku terbaca dalam berita harian pasal krisis di mesir yang kian teruk,kata nya jenayah kat mesir naik 200%,ni berita tu...


Kes jenayah di Mesir naik 200 peratus

KAHERAH: Kadar jenayah membabitkan kes bunuh, curi dan culik di Mesir dilaporkan meningkat hingga 200 peratus, tiga bulan selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan daripada pemerintahan. 

Mesir yang mempunyai 80 juta penduduk kini menjadi negara di mana sesiapa saja bebas melakukan jenayah ekoran kedudukan polis yang semakin lemah dan keadaan politik tidak menentu.

....sambung baca sendiri kat sini...
revolusi di mesir 

risau pulak aku bila baca berita macam ni, yela kawan aku pun ramai kat sana..adik aku pun ade gak kat sana.kalo lelaki x pe,ni perempuan lak tu. dah ler dia jarang on9 kat sana.mungkin dia pun nak exam gak kot.yela kan...skunk kan semua musim exam. hosni mubarak ni...betol r.

design kereta dah mula berjalan sedikit emi sedikit, aku da install autoCAD 2009,harapnya progress kena laju r lepas ni...mnggu depan nak present yob...wah...

dan sekali lagi aku x lupa nak mengingatkan agar kawan2 kat sana(mesir mahupun malaysia)..dan x lupa juga seluruh dunia agar sama2 menjaga diri dari segi rohani dan jasmani. berikan pengisian pada keduanya..memang nampak susah...tapi kena la jugak.apa pun selamat berhibur bersama.

salam
~~~akmal harith~~~


Wednesday, April 6, 2011

bicara.

alhamdulillah setakat ni da beberapa orang selesai dalam menjalankan tugas terbaru aku, da 3 orang rasanya aku selesai bagi taklimat. harap dorang pun ley terima penjelasan aku yang x seberapa. yela sapa lah aku nak bercakap soal pokok mahupun khilaf. yang penting aku da jelaskan. taklimat yang x seberapa r. ade yang menyakitkan hati, ade yang faham kot.hehe..

ye..belog aku kini berubah sikit demi sikit. tapi ade yang kata kat kelas,, belog aku mcm belog pompuan. hahaha,ye r, bila da siap renovate bru aku sedar. mcm belog pompuan pun ade jugak. ni la manusia, even luar nmpak ganas pasal aku mungkin separa a****, tetapi bak kata orang..dalam hati ade disneyland..penuh warna-warni dan keriangan.

dalam hati ade disneyland?
ari ni selesai perlawanan bola sepak inter batalion, batalion aku kalah final. x de rezki nak wat cmana.meskipun ball position aku rasa kita lagi banyak. tapi nak wat cmana...rezki tu Allah x bg rini.

patu dalam disneyland ade plak snow white
memang dalam dunia percintaan hindustan, mesti ade yang tewas..ade yang menangis... ade hero ade heroin,even plot perjalanan sama mcm crita ultraman.hero pasti akan menang..tapi kita still nak tngok gak hidustan. pasal mungkin cerita dia x banyak lari kot dalam hidup kita.

dalam 2-3hari ni..aku banyak termenung sikit, x tau npew. tapi harapnya aku masih mampu menempuh dugaan yang terus mendatang.insyaAllah..


salam
`~~~akmal harith~~~`

Tuesday, April 5, 2011

JuDi?...

terkejut aku hari ini sewaktu membaca berita hari ni, boleh plak ade pihak yang membantah pasal pengharaman judi kat kelantan. kalo korang nak tau bley la baca kat sini.(klik sini) . korang bley dapat baca ulasan presiden MCA, dato chua soi lek pasal benda ni. katanya 
""MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini."
kalo dah x menyokong buat apa nak bising memperjuangkan isu judi ni atas dasar politik murahan dan atas dasar hak asasi manusia. sepatutnya MCA lbey melihat isu judi sebagai satu isu negatif yang tidak membawa apa2 faedah kepada rakyat. diharapkan agar parti-parti komponen Barisan Nasional dapat menasihatkan  rakan  sekaki mereka agar peka dengan isu ini. diharapkan juga agar negeri lain dapat mengambil langkah serupa yang diambil oleh kerajaan kelantan.

aku ingatkan malam ni x sempat nak update belog.maklumlah skrg pun da pukul 3.50pg. puas da aku tido malam tadi dari pukul 8 sampai 12.haha.. bukan sengaja tido, tapi aku x sihat tadi. telan panadol. terus lena.sedar2 pkul 12. ade senior tanya awalnya tido..aku jawab je 'demam'...

apa pun insyaALlah aku diberi kekuatan, skunk da makin ok skit. makin gagah. kena siapkan keja malam ni jugak.kalo x siap nt abes aku kena dgn lt kol ir khalid. design kereta pun x buat draft lagi.

ingat kena bukak contest r. bagi idea design cmana aku nak wat. dalam kepala aku sekarang da ade design untuk kaler, cume x de design untuk corak, dimension kereta pun x dapat lagi. harap sempat r siap mggu ni kan?

apa pun selamat exam untuk mereka yang bakal exam bulan 4 ni. aku tau ramai yang nak exam kan. semua nak exam da skrg.aku je banyak main skit..ngee...=D...

doakan semua berjaya fi dunya wal akhirah...

salam
~~~akmal harith~~~

Monday, April 4, 2011

kini kembali

assalamualaikum...
aku mula menaip..
entry malam ni bersifatkan bebas.
korang ingat raja lawak je ade tema bebas..
entry blog aku pun ade la wei..haha
aku da tamat bercuti untuk kali ini..
alhamdulillah time nak cti..Allah permudahkan ..
tetibe berat aku turun 2kg..lagi sekilo je target aku...
aku pun x sangka gak berat da turun..
tapi rasanya balik umah ni naik balik kot berat..
haha..

doakan dapat turun balik ek kawan2..
x de la aku dilabel sebagai skuad B.M.I,(body mass Index) yang trlbey,
pelik tol tempat aku ni.
BMI nak bawah 24, 
kalo ikut normal. bmi kena bawah 25..
ade sesetengah tu..26 tu pun normal lagi..ai..
x faham aku..ish3..

ni aku bg formula nak kalkulate bmi.

berat (kg)
tinggi x tinggi (m)

wah...jauhkan...


Sunday, April 3, 2011

Murid dipukul meninggal, penyelia asrama ditahan-malaysia kini

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.

- Bernama

-sdey giler aku baca pasal benda ni.kesian giler kat budak tu..bru darjah 1..tapi nasib yang menimpa budak ni, dari isu mak dia meninggal time umur tiga tahun sampai bapak dia terpaksa bagi budak ni dipelihara keluarga angkat.

hepi + sdey .....

assalamualaikum salam pembuka bicara, mesti ade yang pelik kan knapa semalam aku x update belog.walhal sebelum entry aku ade cakap yang aku ditegur oleh sahabat cina aku yang dia kata aku selalu update belog.tetiba smlm x update...urmm gini ..aku dapat weekend. jadi sekarang ni aku tangah bercuti dengan famili kat umah r..best dow!!!....jangan jeles ek..

dan malam ni. sabtu malam ahad. aku elah melepaskan geram aku yang selama ini aku pendam.. setelah kian lamanya aku menahan, akhirnya malam td berjaya gak aku menonton perlwanan bola sepak sepak team favourite aku iaitu selangor VS pahang. 
vs


pergh lama aku menahan nak tengok selangor main pakai baju baru(KAPPA), orang yang duk seberang jauh2 pun da dapat tengok selangor main, aku je x dapat lg..

apa pun amalm tadi selangor berjaya menewakan pahang denagn 2-1. gol pada minit ke-5 dijaringkan oleh hardi jaafar selang seminit amri yahya menjaringkan gol plak... sedikit ulasan, permainan selangor kali ni agak kucar kacir sedikit. especially lepas 2nd half..pasal aku rasakan rudie ramli masih belum dapat rentak nak jadi striker kot. macam x kena je dia dengan amri..

safee sali, baliklah ke selangor.kesian amri tadi...main dah separuh nyawa..kesian aku tngok dia td.bila pelayer selangor sorang kena kad merah.. devan terpaksa mengeluarkan rudie ramli dan ganti dengan seorang defender, ini bagi memantapkan benteng.

last2 amri dengan amirulhadi banyak main atas..safiq rahim kadanag2...api ade yang aku rasa sdey pasal sewaktu rehat..aku pun g la solat..ingatkn ramai la kat surau..rupanya ampeh..4org je yang ingat nak solat..aku sangka baik la.mungkin ramai g solat kat surau lain kot.

apa pun glory2 selangor..cuti aku abes ahad ni..(3.4.2011)..


surau yang aku kata ni...

keadaan padang 2nd half

dah menang balik la yob..
teringat kenangan bola sepak selangor era mokhtar dahari + azman adnan +safee sali...

Friday, April 1, 2011

jumaat kini tiba

assalamualaikum w.b.t kepada muslimin dan muslimat mahupun orang perseorangan yang sudi mengunjungi belog ini sebagai tempah singgah sebentar meskipun hanya sebentar..

sekarang ni kan, ramai tanya aku...
"mal, rajin ko update belog tetiap malam" - owi eugene...roomate baru..
mungkin ramai jugak yang nak bertanya soalan yang sama.cume x diberi kesempatan untuk bertanya. x pe la biar aku jawab secara berhemah dalam belog ni.yang sebenarnya aku rajin bukan sebab pe..korang pun tau kan aku da deaktivate fesbuk aku, tagged aku, friendster pun da x main, Hi5 apatah lagi. Ringo dan laman sosial yang sewaktu dengannya..justeru itu adalah elok waktu yang ade aku update belog..

ni baru lepas test thermo ni...tangan aku pun x cooling down lagi stelah digunakan ..apa pun soalan tadi agak mencabar minda sebenarnya. aku boley lupaequation energy yang digunakan dalam udara..ish3..

apa pun hari ini, jumaat. cukuplah 2minggu aku deaktivate fb aku. semoga dapat apa yang aku harapkan..facebook aku akan beroperasi kalo da ready..aku betul2 ready nak deaktivate..

doakan aku dapat keluar esok..meskipun da keluar arahan yang berat lebih x boleh keluar..aku harap esok dia bermurah hati bg kitorang keluar...

salam
~--akmal harith--~